JellyPages.com

"kehidupan ini penuh dengan kejutan"

"kehidupan ini penuh dengan kejutan"

Sunday, July 13, 2014

KISAH W&S : SALING MENJAGA

Assalamualaikum, Salam Ramadhan. 

dekat blog ni, banyak menceritakan perjalanan cerita cinta aku dan dia. sedih, gembira, kecewa, excited, semua aku luahkan dekat sini. dekat sini, bukti macam mana aku hadapi setiap dugaan yang datang. bukan mudah, tapi bukan susah. sebab aku percaya, Allah dah beri dugaan yang memang aku mampu tanggung. so, sapa kita yang hina ni untuk melawan takdir Allah atau menyalahkan keadaan kan? :)

sebelum aku dan dia bersetuju untuk bertunang, time tu aku rasa masa berjalan dengan pantas. aku tak pernah sangka aku akan bertunang secepat itu. memang pertunangan tu dah lama aku impikan. kitaorang pernah bincang, tapi bincang berdua. belum sampai ke pengetahuan ibu bapa masing-masing. tapi bila dah serius nak bertunang bulan 8 tahun lepas, mak ayah aku pulak, decide. not now. sebab aku baru sambung belajar. 

kecewa dah dekat situ. sempatlah jugak aku boikot mak aku.mogok. hahaha. tapi kejap je, sebab aku tahu, setiap yang terjadi,pasti ada hikmahnya :) 

bulan 1 tahun 2014, aku start cuti sem, masa tu dekat kfc. tengah makan. sabri memang seorang yang selamba, dia bukan jenis yang romantik, dia tak pandai. and even dia romantik pun, aku akan gelakkan diia. mungkin sebab aku rasa situasi tu tak kena dengan jiwa aku yang agak kasar even luar terserlah keayuan aku. katekooooo. haha

dia just ckp "kita tunang hujung bulan 2 la". masa tu pertengahan bulan satu. planning asal bulan 5. masa cuti seminggu mid term break. so, xpelah, aku balik tanya mak ayah aku. and Alhamdulillah mereka setuju walaupun mereka terkejut, sebab kenapa awal sangat. plan kata bulan 5 kan. haha. tapi sebab anak dia nak sangat kan, muahahaha. so parents kitaorang on jee. 

so pengalaman selama 4 bulan menjadi tunangan orang ni. aku boleh rasa la dugaan dia. hebat tak hebat, xtau nak cakap, tapi perubahan tu ada. terutama sikap aku. tak tahu kenapa, aku jadi lebih mengada-ngada (kesian tunang aku nak melayan aku), aku jadi sensitif, nak perhatian je. pangggg kanggg baru tahu. haha. tapi Alhamdulillah, tunang macam faham je. dia pun mcm mengada2x je bila dah tunang. HAHAHA. pelik benor peel dia. 

kadang bila aku berdepan dengan dia, aku sentiasa terfikir, ini ke bakal suami aku? dia ke yang bakal jaga aku, bakal menjadi bapa kepada anak-anak aku nanti (wah anak-anak gitewww). papepun aku bahagia dan bersyukur. 

gaduh? tipuuulah kalau kata takde. hmm, tapi cara menyelesaikan pergaduhan tu dah berbeza macam couple dulu. klu couple, masing-masing tunggu ego masing-masing. tapi sekarang,atas nasihat yang lebih senior.aku dengan dia dah makin serasi. kitaorang dah boleh jadi kawan, kesayangan dan jugak musuh(musuh manja-manja) hahaha. so now, baru aku faham, dalam perhubungan why it must have give and take. 

kau bayangkan,, kalau "give and take" tu takde. kau memang nak berbaik dengan pasangan kau lepas bergaduh, so kau call dia. tapi dia tak angkat, even dia angkat pun dia bertindak lebih agresif dia punya merajuk atau marah. so citer dia, nothing positive happen between you and partner. esok lusa, ngadap muka dia jugak, nak menyampah lelama dah kenapa kan? dari buat hati sakit, baik pujuk diri supaya tak berlama-lama. 

so setiap kali AKU MULA NAK BUAT PERANGAI dia akan cakap "haaa nak buat perangai ke?" hmmm, terus tak jadi. sebab tahu effect dia nanti, dari klang sampai ke ampang tak bercakap kalau aku dah buat perangai. ego aku melangit la pulak sejak tunang ni. ish. kitaorang siap janji lagi, kalau aku nk balik segamat, tak mau gaduh, jangan marah-marah atau boleh menimbulkan atau mencetuskan pergaduhan. its work! 

so actually, if you really want the happiness. you have to reach it together. when you are think thats the right person for you, why must doubt? so, just go with the flow, do the best for your partner. the rest, pray to Allah moga, jodoh itu milik kalian. 

Inshaa'Allah, tahun depan aku dah jadi bini orang. huhu. semoga Allah permudahkan aku menjadi suri hidup si dia walaupun masih bergelar pelajar. hakhakhak. 

even kau kenal 10 tahun pun seseorang, tapi seriously, pertunangan itu satu proses perkenalan yang sebenar,. trust me! :)

No comments: