JellyPages.com

"kehidupan ini penuh dengan kejutan"

"kehidupan ini penuh dengan kejutan"

Thursday, July 17, 2014

KONGSI KEBAHAGIAN

Assalamualaikum

    Hidup bukan hanya membahagiakan diri sendiri, tapi berilah kebahagiaan itu kepada orang di sekeliling kita kerana kebahagiaan itu akan bertambah ketika dibagi.
 
        aku taklah pandai nak bercakap pasal kehidupan, tapi aku suka ambik ayat-ayat yang positive untuk serapkan dalam diri sendiri. dengan harapan aku akan sentiasa perbaiki diri aku dari masa ke semasa kearah kebaikan.baik itu datangnya dari hati yang ikhlas. selagi mana kau mampu ikhlas dengan perbuatan kau ke arah kebaikan, Inshaa'Allah, baiklah disisi Allah dan manusia. tapi kita sendiri perlu ingat, yang keikhlasan seseorang itu bukan orang sekeliling yang tentukan, hanya Allah sahaja yang tahu keikhlasan seseorang, jadi mari kita ubah diri kita untuk tidak mempertikaikan keikhlasan seseorang! tapi untuk keselamatan diri sendiri, kita amik inisiatif dengan berhati-hati atau berjaga-jaga. jangan jadi jaga pulak dah aku kata berjaga-jaga ni :D

bila aku renung balik orang disekeliling aku, banyak kata-kata aku yang buat mereka salah faham, tersinggung atau terasa hati. sungguh, kadang kita tak fikir sebelum bertindak dan bercakap atau kadang-kadang kita "sengaja" melakukan hal tersebut untuk kepuasan diri sendiri. aku bukan manusia yang sempurna, aku melakukan banyak kesilapan. tapi bila aku sedar, kalau kita buat salah dengan orang, kita kena minta maaf dengan orang tu aku cuba untuk perbaiki diri. ya, kadang aku terkeluar dari landasan, tapi aku cuba fixed kan balik. penawar dia bagi aku adalah, sentiasa ingatkan diri sendiri dan muhasabah diri. 

mungkin kita ada alasan kita sendiri, kenapa dan mengapa kita bertindak sedemikian, kita menunjukkan sifat pentingkan diri sendiri. mungkin kita ada alasan yang kita rasa kukuh. tapi sebenarnya, takde alasan untuk kita menyakitkan hati seseorang. bila kita sakitkan hati orang, jiwa kita tak tenteram, syaitan terus menerus menghasut untuk kita melakukan lebih dan lebih. sampai kita lupa, perbuatan kita itu dicatit dan akan dipamerkan "di sana" nanti. istighfar, lawanlah hasutan syaitan itu. 

jadi kehidupan ini, bukan untuk kepentingan diri sendiri. bukan untuk memuaskan nafsu sendiri, bukan untuk mencapai keperluan sendiri. berkongsilah dengan orang sekeliling, Inshaa'Allah kebahagian kita juga akan bertambah. even, mungkin kita dalam kesedihan, tapi bila kita buat seseorang itu ketawa, tersenyum, Allah akan terbitkan satu rasa bahagia dalam diri kita yang sedang berduka. betapa pemurahnya Allah s.w.t :')

mungkin seseorang tu ada membuat kesilapan dekat kita, tapi pilih :-

 keburukan balas dengan kebaik = kebaikan
keburukan balas dengan keburukan = bertambah buruk
kebaikan balas dengan kebaikan = bertambah baik 
kita sendiri dah ada pilihan, yang mana kita nak pilih kan? :)

hati yang bersih, jiwa yang tenang akan menghasilkan tindakan yang positif. so clearly, kita kena bersihkan dari dalam. belajar perlahan-lahan untuk bawa orang sekeliling happy dengan kita, lama-lama kita akan rasa sesuatu yang sangat menyeronokkan, sampaikan MUNGKIN orang takkan perasan, dalam kita membahagiakan mereka, sebenarnya kita punya masalah sendiri yang mungkin belum dapat diselesaikan. its okay, masalah dengan kehidupan tu sebenarnya kalau kita tengok, sebagai persinggahan untuk "test" kita. iaitu, ujian dari Allah. maka, bila Allah turunkan ujian dalam apa jua bentuk permasalahan, pasti akan ada jalan penyelesaiannya, Allah takkan tinggalkan hambaNya keseorangan berhadapan masalah tanpa menyediakan penyelesaian. cumanya, kita kena sentiasa ingat padaNya, berdoa dan berusaha semoga diberi petunjuk dan jalan yang mudah. Inshaa'Allah :) 
 
kehidupan itu juga satu pengorbanan :) 
 
