JellyPages.com

"kehidupan ini penuh dengan kejutan"

"kehidupan ini penuh dengan kejutan"

Thursday, November 21, 2013

KONVOKESYEN UITM KE-79

Assalamualaikum

16/11/2013 hari tu aku graduate. erm. tapi baru je nak update. al maklum la, tak sompat dah sekarang nak bukak blog bermadah-madah macam dulu. like seriously, degree is really tough for me. sekarang pun, supposedly aku tengah study sebab besok ada kuiz, tapi sebab 1 topik, aku plan nak study esok lepas subuh. hiks. penat, tadi siapkan banyakkk slide untuk presentation hokey. biasalah degree, kerja kena laju, hantar kena on time. tak boleh main-main macam diploma dulu dah.

so, hari bersejarah, hari kebanggan akan kejayaan diri sendiri haruslah diabadikan dalam blog kesayangan yang takdelah lama sangat terbiarkan. so marilah kita baca. come come come bebeh!

 tapi hari ini gambar masa amik jubah. 14/11/2013. first time pakai jubah untuk konvo, selalu pakai jubah yang pergi kelas tu je. lol. aku tak tahu la, tapi aku rasa comel bila pakai jubah. *gelak tutup mulut*

 walaupun belum official date untuk pakai jubah, aura kebanggaan atas kejayaan diri sendiri dan melihat rakan lain turut tersenyum gembira menampakkan gigi masing-masing membuat aku berada dalam dunia yang cukup indah. sungguh! hilang penat selama 3 tahun aku dan kawan-kawan bertungkus lumus, bila masa untuk diiktiraf secara sah pemegang diploma perakaunan.

 kami membantu antara satu sama lain. Alhamdulillah, persahabatan kami kekal baik hingga kini dan InShaa'Allah selamanya. aku sayang dorang semua ini, even, ada yang tak berapa rapat, tapi kami masih dalam hubungan yang harmoni. gitew. *ayat common sgt kah?* haha. berbulan tak jumpa mereka semua, menjadikan keadaan itu lebih meriah! 

 tak lupa juga gambar dengan wawa(belah kanan sekali) . lama sangat tak jumpa minah ni. my bestfriend masa diploma dulu. Alhamdulillah, bulan 1 ni dia dah nak tawen! yippi! kita happy kalau dengar orang nak kawin. kita excitedddd angattttt! *turn aku bila ni?* lol

 gambar paling over aku pernah ada. 

 lepas amik jubah, lepak makan dengan mereka semua. riuh sekampungggggg restaurant tu jadinya. hahaha. bila lagilah boleh berkumpul macam ni lagi kan? :)
wedding kak afrah maybe? ;)

 dhiya, wirda, wawa, ieda dan syaza

haruslah bergambar dengan camera 360 untuk nampak lebih anggun dan jelita. kau jeles?

sampailah hari yang dinanti-nantikan

16 November 2013


 OFFICIALLY GRADUATE!
DIPLOMA IN ACCOUNTANCY

 happy! tapi segan nak bergambar time ni, ramai orang sangat :P

 happy tapi segan pulak nak melompat sorang-sorang. kita gegurl punya pose je la ye? haha

thanks bratha, dari kedah balik kuala lumpur untuk hadiri majlis konvokesyen adikmu ini. terharu sangat, rindu pun terlepas. btw, kitaorang sekarang tengah fight sama-sama dalam degree. abg wirda sambung degree dekat UUM. ada hati nak ajak aku fight hingga ke master? hmm. let me finish my degree first, then i will think about it ok ;) haha

 bergambar bersama kakak ipar dan anak buah ku (anak widya)

 im stuck masa tengah pegang scroll. dalam otak fikir *apa aku nak buat ni*. haha. then cecepat ingat kena tunduk and jalan. hihi. 

mom and dad, do you proud to see me on the stage? hehe
parents mana yang tak rasa bangga dengan anak dia kan. aku suka la perasaan konvo ni. suka sangat. masa mula-mula masuk, majlis bermula pun aku rasa sebak sebenarnya. aku rasa macam tak percaya aku kat tempat tu sekarang. even orang kata "ala diploma je pun" tapi itu satu kejayaan bagi aku. lagi-lagi course akaun bagi aku, agak tough.
 bergambar dengan winie (adik no 4), ipan (anak widya) and kak myra (isteri abg aku) 
haha. motif sangat kannnnn~

kalau korang perasan, mana-mana gambar mesti ada dak ipan ini. dia kan, asal aku nak bergambar dia menyelit. aku ingat dia saja nak duduk situ, just ignore la. rupanya mak aku cakap dia nak bergambar sekali. haha. cian dia. nanti besar, ipan tengok balik gambar ipan okay. mama tak sempat nak peluk ipan, mama excited sangat dapat anugerah dengan bunga tu. huahua. oh lupa, sekali dengan widya. adik bongsu aku, wirna, takmau bergambar langsung. sob sob.

