JellyPages.com

"kehidupan ini penuh dengan kejutan"

"kehidupan ini penuh dengan kejutan"

Saturday, March 29, 2014

KISAH W&S : lapar dan dompet

Assalamualaikum!

kali ini aku tak pedulilah, orang nak annoy ke, nak kata apa ke if aku share cerita aku dekat blog. ahaks. this is my blog. cerita yang aku share pun Inshaa'Allah, biasa-biasa sangat yang tak menganggu sensitivity rakyat Malaysia. maka dengan itu jangan pasang wajah yang cemburu. LOL. tetibe lagu indon tu ada dalam minda aku. haha. 

aku nak separate kan next time, if aku tengah citer pasal aku and en tunang aku akan bagi tajuk tepi tu KISAH W&S. okay meluat tak? meluat sila tekan pangkah :'D

memandangkan johor dah tukar cuti mingguan dari sabtu ahad ke jumaat sabtu. hmm, bagi aku susah jugak la, sebab kita duduk kl. bila balik kl, jumaat orang keje, tapi bagusnya, in case ada benda yang perlu diselesaikan kan kann...baguslah, mcm bank ke, sekolah ke tak tutup :)

minggu ni aku balik ampang lagi :'D
dari start masuk sem baru sampai la ni, tiap tiap minggu balik ampang, kopak la bapak aku nanti. ada kang dorang suruh aku tak balik. haha. melampau. ajet ajet anak anjewwww padahal tak pun. kita dah ada tempat manja baru *LOL* 

even minggu ni balik pun, family takde. takde orang kat rumah. sebab nak settlekan benda kan, kena la jugak balik. but i promise nextweek tak balik. hehe. so bila dok rumah sorang, makanan lauk ke nk masak takde kensss. nak masak maggie tengok tak leh bukak dapur tu. hmm, aku pun, whatsapp, "xde gas ke?" ayah aku reply dia cakap ma tutup gas. bukak lah. hah, sudoh! kawe dok pandai. maka, kawe surrender wat maggie, pas tu, sari sutok dop make. masa sampai kl sabri amik tanya dah makan belum, cakap dah. juai mahaiiii lagi. lps tu whatsapp en tunang, ngadu lapar. kan dah kena marah :P time tu pulak dah pukul 12 ke 1 cam tu. so kita tido la tunggu besok :)

esok tu, pepagi lagi tunang kesayangan dah kejut suruh bangun. 
"dah mamam belum?"
baru bangun
"dah"
"mamam apa?"
"mamam buah"
"nak mengencing je tahu, siap la cepat"
"hmm, nak pegi mana?"
"pegi mamam la"
bayangkanlah, tengah sedap tido pepagi suruh bangun ajak keluar makan, nak tak nak, bangunlah jugak, dah ada orang offer nak bawak keluar makan, kang tolak kena marah satu, lapar pun satu jugak. dua la jadinya kan? haha. okay terus bawak makan nasi kandaq baq hangggg! hewhew. dalam otak aku, nasi lemak pun okay. aku jenis makan nasi sekali sehari takpe, xmakan nasi pun xpe, janji something yang heavy boleh ganti nasi. simple je aku. selera bila ada duit je lebih sikit. haha

hari tu, pergorbanan sangat sabri buatkan aku, rasa nak menangis terharu. dengan hujan lebat. yaAllah angin kuat kot time tu, aku risau. dia datang jugak rumah..sebab mintak tolong belikan tualawanita  hahaha. kelam kabut dia, sebab tak penah belikan. aku pulak sangat la dah urgent kateko :P :P 

hari ini punya cerita pulak, pergi kuala selangor, rumah mak sedara sabri puye mak mertua. haa gitew. jalan jauh baru sedar tak bawak dompet. kena marah lagi. sebab cuai >.< siap nak anta kat pusat imegresen lagi. sampai hati. yang aku nak tergelak ialah.... bila aku dahaga sangat nak air. dengan kesian aku cakap la
"abg nanti nampak kedai jual air berhenti ek? wirda dahaga la"
dengan spontan gila babun dia tanya aku 
"ada duit tak?" 
eeeeee geramnya aku. time time ni la dia nak kenakan aku. hahaha. sedih kot rasa >.<
aku pun tersengih-sengih cakap takde duit. abg belanja wirda. hahaha
lepas tu sengaja xnak berhenti ada kedai jual air. aku pun buat la drama merajuk.
"abg..wirda nak air..air mineral yg rm1 pun jadilah..nanti wirda bayar balik" 
haha. alolo :P lepas tu..........sekian xleh cerita ler camne dia pujuk. nanti korang muntah pulak. haha. i love you fiance! :)

selalu kalau tol, aku ada duit kecik aku hulur. tadi sabri xde duit kecik. dia mintak "dua inggit , dua inggit" aku jejoget dalam kete "bestnyaaa jalan tak bawak dompet niiii" haha. fair and lovely right? 


tak tahu kenapa, sejak tunang ni. aku jadi sensitif. sabri gurau kasar sikit pun nak terasa. mengadakan. pening sabri layan aku. haha.

abg je yang boleh handle wirda. and same goes to me! pe'el sabri ni aku perati jeee. hmm,dia seorang yang cerewet. padan muka kau wirda. siap ah dah kawen nanti. hahaha. 

love youuu :')


Wednesday, March 19, 2014

KLINIK DAN MATRIK KAD

Assalamualaikum

baru-baru ni kan cuaca tak menentu, panas berpanjangan kan. orang duk nasihat minum air banyak minum air banyak, aku buat donno jeee, nahhh, tetibe satu hari tu, tekak aku sakit-sakit. ingat kan biasa-biasa. makin lama makin jadi teruk. sampai tak leh nak telan air liur, apatah lagi kau nak makan ayam goreng *nyummy*

so dah tak tahan sangat, decide nak pergi klinik penawar dalam Uitm tu. so pergi, doktor cakap bengkak merah dalam tekak aku. tapi bukan tonsil. Alhamdulillah. sebab kalau tonsil ada bintik putih, boleh buat demam, pening kan. aku tak, aku okay je. cuma nak makan prob, bila makan pun sikit, body tak bape nak laratlah kan. okay lepas dah pergi klinik, dapat la ubat demam/tahan sakit, batuk and ubat untuk hisap tuu. pikir dua tiga kali nak telan ubat tu. huhu. tapi gagahkan jugak, sebab nak sembuhkan. 

thanks kepada dhiya and kawan-kawan yang concern sangat. bebetul touching, siap buatkan bubur lagi kat wirda. dah la sedap. haa dua kali aku tambah walaupun nak telan tu perit. bahahaha. lepas tu, fara belikan ixe cream vanilla, lepas makan, esok tu tak payah cakap, better sangat rasa. nak telan tu stil ada rasa sakit, tp sikit laa. so boleh la. cuma xboleh nak tinggiakan suara, cakap kuat-kuat kalau tak dia sakit. kekadang sakit sampai ke telinga kot. huhu. hmm, dalam seminggu gak la kena ni. aku bajet 2-3 ari lagi, sembuh sepenuhnya. ameen ameen ameen. 


so hari ni, okay dah cuma tggl sikit je lagi kot bengkak dia sebab still rasa ada something kat kerongkong ni. 

Alhamdulillah, cuaca dan sejuk sikit sekarang ni kan. selalu hujan dah. Alhamdulillah! :)

esok lepas pergi penawar, nak pakai matrik kad. cari-cari dalam beg, dalam kereta member, pergi penawar balik cari. TAPI TAK ADAAAAA! first time hilang matrik kad. haih, so careless la aku ni. tak tahu kat mana kad aku tu :( tak tahu nak wat camne, nak tak nak, kena report, bayar and buat baru la kan. tengok la nextweek camne. aku tak gitau ayah aku lagi ni. mesti dia membebel. hahaha. maaf yeee :'D

runsing sebenarnya barang penting hilang, tapi benda dah nak hilangkan. nak buat camne. kita pun kalau boleh tak nak hilang kann. 

tepek gambar sendiri dekat blog sendiri takde masalah kan? *dah kenapa jari aku tu?>.<*

ada video lagu best untuk kita semua. jemput dengar :)


:')


Friday, March 14, 2014

MINI PELAMIN

Assalamualaikum

*ENTRY NI UPDATE SEBELUM BERTUNANG, TERBUAT PEKASAM DALAM DRAFT. HARI NI BARU PUBLISH* :'D

 
sekarang ni ramai betul kalau nak tunang, mesti ada mini pelamin. sebenarnya, kalau ikutkan tunang ni takyah buat majlis, pelamin pun apa tah lagi. better simpan cost semua tu untuk kawin nanti kan. hmmm, pandai cakap wirda, hewhewhew. tapi.......tak tahu la. nak jugak pelamin kalau aku tunang kannnn. papepun, ikut kepada kemampuan. jangan lupaaa!

so entry ni saja nak bagi korang semua panas bontot. saja nak bagi korang rambang mata. saja nak bagi korang tak menyabor. saja nak bagi korang tak tidur malam sehari search gambar pelamin yang cantik-cantik ni. hehe. walaupun belum lagi kan, tapi aku suka tengok benda-benda cantik. suka tengok la  cost dia aku tak pandang pun, hmm. mungkin belum lagi nak tunang, so macam tak amik kisah pun kennn.

jom cuci mata ngan mini pelamin yang comel, sweet, simple ni.

 ni sweet. aku pilih gambar ni sebab colour and cara dia susun bunga macam tu. rasa macam memang tu space untuk kita je la. hehe. tapi sebenarnya aku tak prefer untuk bantal bulat tu, sebab untuk sorang je kan, camne kalau "bakal mak mertua" nak sarungkan cincin, takkan nak duduk sikit je, cam tak balance. tapi mungkin boleh amik design and ubah sikit dari segi kedudukan. why not? :)

 yang ini lagi simple.tak over sangat macam tadi. tadi bukan over, tapi macam heavy sikit la kan. 
tapi maintain sweet.

 haaa yang ini paling aku suka since last year lagi. haha. aku suka colour cream + peach ni/light pink. sweet and simple. tapi tu la, kedudukan dia macam tu pulak. takpe, kita buat dia, bukan dia buat kita.hiks

 kalau perasan, gambar dari atas sampai sekarang aku pilih colour yang agak sama je. hmm, mungkin sebab taste aku. maaf la share ikut kepala aku jewwwwww. maybe korang boleh google yang lain. sob sob. ni pun sweet! *rambang mata*

 haaaaaa, kerusi macam ni la sesuai bagi aku untuk dorang duduk. lepas tu yang lain nak bergambar pun senang kan. takdelah menyelit2x satu punggung kebawah, satu lagi ke atas kan. xdelah tak balance. haha.
cantik design langsir dia buat macam tu. good job!


 alalala, sooo english tau. simple and nice. okay bantal dia provide 2. so boleh la kalau macam ni, "bakal mak mertua" boleh la duduk sebelah kan. tapi bagi aku, pelamin colour macam ni jgn pakai colour pelik2x, nanti nampak pelik. pakai la colour putih ke, cream, light yellow tu atau pun ligh green, tiffany green tu pun masuk rasanya. kalau pink/light pink aku rasa tak kot. hukhuk *tetibe rasa macam consultant*


 haaa ni la salah satunya colour terang aku pilih. kalau lighting macam ni guna pulak colour merah, aku suka. nampak romantik. hmmm, romantik? errrrr.

 ni aku amik kat instagram, seriously jatuh hati gila gila dengan design pelaming yang ini. sumpah sweet! bantal dia tu macam ropol-ropol tau. comel pulak tengok. tak heavy, nice, simple, sweet sesuai la untuk tunang, tak overdose.

ini pun cantikkkkk. tapi ni macam dah biasa tengok la kan. tapi tetap cantik. 

so semua gambar tu, gambar google.aku update ni jgn pulak ada yang salah faham. saja cuti sem takde story, plus aku tengok sekarang ramai yang tunang, kawan-kawan aku pun. so terdetik nak buat entry untuk pilihan mini pelamin. mungkin boleh membantu uols. kalau nak tunang, tak yah heavy-heavy tapi maintain sweet and nice. itu yang aku prefer la. kalau pandai wat sendiri lagi cantik. cut cost. hihi.

btw, selamat bertunang untuk mereka yang bertunang especially all of my friend!
semoga dapat banyak bersabar dalam dugaan bertunang *sebab orang kata bertunang banyak dugaan* entah.huhu.  dah sampai masa ke jinjang pelamin jangan lupa jemput iols okay! hehe. semoga bahagia :)

aloha~

Sunday, March 9, 2014

My Engagement Day 1314


Assalamaulaikum

apa habaq semua reader? ada lagi ke readers blog kita ni? haha. xpelah, sebagai public diary, nak citer ler jugek pasai serba sedikit tentang saya. kan itu hari ada cakap nak share cerita masa cuti semester gitew. dah kenapa cam kekok ni nak up entry pasal sendiri.lul. malu gamaknya. macam tak percaya wirda malu. ahaks.

