JellyPages.com

"kehidupan ini penuh dengan kejutan"

"kehidupan ini penuh dengan kejutan"

Saturday, July 12, 2014

BOYCOTT!

Assalamualaikum

sebelum tu aku nak bagitahu maksud boikot tu sendiri. boikot ni adalah consumer activities. as an act voluntarily abstaining from using, buying or dealing with someone or organization as an expression of protest. usually for political reason. tu dia, hafal sesikit masa duk study subject IBM untuk final 9/7 ritu. *kemain siap tarikh* 

voluntary maksudnya dengan rela hati untuk tak menggunakan sesuatu product. kita boikot mesti bersebab. so mcm aku, aku mmg boikot mcd, starbuck, coca cola.  sebenarnya, aku dah setahun lebih jugak tak usik MCD. yes MCD, yang korang delivery, yang korang buat sahur, yang korang wat lunch dinner tu. aku antara manusia yang dah xmakan. knp mcd? starbuck? aku jujur tak penah makan dekat starbuck, so xde masalah bagi aku untuk boikot starbuck sekali. tapi kenapa makanan je? kau duk google, fb tu? product lain nestle yang dah beranak-anak product dia? perfume, pakaian. ntah la TERLALU BANYAK PRODUCT ISRAEL dekat malaysia ni. 

macam nilah, selain dari bertanya atau mempersoalkan usaha orang lain. aku nak share satu je dengan korang. ini segala jawapan yang boleh aku bagi. Inshaa'Allah diri ini akan cuba slow-slow untuk boikot beberapa lagi product israel.

"KISAH NABI IBRAHIM AS DGN SEEKOR BURUNG KECIL."

Ketika itu Nabi Ibrahim AS dibakar oleh kaum2nya. Kejadian itu disaksikan oleh makhluk2 Allah S.W.T. yg lain. Seekor burung yg kecil yg melihat kejadian tersebut, cuba menolong Nabi Ibrahim AS dgn berulang-alik mengambil dan menyimpan air di paruhnya utk memadamkan api yg menjilat Nabi Ibrahim AS.

Lalu makhluk2 yg lain bersuara memperlekehkan tindakan burung kecil tersebut. Mereka berkata, "Kau ingat dgn sedikit air yg kau bawa itu boleh memadamkan api yg besar? Usaha kau itu sia2 sahaja."

Tp, apa yg dijawab oleh burung kecil tersebut kpd mereka yg memperlekehkan tindakannya itu?

“Memang ia tidak akan dpt memadamkan api itu, tetapi aku lebih takut kepada Allah S.W.T. kerana Allah S.W.T. akan menyoal aku nanti, apakah yang aku sudah lakukan untuk agama Allah S.W.T., dan Allah S.W.T. tidak akan bertanya sama ada aku berjaya memadamkan api itu atau pun tidak.”

*Khas utk mereka yg masih memperlekehkan usaha kita yg nampak kecil (boikot-memboikot), tetapi hakikatnya kesannya sgtlah besar*

bukan aku tak pernah diperlekehkan atas usaha kecik aku ni. tapi aku berdegil. sebab aku tahu apa aku buat. biarlah orang nak kata apa pun. selain dari jimat, perut aku pun aku tak sumbat dengan daging yang sesuai untuk binatang makan. Alhamdulillah.

last, xde business zaman sekarang nak bagi free free je bila kau dah guna pakai trademark, operation, brand name bagai. is about royalty man, royalty.

dari bertengkar jom doa! 

 Ya Allah ya Rahman ya Rahiim, ya Karim ya Mukmin, ya Jabar ya Muhaimin, ya Azizu ya jabbaar..., selamatkan saudara-saudara Islam ku di Gaza daripada israel laknatullah... Kuatkan iman mereka kuatkan semangat mereka untuk mempertahanankan masjidil aqsa di sana ya Allah...,YA ALLAH.! SBGAIMANA ENGKAU PERNAH 'HANTARKAN BURUNG2 MENGHANCURKAN TENTARA BERGAJAH MUSYRIKIN, MAKA KAMI MEMOHON KPD-MU YA ALLAH.. TURUNKANLAH BANTUAN MU KALI INI KPD SDR2 KAMI DAN SELAMATKANLAH ORANG2 ISLAM DI BUMI NEGARA PALESTIN,YA ALLAH... HANCURKANLAH DAN LAKNATKANLAH MRKA REJIM ZIONIS YAHUDI SEDAHSYAT2NYA- AMIN. YA ROBBAL'ALAMIN


1 comment:

Mysara Ab Rahman said...

Tu la sikit smbgn or usaha kte pn sbnrnya bsar mnfaat n hkmahnya