JellyPages.com

"kehidupan ini penuh dengan kejutan"

"kehidupan ini penuh dengan kejutan"

Thursday, September 5, 2013

DULU TAK SUKA, SEKARANG JATUH CINTA :)

Assalamualaikum

pagi tadi lebatkan hujan? rasa nak tarik selimut selubung satu badan takmau bangkit bila mak kejut. *ambooiii so utagha okayy* . tadi pagi kena bangun pagi jugakkk, sebab nak kena pergi klinik kat pekan ampang untuk buat medical check up. soo, dengan berat hati sayang nak tinggal katil. terpaksa la bangun, bangun takpe lagi, tapi kena bangun mandi. eh mestilah kena mandi sebab nak pergi klinik. haha. tapi permasalahannya ialah, water heater rosak okayyyyy. so sejuk dia pureeeeee punye sejuk!

dah sampai kat klinik, tengok ramai yang berpayung kat pagar klinik. eh why ek? so ayah keluar tengok,, rupanya klinik ada buat renovation, so kena pergi kat kampung pandan tu la. bila nak pergi, jammed! yela, dah hujan lebat, orang ramai keluar guna kereta la kan. ayah pulak nak cepat sebab ada customer booking. so al-kisahnya, balik rumah balik. ish, tau aku tidur je tadiiiii :p

sejuk masih la terasa kat rumah. sekarang ni pun tengah berselimut. rasa nak pakai stokin je. haha, overrr tau. tapi betul la tau. rumah kita takde air-cond ke apa ke, so tak tipu ni sejuk cuaca. rasa kat genting pulak. hoho!

adoiii, mesit korang rasa bila nak sambpai tajuk asal ni, asyik bercerita je, sapa je nak dengar sejuk kauuu tuuuhhh! okayyyy fineeeeeee >.<

orang dulu-dulu selalu kata, jangan benci seseorang tu sangat, nanti lama-lama jatuh cinta. tak pun, jangan gaduh-gaduh, nanti lelama kawin. haha. sebenarnya nak diikutkan ada certain case, teori diorang ni boleh pakai jugakkan. benda ni jadi kat aku masa aku tingkatan 2 lagi :p 

TAPI sekarang ni, bukan nak cerita pasal cinta sesama manusia. tapi dengan alam sekitar! yaAllah, sooo pencinta alam tau aku nie. hehe. i love green! *tetibe* :p

sebenarnyaaaaa, aku nak share pengalaman aku dari belum tahu APA ITU SEGAMAT sampailah jadi AKU SUKA SEGAMAT! dulu bila orang cakap segamat tu apa je ada, hutan jeeeee. aku yang tak pernah pergi, rasa tak suka, risau. aku rasa tak nak pergi langsung segamat tuu.

tapi bila aku dah sampai sendiri kat segamat, mula-mula TIPU la kalau aku kata aku terus suka. aku terkejut. malam tu aku dapat tidur pun sebab aku tak cukup tidur, tidur 3 jam je. tu terus lena, bangun pagi pulak sejuk tak leh nak ungkap dengan kata-kata. rasa macam EEEEEEEE TAK SUKA. betul.

tapi bila keesokannya, duduk luar rumah, nikmati betul2x, timbul rasa sangat suka kat sini. tenang je, masalah kitaorang semua transport je la nak pergi kelas, sebab jalan kaki kami takut. ladang getah kan. tak berani lagi, tapi takpe, takde masalah tak boleh settle. perasaan suka ni tak macam suka duduk kat Unikop. haha. bukan kata Unikop tak best, Unikop la tempat aku cari ilmu sampai dapat Diploma. mana mungkin aku tak suka, cuma perasaan tu melebihi duduk kat Unikop. dalam hati aku, this is the right place untuk aku study. lari dari kesibukan. takde benda kami nak buat kat kawasan macam tu, selain fokus dengan study. 

kalau bandar, nak pergi boleh la weekeend ke kan. untuk beli barang dapur, barang keperluan, nak tengok wayang pun boleh. sekali sekala. kiranya, kita ada semua tu. tapi bukan selalu kita enjoykan diri kita. ada beberapa halangan yang buat diri kita mencari sesuatu yang lebih berfaedah untuk dibuat. iaitu study. macam tak percaya, sekarang aku tengah rindu segamat. bahahaha. rasa tak nak mengaku. tapi itulah kenyataannya. aku dah jatuh hati dengan segamat. kihkihkih. 

InShaa'Allah, bila niat kita baik, susah mana pun Allah akan tunjukkan jalan untuk kita. yang penting, kita jangan mengeluh and jangan cepat putus asa. kejayaan kan takkan datang bergolek, biarlah rasa penat untuk 2 tahun setengah ni, sebab tak lama pun sebenarnya, dari nak give up awal-awal. lagi lama. apa yang penting POSITIVE, USAHA, DOA, TAWAKAL

Tak sabar nak start kuliah. part 4 kena belajar bahasa Arab. bahasa Arab tu last belajar masa darjah bape ntah kat sekolah agama. harap-harap dipermudahkan. hihi

tak kenal, maka tak cinta <3 br="">

2 comments:

Lulu Rahman said...

Nanti jangan lupa visit Ledang punya air terjun. Dia pun seronok, syorgaaaaaa. Mihihii

Mysara Ab Rahman said...

betul3! mai sokong! mai dulu pn mula2 xsuka lama2 suka tau ngn segamat...walaupun bdk uitm len ckp mcm2 tp kte teatp suke ngn tmpt kte blajar kn