JellyPages.com

"kehidupan ini penuh dengan kejutan"

"kehidupan ini penuh dengan kejutan"

Friday, December 18, 2015

Pengalaman bersalin cahaya mata pertama :')

Assalamualaikum

Alhamdulillah. Tak sempat nak habiskan entry kawen ritu and niat nak up citer pasal maternity shoot, dh pulakkk terberanakkk. Haha. Makanya, cerita ni la paling freshhh sekali. Simpam untuk kenangan, nanti bila anak ai dh besar dia boleh stalk blog ummi dia. Tapi jgn baca yg older post sbb banyak yg ummi dia meroyan zaman bercinta dgn abi awak dulu. Huahuahua. 

Sebenarnya aku tahu aku pregnant masa kandungan 1 bulan. Masa tu menggigil seluruh bdn mcm yeke ni aku pregnant? Dulu sebelum kawen kononnya risau mcmne la klu aku ditakdirkan tak dpt mengandung? Xdapat bagi zuriat kt suami? Kahkah sooo drama tauu dulu. Bila result dia positive je aku dh terlebih excited. Nak jaga bebetul sbb masih awal kan. Alhamdulillah, aku kira antara yg kuat la Allah jadikan sbb xde alahan, fening fening or mengidam teruk teruk atau mmg xde mengidam lgsg? I think so la.haha. mak cakap aku ni mengandung tak mengandung sama jeee. Memula aku agak kasar dr segi cara berjalan. Yela kita perut tak nampak lagi and rasa still ok..so takde nak drama nak manja2x kena buat slow2x. Haha. Tapi bila 3rd trimester aku kena akui aku terpaksa berjalan slow slow, duduk slow2x, berdiri slow2x. Klu dtg mood nak bergurau dgn suami, terlepas jgk jantan aku nih.hahaha. lepas tu semput sendiri. Lepas tu darah tinggi terus. Eh! 😄

so EDD (estimate due date) aku pada 15/12/2015. Cantikkan tarikh tu? Tapiiiiiii! Allah punyaaaa perancangan lagiii cantik tauu! Hehe. Masa first time rasa "kick" aku rasa malu nak bagitahu suami. Ala rasa mcm dalam drama pulak. Kalau nk ckp dgn baby pun ckp masa suami takde, maluuuu.haha. lepas tu klu suami yg cakap dgn baby, buat2x mcm cool je. Padahal dalam hati gelimat seronokkk rasa mcm dlm drama akasia. Lol. Dari tadi drama. Hahaha. Alhamdulillah Allah bagi peluang untuk aku rasai sendiri pengalaman mengandung dan bersalin. Aku doakan yang kt luar sana yang still tunggu rezeki dr Allah ni sabar dan jgn give up. Semoga cepat2x termakbul doa kalian untuk jadi seorg ibu. In shaa Allah. Allah tahu bila masa yg sesuai nak bagi. Janji Allah itu pasti :) 

okay nak start cerita. Macam biasa every month ada check up. Record kesihatan aku and baby Alhamdulillah cantik. Tapi bila start 36 weeks aku puye blood pressure tinggi jgk la 130/90. So doctor suggest dtg klinik hari2x untuk check blood pressure. Tapi aku tak pegi :p so masa 37 weeks kena check up kt hospital oh btw bila dah dekat2x ni mmg akan selalu kena check up. Bila check up dekat sana aku puye blood pressure 155. Check lg turun 149. Oh man, awak tak boleh balik ni. Kena admit ni. I was likeeee heyyy i nak pg ikeaaaa laaaa bru bukak kt cheras tuuuu. Haha. Then check urine, ada kotor sikit. Lagi tak boleh balik. Dalam beberapa minit buat keputusan, okay setuju admit since dia kata just untuk "monitor". Tapi dia ada sebut klu tak okay jugak kita terpaksa induce. Hellooo induce tu sakit okayyy! Sbb mind set aku kata sakit based on pengalaman org lain. 