one happy family at home~
gambar dah siap, ayah aku pergi amik semalam.tak sabar nak balik tengok. aku tanya ayah aku
"abah gambar cantik tak?"
"gambar cantik, tuan gambar yang tak cantik"
"k fine~"

ini je kawan yang sempat aku bergambar before masuk dewan. btw ada jumpa jat (budak bilik sewa kat segamat and ain kawan masa sekolah menengah) tapi gambar tu ada dalam ipad. so malas nak transfer bagai. so nanti aku transfer, i will share kat korang okay. 

dalam ipad ada gambar aku baling topi. not perfect, but AT LEAST adalah jugak, malu-malu pun nak baling topi sorang-sorang. haha. nanti-nanti lah aku upload. biasalah, bila konvo banyak gila gambar, tapi yang upload bape kerat je. hehe

majlis berjalan lancar, aku jalan atas stage pun lancar. nasib baik tak terpeleot ke, apa ke kan. haha. malu noks. thanks for everyone. family, lecturers, friends yang support, beri tunjuk ajar selama 3 tahun. berkat ilmu uols semua, saya graduate. tanpa anda siapalah saya sekarang. 

sekarang, im struggle for degree. bachelor in accountancy. YaAllah, Kau permudahkanlah jalan untuk kami menerima segala ilmu yang diajar dan dipelajari. lapangkan dada kami serta kuatkanlah daya ingatan kami serta permudahkanlah kami untuk memahami setiap yang kami pelajari. Ameen.

:')

Friday, November 1, 2013

HELLO NOVEMBER!



Assalamualaikum

wadap wadapppp uols. lama kot tak berblogging. tak berkesempatan dengan kesibukan kehidupan seorang pelajar nia. makin dikejar masa, makin lari. sedar tak sedar, sekarang ni dah masuk november, dimana lagi sebulan sahaja lagi nak berakhir 2013! di mana lagi sebulan je lagi nak FINAL EXAM untuk pertama kali dalam life degree ni. cuak? sangat weiii, sebab subject tough-tough. kena pulak macam belajar sendiri kan. paling risau of course FAR 400. fuhhhhh >.<

untuk permulaan november ni. aku kuatkan diri untuk tak balik Ampang. dhiya, fera, and anis balik. tinggal aku and jat je yang tak balik KL. Sebab nextweek hari rabu dah common test, so tak berani nak pertaruhkan masa demi balik kl. ala rumah tak lari pun, minggu depan baru aku lari balik. hekhek. paling best, cuti seminggu terus! yay! seee seee, berkorban la sikit kan utk pelajaran. harapan aku untuk common test, aku boleh buat yang terbaik, aku tak nak main-main since aku tahu subject agak tough + aku kat kelas selalu memain. so nak catch up semua tu of course amik masa. 

kenapa cuti seminggu? UITM kasi cuti ke? sebab common test? haha, idookkkk la. dapat pengecualian kelas, sebab semua nak KONVO untuk DIPLOMA ni! yippiiiii!! first time nak pakai jubah, topi, nak dapat bunga. nak amik gambar baling topi tuuuu. hahaha. excited gilosss ok. paling baik lecturer maf aku, bila kita bincang pasal replacement kelas, dia cakap

"kenapa uols nak kena fikir sekarang? enjoy dulu awak semua punya konvokesyen!" hehehehe
lepas dah enjoy baru kita fikirkan. hehehe. TQ Madam :)

okaylah, iols nak sambung siapkan assignment CTU iols la. kalau tak siap, tak boleh la nak start study. good bye belog ku. nanti lepas konvo iols update ye. 


semalam tengok highland tower. hmm, not bad la. takut la jgk bagi aku sampai aku nak pergi toilet pun takut cuma aku curious, cerita tu based on cerita betul-betul terjadi or hanya lakonan atau tambahan dari cerita benar then dia tambah untuk lebih menarik. haa sesapa tahu cer citer. sebab mind set aku, fikir tu benda betul-betul jadi, itu sebab tahap penakut aku meningkat. haha

oh sebelum untuk, nak promote ni. adik wirda menerima terima tempahan jahit manik tau. korang nak tempah untuk tunang ke, nikah ke. dia boleh buat. kalau beminat boleh je whatsapp wirda dekat 012-9356395
nanti wirda kasi number dia dekat uols k. 
selain daripada amik tempahan, adik wirda jugak jual bawal lace RM 25 sahaja sehelai. boleh pilih colour tudung and lace yang berkenan pada korang ok. cepat-cepat la kalau berminat, sebab customer berduyun-duyun, nanti kena tunggu turn lambat pulaks. hehe :)

hasil tangan adik wirda, widya. tempahan dari customer :)
 tambahan, wirda pula ada menjual black mask shiseido untuk 30pcs hanya RM25 sahaja. price tu dah termasuk dengan kos penghantaran tau. murah kan? so, sapa nak boleh la whatsapp wirda kat number atas tu :) mask ni bagus untuk keluarkan black head even white head korang, bila pakai korang akan nampak sendiri benda tu keluar dan melekat dekat mask korang. of course, muka tambah bersih dan lebih cerah :)

THANK YOU
^___^