JellyPages.com

"kehidupan ini penuh dengan kejutan"

"kehidupan ini penuh dengan kejutan"

Sunday, November 8, 2015

Akhirnya, dah jadi isteri.

Assalamualaikum

walaupun dah hampir setahun aku jadi isteri orang, tapi semua tu masih fresh lagi dalam minda ni. mana boleh lupa sampai bila bila kan saat kita diijab kabulkan. Saat kita menjadi isteri kepada seseorang yang kita sayang. harharhar. gelimaks noks :p baru sekarang ada masa nak update, nak share and lebih kepada nak simpan secara soft copy dalam blog kesayangan ni. So maybe nanti satu masa anak ai boleh baca balik mcm mana perjalanan ummi and abi dia nak kawen. haha

31 Januari 2015
tarikh persetujuan antara kedua belah pihak. tarikh kitaorang jadi suami isteri. Sepanjang masa yang ada untuk persiapan sebelum tarikh nikah tu, aku buat sendiri plus pertolongan keluarga dan kawan-kawan. Masa tu aku belajar kat puncak alam semester 6. So aku kena manage masa untuk belajar and masa untuk preparation. Alhamdulillah, Allah mudahkan jalan, semua tempah (sebab kena dengan bajet). Yela masa tu kan belajar lagi, mana nak dapat duit nak buat mewah-mewah, bila ada sorang ni baru nak start business, dia offer harga mmg kena dengan budget terus aku grab. hehe. sekarang business dia semakin maju. Alhamdulillah. 

So sebelum nak menanti tarikh nikah, nak feeling "bride to be" kononnya aku kena hadap final exam. so feeling tu takde sangatlah sebab aku tengah fokus untuk habiskan exam cepat-cepat. 2 minggu sebelum majlis, exam habis, time tu la aku mula feeling nervous la, sedih, happy, kadang eh betul ke apa aku buat ni? haha, its okay la. tu perasaan normal yang akan semuaaaaaaaa bride to be rasa :)

kitaorang (i and husband) masa tu sama-sama counting days. haha. kononnya tak sabarrrr la nak kawennn uolsss. sapa tak seronok bila mak pak kasi kawen! hikhikhik. 

malam nikah tu, bewarz (bridesmaid) datang rumah untuk berinai. tapi malam tu aku tak boleh tidur langsung. weiiii, nak jadi isteri orang kotttt, mmg tak leh nak percayaaa sgt sebab lepas tu ada tanggungjawab baru, ada teman tidur :p kau tak nebessss ke?haha 


muka kenapa tah macam tak puas hati dengan tok imam tuh. haha


yeayyy dah halal! :p


batal air sembahyang :')

so lepas akad nikah, terus majlis sanding belah aku. tak sempat la nak berposing sweet sweet dekat pelamin, sebab masing-masing kejar masa nak bersiapkan. lelaki senang je, kita perempuan ni nak make up itu ini kan. hihi. so gmbr kat masjid je nikah. nikah diadakan dekat masjid bandar baru ampang, dekat nagn umah, jalan kaki pun sampai :p 

perasaan masa tengok bakal suami masa pagi tu, dup dap dup dap sengihhhh je. haha. so mestilah puji bakal suami sendiri handsome pagi tu :D 

nampak relax tapi dalam hati masing-masing nervous. lelagi orang lelaki la kan sebab dia yang nak melafazkan akad nikah tu.

8 tahun kita kenal, bercinta bagai nak rak. orang ramai cakap jodoh panjang, padahal macam-macam hal dah berlaku, akhirnya semua dah tertulis. Alhamdulillah, happy dapat jadi isteri awak. semoga hubungan kita kekal sampai syurga, semoga awak dapat jadi suami yang penyayang, abi yang the best untuk anak kita :p and sama-sama lengkapkan mana yang kurang. 

malu nak cakap lebih-lebih. i love you je la husband. hahaha :p

next entry cerita pasal sanding pulak :) 





No comments: