JellyPages.com

"kehidupan ini penuh dengan kejutan"

"kehidupan ini penuh dengan kejutan"

Sunday, September 1, 2013

SEBELUM BERTOLAK KE UITM SEGAMAT

Assalamulaikum..

sekarang jam menunjukkan tepat 1.43 minit pagi. rasanya, aku perlu tidur. mata dan mengantuk, tapi hati dan fikiran masih lagi segar. takde kerjasama langsung malam ini ye. 1 September 2013. untuk pertama kalinya nanti aku akan jejakkan kaki ke Uitm Segamat. InShaa'Allah. 

semua persiapan rasanya dah habis packing dah kot. aku minimize kan bag hanya 3 bag sahaja aku bawak + rak buku. dah cuba kurangkan beg tak nak nampak macam bawak banyak sangat barang, nanti tambah sedih. macam nak menetap terus kat sana. hoho :p

sebenarnya, aku tak dapat dan tak sempat untuk buat medical check yp. ingatkan buat malam boleh, rupanya doktor untuk x-ray takde malam. urine test pulak katanya kena tunggu 3 hari sebab kena hantar lab. hmm, payahnya, aku buat dulu tak payah pun sampai 3 hari. tetiba kawan bagitahu dia baca kat surat tawaran, kalau takde masa hari pendaftaran takpe, sebab dia bagi masa 3 minggu dari hari pendaftaran. aku pun baca la kat surat tawaran tu *nampak sangat tak baca habis* and memang betul pun. legaaaa hati. so, boleh buat kat kerajaan je, sebab kat swasta tempat aku mahal. RM100. ah tak sanggup aku. hewhewhew

Dokumen lain , InShaa'Allah dah lengkap. harap hari pendaftaran takde banyak masalah. satu-satu aku check takut tertinggal. barang tak kisah lagi kalau tertinggal. dokumen ni payah, kang masalah, tak pasal-pasal aku kena marah dengan ayah aku kannnn. haaaa, xsukaaa. kang aku bad mood. haha.

kawan-kawan merangkap housemate aku semua dah ada kat segamat tu, dorg tidur hotel kat sana. tapi aku tak pun, aku esok pagi dalam pukul 9 baru gerak, daftar dari 8.30 pagi hingga 4.30. so sempat la, lepas makan tengah hari ke pergi daftar. lambat-lambat la best, takde orang. hihi

perasaan bercampur la. ada excited sebab nak pergi tempat orang, tapi ada sedih nak tinggalkan family, hencik hati kita. oh ya, malam tadi dia datang rumah kejap. bagi barang, ingat barang apa. rupanya dari mak dia.hihi. kasi kita purse. awww. thank you mak cik. sukaaa sesangattt. terkejut jugak kann. lepas tuuuu, masa dia nak balik, rasa macam tak nak bagi dia balikkk je. masuk bilik nangis! hahaha. wirdaaaa pulakk dengan air mata. mana boleh berpisah. cembeng!

esok pagi dia kata nak jumpe sekejap sebelum pergi. hihi. tak tahu la jadi ke tak, takut dia terbongkang atas katil pulak. tak kisah pun, jumpe lagi bagus, tak jumpe pun tak apa. aku tetap rasa dekat je, sedih pun takdelah rasa sangat kot atas kereta nanti. hahaha.

 sebenarnya ni gambar kemas masa mula-mula kemas. semalam kot baru start kemas. haha. malas betul nak packing-packing baju ni sebenarnya, tapi kuatkan diri jugakk. haha

 ini pulak, gambar hari raya pertama, takde gambar dah nak publish. pun bole la kan? nampak la sikit sedih gambar tu nak tinggalkan orang kat kl ni kannnn? haha

1 September 2013
Official Student Uitm Segamat Ijazah Sarjana Muda Perakaunan

^__________________________^

2 comments:

cik beast said...

welcom to sgamat.. he3.. t kite jmpe yerr...

Jia Rizaira said...

rindu zaman diploma kat uitm segamat...