JellyPages.com

"kehidupan ini penuh dengan kejutan"

"kehidupan ini penuh dengan kejutan"

Wednesday, January 22, 2014

LADIES HOUSE a new online shop!

Assalamualaikum

Bismillahhirahmanirrahim...

semakin hari semakin popular fenomena WIDE SHAWL. wirda pun dah jatuh hati sangat-sangat dengan wide shawl ni. best bila pakai lagi-lagi yang cotton, senang gila nak bentuk. wirda kan pakai spek, so bila nak pakai shawl tu macam tak sesuai, tapi kalau pakai wide shawl ni tak pulak rasa tak sesuai, sesuai ajaaaaa. hehe. boleh la belajar labuhkan tudung :)

disebabkan wirda sukaaaaaa sangat dengan wide shawl, wirda decide nak jual. so, sesiapa yang nak dapatkan wide shawl cotton viscose dari wirda, boleh la contact wirda. macam mana nak contact? okay nanti wirda bagitahu. bagi can wirda nak promote page online baru wirda okay.

sekarang ni, tengah tak buat apa-apa kan, wirda nak continue business balik. dulu stop lama kannn. so page baru wirda simple sangat. nama dia ialah....LADIES HOUSE . So korang semua boleh la start tekan link tu dan jangan lupa like! bila dah like, kalau berkenan haaa cecepat pm wirda. hehe.

buat masa ni wirda hanya fokus kepada WIDE SHAWL dan MASK SHISEIDO. haa bukan wide shawl je ada. apa yang wirda guna, wirda jual kalau wirda rasa best. ok? hehe. so sekarang ni belum variety lagi, baru permulaankan. doakan lepas ni berjaya dengan jayanya. sangat memerlukan support dari korang semua.

dalam page wirda tu dah ada plain and printed wide shawl material cotton. harga reasonable mampu milik! ikutkan hati wirda ni nak letak harga bawah rm20 je semua shawl wirda. hihi. sebab wirda pun suka barang murah! :p

meh wirda tunjuk antara koleksi printed wide shawl okay. 

 printed wide shawl

 Plain wide shawl


okay, ini pulak mask shiseido yang wirda jual. hanya jual black & white mask dan lip & eye mask. bird nest tu belum masuk lagi okay. so far wirda suka mask ni, dari tahun lepas pakai. memang syiok. habis satu rumah sewa wirda pengaruh suruh pakai mask ni. hehe. dorang pun suka! so sesiapa berminat, boleh la whatsapp wirda kat number yang kat dalam gambar tu okay. sapa nak beli borong atau nak jadi dropship wirda pun dialu-alukan :)

last but not least, jangan lupa support and like page baru wirda tu okay!


Xiexie! 

2014...

Assalamualaikum

rasanya macam sebulan sekali baru update blog. this year, rasanya paling busy la pada awal tahun. kalau sebelum-sebelum ni, aku akan makesure untuk tahun baru dan my birthday, akan update satu entry untuk tarikh tersebut, tapi untuk tahun ni, tahun baru tak sempat, birthday lagi la tak menyempat. semua gara-gara busy dengan final exam. so far, dah lebih kurang seminggu gak la kot aku dah habis paper. eh yeke? ntah malas betul nak kira. sekarang tengah tunggu result. dengar-dengar cerita result keluar 14/2 ni. doakanlah aku lepas semua paper k. aku paling risau paper FAR400 aku ni. menangis aku menjawab paper ni. aku harap LEPAS! AMEEN!!1 *CEPAT AMEEN KAN SEKALI* hehe. terima kasih tolong ameen kan. semoga korang semua murah rezeki. ameen, ameen, ameen !

okay, first nak short update untuk tahun baru. malam tahun baru tu takde buat apa pun. melainkan menghadap bukukan. hmm, btw, anniversary aku yang ke 7 dengan hencik sabri pun tak menyempat nak hupdate! happy anniversary yang ke tujuh abg pada 30/12/2013 ritu. muahaha. doakan kitaorang cecepat ke jinjang pelamin eyh! ni pun ameen kan jugak. haha. okay malam tahun baru tu, aku duduk rumah je kat segamat tu. study. so takde citer. 