28/11/2015. Menangislah dikau dalam klinik Dr.Zalina dekat KPJ Ampang Puteri sebab tak nak kena admit tapi terpaksa jugak. Sooo staf settlekan bilik semua. Dalam 1.30 aku dah berada dibilik 303. Bilik yang penuh dengan kenangan. Gelak ketawa air mata dan sebagainya. Sebab 7 hari aku berkampung dekat sana! Bukan sehari dua okayy. Sampai terberanak i uols. Haha.




hari first dekat hospital, dapat bilik suami balik pegi amik barang2x keperluan aku. Suami yang sentiasa ada dengan aku, sanggup tido dalam kesejukan sampai selsema demam dia teman aku kat hospital. Suami yang sentiasa bagi kata-kata semangat dekat aku and pujuk aku bila aku menangis. Haha. Tak tahu la, aku rasa tak ready nak masuk hospital. Tambah2x aku tak penah kena admit. Hari pertama doc dah bagi suntikan dexa untuk matangkan paru-paru baby just incase aku kena induce baby dah boleh keluar dengan sihat. Terus google okayy suntikan dexa tu apa and pengalaman org lain! Terus menangis bila baca pengalaman org. Suami dah marah pegi google and baca org puye pengalaman kenapa? Lg buat kita rasa takut kan. Bila sampai masa nak kena suntik tu, aku genggam tgn konon ready nak tahan sakit tu. Suntikan ni 2x untuk setiap 12 jam. Well aku tak tahu kenapa aku kena sbb kalau ikutkan baby dah cukup matang tp aku baca lebih baik suntik dari tak. So 2.45 ptg aku kena suntikan pertama. Lepas cucuk je aku rasa ubat tu menjalar masuk tapiiii aku still leh sembang and gelak2x. Tak sesakit yg aku dok baca pengalaman org yg sampai kebas xleh jalan bagai. So aku dh lega. 2.45 pagi kena suntikan kedua..Alhamdulillah okay jugak tak sgt mana pun. Check BP 3x 1 hari. Pg ptg malam dan bacaan tetap gak stable. Turun naik. Oh btw hari 1st masuk tu aku dh kena selukk utk check jalan sbb doc pgg perut baby dok mengeras. Wehhh itu laa yang paling aku takut sbb kau imagine la tgn org masuk kat tuttt tuu kann. Tak ke sakittt? Haha. Bila doctor kata tarik nafas, then dia masuk check dia kata jln dh lembut tp tak bukak lagi. Okay seluk tak sakit jgk, cuma keluar darah sbb first time kena seluk kan panggil nurse tukarkan cadar. 

so ini berlarutan hingga hari ke 4. Aktiviti check BP dan makan sedap2x. Tu je. Haha. Sampai satu tahap doctor bagi aku ubat hypertension. Time tu aku tgk ubat tu, aku menangis. Kwn2x nasihat suruh mkn sbb ikutkan aku, aku xnak makan. Tapi dorg kata aku boleh fit..kat sana aku sebagai pesakit preclampsia ke apatah namanya. Aku makan then aku nngs sorg2x. Suami nampak aku mengadu sambil teresak2x "dorg sampai bagi ubat hypertension kat wirda, wirda tak sakit laaa" hahaha lawak mcm org gila pun adooo bila igt balik. Suami pujuk, klu aku mcm ni lagi teruk blood pressure aku. So aku try calm down and anggap ni semua nak selamatkan aku and baby. Ptg nurse dtg dia kata mcm mana ni wirda? Tekanan awak turun naik ni. Aku jwb tadi dh turun. Ceh ceh konon dpt pujuk doc nak keluar. Then dia jwb itu sbb awak dh mkn ubat. Terus aku diam. Lagi satu saya tak berani bagi awak balik sbb darah awak bacaan 359. Org panggil uric acid which means placenta tak berfungsi dengan elok utk supply food dekat baby. Oh bila melibatkan baby terus aku risau. Tapi dia kata tak tinggi sgt sbb dia xleh lebih 350. So esok pg kena amik darah lagi check bacaan. Okay fineeeeeeeee 😔
So kalau sesapa jumpe aku depan2x masa aku tgh sarat, perut mmg besar org igt dh 3kg kot baby dalam ni. Tapi sbnrnya baby kecik je. Sian dia aku mkn dia xdpt pun apa yg aku mkn. Wuwuwuwuu selama ni igt dia bahagiaaa dpt mkn sedap2x. Sorry sayang :'( 

