JellyPages.com

"kehidupan ini penuh dengan kejutan"

"kehidupan ini penuh dengan kejutan"

Thursday, November 19, 2015

PART 1: SANDING - 31 JANUARI 2015 -

Assalamualaikum

cerita pasal nikah dah lepas. ni share untuk sanding pulak. lepas akad nikah, semua cepat-cepat balik rumah masing-masing untuk preparation sanding pulak. akad nikah pukul 9 sepatutnya, dah tunggu, dengar sikit apa yang tok imam cakap kul 10.05 minit pagi baru sah. hewhewhew. 

so majlis start pukul 12, memang tak sempat la nak bersweet dengan suami time tu. lol. haha
rumah kitaorang dekat je, dalam tak sampai 10 minit dah sampai. so balik-balik sempat makan sikit kemudian terus make up. make up untuk sanding aku amik dari kawan aku punya kakak. dia make up aku suka sbb natural look. lagi satu make up yang dia guna kat kita semua yang branded mcm mac, so very long lasting tak payah nak touch up lap lap pun even aku punya majlis outdoor dkt kawasan rumah, dengan panas semua make up boleh cairkan, tapi dengan dia make up maintain je, so memang berbaloi. boleh try check dekat IG/FB " makeupbyprincessteyn " kalau ada yang still mencari juru mekap untuk majlis anda nanti :) 



bila orang cakap pengantin lelaki dah sampai, aku usha kat bawah. ramainyaaaaa rombongan. memang tak sempat nak cari laki sendiri time tu. tengah kelam kabut and nervous, sebab masa tu takde org yg nak teman aku. takkan aku nak jalan sendiri suka hati pergi sambut pengantin lelaki kan. hahaha. tapi nasib baik bridesmaid semua ada dia cool kan aku, lepas tu dah turun, tunggu la org tua yang arahkan aku, tapi tak jumpe semua sibuk dengan tetamu., hahaha. kesiannya kat akuu, muka aku dah gelisah dah time tu, rombongan lelaki lak dah tunggu lama tengah panas, aku lak jenis tak suka orang menunggu2x niaaaaa, hahaha. bukan gelojoh eh. so aku jalan slow-slow dulu kt rombongan lelaki baruu la nampak mak and mak sedara follow aku jugak.



Photobooth dari Eff Ryn Creation



candy buffet by my sister and sister in law. thank you so much! (jimatttt hokeyyy)


masa dah sampai kat suami, salam suami, tetibe. eh sapa pengapit lelaki???? hahahaha! aku dh segan, memang aku takde tentukan sapa pengapit lelaki, kira mcm sapa aku nampak aku nak redah la. so pilih cousin aku, tapi time tu dia pulak hilanggg, so terpaksa sepupu laki aku yang sebenarnya dari rombongan tersebut ganti! haha. tak pasal-pasal kena jadi pengapit, pengapit perempuan aku amik je sesapa dari bridesmaid aku tu, senanggggg ceritaaa. dengan paksa rela cousin laki aku jadi pengapitt. haha. sorry laaaa :D


sampai je akt suami, salam and tarik dia masuk! *EH! ;p

sampai kt pelamin, satu hal pulakkk. aku dah blur lelaki duduk belah mana. last-last main duduk rupanya terbalik kedudukan. hahaha. lepas makan beradab tu baru betulkan kedudukan yang asal. adudududuuu, memang kelam kabut tau tak. dah la malam masa majlis tu, semua benda dah settle, last-last aku baru teringat sesuatu. iaituuuuuu bunga tangan konon nak fresh flower lupa nak settlekan 1 hari sebelum majlis. kononnya plan nak pergi beli sendiri and gubah sendiriiii tapi sebab kelam kabut dengan masalah cuaca pada sehari sebelum majlis, ada drama air mataaa lagi tau. so terus lupa. terus mesej bakal suami time tu pinjamkan bunga dari kawan dia. haha. nasib baik la kawan dia ada. kalau tak rasanya memang kosong la tangan aku masa majlis tu :p 




bersama bridesmaid dan pengapit :'D


bersama ayah dan ibu mertua :)


 bersama ma dan abah :)


my family

  kak aprah dan suami pun adooo!

 dak group iols kat kelas uitm puncak alam. tengkiu dtg!

ekin, dhiya and ngiree kawan dari uitm segamat kecuali dhiya dari unikop. hehe.

btw banyak gambar kawan-kawan yang sudi datang, ni randomly kita pilih memandangkan internet pun mcm siput jugak.haha. terima kasih yang sudi datang belah iols wlupun bnyk kekurangan kt majlis tu :"D


acah-acah sweet la ni kan? lol :p


 thank you bridesmaid on that day :')

cake cantik dan sedap dari hasil tangan kak ipar! superbbbbbbbbb!

Alhamdulillah dalam pukul 4 lebih ke pukul 5 majlis berakhir. tetamu dah surut, aku kepenatan, naik atas tukar baju sambung makannn haha. laki ai dia tolong bersihkan kawasan rumah tu. terima kasih tetamu kawan-kawan yang sudi datang kat majlis yang serba sederhana aku tu. mohon maaf jugak la atas kekurangan.

seronok dapat jumpa kawan-kawan. yang dah bertahun tahun tak jumpe pun ada yang sudi datang, jauh-jauh pun datang. terharuuu, 


drama air mata sehari sebelum majlis? haha. nanti aku ceritakan next entry! memang sedihh dan piluuuu. wahahahaa. 


sekian dari mak jemah :p

 oh henna ni dari nedhenna boleh search dekat ig :)


pelamin by pelamin.gubahan.nida jugak boleh search dekat ig :)


photgrapher by Munaphotography pun di IG! hiks :)



Sunday, November 8, 2015

Akhirnya, dah jadi isteri.

Assalamualaikum

walaupun dah hampir setahun aku jadi isteri orang, tapi semua tu masih fresh lagi dalam minda ni. mana boleh lupa sampai bila bila kan saat kita diijab kabulkan. Saat kita menjadi isteri kepada seseorang yang kita sayang. harharhar. gelimaks noks :p baru sekarang ada masa nak update, nak share and lebih kepada nak simpan secara soft copy dalam blog kesayangan ni. So maybe nanti satu masa anak ai boleh baca balik mcm mana perjalanan ummi and abi dia nak kawen. haha

31 Januari 2015
tarikh persetujuan antara kedua belah pihak. tarikh kitaorang jadi suami isteri. Sepanjang masa yang ada untuk persiapan sebelum tarikh nikah tu, aku buat sendiri plus pertolongan keluarga dan kawan-kawan. Masa tu aku belajar kat puncak alam semester 6. So aku kena manage masa untuk belajar and masa untuk preparation. Alhamdulillah, Allah mudahkan jalan, semua tempah (sebab kena dengan bajet). Yela masa tu kan belajar lagi, mana nak dapat duit nak buat mewah-mewah, bila ada sorang ni baru nak start business, dia offer harga mmg kena dengan budget terus aku grab. hehe. sekarang business dia semakin maju. Alhamdulillah. 

So sebelum nak menanti tarikh nikah, nak feeling "bride to be" kononnya aku kena hadap final exam. so feeling tu takde sangatlah sebab aku tengah fokus untuk habiskan exam cepat-cepat. 2 minggu sebelum majlis, exam habis, time tu la aku mula feeling nervous la, sedih, happy, kadang eh betul ke apa aku buat ni? haha, its okay la. tu perasaan normal yang akan semuaaaaaaaa bride to be rasa :)

kitaorang (i and husband) masa tu sama-sama counting days. haha. kononnya tak sabarrrr la nak kawennn uolsss. sapa tak seronok bila mak pak kasi kawen! hikhikhik. 

malam nikah tu, bewarz (bridesmaid) datang rumah untuk berinai. tapi malam tu aku tak boleh tidur langsung. weiiii, nak jadi isteri orang kotttt, mmg tak leh nak percayaaa sgt sebab lepas tu ada tanggungjawab baru, ada teman tidur :p kau tak nebessss ke?haha 


muka kenapa tah macam tak puas hati dengan tok imam tuh. haha


yeayyy dah halal! :p


batal air sembahyang :')

so lepas akad nikah, terus majlis sanding belah aku. tak sempat la nak berposing sweet sweet dekat pelamin, sebab masing-masing kejar masa nak bersiapkan. lelaki senang je, kita perempuan ni nak make up itu ini kan. hihi. so gmbr kat masjid je nikah. nikah diadakan dekat masjid bandar baru ampang, dekat nagn umah, jalan kaki pun sampai :p 

perasaan masa tengok bakal suami masa pagi tu, dup dap dup dap sengihhhh je. haha. so mestilah puji bakal suami sendiri handsome pagi tu :D 

nampak relax tapi dalam hati masing-masing nervous. lelagi orang lelaki la kan sebab dia yang nak melafazkan akad nikah tu.

8 tahun kita kenal, bercinta bagai nak rak. orang ramai cakap jodoh panjang, padahal macam-macam hal dah berlaku, akhirnya semua dah tertulis. Alhamdulillah, happy dapat jadi isteri awak. semoga hubungan kita kekal sampai syurga, semoga awak dapat jadi suami yang penyayang, abi yang the best untuk anak kita :p and sama-sama lengkapkan mana yang kurang. 

malu nak cakap lebih-lebih. i love you je la husband. hahaha :p

next entry cerita pasal sanding pulak :)