JellyPages.com

"kehidupan ini penuh dengan kejutan"

"kehidupan ini penuh dengan kejutan"

Saturday, December 3, 2016

Mohamad Zharif Naufal Turn's 1

Assalamualaikum.

rasanya almost setahun aku  tak update blog. bukannya tak karang something tapi banyaknya aku save draft je sebab kekangan masa nak edit post hihi. last update cerita pasal pengalaman bersalinkan anak sulung tahun lepas. 

Alhamdulillah, 3 December 2015, tepat jam 11.05 pagi. Lahirlah putera sulungku yang diberi nama Mohamad Zharif Naufal bin Mohamad Sabri. Anak yang sangat baik, even dalam pantang tak pernah menangis berpanjangan without reason. Hanya merengek nak susu je, kenangan Zharif all the time tido atas dada Ummi. Masa tu Zharif ringan sangat, tak terasa pun kalau letak atas dada. Kadang Ummi tertido sekali sampai lupa anak Ummi atas dada. Nasib baik tak jatuh. hehe. Mata Zharif yang bulat and besar jadi perhatian orang ramai, masa tu Ummi pun rasa seram tau bila Zharif dalam pantang berjaga dengan mata bulat sangat tapi tak nangis cuma tgk sekeliling and termenung macam lah boleh nampak. hehe. 


Hari pertama Mohamad Zharif Naufal 


Zharif umur 1 bulan. Rindu budak bambam ni. Sekarang dah sado.


2 bulan. Puting harta paling penting. Sampai 5 bulan baru stopkan.


3 bulan
The only rompers pink that you have. Ummi pakaikan sekali je.hihihi ;p


4 bulan
dah pandai pegang sendiri botol susu. Memang dia tahu Ummi dia busy belajar, dia berdikari awal2x :'D 


5 bulan
muka baru bangun tidur. Sampai skrg muka baru bangun tidur muka feveret ummi :D


6 bulan


7 bulan


8 bulan


9 bulan 


10 bulan 


11 bulan 



Selamat Hari Lahir yang pertama sayang.Ummi and Abi sentiasa doakan moga Zharif jadi anak yang soleh, baik, berjaya, menghormati serta disenangi orang sekeliling dan semua kebaikan untukmu anak. Sejak awak wujud dalam rahim Ummi lagi, Ummi dah tahu Allah bagi Ummi satu lagi tanggungjawab serta rezeki berpeluang menjadi seorang ibu dalam waktu terdekat. Ummi selalu berdoa moga Ummi mampu didik awak dengan baik. In shaa Allah. Tak lupa, setiap saat apa yang Ummi buat, Ummi akan pastikan keadaan awak sentiasa dalam keadaan selamat. Sampai ke hari ini Zharif, keselamatan, kesihatan dan kegembiraan awak adalah yang paling utama bagi Ummi. 

Terima Kasih Mohamad Zharif Naufal. Kehadiran awak, bukan saja membuka pintu rezeki untuk keluarga kita, malah awak ajar Ummi dan Abi erti kasih sayang sebenar. Melalui awak, Ummi dan Abi banyak belajar macam mana nak jaga seorang bayi yang baru lahir hinggalah ke hari ini, belajar untuk bersabar dan kerjasama dan yang paling penting kehadiran awak bagi Ummi dan Abi kebahagian yang terkata. Saat awak buat sesuatu yang kelakar, Ummi dan Abi ketawa. Saat itu Ummi selalu tengok kamu berdua ketawa. Betapa bahagianya dan bersyukurnya Ummi hari ini. Alhamdulillah.

Ummi tak berpeluang untuk jaga Zharif 24 jam macam orang lain, tapi Ummi yakin sangat Zharif dah dilimpahi dengan kasih sayang ramai orang yang menjaga Zharif. Terima kasih ma abah, ibu ayah berkorban masa dan tenaga menjaga Zharif sejak dari pantang sampailah sekarang. Tak terbalas rasanya. In shaa Allah tahun depan Ummi Abi akan sentiasa ada dengan Zharif hari hari okay. 

Panjang lagi perjalanan kita Zharif. Semoga Allah mudahkan urusan Ummi Abi untuk membesarkan Zharif dan keep jadi budak baik ok? we love you so much syg.