bila darah kali kedua dah diamik, doctor dtg dengan muka serius nak tak nak awak kena deliver baby sebab bacaan makin tinggi 395. Klu lebih 400 ke 420 tu dh bahaya dekat baby and tak boleh induce. So dia suruh aku g bilik treatment untuk scan baby. Bila staff nurse bawak aku, doctor check jalan kata tak bukak lagi, nak dijadikan cerita scan machine tu pulak xde. Ada org guna. Then doc dtg kt aku, keputusan tak berubah u still kena deliver baby tapi kita tak tahu lagi bila nak start induce awak. Kejap lg blh? Aku tergamam, takutnya nak kena induce. Aku taye doc boleh normal tak? Yes kita target normal tapi setiap org ada chance 20% untuk ceaser. In shaa Allah selamat. Pastu aku cakap aku takut, dia pun kata mcm mana pun baby kena deliver, xpelah esok pg kita induce awak. Bagi awal relax makan2x dekat bwh dengan suami. Aku pun okayy la! Esok pg pun esok laaaaaa janji bkn skrggg xready oiii.haha.


sehari sebelum induce. rindunyaa perut boncitt tuuuu. haha. Pipi pun labuh! Tapi skrg dh selim. Manjaaaaa kaseh! Haha

so mmg tak lena tidur mengenang nasib nak tahan sakit tuuu. Lepas subuh je, dtg midwife nak masuk ubat. Hmm, menggigil kaki ni takut puye pasal, dia suruh tarik nafas. Then dia masukkan ubat tu dia pesan jgn bgn selama 1 jam. Nak mengiring boleh. Aku cam confused lg tu ke induce? Aku taye midwife lepas dia masukkan ubat, td tu ubat untuk induce ke? Then dia jawab haah. Klu ada rasa sakit contraction bgth ye.. Aku rasa mcm eh kenapa tak sakit sgt? Rasa mcm kena seluk utk check jalan. Alhamdulillah rezeki aku. Lepas 10 minit dh rasa contraction dia. Lepas je 1 jam, dia buat ctg 30 minit lepas habis je ctg aku bgn berjalan, ketuk ketampi banyak kali. Itu je yg aku buat utk cpt bukaan jalan. Bila solat sujud selagi mampu dan doa banyak2x supaya dapat bersalin normal. Tgh hari check jalan, midwife tu buat muka kecewa. Baru 1 cm. Allah aku rasa mcm kecewa sgttt sgttt. Induce kali kedua menanti ptg tuu. Esok pg check jalan bru 2 cm! My last chance induce kali ketiga, kalau tak bukak jugak terpaksa ceaser. Tapi induce kali ni sakit contraction makin kerap, sakit sgt2x. tak tahu nk describe sakit tu mcm mana. Dia mcm rasa senggugut tp senggugut yg dasyat sbb terasa smpi ke pinggang dengan baby mengeras.Masa tu suami lak keje so mak mertua jaga kan. Aku genggam sekuat hatii bantall menahan sakit sbb tak leh bangun 1 jam + ctg 30 minutes. Hmm, seksa ya amatt. Bila dia bukak jeee aku dh tak tentu arah berjalan sana sini, habiskan air zam zam and kurma..menggigil2x tgn makan kurma, aku buat posisi yg blh kurgkan contraction. Nasib mak mertua ada urutkan pinggang, legalah sikit rasa. Sampai satu tahap, aku dh tahan rasa nak berak, aku g toilet tapi tak rasa nak berak, menahan contraction dalam toilet aku genggam besi kt dlm toilet tu, masa sakit tu mmg tak ingat apa dah. zikir bnyk2x tak lupa doa dipermudahkan. Lepas tu aku check keluar darah. Aku ckp dgn ibu ada darah keluar, ibu bgth staff nurse then dia dtg nak tgk darah tu. Aku cakap aku dh basuh, dia suruh aku pki pad and tunjuk dkt dia. Allah seksaa oiii tgh sakit cmni nak pki pad bagaii. Sbb aku rasa nak meneran jeee tak nak benda lain. Hahaha. Bila dia dh tgk darah. Midwife dtg check jalan dah 4cm. Terus tolak labour room, siap tanya puan nak jalan ke nak pakai wheelchair. kalau aku berjalan takut tak sampai je labour room.haha. jalan pum dah xlarat sgt time tu. Nak pulak mlm tadi tak boleh nak tido, so mengantuk.Sempat msg suami suruh balik, tapi klu aku xmsg pun ibu mesti suruh balik kan.haha. tapi masa tolak labour room aku dh xpk apa dah, sbb sakit sgt sgt. Atas wheelchair tu pun aku meneran :p 

sampai dalam labour room, doc zalina dtg dan dia suruh sedut gas. Dia check baru 5 cm. Ngam ngam suami sampai! Terus genggam tgn dia sekuat hati. Dia bg kata kata smgt and ada dia buat lawak tapi dia igt aku nk layan? Hahaha. doc kata jangan teran dan time tulaaa aku benci ctg.seriously. aku taye nurse tu bape lama kena psg ni, sampai bersalin puan. Haaaaaa? Ok xpe taye lg bape lama nak kena tggu? dalam 5 6 jam. Biasanya 1cm 1 jam. Haha..aku dah merengussss haha sbb ya Allah lamanyaaa. Dlm hati terdetik nak mintak ceaser je nih klu lama mcm tu. Kahkah. Lepas tu doc kata awak kena amik ubat tahan sakit atau epidural. Aku dgn lemah and rasa mengantuk geleng kepala. Doc cakap wirda awak jangan degil. Awak kena pilih salah satu, sbb awak ada darah tinggi blh fit nanti. Aku tak jawab pape, suami tanya epidural tu apa wirda? YaAllah, aku lupa nk jelaskan kt dia masa mengandung. Asyik dengan cara nak kurangkan sakit contraction je.hahaha. so aku xjawab soalan dia sbb aku syok meneran sikit2x. Doc buat keputusan bagi aku ubat tahan sakit. Woii besarr oii jarum dia. Tapi seriously lah tak tahan pun sakit tuuu. Cost ubat tu rm1k++ kot. Tak tahu la mgkn xlut dengan aku kot. Aku dah mamai, tak sedar bila masa suami keluar sekejap (sbb mak citer suami keluar bgth doc gak bg teran lagi). Aku teran jugakk sbb mmg rasa nak meneran sgt. Xtau mcmne nak handle tak meneran tu. Sampai doc kata wirda jgn teran, awak kena ikut arahan. Aku sedut gas tuuu dalam2x masa nak hembus tak leh sbb nak meneran. Hahaha. Gas tu mmg buat rasa mengantuk plus ubat tahan sakit td. Pandangan aku kabur muka suami pun aku xnampak sgt kabur, aku mcm dlm dunia aku sendiri. 

Tengah syok meneran sikit2x, terdetik nak check kt bawah. Sekali dah rasa kepala baby!!!! aku rasa lembut and licin. Aku confident tu kepala baby! Aku ckp ngan suami wirda dh rasa kepala baby. Panggil doc cepat. Panggil doc!! Haha. Terus kelam kabut panggil doc, time tu tak sedar apa sbb mengantuk sgt. Doc dtg tgk terus buat persiapan. Doctor duduk depan aku, dia cakap "haa teran la, tadi awk nk teran sgt" haha aku rasa bebetul tercabar. suami jalan kan tugas asyik pesan jangan angkat punggung. haha sebab aku pesan nanti tengah sakit tak ingat apa, so ingatkan benda ni. haha Aku tggu contraction dtg n rasa nak meneran tu dtg terus aku teran sekuat hati terasa kepala baby keluar. Kali kedua terus semua badan keluar. Satu je terpacul dari mulut aku Alhamdulillah! 3 December 2015, 11.05 minit pg lahir seorg bayi lelaki anugerah dari Allah dengan berat 2.39kg. tak payah tggu 5 6 jam pun. Tak sampai sejam je kot rasanya aku dlm labour room. Syok gila rasa baby keluar hilang 100% sakit yang bagai nak gila tadi.haha. suami kiss dahi seronok tgk baby dh keluar. Aku sentuh dia atas dada, licinnn haha.


fresh from ovennn hahaha. alololo muka dia! gigit kangg. rindunyaa time ni. baru lepas bersalin suami tolak wheelchair pergi susukan anak. dia kena tahan sebab below 2.5kg but Alhamdulillah sihat and free from jaundice! syukurrrrrr.