 

Wednesday, July 16, 2014

Happy birthday my fiancee :')

Assalamualaikum

dah habis belum uols semua meroyan pasal hakak peugeot tu? haha. seriously news feed aku penuh dengan kes dia je. lelama bila aku tengok balik renung balik, Alhamdulillah la aku xshare, just update status yg aku kenal la jgk akak tu sbb dlm friend list fb kan. sebabnya, klu hakak tu dah minta maaf dekat uncle tu, uncle tu pun dah maafkan, mcmne uols yang mengutuk mengeji dia tu pulak? kenalah mintak maaf kan? so kesimpulannya, senangnya nak buat pahala, senang jugak nak buat dosa . dari kita yang xde dosa pasal benda tu, dah tercalit terpalit kan. so, better inbox mintak maaf kat hakak tu :) 

alamak, janganlah marah aku pulak pasal intro aku macam gitu, just my 2cent. *nak jugek* haha. okay dah tutup cerita. aku just nakfeeling sengsorang ni. ;D

hari ni genaplah, encik tunang kita 24 tahun. dah besar panjang dah dia. dulu kenal masa umur 16 tahun, dari budak nakal, terus jadi abg machoo. kau hado? kakaka. *lempangmukasendiri*

happy birthday abggg! 
wirda merangkap your lovely fiancee, your bestfriend, your girlfriend xkurang jugak your sweet enemy doakan abg sentiasa dilindungi, dimurahkan rezeki, diberi kesihatan yang baik (semoga selsema tu cepat baik,esok mc je abggg) haha, dan yang penting semoga sentiasa la sygkan family dan wirda ni. kalau tak sayang kita jumpe dekat kedai mapeley kita settle face to face kat situ. hahaha. 

thanks sebab selama ni memang SABAR sangat dengan wirda. (rasanya mmg kita dua saling bersabar kan?) haha. tahun lepas, surprise + hadiah kan? haaa tahun ni, i kasi kasih sayang je kat you. itu memang tak ternilai punya. hewhewhew.

laka-laka awak yang kaler kaler itew punya hari-hari tau! :'P
selamat haghi lahir lagi sekali!

p/s: bukan mudah untuk puaskan hati semua orang. so, better stop thinking what people think about you^_^

Sunday, July 13, 2014

KISAH W&S : SALING MENJAGA

Assalamualaikum, Salam Ramadhan. 

dekat blog ni, banyak menceritakan perjalanan cerita cinta aku dan dia. sedih, gembira, kecewa, excited, semua aku luahkan dekat sini. dekat sini, bukti macam mana aku hadapi setiap dugaan yang datang. bukan mudah, tapi bukan susah. sebab aku percaya, Allah dah beri dugaan yang memang aku mampu tanggung. so, sapa kita yang hina ni untuk melawan takdir Allah atau menyalahkan keadaan kan? :)

sebelum aku dan dia bersetuju untuk bertunang, time tu aku rasa masa berjalan dengan pantas. aku tak pernah sangka aku akan bertunang secepat itu. memang pertunangan tu dah lama aku impikan. kitaorang pernah bincang, tapi bincang berdua. belum sampai ke pengetahuan ibu bapa masing-masing. tapi bila dah serius nak bertunang bulan 8 tahun lepas, mak ayah aku pulak, decide. not now. sebab aku baru sambung belajar. 

kecewa dah dekat situ. sempatlah jugak aku boikot mak aku.mogok. hahaha. tapi kejap je, sebab aku tahu, setiap yang terjadi,pasti ada hikmahnya :) 

bulan 1 tahun 2014, aku start cuti sem, masa tu dekat kfc. tengah makan. sabri memang seorang yang selamba, dia bukan jenis yang romantik, dia tak pandai. and even dia romantik pun, aku akan gelakkan diia. mungkin sebab aku rasa situasi tu tak kena dengan jiwa aku yang agak kasar even luar terserlah keayuan aku. katekooooo. haha

dia just ckp "kita tunang hujung bulan 2 la". masa tu pertengahan bulan satu. planning asal bulan 5. masa cuti seminggu mid term break. so, xpelah, aku balik tanya mak ayah aku. and Alhamdulillah mereka setuju walaupun mereka terkejut, sebab kenapa awal sangat. plan kata bulan 5 kan. haha. tapi sebab anak dia nak sangat kan, muahahaha. so parents kitaorang on jee. 

so pengalaman selama 4 bulan menjadi tunangan orang ni. aku boleh rasa la dugaan dia. hebat tak hebat, xtau nak cakap, tapi perubahan tu ada. terutama sikap aku. tak tahu kenapa, aku jadi lebih mengada-ngada (kesian tunang aku nak melayan aku), aku jadi sensitif, nak perhatian je. pangggg kanggg baru tahu. haha. tapi Alhamdulillah, tunang macam faham je. dia pun mcm mengada2x je bila dah tunang. HAHAHA. pelik benor peel dia. 

kadang bila aku berdepan dengan dia, aku sentiasa terfikir, ini ke bakal suami aku? dia ke yang bakal jaga aku, bakal menjadi bapa kepada anak-anak aku nanti (wah anak-anak gitewww). papepun aku bahagia dan bersyukur. 

gaduh? tipuuulah kalau kata takde. hmm, tapi cara menyelesaikan pergaduhan tu dah berbeza macam couple dulu. klu couple, masing-masing tunggu ego masing-masing. tapi sekarang,atas nasihat yang lebih senior.aku dengan dia dah makin serasi. kitaorang dah boleh jadi kawan, kesayangan dan jugak musuh(musuh manja-manja) hahaha. so now, baru aku faham, dalam perhubungan why it must have give and take. 

kau bayangkan,, kalau "give and take" tu takde. kau memang nak berbaik dengan pasangan kau lepas bergaduh, so kau call dia. tapi dia tak angkat, even dia angkat pun dia bertindak lebih agresif dia punya merajuk atau marah. so citer dia, nothing positive happen between you and partner. esok lusa, ngadap muka dia jugak, nak menyampah lelama dah kenapa kan? dari buat hati sakit, baik pujuk diri supaya tak berlama-lama. 

so setiap kali AKU MULA NAK BUAT PERANGAI dia akan cakap "haaa nak buat perangai ke?" hmmm, terus tak jadi. sebab tahu effect dia nanti, dari klang sampai ke ampang tak bercakap kalau aku dah buat perangai. ego aku melangit la pulak sejak tunang ni. ish. kitaorang siap janji lagi, kalau aku nk balik segamat, tak mau gaduh, jangan marah-marah atau boleh menimbulkan atau mencetuskan pergaduhan. its work! 

so actually, if you really want the happiness. you have to reach it together. when you are think thats the right person for you, why must doubt? so, just go with the flow, do the best for your partner. the rest, pray to Allah moga, jodoh itu milik kalian. 

Inshaa'Allah, tahun depan aku dah jadi bini orang. huhu. semoga Allah permudahkan aku menjadi suri hidup si dia walaupun masih bergelar pelajar. hakhakhak. 

even kau kenal 10 tahun pun seseorang, tapi seriously, pertunangan itu satu proses perkenalan yang sebenar,. trust me! :)

Saturday, July 12, 2014

BOYCOTT!

Assalamualaikum

sebelum tu aku nak bagitahu maksud boikot tu sendiri. boikot ni adalah consumer activities. as an act voluntarily abstaining from using, buying or dealing with someone or organization as an expression of protest. usually for political reason. tu dia, hafal sesikit masa duk study subject IBM untuk final 9/7 ritu. *kemain siap tarikh* 

voluntary maksudnya dengan rela hati untuk tak menggunakan sesuatu product. kita boikot mesti bersebab. so mcm aku, aku mmg boikot mcd, starbuck, coca cola.  sebenarnya, aku dah setahun lebih jugak tak usik MCD. yes MCD, yang korang delivery, yang korang buat sahur, yang korang wat lunch dinner tu. aku antara manusia yang dah xmakan. knp mcd? starbuck? aku jujur tak penah makan dekat starbuck, so xde masalah bagi aku untuk boikot starbuck sekali. tapi kenapa makanan je? kau duk google, fb tu? product lain nestle yang dah beranak-anak product dia? perfume, pakaian. ntah la TERLALU BANYAK PRODUCT ISRAEL dekat malaysia ni. 

macam nilah, selain dari bertanya atau mempersoalkan usaha orang lain. aku nak share satu je dengan korang. ini segala jawapan yang boleh aku bagi. Inshaa'Allah diri ini akan cuba slow-slow untuk boikot beberapa lagi product israel.

"KISAH NABI IBRAHIM AS DGN SEEKOR BURUNG KECIL."

Ketika itu Nabi Ibrahim AS dibakar oleh kaum2nya. Kejadian itu disaksikan oleh makhluk2 Allah S.W.T. yg lain. Seekor burung yg kecil yg melihat kejadian tersebut, cuba menolong Nabi Ibrahim AS dgn berulang-alik mengambil dan menyimpan air di paruhnya utk memadamkan api yg menjilat Nabi Ibrahim AS.

Lalu makhluk2 yg lain bersuara memperlekehkan tindakan burung kecil tersebut. Mereka berkata, "Kau ingat dgn sedikit air yg kau bawa itu boleh memadamkan api yg besar? Usaha kau itu sia2 sahaja."

Tp, apa yg dijawab oleh burung kecil tersebut kpd mereka yg memperlekehkan tindakannya itu?

“Memang ia tidak akan dpt memadamkan api itu, tetapi aku lebih takut kepada Allah S.W.T. kerana Allah S.W.T. akan menyoal aku nanti, apakah yang aku sudah lakukan untuk agama Allah S.W.T., dan Allah S.W.T. tidak akan bertanya sama ada aku berjaya memadamkan api itu atau pun tidak.”

*Khas utk mereka yg masih memperlekehkan usaha kita yg nampak kecil (boikot-memboikot), tetapi hakikatnya kesannya sgtlah besar*

bukan aku tak pernah diperlekehkan atas usaha kecik aku ni. tapi aku berdegil. sebab aku tahu apa aku buat. biarlah orang nak kata apa pun. selain dari jimat, perut aku pun aku tak sumbat dengan daging yang sesuai untuk binatang makan. Alhamdulillah.

last, xde business zaman sekarang nak bagi free free je bila kau dah guna pakai trademark, operation, brand name bagai. is about royalty man, royalty.

dari bertengkar jom doa! 

 Ya Allah ya Rahman ya Rahiim, ya Karim ya Mukmin, ya Jabar ya Muhaimin, ya Azizu ya jabbaar..., selamatkan saudara-saudara Islam ku di Gaza daripada israel laknatullah... Kuatkan iman mereka kuatkan semangat mereka untuk mempertahanankan masjidil aqsa di sana ya Allah...,YA ALLAH.! SBGAIMANA ENGKAU PERNAH 'HANTARKAN BURUNG2 MENGHANCURKAN TENTARA BERGAJAH MUSYRIKIN, MAKA KAMI MEMOHON KPD-MU YA ALLAH.. TURUNKANLAH BANTUAN MU KALI INI KPD SDR2 KAMI DAN SELAMATKANLAH ORANG2 ISLAM DI BUMI NEGARA PALESTIN,YA ALLAH... HANCURKANLAH DAN LAKNATKANLAH MRKA REJIM ZIONIS YAHUDI SEDAHSYAT2NYA- AMIN. YA ROBBAL'ALAMIN