JellyPages.com

"kehidupan ini penuh dengan kejutan"

"kehidupan ini penuh dengan kejutan"

Sunday, September 28, 2014

WIRDA NAK KAWIN?

Assalamualaikum

bercinta sudah, tunang sudah. kawin je tak sudah-sudah lagi ni. hmm, jalan cerita hidup seseorang tu kan tak sama. papepun, beruntungnya sapa yanng bercinta lepas kawin tu :) 

takpelah, nanti lepas kawin, ai suruh suami ai ngorat ai balik untuk bercinta balik. banyaknya balik aku, jangan terbalik sudah la kan. hehe

okay sebenarnya, wirda yang gedik selalu photoshoot, muka nak sentiasa bajet lawooo, yang suka cerita pasal kisah cinta dia kat belog ni, dengan lelaki sama akhirnyaaaaaaa, nak tawen dahh. 
yeay yeay kita nak kawin dahhh, lama tauu tunggu nak settlekan hal kawin bagai ni. tudiaaa sekali dapat tarikh, hmmm takut and tak sabar pun adoo. tak sabar bukan gelojoh tu uols ni. tak sabar nak pakai baju kawin je. lol. tak la, tak sabar nak ada pasangan halal. nanti semua benda pahal. ehem ehem :D

so far, ada lagi kurang 4 bulan majlis aku. hmm, nak jemput rakan blogger  semua ada ke yang kenal aku? haha. so aku jemput kat blog je la. lagipunn kan kan, majlis belah aku buat kecik kecik and yang mampu jeee awak awak semua.. yang mana  contact selalu tu, mesti lah kita jemput :)

persiapan? sebab tarikh ni pun tak jangka awal sebenarnya, mak ayah pun bising budak2x ni nak kawin awal. haha. bukan ai, tunang ai. ai bolehh sabar lagi. lol. so baju, pelamin semua tu dah ada. photographer pun Inshaa'Allah ai amik dalam kalangan blogger jugak. hehe. 

cuma pening sikit pasal doorgift ni. demand tinggi, tapi nak save cost. acaner tuuuu? hahaha. so masih sampai sekarang tak fikir lagi. bulan 11 n 12 ai dah busy nak exam. eh budak sekolah lagi rupanyaaaaaaa, so dalam bulann 10 kalau boleh KALAU boleh nak settle la booking2x ni, tinggal nak buat utk yang kecik2x je la. tapi tengok la macam mana. 

baju nikah pun tak hantar tailor lagi. sebab tailor kata hantar bulan 11 pun sempat. okay relax la situ. baju sanding asalnya nak buat je, tapi fikir henampuluhlimakali macam membazir pulak, sebab at the end kalau takde orang nak sewa,, aku kena simpan dalam gobok (almari, betul ke aku eja org johor cakap tu?) sampai la anak aku dah habis PHD. wah gitewww. so kebetulan my wedding dress yang terlampau lampau aku sukaaa tuuu tengah wat promosi. rezeki aku, esok jugak bayar  untuk baju tu. fuhhh! settle dah.hehe

sekarant ni, aku tengah dalam usaha nak mencantikkan diri. hehehehehehe. nak dekat kawin baruuuu la sibuk nakk cari product apa bestt, nak jaga pemakanan, nak jaga body, nak jagaaaaaa untuk bakal somi ai la. lol. 

so sekrang ni, dah start diet. 5 hari diet, 2 hari cheat day. tak tahu la berbaloi ke idokkk 5 hari aku tu. muaahaha. next month fitting baju, so aku harap aku dapat la berat badan yang aku inginkan. 

dalam kekalutan, aku bahagia, sebab akhirnya aku dah nak kawin. yang paling penting, dengan lelaki yang memang aku sayang gila dekat dia. tak pernah sangka akhirnya dia jodoh aku. aku just harap doa kalian yang membaca ni yang baik-baik saja. doakkan aku dan pasangan bahagia selamanya, serta majlis kami berjalan dengan lancar. sekarang ni dalam proses persiapan duluuuu :) 

sejak dua menjak ni kitaorang selalu imbau kenangan dedulu, macam tak percaya, akhirnya pung pang pung pang, nahhhhh tu jugak la bakkal somi n isteri kau. hehe. 

Thursday, July 17, 2014

KONGSI KEBAHAGIAN

Assalamualaikum

    Hidup bukan hanya membahagiakan diri sendiri, tapi berilah kebahagiaan itu kepada orang di sekeliling kita kerana kebahagiaan itu akan bertambah ketika dibagi.
 
        aku taklah pandai nak bercakap pasal kehidupan, tapi aku suka ambik ayat-ayat yang positive untuk serapkan dalam diri sendiri. dengan harapan aku akan sentiasa perbaiki diri aku dari masa ke semasa kearah kebaikan.baik itu datangnya dari hati yang ikhlas. selagi mana kau mampu ikhlas dengan perbuatan kau ke arah kebaikan, Inshaa'Allah, baiklah disisi Allah dan manusia. tapi kita sendiri perlu ingat, yang keikhlasan seseorang itu bukan orang sekeliling yang tentukan, hanya Allah sahaja yang tahu keikhlasan seseorang, jadi mari kita ubah diri kita untuk tidak mempertikaikan keikhlasan seseorang! tapi untuk keselamatan diri sendiri, kita amik inisiatif dengan berhati-hati atau berjaga-jaga. jangan jadi jaga pulak dah aku kata berjaga-jaga ni :D

bila aku renung balik orang disekeliling aku, banyak kata-kata aku yang buat mereka salah faham, tersinggung atau terasa hati. sungguh, kadang kita tak fikir sebelum bertindak dan bercakap atau kadang-kadang kita "sengaja" melakukan hal tersebut untuk kepuasan diri sendiri. aku bukan manusia yang sempurna, aku melakukan banyak kesilapan. tapi bila aku sedar, kalau kita buat salah dengan orang, kita kena minta maaf dengan orang tu aku cuba untuk perbaiki diri. ya, kadang aku terkeluar dari landasan, tapi aku cuba fixed kan balik. penawar dia bagi aku adalah, sentiasa ingatkan diri sendiri dan muhasabah diri. 

mungkin kita ada alasan kita sendiri, kenapa dan mengapa kita bertindak sedemikian, kita menunjukkan sifat pentingkan diri sendiri. mungkin kita ada alasan yang kita rasa kukuh. tapi sebenarnya, takde alasan untuk kita menyakitkan hati seseorang. bila kita sakitkan hati orang, jiwa kita tak tenteram, syaitan terus menerus menghasut untuk kita melakukan lebih dan lebih. sampai kita lupa, perbuatan kita itu dicatit dan akan dipamerkan "di sana" nanti. istighfar, lawanlah hasutan syaitan itu. 

jadi kehidupan ini, bukan untuk kepentingan diri sendiri. bukan untuk memuaskan nafsu sendiri, bukan untuk mencapai keperluan sendiri. berkongsilah dengan orang sekeliling, Inshaa'Allah kebahagian kita juga akan bertambah. even, mungkin kita dalam kesedihan, tapi bila kita buat seseorang itu ketawa, tersenyum, Allah akan terbitkan satu rasa bahagia dalam diri kita yang sedang berduka. betapa pemurahnya Allah s.w.t :')

mungkin seseorang tu ada membuat kesilapan dekat kita, tapi pilih :-

 keburukan balas dengan kebaik = kebaikan
keburukan balas dengan keburukan = bertambah buruk
kebaikan balas dengan kebaikan = bertambah baik 
kita sendiri dah ada pilihan, yang mana kita nak pilih kan? :)

hati yang bersih, jiwa yang tenang akan menghasilkan tindakan yang positif. so clearly, kita kena bersihkan dari dalam. belajar perlahan-lahan untuk bawa orang sekeliling happy dengan kita, lama-lama kita akan rasa sesuatu yang sangat menyeronokkan, sampaikan MUNGKIN orang takkan perasan, dalam kita membahagiakan mereka, sebenarnya kita punya masalah sendiri yang mungkin belum dapat diselesaikan. its okay, masalah dengan kehidupan tu sebenarnya kalau kita tengok, sebagai persinggahan untuk "test" kita. iaitu, ujian dari Allah. maka, bila Allah turunkan ujian dalam apa jua bentuk permasalahan, pasti akan ada jalan penyelesaiannya, Allah takkan tinggalkan hambaNya keseorangan berhadapan masalah tanpa menyediakan penyelesaian. cumanya, kita kena sentiasa ingat padaNya, berdoa dan berusaha semoga diberi petunjuk dan jalan yang mudah. Inshaa'Allah :) 
 
kehidupan itu juga satu pengorbanan :) 
 
 

Wednesday, July 16, 2014

Happy birthday my fiancee :')

Assalamualaikum

dah habis belum uols semua meroyan pasal hakak peugeot tu? haha. seriously news feed aku penuh dengan kes dia je. lelama bila aku tengok balik renung balik, Alhamdulillah la aku xshare, just update status yg aku kenal la jgk akak tu sbb dlm friend list fb kan. sebabnya, klu hakak tu dah minta maaf dekat uncle tu, uncle tu pun dah maafkan, mcmne uols yang mengutuk mengeji dia tu pulak? kenalah mintak maaf kan? so kesimpulannya, senangnya nak buat pahala, senang jugak nak buat dosa . dari kita yang xde dosa pasal benda tu, dah tercalit terpalit kan. so, better inbox mintak maaf kat hakak tu :) 

alamak, janganlah marah aku pulak pasal intro aku macam gitu, just my 2cent. *nak jugek* haha. okay dah tutup cerita. aku just nakfeeling sengsorang ni. ;D

hari ni genaplah, encik tunang kita 24 tahun. dah besar panjang dah dia. dulu kenal masa umur 16 tahun, dari budak nakal, terus jadi abg machoo. kau hado? kakaka. *lempangmukasendiri*

happy birthday abggg! 
wirda merangkap your lovely fiancee, your bestfriend, your girlfriend xkurang jugak your sweet enemy doakan abg sentiasa dilindungi, dimurahkan rezeki, diberi kesihatan yang baik (semoga selsema tu cepat baik,esok mc je abggg) haha, dan yang penting semoga sentiasa la sygkan family dan wirda ni. kalau tak sayang kita jumpe dekat kedai mapeley kita settle face to face kat situ. hahaha. 

thanks sebab selama ni memang SABAR sangat dengan wirda. (rasanya mmg kita dua saling bersabar kan?) haha. tahun lepas, surprise + hadiah kan? haaa tahun ni, i kasi kasih sayang je kat you. itu memang tak ternilai punya. hewhewhew.

laka-laka awak yang kaler kaler itew punya hari-hari tau! :'P
selamat haghi lahir lagi sekali!

p/s: bukan mudah untuk puaskan hati semua orang. so, better stop thinking what people think about you^_^

Sunday, July 13, 2014

KISAH W&S : SALING MENJAGA

Assalamualaikum, Salam Ramadhan. 

dekat blog ni, banyak menceritakan perjalanan cerita cinta aku dan dia. sedih, gembira, kecewa, excited, semua aku luahkan dekat sini. dekat sini, bukti macam mana aku hadapi setiap dugaan yang datang. bukan mudah, tapi bukan susah. sebab aku percaya, Allah dah beri dugaan yang memang aku mampu tanggung. so, sapa kita yang hina ni untuk melawan takdir Allah atau menyalahkan keadaan kan? :)

sebelum aku dan dia bersetuju untuk bertunang, time tu aku rasa masa berjalan dengan pantas. aku tak pernah sangka aku akan bertunang secepat itu. memang pertunangan tu dah lama aku impikan. kitaorang pernah bincang, tapi bincang berdua. belum sampai ke pengetahuan ibu bapa masing-masing. tapi bila dah serius nak bertunang bulan 8 tahun lepas, mak ayah aku pulak, decide. not now. sebab aku baru sambung belajar. 

kecewa dah dekat situ. sempatlah jugak aku boikot mak aku.mogok. hahaha. tapi kejap je, sebab aku tahu, setiap yang terjadi,pasti ada hikmahnya :) 

bulan 1 tahun 2014, aku start cuti sem, masa tu dekat kfc. tengah makan. sabri memang seorang yang selamba, dia bukan jenis yang romantik, dia tak pandai. and even dia romantik pun, aku akan gelakkan diia. mungkin sebab aku rasa situasi tu tak kena dengan jiwa aku yang agak kasar even luar terserlah keayuan aku. katekooooo. haha

dia just ckp "kita tunang hujung bulan 2 la". masa tu pertengahan bulan satu. planning asal bulan 5. masa cuti seminggu mid term break. so, xpelah, aku balik tanya mak ayah aku. and Alhamdulillah mereka setuju walaupun mereka terkejut, sebab kenapa awal sangat. plan kata bulan 5 kan. haha. tapi sebab anak dia nak sangat kan, muahahaha. so parents kitaorang on jee. 

so pengalaman selama 4 bulan menjadi tunangan orang ni. aku boleh rasa la dugaan dia. hebat tak hebat, xtau nak cakap, tapi perubahan tu ada. terutama sikap aku. tak tahu kenapa, aku jadi lebih mengada-ngada (kesian tunang aku nak melayan aku), aku jadi sensitif, nak perhatian je. pangggg kanggg baru tahu. haha. tapi Alhamdulillah, tunang macam faham je. dia pun mcm mengada2x je bila dah tunang. HAHAHA. pelik benor peel dia. 

kadang bila aku berdepan dengan dia, aku sentiasa terfikir, ini ke bakal suami aku? dia ke yang bakal jaga aku, bakal menjadi bapa kepada anak-anak aku nanti (wah anak-anak gitewww). papepun aku bahagia dan bersyukur. 

gaduh? tipuuulah kalau kata takde. hmm, tapi cara menyelesaikan pergaduhan tu dah berbeza macam couple dulu. klu couple, masing-masing tunggu ego masing-masing. tapi sekarang,atas nasihat yang lebih senior.aku dengan dia dah makin serasi. kitaorang dah boleh jadi kawan, kesayangan dan jugak musuh(musuh manja-manja) hahaha. so now, baru aku faham, dalam perhubungan why it must have give and take. 