Rupanya baby dah terbelit tali pusat 4 lilitan dan yg doc terkejut tali pusat dia panjang sgt 74cm..selalu dia jmpe 45cm je. Mmg baby keluar tak menangis. Senyap. Bagi dia oksigen kottt bru dia merengek nangis. Lepas dah settle baby nangis dia dh berak kencing. Doc datang kt aku dia kata nak jahit sikit, dah bius jahit tak rasa apa punn. Syok tgk suami dukung and azankan baby. Bulat mata diaaa melilau tgk sana sini. Hehe. Pengalaman yg tak akan dilupalah. so cuba bayangkan kalau masa tu doc jadi scan aku? mesti immediately kena ceaser sebab tali pusat dah terbelit kt leher baby. Alhamdulillah Allah panjangkan usia anak syurgaku, dengar doa aku supaya semuanya selamat. kenapa aku tak nak ceaser sgt sgt? normal, semua ibu ibu yang mengandung doa nak normal, so selagi mampu berdoa, selagi mampu untuk normal, kita cuba yang terbaik, andai kata dah takde rezeki, aku pun akan berserah jugak, janji baby selamat. kan? :)


officially in one year dapat title jadi "isteri" dapat "suami" and sebagai penutup 2015 "ummi" & "abi" kepada anak syurga ni . Alhamdulillah. rezeki dari Allah :)


Mohamad Zharif Naufal bin Mohamad Sabri

Zharif = Cerdik, tenang
Naufal = Pemurah

In shaa Allah semoga membesar seindah namanya, menjadi anak yang soleh, dengar kata, baik, taat pada perintah Allah, taat dan hormat kepada ummi abi dan orang sekeliling, rajin membantu orang, disenangi orang sekeliling, membesar dengan sihat dan cargas!


nahhhh belanja mata bolatttt dia satu! hehe

so ini adalah pengalaman aku. setiap orang pengalaman dia lain lain. Kepada ibu-ibu yang mengandung anak pertama, aku sure mesti perasaan takut tu menghantui diri korg. Sbb nk xnak korg akan alami. Tapi ingatlah sakit tu penghapus dosa dosa kita. Itu bahagian dia dan kau ada bahagian kau. Allah Maha Adil. Allah bg rasa sakit tu kena dgn kemampuan kita. Just korg kena kuat je jgn menangis and meraung2x masa sakit tu. Aku sendiri pun igtkan diri masa tgh sakit jgn manja jgn manja. Kuatkan diri! In shaa Allah dipermudahkan. Doa banyak2x. Sekejap je sakit tuu. Kuasa Allah bila baby keluar hilang terus sakit tu. Lupa dah sekejap yg korg tadi sakit bagai nak gila menahan sbb dh tgk anak sendiri atas dada.

Thanks to Dr. Zalina and staff nurse dekat KPJ Ampang Puteri!

Sehari selepas bersalin, doc bagi iols balik. YaAllah happyy sgtttt! Tak sabarr nak keluar hospital sampai baby tak discharge! Hahahahaha. Nak sampai umah hospital call bgth baby belum discharge tu, nasib baik ada nurse dtg rumah, suruh dia paskan document baby untuk surat beranak dan lain lain. Hehe. Sampai umah masuk bilik, rasa syahdu sgtt bru rasa bergurau dengan suami baling2x bantal dan apa yang patut, skrg berdiri sebagai ummi dan org berpantang. Terkepit2x i jalan takut jahit terbukak.haha. tp skrg dah lajuuu dah sbb rasa jahit dh baik. Lol

sampai sini jelaaaa entry untuk kali ini. nanti akan update lagi klu klu zharif dpt adik! kahkah okay melawak! nantiii klu rajin akan update entry2x yang tertangguh ;D

No comments: