JellyPages.com

"kehidupan ini penuh dengan kejutan"

"kehidupan ini penuh dengan kejutan"

Friday, March 14, 2014

MINI PELAMIN

Assalamualaikum

*ENTRY NI UPDATE SEBELUM BERTUNANG, TERBUAT PEKASAM DALAM DRAFT. HARI NI BARU PUBLISH* :'D

 
sekarang ni ramai betul kalau nak tunang, mesti ada mini pelamin. sebenarnya, kalau ikutkan tunang ni takyah buat majlis, pelamin pun apa tah lagi. better simpan cost semua tu untuk kawin nanti kan. hmmm, pandai cakap wirda, hewhewhew. tapi.......tak tahu la. nak jugak pelamin kalau aku tunang kannnn. papepun, ikut kepada kemampuan. jangan lupaaa!

so entry ni saja nak bagi korang semua panas bontot. saja nak bagi korang rambang mata. saja nak bagi korang tak menyabor. saja nak bagi korang tak tidur malam sehari search gambar pelamin yang cantik-cantik ni. hehe. walaupun belum lagi kan, tapi aku suka tengok benda-benda cantik. suka tengok la  cost dia aku tak pandang pun, hmm. mungkin belum lagi nak tunang, so macam tak amik kisah pun kennn.

jom cuci mata ngan mini pelamin yang comel, sweet, simple ni.

 ni sweet. aku pilih gambar ni sebab colour and cara dia susun bunga macam tu. rasa macam memang tu space untuk kita je la. hehe. tapi sebenarnya aku tak prefer untuk bantal bulat tu, sebab untuk sorang je kan, camne kalau "bakal mak mertua" nak sarungkan cincin, takkan nak duduk sikit je, cam tak balance. tapi mungkin boleh amik design and ubah sikit dari segi kedudukan. why not? :)

 yang ini lagi simple.tak over sangat macam tadi. tadi bukan over, tapi macam heavy sikit la kan. 
tapi maintain sweet.

 haaa yang ini paling aku suka since last year lagi. haha. aku suka colour cream + peach ni/light pink. sweet and simple. tapi tu la, kedudukan dia macam tu pulak. takpe, kita buat dia, bukan dia buat kita.hiks

 kalau perasan, gambar dari atas sampai sekarang aku pilih colour yang agak sama je. hmm, mungkin sebab taste aku. maaf la share ikut kepala aku jewwwwww. maybe korang boleh google yang lain. sob sob. ni pun sweet! *rambang mata*

 haaaaaa, kerusi macam ni la sesuai bagi aku untuk dorang duduk. lepas tu yang lain nak bergambar pun senang kan. takdelah menyelit2x satu punggung kebawah, satu lagi ke atas kan. xdelah tak balance. haha.
cantik design langsir dia buat macam tu. good job!


 alalala, sooo english tau. simple and nice. okay bantal dia provide 2. so boleh la kalau macam ni, "bakal mak mertua" boleh la duduk sebelah kan. tapi bagi aku, pelamin colour macam ni jgn pakai colour pelik2x, nanti nampak pelik. pakai la colour putih ke, cream, light yellow tu atau pun ligh green, tiffany green tu pun masuk rasanya. kalau pink/light pink aku rasa tak kot. hukhuk *tetibe rasa macam consultant*


 haaa ni la salah satunya colour terang aku pilih. kalau lighting macam ni guna pulak colour merah, aku suka. nampak romantik. hmmm, romantik? errrrr.

 ni aku amik kat instagram, seriously jatuh hati gila gila dengan design pelaming yang ini. sumpah sweet! bantal dia tu macam ropol-ropol tau. comel pulak tengok. tak heavy, nice, simple, sweet sesuai la untuk tunang, tak overdose.

ini pun cantikkkkk. tapi ni macam dah biasa tengok la kan. tapi tetap cantik. 

so semua gambar tu, gambar google.aku update ni jgn pulak ada yang salah faham. saja cuti sem takde story, plus aku tengok sekarang ramai yang tunang, kawan-kawan aku pun. so terdetik nak buat entry untuk pilihan mini pelamin. mungkin boleh membantu uols. kalau nak tunang, tak yah heavy-heavy tapi maintain sweet and nice. itu yang aku prefer la. kalau pandai wat sendiri lagi cantik. cut cost. hihi.

btw, selamat bertunang untuk mereka yang bertunang especially all of my friend!
semoga dapat banyak bersabar dalam dugaan bertunang *sebab orang kata bertunang banyak dugaan* entah.huhu.  dah sampai masa ke jinjang pelamin jangan lupa jemput iols okay! hehe. semoga bahagia :)

aloha~

2 comments:

Ibunda Catering Services said...

Assalamualaikum..
Kami dri ibunda catering & wedding planner

menawarkan pakej2 yg menawarkan bajet yg

menarik menanti anda...jemput2la tengok website

kami...meh la servey2... :-)

http://www.ibundacatering.com

Raihanie Ag said...

Mini mini spa @kuantan.......pakej bertunang pun ada....senior itm segamat