JellyPages.com

"kehidupan ini penuh dengan kejutan"

"kehidupan ini penuh dengan kejutan"

Sunday, September 28, 2014

WIRDA NAK KAWIN?

Assalamualaikum

bercinta sudah, tunang sudah. kawin je tak sudah-sudah lagi ni. hmm, jalan cerita hidup seseorang tu kan tak sama. papepun, beruntungnya sapa yanng bercinta lepas kawin tu :) 

takpelah, nanti lepas kawin, ai suruh suami ai ngorat ai balik untuk bercinta balik. banyaknya balik aku, jangan terbalik sudah la kan. hehe

okay sebenarnya, wirda yang gedik selalu photoshoot, muka nak sentiasa bajet lawooo, yang suka cerita pasal kisah cinta dia kat belog ni, dengan lelaki sama akhirnyaaaaaaa, nak tawen dahh. 
yeay yeay kita nak kawin dahhh, lama tauu tunggu nak settlekan hal kawin bagai ni. tudiaaa sekali dapat tarikh, hmmm takut and tak sabar pun adoo. tak sabar bukan gelojoh tu uols ni. tak sabar nak pakai baju kawin je. lol. tak la, tak sabar nak ada pasangan halal. nanti semua benda pahal. ehem ehem :D

so far, ada lagi kurang 4 bulan majlis aku. hmm, nak jemput rakan blogger  semua ada ke yang kenal aku? haha. so aku jemput kat blog je la. lagipunn kan kan, majlis belah aku buat kecik kecik and yang mampu jeee awak awak semua.. yang mana  contact selalu tu, mesti lah kita jemput :)

persiapan? sebab tarikh ni pun tak jangka awal sebenarnya, mak ayah pun bising budak2x ni nak kawin awal. haha. bukan ai, tunang ai. ai bolehh sabar lagi. lol. so baju, pelamin semua tu dah ada. photographer pun Inshaa'Allah ai amik dalam kalangan blogger jugak. hehe. 

cuma pening sikit pasal doorgift ni. demand tinggi, tapi nak save cost. acaner tuuuu? hahaha. so masih sampai sekarang tak fikir lagi. bulan 11 n 12 ai dah busy nak exam. eh budak sekolah lagi rupanyaaaaaaa, so dalam bulann 10 kalau boleh KALAU boleh nak settle la booking2x ni, tinggal nak buat utk yang kecik2x je la. tapi tengok la macam mana. 

baju nikah pun tak hantar tailor lagi. sebab tailor kata hantar bulan 11 pun sempat. okay relax la situ. baju sanding asalnya nak buat je, tapi fikir henampuluhlimakali macam membazir pulak, sebab at the end kalau takde orang nak sewa,, aku kena simpan dalam gobok (almari, betul ke aku eja org johor cakap tu?) sampai la anak aku dah habis PHD. wah gitewww. so kebetulan my wedding dress yang terlampau lampau aku sukaaa tuuu tengah wat promosi. rezeki aku, esok jugak bayar  untuk baju tu. fuhhh! settle dah.hehe

sekarant ni, aku tengah dalam usaha nak mencantikkan diri. hehehehehehe. nak dekat kawin baruuuu la sibuk nakk cari product apa bestt, nak jaga pemakanan, nak jaga body, nak jagaaaaaa untuk bakal somi ai la. lol. 

so sekrang ni, dah start diet. 5 hari diet, 2 hari cheat day. tak tahu la berbaloi ke idokkk 5 hari aku tu. muaahaha. next month fitting baju, so aku harap aku dapat la berat badan yang aku inginkan. 

dalam kekalutan, aku bahagia, sebab akhirnya aku dah nak kawin. yang paling penting, dengan lelaki yang memang aku sayang gila dekat dia. tak pernah sangka akhirnya dia jodoh aku. aku just harap doa kalian yang membaca ni yang baik-baik saja. doakkan aku dan pasangan bahagia selamanya, serta majlis kami berjalan dengan lancar. sekarang ni dalam proses persiapan duluuuu :) 

sejak dua menjak ni kitaorang selalu imbau kenangan dedulu, macam tak percaya, akhirnya pung pang pung pang, nahhhhh tu jugak la bakkal somi n isteri kau. hehe. 

1 comment:

Ania said...

Salam kenal Wirda! Saya dari team Kumpulbagi. Blognya nice.
Jika Anda mau mempromosikan blognya lagi dan share files dengan gampang kunjungi page kami di: www.kumpulbagi.com
Semuanya gratis, cepat dan tanpa limitasi. Anda bisa upload sebanyak files (audio, video, pdf, jpg, dll.), membuat koleksi berkas dan bagikan dengan lainya.
Coba servis kami tanpa registrasi:)