JellyPages.com

"kehidupan ini penuh dengan kejutan"

"kehidupan ini penuh dengan kejutan"

Wednesday, January 25, 2017

AKTIVITI UNTUK ANAK 1 TAHUN KE ATAS

Assalamualaikum

tudiaaaa sebab tak puas dok berceloteh dekat IG & FB, ummi mai dekat blog pulakkk. sabarlah ye korang, blogger sendu dah lama tak membebel macam ni la. okay sekarang free sikit sementara Zharif anak teruna hamba tengah tidur. ummi nak share aktiviti yang kita boleh apply dekat anak anak kita. cop! ummi pun baru belajar je ni, perangai ummi zharif ni suka share dengan orang lain benda yang ummi suka buat. contoh mcm diet, ummi share sapa suka ikut, sapa tak suka boleh la diam. tapi sekarang ummi dah stop diet okay sebab asyik nak makan je niiii. tak dan nak ikut jadual mcm dulu. hmmm, pembawakan budak kot.hahahaha! *tampo diri sendiri*

jom kita ke main topic. ummi dah bagitahu sejak hari hari dengan zharif plus dia takde "kawan", kebosanan yang dia tunjuk tu buat ummi tersedar yang dia perlukan something yang interesting untuk isi hari hari dia. jadi ummi mintak pendapat dekat kawan kawan fb. Alhamdulillah ada jugak yang sudi melayan ummi yang banyak tak tahu. maklumlah, first time nak membesarkan anak. time mcmni kena la bertindak, tak nak lah dimembesar dengan krikk krikkk. hahaha. ada yang suggest mewarna, berkebun, flash card, tepunggg and banyak lagii. jadi ummi try salah satu idea ya iaitu main tepung. main tepung ni bagus untuk asah motor halus anak kita bila jari jari dia bermain dengan tepung yang melekit lekit tu. ini semua knowledge atas ehsan kawan kawan ummi kat facebook yang share. thank you korang!

so berdesup ummi amik tepung and letak air sikit bagi dia main. puas hati. itu je ummi boleh cakap, sebab dia enjoyyyy sangattt main tepung instead tengok didi&friends ulang tayang limapuluhkali. hahaha. tapi Zharif tetap peminat didi&friends nombor satu okay!

so, lepas dah penat main, ummi ada masa sikit nak google aktiviti lain yang boleh ummi buat esok esok lusa. kita buat ala playschool at home okay! ummi tak push anak ummi belajar, ummi cuma bagi dia ruang untuk bermain, sebab dari bermain dalam tak sedar sebenarnya dia develop motor skill dia. okay? ready? sediakan kertas tulis sesiap untuk aktiviti anak. baru semangat sikit!

MASUKKAN BOLA POM POM DALAM BEKAS


pening jugak ummi nak pikir bekas apa yang sesuai supaya tak bahaya sebab kat atas tu kita kena tebuk. make sure penutup ni lembut/bergetah. okay malam kang ummi sambung fikir mana nak cari. korang ada idea? aktiviti ni kita boleh ajar anak masukkan bola pom pom kak lina meletopp tu dalam bekas melalui lubang yang kita dah tebuk tu. bola pompomkaklinameletop ni boleh cari dekat daiso atau kedai DIY. biasa memang akan ada.

MENGULI DAN MENEKAP


haaa ini kan macam lebih kurang aktiviti tepung! belikan anak playdoh biar dia main asah motor halus dia. eceh sejak pandaii guna term baru ni kemain ko wirda! hahaha. klu playdoh kuranglah sikit penat aku rasa, sebab tepung ni leceh sikit. tp sekali sekala boleh bagi dia cuba tepung.  so, terpulang sama ada nak guna tepung atau pun playdoh nih. okay abi Zharif mintak benda nihhhh! :p

SPAN MANDI


haaaa kena tahulah kalau aktiviti ni setengah jam tak cukup tau mommies! hahaha. anak tak mau keluar oiii dalam bath up. okay span ni boleh cari dekat kedai kedai baby. kita sama sama pi cari nah! duck,dolphin yang picit picit keluar bunyik tu tak layan dah. dulu masa baby sukalah. sekarang kita ikut selera baru dia okay.haha.

MENCEDOK BOLA DALAM AIR 


okay yang ni pun menarik nak bagi untuk anak. Tapi kena cari tempat yang sesuai la dan bukan dalam toilet la. kang terlentang budak tu kang. biasalah anak anak kita ni kejap duduk kejap berdiri. lenguh katanya. kalau ikut pendapat aku pulak, cari bekas yang kecik sikit. sebab aku takut kang bukan mencedok dah jadinya, mandi kolam namanya ya ibu ibu. haha. dorang ni confirm akan cuba untuk masuk. slow slow angkat kaki nanti.hehe. 

KADBOD TISU DAPUR


okay kat rumah korang mesti ada tisu dapur kan? bila dah habis gulungankadbod dia tu korang jangan buang, sebab berguna untuk korang. hahaha. tampalkan dekat didi atau carilah apa apa kotak yang bersesuai tampal gulungan kadbod tu then sediakn satu bekas bawah kadbod. so boleh ajar anak masukkan bola pompomkaklinameletop tu melalu gulungan kadbod tadi. ini kalau rumah atas, hati hati jugak takut dia suka membuang barang ikut tingkap haha! dorang bukan reti beza pun. so kita kena sentiasa alert dengan kebolehan anak kita. anak buah aku penah baling handphone aku yang baru gilaaa beli dari tingkat 5. nasib handphone tu okay. screen pun tak pecah. fuh! 

SENSORY BAG

haaa yang ini korang boleh google gambar dia. aku nak cepat takut zharif bangun pulak. yang ni menarik jugak sebab dia boleh gunakan jari dia untuk try picit object dalam bag tu. filler dia boleh letak button yang banyak colour, beras, macaroni atau apa je yang sesuai. benda ni boleh buat dia leka jgk. rasanya boleh bawak berjalan untuk bagi dia behave. kalau sapa ada jual yang readymade punya bagitahula:)
REBEN DAN KOTAK 

okay untuk yang ini, korang cari je kotak yg kecik kecik size mcm gambar 5R ke kann, then tebuk lubang dekat kotak tu kemudian boleh ikat ribbon dengan pelbagai warna. biar anak anak kita main  bukak ribbon yang kita ikat.

TOUCH AND FEEL BOARD

untuk yang ini korang sediakan mcm kadbod. amik kotak pun boleh tp jgn la amik sebijikk kotak tu. amik dia punya nak tutup kotak tu kan, potong 1 bahagian je then korang tampal benda-benda yang ada tekstur yang berlainan. contoh, plastik,  bubblewrap, cari permukaan yg soft, yg berbulu, yang kasar. tampal semua bagi anak rasa perbezaan setiap tekstur tu.

okay actually banyak sangat aktiviti yang kita boleh buat untuk anak kita. kita kena rajin and kreatiflah. mengadap benda sama kita sendiri pun bosankan. inikan pulak budak yang baru nak kenal dunia nak explore semua benda. 

sampai sini je okay,dah dengar suara dia dah bangun tu. 


Zharif ummi!