JellyPages.com

"kehidupan ini penuh dengan kejutan"

"kehidupan ini penuh dengan kejutan"

Thursday, July 17, 2014

KONGSI KEBAHAGIAN

Assalamualaikum

    Hidup bukan hanya membahagiakan diri sendiri, tapi berilah kebahagiaan itu kepada orang di sekeliling kita kerana kebahagiaan itu akan bertambah ketika dibagi.
 
        aku taklah pandai nak bercakap pasal kehidupan, tapi aku suka ambik ayat-ayat yang positive untuk serapkan dalam diri sendiri. dengan harapan aku akan sentiasa perbaiki diri aku dari masa ke semasa kearah kebaikan.baik itu datangnya dari hati yang ikhlas. selagi mana kau mampu ikhlas dengan perbuatan kau ke arah kebaikan, Inshaa'Allah, baiklah disisi Allah dan manusia. tapi kita sendiri perlu ingat, yang keikhlasan seseorang itu bukan orang sekeliling yang tentukan, hanya Allah sahaja yang tahu keikhlasan seseorang, jadi mari kita ubah diri kita untuk tidak mempertikaikan keikhlasan seseorang! tapi untuk keselamatan diri sendiri, kita amik inisiatif dengan berhati-hati atau berjaga-jaga. jangan jadi jaga pulak dah aku kata berjaga-jaga ni :D

bila aku renung balik orang disekeliling aku, banyak kata-kata aku yang buat mereka salah faham, tersinggung atau terasa hati. sungguh, kadang kita tak fikir sebelum bertindak dan bercakap atau kadang-kadang kita "sengaja" melakukan hal tersebut untuk kepuasan diri sendiri. aku bukan manusia yang sempurna, aku melakukan banyak kesilapan. tapi bila aku sedar, kalau kita buat salah dengan orang, kita kena minta maaf dengan orang tu aku cuba untuk perbaiki diri. ya, kadang aku terkeluar dari landasan, tapi aku cuba fixed kan balik. penawar dia bagi aku adalah, sentiasa ingatkan diri sendiri dan muhasabah diri. 

mungkin kita ada alasan kita sendiri, kenapa dan mengapa kita bertindak sedemikian, kita menunjukkan sifat pentingkan diri sendiri. mungkin kita ada alasan yang kita rasa kukuh. tapi sebenarnya, takde alasan untuk kita menyakitkan hati seseorang. bila kita sakitkan hati orang, jiwa kita tak tenteram, syaitan terus menerus menghasut untuk kita melakukan lebih dan lebih. sampai kita lupa, perbuatan kita itu dicatit dan akan dipamerkan "di sana" nanti. istighfar, lawanlah hasutan syaitan itu. 

jadi kehidupan ini, bukan untuk kepentingan diri sendiri. bukan untuk memuaskan nafsu sendiri, bukan untuk mencapai keperluan sendiri. berkongsilah dengan orang sekeliling, Inshaa'Allah kebahagian kita juga akan bertambah. even, mungkin kita dalam kesedihan, tapi bila kita buat seseorang itu ketawa, tersenyum, Allah akan terbitkan satu rasa bahagia dalam diri kita yang sedang berduka. betapa pemurahnya Allah s.w.t :')

mungkin seseorang tu ada membuat kesilapan dekat kita, tapi pilih :-

 keburukan balas dengan kebaik = kebaikan
keburukan balas dengan keburukan = bertambah buruk
kebaikan balas dengan kebaikan = bertambah baik 
kita sendiri dah ada pilihan, yang mana kita nak pilih kan? :)

hati yang bersih, jiwa yang tenang akan menghasilkan tindakan yang positif. so clearly, kita kena bersihkan dari dalam. belajar perlahan-lahan untuk bawa orang sekeliling happy dengan kita, lama-lama kita akan rasa sesuatu yang sangat menyeronokkan, sampaikan MUNGKIN orang takkan perasan, dalam kita membahagiakan mereka, sebenarnya kita punya masalah sendiri yang mungkin belum dapat diselesaikan. its okay, masalah dengan kehidupan tu sebenarnya kalau kita tengok, sebagai persinggahan untuk "test" kita. iaitu, ujian dari Allah. maka, bila Allah turunkan ujian dalam apa jua bentuk permasalahan, pasti akan ada jalan penyelesaiannya, Allah takkan tinggalkan hambaNya keseorangan berhadapan masalah tanpa menyediakan penyelesaian. cumanya, kita kena sentiasa ingat padaNya, berdoa dan berusaha semoga diberi petunjuk dan jalan yang mudah. Inshaa'Allah :) 
 
kehidupan itu juga satu pengorbanan :) 
 
 

No comments: