JellyPages.com

"kehidupan ini penuh dengan kejutan"

"kehidupan ini penuh dengan kejutan"

Thursday, November 21, 2013

KONVOKESYEN UITM KE-79

Assalamualaikum

16/11/2013 hari tu aku graduate. erm. tapi baru je nak update. al maklum la, tak sompat dah sekarang nak bukak blog bermadah-madah macam dulu. like seriously, degree is really tough for me. sekarang pun, supposedly aku tengah study sebab besok ada kuiz, tapi sebab 1 topik, aku plan nak study esok lepas subuh. hiks. penat, tadi siapkan banyakkk slide untuk presentation hokey. biasalah degree, kerja kena laju, hantar kena on time. tak boleh main-main macam diploma dulu dah.

so, hari bersejarah, hari kebanggan akan kejayaan diri sendiri haruslah diabadikan dalam blog kesayangan yang takdelah lama sangat terbiarkan. so marilah kita baca. come come come bebeh!

 tapi hari ini gambar masa amik jubah. 14/11/2013. first time pakai jubah untuk konvo, selalu pakai jubah yang pergi kelas tu je. lol. aku tak tahu la, tapi aku rasa comel bila pakai jubah. *gelak tutup mulut*

 walaupun belum official date untuk pakai jubah, aura kebanggaan atas kejayaan diri sendiri dan melihat rakan lain turut tersenyum gembira menampakkan gigi masing-masing membuat aku berada dalam dunia yang cukup indah. sungguh! hilang penat selama 3 tahun aku dan kawan-kawan bertungkus lumus, bila masa untuk diiktiraf secara sah pemegang diploma perakaunan.

 kami membantu antara satu sama lain. Alhamdulillah, persahabatan kami kekal baik hingga kini dan InShaa'Allah selamanya. aku sayang dorang semua ini, even, ada yang tak berapa rapat, tapi kami masih dalam hubungan yang harmoni. gitew. *ayat common sgt kah?* haha. berbulan tak jumpa mereka semua, menjadikan keadaan itu lebih meriah! 

 tak lupa juga gambar dengan wawa(belah kanan sekali) . lama sangat tak jumpa minah ni. my bestfriend masa diploma dulu. Alhamdulillah, bulan 1 ni dia dah nak tawen! yippi! kita happy kalau dengar orang nak kawin. kita excitedddd angattttt! *turn aku bila ni?* lol

 gambar paling over aku pernah ada. 

 lepas amik jubah, lepak makan dengan mereka semua. riuh sekampungggggg restaurant tu jadinya. hahaha. bila lagilah boleh berkumpul macam ni lagi kan? :)
wedding kak afrah maybe? ;)

 dhiya, wirda, wawa, ieda dan syaza

haruslah bergambar dengan camera 360 untuk nampak lebih anggun dan jelita. kau jeles?

sampailah hari yang dinanti-nantikan

16 November 2013


 OFFICIALLY GRADUATE!
DIPLOMA IN ACCOUNTANCY

 happy! tapi segan nak bergambar time ni, ramai orang sangat :P

 happy tapi segan pulak nak melompat sorang-sorang. kita gegurl punya pose je la ye? haha

thanks bratha, dari kedah balik kuala lumpur untuk hadiri majlis konvokesyen adikmu ini. terharu sangat, rindu pun terlepas. btw, kitaorang sekarang tengah fight sama-sama dalam degree. abg wirda sambung degree dekat UUM. ada hati nak ajak aku fight hingga ke master? hmm. let me finish my degree first, then i will think about it ok ;) haha

 bergambar bersama kakak ipar dan anak buah ku (anak widya)

 im stuck masa tengah pegang scroll. dalam otak fikir *apa aku nak buat ni*. haha. then cecepat ingat kena tunduk and jalan. hihi. 

mom and dad, do you proud to see me on the stage? hehe
parents mana yang tak rasa bangga dengan anak dia kan. aku suka la perasaan konvo ni. suka sangat. masa mula-mula masuk, majlis bermula pun aku rasa sebak sebenarnya. aku rasa macam tak percaya aku kat tempat tu sekarang. even orang kata "ala diploma je pun" tapi itu satu kejayaan bagi aku. lagi-lagi course akaun bagi aku, agak tough.
 bergambar dengan winie (adik no 4), ipan (anak widya) and kak myra (isteri abg aku) 
haha. motif sangat kannnnn~

kalau korang perasan, mana-mana gambar mesti ada dak ipan ini. dia kan, asal aku nak bergambar dia menyelit. aku ingat dia saja nak duduk situ, just ignore la. rupanya mak aku cakap dia nak bergambar sekali. haha. cian dia. nanti besar, ipan tengok balik gambar ipan okay. mama tak sempat nak peluk ipan, mama excited sangat dapat anugerah dengan bunga tu. huahua. oh lupa, sekali dengan widya. adik bongsu aku, wirna, takmau bergambar langsung. sob sob.

one happy family at home~
gambar dah siap, ayah aku pergi amik semalam.tak sabar nak balik tengok. aku tanya ayah aku
"abah gambar cantik tak?"
"gambar cantik, tuan gambar yang tak cantik"
"k fine~"

ini je kawan yang sempat aku bergambar before masuk dewan. btw ada jumpa jat (budak bilik sewa kat segamat and ain kawan masa sekolah menengah) tapi gambar tu ada dalam ipad. so malas nak transfer bagai. so nanti aku transfer, i will share kat korang okay. 

dalam ipad ada gambar aku baling topi. not perfect, but AT LEAST adalah jugak, malu-malu pun nak baling topi sorang-sorang. haha. nanti-nanti lah aku upload. biasalah, bila konvo banyak gila gambar, tapi yang upload bape kerat je. hehe

majlis berjalan lancar, aku jalan atas stage pun lancar. nasib baik tak terpeleot ke, apa ke kan. haha. malu noks. thanks for everyone. family, lecturers, friends yang support, beri tunjuk ajar selama 3 tahun. berkat ilmu uols semua, saya graduate. tanpa anda siapalah saya sekarang. 

sekarang, im struggle for degree. bachelor in accountancy. YaAllah, Kau permudahkanlah jalan untuk kami menerima segala ilmu yang diajar dan dipelajari. lapangkan dada kami serta kuatkanlah daya ingatan kami serta permudahkanlah kami untuk memahami setiap yang kami pelajari. Ameen.

:')

5 comments:

Anis's Journal said...

salam, ade fb tak... saye pn student AC220..

wirda azurainie said...

hi anis. ada ada. dekat belah kanan blog ni ada fb wirda. boleh la klik. xpun search wirda azurainie :)

#sorry lambat reply

yaya said...

assalamualaikum.. tq sbb sudi share pasal konvo... nice story... walaupun dah terlambat tp nak ucap jugak ,tahniah!!! gud job...:)

hafizi said...

tahniah..

Suka duit said...

Salam budak-budak UITM...aku ada projek nak kongsi dengan korang...
kalian nak cari duit lebih..jejak saja kat sini...

http://youth2payment.com/?ref=8091