kau bayangkan,, kalau "give and take" tu takde. kau memang nak berbaik dengan pasangan kau lepas bergaduh, so kau call dia. tapi dia tak angkat, even dia angkat pun dia bertindak lebih agresif dia punya merajuk atau marah. so citer dia, nothing positive happen between you and partner. esok lusa, ngadap muka dia jugak, nak menyampah lelama dah kenapa kan? dari buat hati sakit, baik pujuk diri supaya tak berlama-lama. 

so setiap kali AKU MULA NAK BUAT PERANGAI dia akan cakap "haaa nak buat perangai ke?" hmmm, terus tak jadi. sebab tahu effect dia nanti, dari klang sampai ke ampang tak bercakap kalau aku dah buat perangai. ego aku melangit la pulak sejak tunang ni. ish. kitaorang siap janji lagi, kalau aku nk balik segamat, tak mau gaduh, jangan marah-marah atau boleh menimbulkan atau mencetuskan pergaduhan. its work! 

so actually, if you really want the happiness. you have to reach it together. when you are think thats the right person for you, why must doubt? so, just go with the flow, do the best for your partner. the rest, pray to Allah moga, jodoh itu milik kalian. 

Inshaa'Allah, tahun depan aku dah jadi bini orang. huhu. semoga Allah permudahkan aku menjadi suri hidup si dia walaupun masih bergelar pelajar. hakhakhak. 

even kau kenal 10 tahun pun seseorang, tapi seriously, pertunangan itu satu proses perkenalan yang sebenar,. trust me! :)

Saturday, July 12, 2014

BOYCOTT!

Assalamualaikum

sebelum tu aku nak bagitahu maksud boikot tu sendiri. boikot ni adalah consumer activities. as an act voluntarily abstaining from using, buying or dealing with someone or organization as an expression of protest. usually for political reason. tu dia, hafal sesikit masa duk study subject IBM untuk final 9/7 ritu. *kemain siap tarikh* 

voluntary maksudnya dengan rela hati untuk tak menggunakan sesuatu product. kita boikot mesti bersebab. so mcm aku, aku mmg boikot mcd, starbuck, coca cola.  sebenarnya, aku dah setahun lebih jugak tak usik MCD. yes MCD, yang korang delivery, yang korang buat sahur, yang korang wat lunch dinner tu. aku antara manusia yang dah xmakan. knp mcd? starbuck? aku jujur tak penah makan dekat starbuck, so xde masalah bagi aku untuk boikot starbuck sekali. tapi kenapa makanan je? kau duk google, fb tu? product lain nestle yang dah beranak-anak product dia? perfume, pakaian. ntah la TERLALU BANYAK PRODUCT ISRAEL dekat malaysia ni. 

macam nilah, selain dari bertanya atau mempersoalkan usaha orang lain. aku nak share satu je dengan korang. ini segala jawapan yang boleh aku bagi. Inshaa'Allah diri ini akan cuba slow-slow untuk boikot beberapa lagi product israel.

"KISAH NABI IBRAHIM AS DGN SEEKOR BURUNG KECIL."

Ketika itu Nabi Ibrahim AS dibakar oleh kaum2nya. Kejadian itu disaksikan oleh makhluk2 Allah S.W.T. yg lain. Seekor burung yg kecil yg melihat kejadian tersebut, cuba menolong Nabi Ibrahim AS dgn berulang-alik mengambil dan menyimpan air di paruhnya utk memadamkan api yg menjilat Nabi Ibrahim AS.

Lalu makhluk2 yg lain bersuara memperlekehkan tindakan burung kecil tersebut. Mereka berkata, "Kau ingat dgn sedikit air yg kau bawa itu boleh memadamkan api yg besar? Usaha kau itu sia2 sahaja."

Tp, apa yg dijawab oleh burung kecil tersebut kpd mereka yg memperlekehkan tindakannya itu?

“Memang ia tidak akan dpt memadamkan api itu, tetapi aku lebih takut kepada Allah S.W.T. kerana Allah S.W.T. akan menyoal aku nanti, apakah yang aku sudah lakukan untuk agama Allah S.W.T., dan Allah S.W.T. tidak akan bertanya sama ada aku berjaya memadamkan api itu atau pun tidak.”

*Khas utk mereka yg masih memperlekehkan usaha kita yg nampak kecil (boikot-memboikot), tetapi hakikatnya kesannya sgtlah besar*

bukan aku tak pernah diperlekehkan atas usaha kecik aku ni. tapi aku berdegil. sebab aku tahu apa aku buat. biarlah orang nak kata apa pun. selain dari jimat, perut aku pun aku tak sumbat dengan daging yang sesuai untuk binatang makan. Alhamdulillah.

last, xde business zaman sekarang nak bagi free free je bila kau dah guna pakai trademark, operation, brand name bagai. is about royalty man, royalty.

dari bertengkar jom doa! 

 Ya Allah ya Rahman ya Rahiim, ya Karim ya Mukmin, ya Jabar ya Muhaimin, ya Azizu ya jabbaar..., selamatkan saudara-saudara Islam ku di Gaza daripada israel laknatullah... Kuatkan iman mereka kuatkan semangat mereka untuk mempertahanankan masjidil aqsa di sana ya Allah...,YA ALLAH.! SBGAIMANA ENGKAU PERNAH 'HANTARKAN BURUNG2 MENGHANCURKAN TENTARA BERGAJAH MUSYRIKIN, MAKA KAMI MEMOHON KPD-MU YA ALLAH.. TURUNKANLAH BANTUAN MU KALI INI KPD SDR2 KAMI DAN SELAMATKANLAH ORANG2 ISLAM DI BUMI NEGARA PALESTIN,YA ALLAH... HANCURKANLAH DAN LAKNATKANLAH MRKA REJIM ZIONIS YAHUDI SEDAHSYAT2NYA- AMIN. YA ROBBAL'ALAMIN


Saturday, June 21, 2014

FINAL EXAM IS COMINGGGG!

Assalamualaikum warga universitas! gitewww. 

jadi, warga emas, warga etlit, warganegara tak perlu lah baca entry aku kali ini. sebab khas untuk warga unversitas! tahu dok unversitas tu apa? tak tahu sila silakan la ask mr google. dia kan segala jenis macam benda dia tahu. bajet bajet jewwwww dieww tuewwwww. tapi kalau tetibe dia cakap did not found. hmmm, mohon jangan cari aku la. hahaha

kalau sapa warga Uitm yang tengah buat degree, hmmm hmmm hmmm aku rasa semua tengah busy mengadap buku kan? movie? gossiping? lepaking? sleeping? oh no, tu semua dah tak penting dah uols. especially kalau yang amik 5,6,7 subject tu. haa kalau yang amik 2 seubject tu aku percayaaaaaaa sangat sangatt dorang tengah berhoneymoonday dengan yang tersayangg. hakhakhak


so do you? *hempat tiga dua satu hari lagi* ohemgeee ohemgeeeee!! 
camne preparation uols semua? masih ada yang dilamun ombak rindu? bila nak sedar dari lamunan ni? *cakap depan cermin*

sapa kat sini dia memang keturunan study last minute? haha. katanya study awal-awal bukan masuk pun, bukan ingat pun and yang paling utama malas tahap cicak jadi spiderman.nampak tak aku sungguh mempraktiskan ilmu bahasa melayu masa tingkatan satu? *mohon cikgu bm aku tak baca belog aku* 
takdelah, bukan apa kalau study awal-awal orang kata bajet pulakkk, kang orang kata saja nak tunjuk pandai, saja nak saiko orangggg *kenapa kau sibuk sangat fikir fikiran orang lain?* ntah-ntah orang tu tak fikir pun macam tuu. aiyooooo sangka burukkk, aiyoo tatatauuuuuuuuu! :D :D

so sekarang ni aku just nak share dengan uols la beberapa tips yang mungkin kita boleh apply since pelajar yang study last minute ni memang kelam kabut sikit, tapi dorang sebenarnya cute cute belaka. *palm face* 

1) ALARM CLOCK

 kau tahu kenapa aku cakap alarm clock perkara paling first sekali? sebab kalau kau ada niat nak belajar tapi nak take a nap for a while, kau memang kena ada alarm clock, alarm clock ni boleh jadi hp kau, jam loceng kau yang ada telinga kat atas tu ke, atauun hosmet kau sendiri pun boleh. tapi make sure hosmet yang boleh guna pakai la. buat dia pun nap nap sekali, hmmm. aku tak tahu la pukul berapa kau nak bangun study.sebab biasanya, setiap student aku PERCAYA sungguh la dah buat jadual study/manage untuk study sendiri kan? keeee, ada study ikut mood hangpa? macam gitewwww lecturer hangpa pun mark ikut mood la giteww. *takut tak? takut tak?* mihmihmih. so nak avoid dari planning korang yang super hebat tu musnah. better ada alat/sesiapa yang mengejutkan anda. kalau jenis bunyi jarum jatuh atas lantai pun dengaq, sekati hangpa la. janji hangpa tau hangpa boleh bangun ke tidak masa tu. jangan nanti dah bangun mengejut, tengok jam pukul berapa,dah terlajak berjam-jam lepas tuu meroyannn sebab banyak lagi tak cover *cakap kat diri sendiri ke apa owner blog nih* hahaha. tapi kalau dah namanya TAKE A NAP tu paham-paham la. idok sampai 2,3 jam pun hokey. hahahaha. *deepdeep*

2) RUANG BELAJAR

sebenarnya, kalau nk study dengan proper, kau kena ada ruang belajar yang selesa. kalau kau belajar dekat tempat yang semak,serabu dengan buku berselerak, dengan baju kat lantai  kat tengah tengah tu jugak kau nak study. kau rasa kau jadi apa masa tu? transformer? *okay tak lawak pun*. jadi make sure, tempat kau belajar tu bestttt! kalau jenis duduk rumah sewa, takkan nak buat macam rumah apak hang kan? so, pepandai la hiduppp, boleh je nak cari space supaya orang lain pun boleh guna, tak pun, hang start enjin kete hang, pi la study kat library. kalau library pun bising, kau pergi jerit kat muka dia kuat-kuat "aku nak exam la b***h!!" hahahaha. kau tengok, kalau dia tak tumbuk kau, mungkin dia akan masukkan kasut dia dalam mulut kau :'D

3) BUAT PAST SEM JE..

kau jangan nak demand lebih tau kalau kau memang jenis study last minute. meh aku kasi imginasi baik punya. gap untuk paper law ada 2 hari, tapi kau nak study law tu macam kau mula-mula masuk sem. kau dok tenung ayat tu lelama, dok pikir benda lain kejap, lepas tu tenung lagi *tak paham and tak masuk punya pasal* lepas tu bilanya nak hafal? bilanya nak tahu tajuk apa yang popular keluar exam? so how? nak study hard pun boleh, tapi kena la smart jugak. bagi balance benda tu. so better kau bukak past sem, buat soklan past sem. tapi aku lagi suka review dulu semua soklan past sem, at least kita dah tahu soklan apa yang ulang-ulang kan. lepas tu tak yah buat pun. mihmih. amik tajuk yang keluar study kat buku tu. haaa, kita study based on past sem la. lepas dah go through semua, dah tanda yang dah baca, baca la sikit sikit asal tahu yang belum tanda tu. so, at least kau tengok semua sub topic dia. better tahu dari tak tahu.

4) JANGAN PERCAYA!

ish apa yang tak percaya ni? hint ke apa? haa korang mesti selalu sangat terlupa pasal ni. tolongggg la jangan percaya kalau korang tanya kawan "weh,kau dah study ibm tak?aku belum bukak buku lagi ni" "weiii aku tak study lagi, aku duk tengok movie je ni". pastu mula la kau rasa selesaaaa dan nyamannn nya status kau sekarang. ada gang katekooo, mana tak rasa syiokkk. kau pun apa lagi, teruskan lagi aktiviti yang membuang amsa tu, sebab mood study untuk final exam tak datang lagi katanyaaaa. hmmm, tersangkut dalam jem kot, traffic light pulak rosak. mana tak lambat kan? tetibe pulakkk, minyak habisss nak teruskan perjalanan, wahhh lagi maciammm lambat la nak sampai mood tu. hahaha. kau bebaik tau! kau study tak payah nak peduli orang tu study ke idokk. asal kau tahu kau tu study ke idokk??? haaa deep tak? deep tak? haha

5) HINT!


wah wah seronoknyaaa anak-anak ibuuu dapat hint! lelagi dari uitm shah alam. #EH. hahahaha. rasa macam donia ini ana yang punya. baru nak bukak buku start study,dapat pulak whatsapp dari kawan bagi hint untuk AIS!sungguh heaven wa cakap sama luuuu. pastu tengok, dah kaji bagai, eh sikit je ni. *tutup buku sambung tengok movie* sambil hati senanggggg. dah habis movie baru sambung study ikut hint SEBIJIK SEBIJIK. hint tu, hakakk pun sukaaa, tapiii kann jangan la mudah sangat percayaaa bolat bolat sampaikan tajuk lain pun tak baca dik non. kalau banyak sangatt hint dpt, ok takpe relax dulu. study semua dulu. hint tu senjata terakhir kita guna! dah study semua, baru study hint. nampak tak ada senjata bagai? final exam ni pun pergii berperang jugak okay. berperang dengan diri sendiri demi masa depan katekoo.haha. jangan tengah orang lain duk lajuuuu je jawab soalan, kau duk tenung kertas soalan, duk cari mana hint yang aku baca tuu.

okay tu jelah nak share! hope berguna la untuk kawan-kawan yang nak exam. aku share bukan sebab aku ajet ajet agushhh tauu.aku pun akan apply jugak  benda ni. Inshaa'Allah. saling mengingati tak salah punggg. hehe

 gambar ni macam kejam sangat je examiner tu kan. mihmihmih. 

 tipulah kalau tak stress kan waktu study week ni. so nahhh a few ways to reduce your stress! hope its work with you okay candidates!

 

and..finally i want to say
GOOD LUCK ON YOUR FINAL EXAM! 
all out kan apa yang kita dah buat for this semester. kegagalan lalu bukan penghalang untuk kita terus bersemangat dan bertindak lebih agresif! *hahaha* 
prove to your parents that you can do the best in your exam and remember, all these things is for your future! you feel so hard now, but it is worth in your future.

*kau tahu ta aku amik masa rehat + terlebih 1 jam belajar untuk siapkan entry ni* 
mihmihmih. 
adios!

Tuesday, June 10, 2014

IBM SHOWCASE

Assalamualaikum...

hollaaaaa! aku rasa, semester ni tersangatttt busy kalau nk compare dengan semester lepas. sebabnya sem ni banyak sangat cuti seminggu seminggu. hehe, lepsa tu mula la test semua berderet kan plus buat kerja last minute kann, memang macam lipas kudung la buat kerja. tapi Alhamdulillah, everything went well. kita je nampak susah benda u, tapi bila kita dah lalui,dah lepas. sebenarnya kita mampu tangani. so ucapan saya pada hari ini ialah jangan cepat give up dalam buat apa sekali pun! hehe :)

IBM sebenarnya salah satu subject yang bacherlor of accountancy kena amik. international business. so kitaorang diarahkan untuk memilih SME company untuk di interview. lepas tu present with the product masa dekat showcase tu.


 alright, gambar atas ni hari kami interview owner bahulu'd bayu ni. dari segamat, terus ke gombak untuk interview. Alhamdulillah, owner dia sangat baikk and sanggup layan karenah kitaorang ni. hmm, nasib baik dah berkeluarga. *LAH* haha

 yayyy! we are completed our task :)
simple, nice and cute our mini booth. decorated by us.
bahulu'd bayu boleh seearch ye untuk maklumat lanjut, if ada antara uols nak order untuk wedding as goodies bag, bahulu'd bayu provide this service! 5 filling include original boleh pilih :)
chocolate, strawberry, blueberry, pineapple and original

 kitaorang booth yang pertama di datangi panel. mula-mula cam blur tak tahu nak buat apa, tapi set mind buat ala santai santai supaya ada jawapan ikut logic kens. haha. thanks panel yang kasi tips untuk next question by other panel. hehe :)

 of course la ada pic bergambar dengan booth sendiri. bila lagi. ye dokk? haha

 because them is too cute!

 after done present to two our panel. its time for round the hall for a food! haha
setiap booth makanan kitaorang try, lepas dahaga singgah booth cute ni untuk minum secawan coffee. coffee diorang sedappp!

 having acah-acah hi-tea.lul.hehe. kena la propa sikit kensss. kiri kanan pegang makanan. tadi my housemate bukak booth ice cream! yeahhh, so nyummy! :D

 lepas tu amik makanan kat booth sebelah. booth amirul, kitaorg punya classmate. okay sedap! boleh bawak ke kelas lagi ok. haha

adik-adik habang habang hakak hakak beli la CD yang original. hahaha. oh tidakkk, be original of you. pun boleh la kannn. huhu

rasa lega bila showcase ni dah settle. tinggal test je lagi ni yang berderet. esok malam pun ada test, tak larat sangat nak study malam ni. konsep redha boleh x? hahaha

final is around the corner. tinggal lagi 2 minggu lebih sikit la nak final. jadual final pun boleh tahan nak buat tercekik otak ni. *so hiperbola*
ada 3 paper yang killer paper berderet without no gap you knowwww! so how to manage? gosh, nak tak nak kena study awal kan. pray for my final exam ok uols!

thanks my team member beri kerjasama yang sangattt impress! less than 1 week, we managed to complete the task. hehe. *nampak takk sangatt last minute*

jom study untuk test esok malam! nasib student, malam itu indah untuk study. ahaks.
good night readers!

Sunday, June 8, 2014

SABAR

Assalamualaikum

sabri = sabar

punnnnn, sempat lagi tu.hehe. 

sebenarnya hati ni rasa nak sangat mengarang kat blog mcm dulu-dulu. tapi ada satu halangan, halangan yang tak pasti. kenapa aku cakap tak pasti? sebab halangan dia bukan sebab aku busy or whatsoever, tapi aku ada satu statment dalam minda ni bila nk update blog. iaitu "ada orang menyampah tak aku update-update ni?"

hahaha. macam kelakarkan, actually bukan blog saja, even kat facebook, aku jarang update status yang ke arah personal pasal diri aku. hmm, tapi a few last day aku abaikan statement aku tu,aku wat bodoo je and aku update jee.haha. tapi lepas update aku jadi malu. kalau mcm dlm keadaan sedar, aku baca balik macam memalu,aku akan padam status tu. mihmih. dekat twitter lagi la, hilang terus aku. sebab application tu xde dalam hp kan, jadi memang xdelah aku nak rajin bukak dekat laptop semata-mata nak bertweet

aku rasa bagus jugak sebenarnya statement yang ada ni. at least aku takdelah over sangat macam dulu dedahkan hal personal aku. *menyesal*

so dekat blog ni pun, kalau nk cerita pasal aku dengan tunang aku pun, hailah aku fikir dua tiga kali jugak la. biarlah aku simpan je yang sweet sweet tu. BAHAHA. at least aku takde buat orang yang mungkin belum ada pasangan atau ada pasangan tapi belum ke arah tawen tawen ni rasa sedih ke, jeles ke, atau rasa macam nak muntah tengok aku dengan tunang aku kan. well, rambut sama hitam, hati kaler lain-lain kan.
tapi kalau aku rasa benda tu sekali sekala aku share, it doesnt matter kot aku rasa. bahaha. 
so senang citer ada dua. aku tak nak share tapi aku nak share. so, untuk adilkan diri aku, ada part aku share, ada part aku tak share. hehe.

sebenarnya aku nak bercerita pasal kehidupan yang perlu banyak kesabaran. tapi kawan aku dah email keje yang aku kena buat kan. so aku tak jadilah. nanti la aku nk membebel kat blog sendiri. sebab blog aku kan, aku punya suka la nak berhenti menaip kat memana pun kan. haha. 

nahhh belanja satu gambarrrr itewwwww!


spek mak nenek kita pegi beli. nyesal pulop rasa. tapi takpelah, baru rareeee! haha. 
good night readers :)

Saturday, April 26, 2014

FAMILY DAY BACCSA

Assalamualaikum

baccsa stand for Bachelor in Accountancy. masa mula-mula aku masuk degree, bila KP tanya course apa, aku cakap account. pastu kp ckp. baccsa? aku cakap tak. account.hahaha, pastu kp cakap sama la tu. so dari situ baru aku tahu account panggil baccsa. kekadang melampau diorang panggil bakso. ish.xbaik tau tu. nama course kita tuuu. tararararataraaaa :p

hari ini bersamaan 26 April 2014, baccsa uitm segamat buat family day bertempat di uitm segamat. menarik kannn? haha, kitaorang buat kat padang ragbi je pun. tapii, wa cakap luuuu, memang havoc and happening okayyy! bila join tadi rasa macam kembali kecik. hewhewhew. 


 its me today! 
gambar ni membuatkan aku nampak tinggi. jadi i loikeee. walaupun tak berapa nak terang benderang gitew.

dekat padang sebelum majlis bermula. lepak lepak dekat tempat kitaorang parking kereta dulu. breakfast bagai semua, biasalah, nak curik tenaga nak main game kann.


laaa lupa nak show gambar dari rumah. eksaited dan bertenaga kan kami. haha. apasalahnya support fakulti sendiri untuk sem last di segamat ni :D

 eeee, aku tak sangka ada gambar macam gini. hahaha. 

 classmates & coursemates & housemates & roomates :')

classmates & coursmates & housmates & roomates :')

Unikopians in Uitm Segamat :)
friend forever ok? *klik klik matewww*

 hari ini aku active sangat. aku join main galah panjang, tali skipping, bowling padang, main straw, terompah
sampai penat tahap cipan dah. bebetul memeriahkan majlis. kawan-kawan yang lain pun semua join main tu yang best, takdelah satu group duduk bawah pokok ke apa kee, xfair la kann. hehe. 


 bermonopd with the team! kami team hijau. team hijau sangattt mesra alam serta cargas pantas dan tangkas! love team hijau :D

why you do this to us? why?? seb baik nampak gambar aku and dhiya je. hmm, okay laaa kan. kacauu je pijol ni. 
satu je aku takkan pernah masuk adalah cari gula-gula dalam tepung. euwww, hate ittt! so tadi terlepas, sebab pakai contact lens kan. hehe. lepas tu pengumuman siapkah juara diakhir majlis tu. of course la team hijau menang! yayyyyyyyyy, tapi hadiah semua samaaaaaaaa. hahaha. berlari kitaorang ramai-ramai kedepan nak amik gambar sambil pegang hamper. 

time tu semua dah kena tepung sebab ada yang buat muka innocent tapi tangan pegang tepung. grrrr, aku yang tak suka ni, terpaksa la suka lari-lari main baling tepung sebab nak balas dendam punya pasal kannnn. hehe. yang penting aku berjaya baling tepung kat depan muka syam. awesome bukan? hewhewhew! 

gambar baling tepung hamper semua kat camera exco. makanya, xdelah nak share dekat sini. hehe. yang penting,sem terakhir ni nak create bebanyak kenangan.sayang nak tinggalkan dorang semua. segamat in the best place! dulu benci sekarang suka. tak kenal maka tak cinta. dulu iye iye tak datang segamat. kononnya tak duduk jauh dari family and tunang, sekarang, sayang pulak nak tinggal. 

btw, batch aku ramai yang terpilih untuk pindah ke puncak alam. so, orang puncak alam. sudi tak terima kedatangan kami this coming september? sila bentang karpet merah ok. hakhakhak.

dear classmates, coursemates, housemates, & roomates
there is no ending for our friendship. even kitaorang semua dah pindah puncak alam, we still classmate & coursmates seperti sem pertama kita disini. keep in touch tu yang penting. jangan la sombong dengan kami semua. mesti nanti rindu nak berdrama dekat whatsapp group, bahan-bahan orang semua. hehe. 

ok uols, jumpe kat kelas besok. lol. haha

cant wait for the dinner with baccsa!
^____________^

Friday, April 25, 2014

BRICK MANSIONS LAKONAN TERAKHIR PAUL WALKER

Assalamualaikum

haaa kauuu, kemainn tajuk besar dia terang bendarang takyah nak suspen suspen. direct terus kan. haha
mungkin akud ah kehabisan idea untuk letak tajuk, apatah lagi untuk karang blog kasi tak bosan *bukan blog kau dari dulu lagi bosan ke?* BIADAPPP yee? hahaha. okay letsegooo to the real story!

dari masuk sem 3/3/2014 baru hari ini 25/4/204 aku first keluar weekend kat segamat ni. selalunya balik rumah je oiiii. kalau takde common test semalam, aku rasa dah cabut balik umah dah punnnnn :P takpe takpe, minggu depan hari rabu kita cabut lepas kelas kul 3 tu. oyeahhhh! so memang plan dari malam sebelum tu lagi nk pergi tengok wayang since tak tahu nak buat apa kan. so saja la aku ajak dhiya pegi tgk citer tu. yes dia ON! 



 eh banyak pulakkkkk gambar mukadimah dia. since ni blog aku kan. takpekann korang? haha. hello sajaa nak bgth uolss weolsss dah tak pakai okay camera 360. selamat tinggal! bahahaha. apa yang penting kau confidentttt jeee! hahaha :p

 tudiaa letak poster bagi kasi lagi korang tak sabar nak tengok! hehe. 
korang pergilah tengok sendiri, kang aku citer xbest la pulak  kang. aku dah cakap best tu kira okay la tu kan. hewhewhew

 syukri in the houseeeeee! our classmate.

 semua eksaited nak bergambar guna monopod dhiya durani ni. *eh aku macam cool je*

 happy face baby face sooo fake. EH????? hahaha

besok ada family day BACCSA, so marilah kita makan bakso! :P 
tak sabar nak balik nextweek! 

uols yang belum tengok, baru nak pergi tengk, baru nak masuk panggung, baru beli tiket selamat menonton!
hidup akan lebih ceria jika anda layan perkara yang menggembirakan. sapa yang tengah sedih tu, klu dah solat,dah baca al-quran, rasa nak sedih balik. bukak laptop carilah bahan yang boleh buat korang ketawa, dengar panggilan hangit kewwww, cikgu zaidi tu lawak tuuu :P atau dengar lagu gadis jolubu lepas tu try nyanyi!! AWAS! jangan dengar lagu meruntun jiwa dan perasaan! hahaha *eh kenapa bagi pesanan macam ni niii?* 

hehe. takpe, sebab kita tak tahu kan perasaan orang. luar happy face dalam sad face. who knows? *jari lentik* hahha


Friday, April 18, 2014

WIRDA MEMBEBEL

Assalamualaikum semuaaaaa
selamat ketengah malam kepagian. jam menunjukkan tepat 3.40 minit pagi. tapi aku masih lagi berteman handphone, laptop, bunyi keyboard yang sedang ditaip-taip sekarang ni dan bunyik kipas (rumah saya takde aircond, tak macam rumah kome semua) 

tepek gambar sendiri kat blog sendiri korang takde masalah kan? :'D

tak boleh nak tidur, banyak benda difikiran. sekarang ni tengan cuti sem. habis kelas, ahad ni terus ada quiz and test HARI HARI sampai hari khamis. COMMON TEST u knowwww, banyak percent dia tu. tapi as usual  bila duduk rumah, mana boleh nak study, just overview cenggitu je, dengan harapan balik sabtu ni pulun semua. kau rasa aku mampu? ntah. aku sendiri kurang pasti. pemalas tahap cicak berak kapur dah ni. dah gatal nak kawin sangat kot wirda ni. tu yang malas mengaji. *gaya orang orang tua* hahaha. 

okay aku tak gatal ye. aku cool je. cumanya, rumah bukan tempat aku belajar laaaa. dari dulu lagi kan. so apa yang penting kerjaaasamaaa! Inshaa'Allah boleh buat. lepas tu fikir, bila nak pindah puncak alam ni? dah tak sanggup nk cuti jumaat sabtu. haish, ahad walaupun satu kelas je, tapi tetap menganggu jadual pergi balik kl-segamat, segamat-kl :P 

lepas tu fikir, camne nak jadi cantik macam  atita haris ke, kak migha orang utagha keee. eh bukan tak bersyukur. lumrah oghang peghengpuang memang sukeng bendeng yang cantingggggg :P

paling utama, selalu tanya diri sendiri, bila nak berubah imej ni wirda? bila nak sempurna kan apa yg sepatutnya disempurna kan. uhuk. Inshaa'Allah, slow slowww kannn. kena sorok baju yang lelama ni, jgn kasi pakai *tapi pakai jugak bila dah habis geledah semua almari aku, adik aku bla bla bla*. so my fiance, sila belanja baju baru untuk saya! :D

cakap pasal tunang aku tu, rindu pulaks. hahaha

OKBAI UOLS. wirda nak layan lagu, lepas tu wirda nak tidur, kalau wirda tak tidur jugak, uols semua jerit dalam blik uols cakap "WIRDAAAA CANTIK COMEL CUTE MIUT TIDOOOOO LAAAAAA!!" kuat kuat tau, sebab wirda takut wirda tak dengar. nanti sian kat korang. hahhaa. Ya Allah, apa yang berlaku ni? apa yang aku taip ni. dah banyak sangat melalut niiii. rasanya perlu stop menaip tapi tangan ni lincah pulak duk menaip ni. apa yang terkeluar dekat minda terus tulis. eh kena stop ni. eh tolong la. eh . *PANGGGGG*

OKBAI UOLS KALI KEDUA! 

 

Saturday, March 29, 2014

KISAH W&S : lapar dan dompet

Assalamualaikum!

kali ini aku tak pedulilah, orang nak annoy ke, nak kata apa ke if aku share cerita aku dekat blog. ahaks. this is my blog. cerita yang aku share pun Inshaa'Allah, biasa-biasa sangat yang tak menganggu sensitivity rakyat Malaysia. maka dengan itu jangan pasang wajah yang cemburu. LOL. tetibe lagu indon tu ada dalam minda aku. haha. 

aku nak separate kan next time, if aku tengah citer pasal aku and en tunang aku akan bagi tajuk tepi tu KISAH W&S. okay meluat tak? meluat sila tekan pangkah :'D

memandangkan johor dah tukar cuti mingguan dari sabtu ahad ke jumaat sabtu. hmm, bagi aku susah jugak la, sebab kita duduk kl. bila balik kl, jumaat orang keje, tapi bagusnya, in case ada benda yang perlu diselesaikan kan kann...baguslah, mcm bank ke, sekolah ke tak tutup :)

minggu ni aku balik ampang lagi :'D
dari start masuk sem baru sampai la ni, tiap tiap minggu balik ampang, kopak la bapak aku nanti. ada kang dorang suruh aku tak balik. haha. melampau. ajet ajet anak anjewwww padahal tak pun. kita dah ada tempat manja baru *LOL* 

even minggu ni balik pun, family takde. takde orang kat rumah. sebab nak settlekan benda kan, kena la jugak balik. but i promise nextweek tak balik. hehe. so bila dok rumah sorang, makanan lauk ke nk masak takde kensss. nak masak maggie tengok tak leh bukak dapur tu. hmm, aku pun, whatsapp, "xde gas ke?" ayah aku reply dia cakap ma tutup gas. bukak lah. hah, sudoh! kawe dok pandai. maka, kawe surrender wat maggie, pas tu, sari sutok dop make. masa sampai kl sabri amik tanya dah makan belum, cakap dah. juai mahaiiii lagi. lps tu whatsapp en tunang, ngadu lapar. kan dah kena marah :P time tu pulak dah pukul 12 ke 1 cam tu. so kita tido la tunggu besok :)

esok tu, pepagi lagi tunang kesayangan dah kejut suruh bangun. 
"dah mamam belum?"
baru bangun
"dah"
"mamam apa?"
"mamam buah"
"nak mengencing je tahu, siap la cepat"
"hmm, nak pegi mana?"
"pegi mamam la"
bayangkanlah, tengah sedap tido pepagi suruh bangun ajak keluar makan, nak tak nak, bangunlah jugak, dah ada orang offer nak bawak keluar makan, kang tolak kena marah satu, lapar pun satu jugak. dua la jadinya kan? haha. okay terus bawak makan nasi kandaq baq hangggg! hewhew. dalam otak aku, nasi lemak pun okay. aku jenis makan nasi sekali sehari takpe, xmakan nasi pun xpe, janji something yang heavy boleh ganti nasi. simple je aku. selera bila ada duit je lebih sikit. haha

hari tu, pergorbanan sangat sabri buatkan aku, rasa nak menangis terharu. dengan hujan lebat. yaAllah angin kuat kot time tu, aku risau. dia datang jugak rumah..sebab mintak tolong belikan tualawanita  hahaha. kelam kabut dia, sebab tak penah belikan. aku pulak sangat la dah urgent kateko :P :P 

hari ini punya cerita pulak, pergi kuala selangor, rumah mak sedara sabri puye mak mertua. haa gitew. jalan jauh baru sedar tak bawak dompet. kena marah lagi. sebab cuai >.< siap nak anta kat pusat imegresen lagi. sampai hati. yang aku nak tergelak ialah.... bila aku dahaga sangat nak air. dengan kesian aku cakap la
"abg nanti nampak kedai jual air berhenti ek? wirda dahaga la"
dengan spontan gila babun dia tanya aku 
"ada duit tak?" 
eeeeee geramnya aku. time time ni la dia nak kenakan aku. hahaha. sedih kot rasa >.<
aku pun tersengih-sengih cakap takde duit. abg belanja wirda. hahaha
lepas tu sengaja xnak berhenti ada kedai jual air. aku pun buat la drama merajuk.
"abg..wirda nak air..air mineral yg rm1 pun jadilah..nanti wirda bayar balik" 
haha. alolo :P lepas tu..........sekian xleh cerita ler camne dia pujuk. nanti korang muntah pulak. haha. i love you fiance! :)

selalu kalau tol, aku ada duit kecik aku hulur. tadi sabri xde duit kecik. dia mintak "dua inggit , dua inggit" aku jejoget dalam kete "bestnyaaa jalan tak bawak dompet niiii" haha. fair and lovely right? 


tak tahu kenapa, sejak tunang ni. aku jadi sensitif. sabri gurau kasar sikit pun nak terasa. mengadakan. pening sabri layan aku. haha.

abg je yang boleh handle wirda. and same goes to me! pe'el sabri ni aku perati jeee. hmm,dia seorang yang cerewet. padan muka kau wirda. siap ah dah kawen nanti. hahaha. 

love youuu :')


Wednesday, March 19, 2014

KLINIK DAN MATRIK KAD

Assalamualaikum

baru-baru ni kan cuaca tak menentu, panas berpanjangan kan. orang duk nasihat minum air banyak minum air banyak, aku buat donno jeee, nahhh, tetibe satu hari tu, tekak aku sakit-sakit. ingat kan biasa-biasa. makin lama makin jadi teruk. sampai tak leh nak telan air liur, apatah lagi kau nak makan ayam goreng *nyummy*

so dah tak tahan sangat, decide nak pergi klinik penawar dalam Uitm tu. so pergi, doktor cakap bengkak merah dalam tekak aku. tapi bukan tonsil. Alhamdulillah. sebab kalau tonsil ada bintik putih, boleh buat demam, pening kan. aku tak, aku okay je. cuma nak makan prob, bila makan pun sikit, body tak bape nak laratlah kan. okay lepas dah pergi klinik, dapat la ubat demam/tahan sakit, batuk and ubat untuk hisap tuu. pikir dua tiga kali nak telan ubat tu. huhu. tapi gagahkan jugak, sebab nak sembuhkan. 

thanks kepada dhiya and kawan-kawan yang concern sangat. bebetul touching, siap buatkan bubur lagi kat wirda. dah la sedap. haa dua kali aku tambah walaupun nak telan tu perit. bahahaha. lepas tu, fara belikan ixe cream vanilla, lepas makan, esok tu tak payah cakap, better sangat rasa. nak telan tu stil ada rasa sakit, tp sikit laa. so boleh la. cuma xboleh nak tinggiakan suara, cakap kuat-kuat kalau tak dia sakit. kekadang sakit sampai ke telinga kot. huhu. hmm, dalam seminggu gak la kena ni. aku bajet 2-3 ari lagi, sembuh sepenuhnya. ameen ameen ameen. 


so hari ni, okay dah cuma tggl sikit je lagi kot bengkak dia sebab still rasa ada something kat kerongkong ni. 

Alhamdulillah, cuaca dan sejuk sikit sekarang ni kan. selalu hujan dah. Alhamdulillah! :)

esok lepas pergi penawar, nak pakai matrik kad. cari-cari dalam beg, dalam kereta member, pergi penawar balik cari. TAPI TAK ADAAAAA! first time hilang matrik kad. haih, so careless la aku ni. tak tahu kat mana kad aku tu :( tak tahu nak wat camne, nak tak nak, kena report, bayar and buat baru la kan. tengok la nextweek camne. aku tak gitau ayah aku lagi ni. mesti dia membebel. hahaha. maaf yeee :'D

runsing sebenarnya barang penting hilang, tapi benda dah nak hilangkan. nak buat camne. kita pun kalau boleh tak nak hilang kann. 

tepek gambar sendiri dekat blog sendiri takde masalah kan? *dah kenapa jari aku tu?>.<*

ada video lagu best untuk kita semua. jemput dengar :)


:')


Friday, March 14, 2014

MINI PELAMIN

Assalamualaikum

*ENTRY NI UPDATE SEBELUM BERTUNANG, TERBUAT PEKASAM DALAM DRAFT. HARI NI BARU PUBLISH* :'D

 
sekarang ni ramai betul kalau nak tunang, mesti ada mini pelamin. sebenarnya, kalau ikutkan tunang ni takyah buat majlis, pelamin pun apa tah lagi. better simpan cost semua tu untuk kawin nanti kan. hmmm, pandai cakap wirda, hewhewhew. tapi.......tak tahu la. nak jugak pelamin kalau aku tunang kannnn. papepun, ikut kepada kemampuan. jangan lupaaa!

so entry ni saja nak bagi korang semua panas bontot. saja nak bagi korang rambang mata. saja nak bagi korang tak menyabor. saja nak bagi korang tak tidur malam sehari search gambar pelamin yang cantik-cantik ni. hehe. walaupun belum lagi kan, tapi aku suka tengok benda-benda cantik. suka tengok la  cost dia aku tak pandang pun, hmm. mungkin belum lagi nak tunang, so macam tak amik kisah pun kennn.

jom cuci mata ngan mini pelamin yang comel, sweet, simple ni.

 ni sweet. aku pilih gambar ni sebab colour and cara dia susun bunga macam tu. rasa macam memang tu space untuk kita je la. hehe. tapi sebenarnya aku tak prefer untuk bantal bulat tu, sebab untuk sorang je kan, camne kalau "bakal mak mertua" nak sarungkan cincin, takkan nak duduk sikit je, cam tak balance. tapi mungkin boleh amik design and ubah sikit dari segi kedudukan. why not? :)

 yang ini lagi simple.tak over sangat macam tadi. tadi bukan over, tapi macam heavy sikit la kan. 
tapi maintain sweet.

 haaa yang ini paling aku suka since last year lagi. haha. aku suka colour cream + peach ni/light pink. sweet and simple. tapi tu la, kedudukan dia macam tu pulak. takpe, kita buat dia, bukan dia buat kita.hiks

 kalau perasan, gambar dari atas sampai sekarang aku pilih colour yang agak sama je. hmm, mungkin sebab taste aku. maaf la share ikut kepala aku jewwwwww. maybe korang boleh google yang lain. sob sob. ni pun sweet! *rambang mata*

 haaaaaa, kerusi macam ni la sesuai bagi aku untuk dorang duduk. lepas tu yang lain nak bergambar pun senang kan. takdelah menyelit2x satu punggung kebawah, satu lagi ke atas kan. xdelah tak balance. haha.
cantik design langsir dia buat macam tu. good job!


 alalala, sooo english tau. simple and nice. okay bantal dia provide 2. so boleh la kalau macam ni, "bakal mak mertua" boleh la duduk sebelah kan. tapi bagi aku, pelamin colour macam ni jgn pakai colour pelik2x, nanti nampak pelik. pakai la colour putih ke, cream, light yellow tu atau pun ligh green, tiffany green tu pun masuk rasanya. kalau pink/light pink aku rasa tak kot. hukhuk *tetibe rasa macam consultant*


 haaa ni la salah satunya colour terang aku pilih. kalau lighting macam ni guna pulak colour merah, aku suka. nampak romantik. hmmm, romantik? errrrr.

 ni aku amik kat instagram, seriously jatuh hati gila gila dengan design pelaming yang ini. sumpah sweet! bantal dia tu macam ropol-ropol tau. comel pulak tengok. tak heavy, nice, simple, sweet sesuai la untuk tunang, tak overdose.

ini pun cantikkkkk. tapi ni macam dah biasa tengok la kan. tapi tetap cantik. 

so semua gambar tu, gambar google.aku update ni jgn pulak ada yang salah faham. saja cuti sem takde story, plus aku tengok sekarang ramai yang tunang, kawan-kawan aku pun. so terdetik nak buat entry untuk pilihan mini pelamin. mungkin boleh membantu uols. kalau nak tunang, tak yah heavy-heavy tapi maintain sweet and nice. itu yang aku prefer la. kalau pandai wat sendiri lagi cantik. cut cost. hihi.

btw, selamat bertunang untuk mereka yang bertunang especially all of my friend!
semoga dapat banyak bersabar dalam dugaan bertunang *sebab orang kata bertunang banyak dugaan* entah.huhu.  dah sampai masa ke jinjang pelamin jangan lupa jemput iols okay! hehe. semoga bahagia :)

aloha~