okaylah, malas nak intro panjang sangat, simple mimple je nak buat entry ni *Inshaa'Allah* sebab kekadang bila dah menaip LAGI LAGI keyboard baru, tu yang tak sedar tuh. kalau dah berjela jugak, mohon teruskan pembacaan anda. hahaha. 

first of all, Alhamdulillah. sebab apa yang dirancang berjalan dengan lancar :')

serius tak leh nak menaip citer-citer ni. sebab rasa macam tunang je pun, and confirm ada yang saudara mara dia or wirda yang baca kan. so xnak malu kita layan gambar saja. hahaha. KAU DAH KENAPA MALU KAT BLOG SENDIRI NI WIRDA?????? *tampar muka sendiri*

ada orang kat fb nak tengok gambar full pelamin. okay nahhhhh

haa nampak x? simple je, tema wirda tiffany green + peach. mungkin effect edit so colour cam lari sikit.hehe. tapi serius, this pelamin sooo simple but perfect! wirda sangat sangat suka. berbaloi dan wirda sangat puas hati la. hehe. kalau korang nak tempah pelamin, ada contoh yang korang berkenan tu kan. boleh la inform wirda, wirda akan kasi num tel orang tu kat korang untuk discuss dengan dia. hehe. sure puas hati, tapi make sure korang pun kena bijak main colour la. cewah! ;p

cincin lelaki 

cincin kitewwwww. hewhew! *gedik pulokkks(

 we're engaged!
tepat-tepat 7 years 2 months :')

 sebab over sangat berposing, bunga sampai terjatuh.haha. hencik tunang tolong cucuk kan, macam pandaii je >.<

 orang kata, tunang ni banyak dugaan. tak macam belum ada pape ikatan.. Inshaa'Allah kita laluinya sesama. war lek wat peace sajo. 


peace yowww dari kami :P

okay, so far baju tudung veil semuaaaa wirda provide sendiri. beading semua wirda buat. penat jugak nak siapkan tu semua, sebab dengan tempahan customer lain lagi kan. tapi kuatkan semangat. nak patah pinggang buat semua ni.. tp Alhamdulillah, hasilnya memang puas hati! ;)



cantikkk takkk kita.................punya veil? haha. kalau ada yang berminat, nanti kat bawah wirda bagi contact ye :)

 keluar pihak lelaki yang hadir (ada lagi yang takde dalam gambar) terima kasih datang! ;p


 keluarga pihak perempuan yang hadir

nak ucap banyak-banyak terima kasih kepada family wirda, saudara mara yang sudi datang and tolong itu ini. sob sob, ingat sampaibila-bila. terima kasih lagi! ;)


 :')

 muka sabri malu.haha. 


 feveret gambar dengan isha
my lil princess jadi flower girl. haha (acah jeww!)



 nak g ne lelaju ni bang? 

 gementorrrr

alan bambam in the houseeee!
 siblings!



ma & abah. thanks for everything. 

fresh flower from him. ergh, lepas tunang, esok tu balik segamat., gigih potong cecantik tangkai tu, combine colour. bawak balik segamat. lepas dah sampai segamat, dia macam dah nak layu dan terus layu. hmmm, sedih. abg..nak lagi?? hewhew! :p

with one of my BEWARZ merangkap my photographer. thanks buddy because sudi jadi photoG i and layan semua karenah i. lul. hehe

 thanks dhiya dan adiknya dari bangi sudi datang! ;)
nasib baik korg adaaa :)

 tak plan pun gambar ni, time ni sebab penat dah duk bergambar, tapi jadi one of my feveret photo. ahaks :p

peace comel from me! *tampar muka sendiri*

okay now nak bgth where all these stuff come from yew. hukaloh. 

pelamin : TULANG SUMSUM
photographer : ZEE BERRY
outfit : GALLERYOFHIJAB
make up: sendiri 

akhir kata dari saya, terima kasih pada yang ucapkan tahniah dan doakan kami kekal hinggah JANNAH! ;)

officially engaged~
^____________^