pada 3 January 2014 genap umur aku 22 tahun. *dah boleh kawin dah ni*
haaaaa, tu la kan. hewhewhewhew. Alhamdulillah. happy sangat sambut birthday tahun ni. banyak sangat kejutan. tanjat gegirl tau! nak dijadikan cerita, pada 30/12/2013 kitaorang main tepung, sambut birthday kawan aku tu. so dorang aim la sapa punya birthday next tu. aku diam. sebab aku dah tahu dorang ni mesti ada planning. bila dorang tahu aku. dorang just warning aku suruh get ready. ada kata nak baling telur la, air sabun la,kicap, kopi, belacan eh ntah paper lagi la.seram sebenarnya aku wei. tapi kita wat lek wat cool je. birthday aku 3 Jan, tapi 4 Jan tu kitaorang ada paper. so aku expect and confident la yang dorang pun malas nak layan aku punya birthday, aku lagi suka! haha

tapi sangkaan aku meleset. dorang ni bersungguh betul. petang 2 Januari, diorang plan nak jogging pusing satu kawasan rumah kitaorang ni, since petang, takde watpe kan. cam nak join la. so tetibe teringat kasut sukan baru basuh. tali pun tak pasang lagi, asar pun tak sembahyang lagi, so decide suruh dorang pergilah, aku tak bape suka orang dok tunggu-tunggu aku nia. tapi di fatin siap offer nak pinjam kan kasut, last-last pergilah, tapi pinjam kasut jat. fera memang tak nak join. bukan ahli sukan katenyew. tapi jat ni pada asalnya, dia nak pergi, tetibe tak nak. so tak fikir apa pun, mungkin dia malas nak berpeluh nak teman fera ke. cam tulah. so pergi la kami berjogging pada petang itu. seronok nak tengok gambar? jap eh nak upload.

bestkan view waktu petang nak senja-senja kat segamat. kawasan kampung kan. yang macam model healthy life tu, nama dia farah klon izara aishah, kenapa izara, sebab muka dia sebijik cam izara aishah. cantik sgt! hehe. belah kanan sekali dian, belakang aku tu ain. tapi xnampak sebab aku dah lindung. yang tukang amik gambar ni dhiya. act banyak gila gambar, and video, tapi macam tak patut la aku load kan korang punya internet bila nak access aku punya blog sebab berat dengan gambar and video. tak patut kan? hiks. 

lepas tu, dah sampai rumah, farah kata semua orang kena ikut dia wat cool down. aku exciteda la konon dah menjalani kehidupan sihat kononnya, kau ingat senang aku nak pergi jogging? haha. okay semua follow dia buat. "one two three four" ikut la step dia. tetibe......................dari belakang, dorang balik tepung dekat aku T___T

so unexpected. 


okay, rupanya jat yang tak nak join tu semua mmg dah plan. patut la tengok farah asyik dengan hp je masa jogging, rupanya dia tengah planning masa kat group whatsapp. hmmmm. k.

selepas ditepungkan. act sebelum jogging, pergi bandar. dhiya amik tepung nak beli. aku halang, tapi alasan dia nak buat cekodok. kitaorang memang suka makan cekodok petang-petang, so percaya lah bulat-bulat walaupun pada awalnya macam was-was jugak. naaahh, ni hasilnya, dorang cekodok kan aku. tapi aku bernasib baik sebab tak mandi lagi, pastu pakai tudung. and bernasib baik dengan housemate yang baik hatit ak main-main telur. jujur aku tak pernah celebrate sambut birthay bertepung ke telur ke, sebab aku tak suka. haha, tapi kali ni tak leh terlepas, planning dorang cantik sangat kot.

thanks housemate gang rumah hijau :*

lepas seminggu birthday aku. mereka wat aku culture shock lagi. hmmm. hmmm. terhaghu gila. dah la birthday dah seminggu lepas, dah wish dah pun ramai-ramai ketuk pintu bilik aku wish "HAPPY BIRTHDAY!!!!!!!" haaa macam tu. 

dorang ajak makan kfc since aku tak makan mcd kan. hmm, mula aku xnak, sebab lauk masak tengah hari tadi macam ada lagi. tetiba kata xcukup, hmm, xpelah, pergi jela. 2 buah kereta, aku gerak dgn farah je, yang lain dengan dhiya. sampai kfc order, cam lama gila tunggu dhiya n yang lain kata nak pergi watson katanya nak beli mask, so decide makan dulu. dah habis makan, tetibe ada sekumpulan nyanyi happy birthday, aku pandang belakang, tengok diorang sambil bawak kek. haha. confused jugak time tu, birthday fara ke? haha. haih. thank you, sweet memories :)

thanks dhiya durani binti mohammad ashri sebab hadiahkan this two item from body shop. beg dia wirda dah bukak, sebab wirda dah start pakai. haha. wangiii. tentiuu :*

okay kira okay la entry ni panjang gila, tapi combine anniversary, new year and new age. haaa gitew. 
thanks for reading my blog! tujuan update semua ni, gagah remind balik semua memori ni supaya tersimpan kemas and ingat semua balik bila baca balik blog ni one day. hehe. 

aloha~~~v