JellyPages.com

"kehidupan ini penuh dengan kejutan"

"kehidupan ini penuh dengan kejutan"

Tuesday, September 24, 2013

HARI-HARI

Assalamualaikum! hello readers sekaliannnnnnnn

sebenarnya, ikutkan hati setiap moment nak letak simpan kat blog, tapi memandangkan kekangan masa, maka ia tidak mengizinkan saya untuk update blog setiap hari. sekarang, tengah free sikit. sebab hari ni kelas sampai pukul 12 tadi je, lepas tu terus takde kelas. cuma keja[ lagi nak kena siapkan untuk presentation besok la. 

bad news kot, this friday got common quiz. pelik sebab dulu tak pernah pulak ada common quiz. selalu common test je. and another bad news ialah. subjectnya ialah FAR400. another bad news lagi. i dont understand at all about FAR 400. malam ni kalau sempat lepas siapkan presentation, baru nak study balik. huhu

sekarang nak share gambar gembira saya dengan kawan-kawan saya. yay or nay? :p

 perkenalkan , officially this is my classmate JACC20 4D

ini class paling happening hokeyyy. ahaha
baru 2 minggu start kelas terus ada tangkap gambar kelas. haha. 

 dalam rumah before pergi kelas

 depan admin. sapa dulu uitm segamat. rindu tak? rindu tak? haha

depan rumah lepas habis kelas. kita nak lunch yooo!

 dalam kelas. kami asal sempat je. snap picture ok. nanti dah habis belajar, gambar ni jugak yang ditenung kan :')

 dengan jat. dari kedah ni. hihi

dengan pwincess dhiya durani. 

 dengan anishhhhhh omey-omeyy uteeeee muteeee!

"ohhhhhh iteww stressnyaaaa banyak kejeeee nihh!"
propa wirda azurainie :P

last weekend ada Kemahiran Insaniah (KI)
muka budak bosan kena hadap citer politik! lol

 sengaja letak gambar tak ready. asyik gambar okay je kan. ni kali letak gambar buruk.haha. tengok citer paranoia ni best sangat-sangat. ada moral value, hero hensem. ahhhh best la!
5 start aku kasi kat citer ni. epgi tengok cepat. dari tengok citer Lagenda Budak Hostel. baik tengok citer ni! hewhewhew

 lepas tu pergi makan dengan bandar segamat. tak ingat la apa nama kedai ni. tapi makanan dia sedap-sedap weh! tak tipuuuu. sapa ada suggestion area segamat kedai makan? kami suka niiii mencuba sesuatu yang baru. haha

 time ni anis takde, dia balik KL. how dare u! huh :'/
mencomelkan diri selagi boleh. berjaya tak?

okay la. sampai sini saja. next time, will update more picture. huahuahuahua *gelak jaat*

thanks for scrolling my belog! mucassss graciasss xiexie :p

Sunday, September 15, 2013

MINGGU PERTAMA DI UITM SEGAMAT

Assalamualaikum

maaflah readers yang agak-agak bosan tajuk aku tak habis-habis post pasal Uitm. macam la kau sorang je masuk Uitm. ye dok? hikhik.  takpelah, biar la kita punya belog, suka hati kita la nak post apa pun kan. kita tak kacau URL awak pongggg. ahaks

minggu pertama kelas. biasalah kelas pun tak lama. sebagai mukadimah, perkenalan la sajo kan. untuk sem 4 ni, aku amik 8 subject. hmm, act banyak jgk kot. sebab masa diploma tak pernah amik 8 subject, tapi tak semua 8 subject tu ke final. maka, tenang sikit hati ini. 

kelas malam. aku baru tahu, degree ni, kelas malam adalah perkara biasa. huhu. maklum la, masa diploma, kelas malam hanya ada bila perlukan kelas ganti sahaja. tapi ni tiap malam rabu kami ada kelas. kelas dia besttt. yang tingkat-tingkat tuuuu :P hahaha 

kami suka sangat bergambar. aku tak tahu kenapa jadi sangat active bergambar macam gini rupa. fera bajet model, dhiya konon boleh terbang letewwww, jat bajet tekwando. aku sorang terencat sikit gaya. haha. 

GENG HANTU HIJAU
satu rumah, satu kelas. haa, senang kan? :)

budak kelas kitaorang aku rasa, dorang pun nyampah kot, sbb asyik bergambar jeeee keje. hahaha :p

dah la kitaorang masuk-masuk kelas, keluarkan hp, sembang kat group whatsapp. lepas tu mula la tak leh tahan gelak, gelak macam nak pecah perut. apa yang kelakar pun aku tak tahu. tapi antaranya bila si dhiya kata sakit perut then kitaorang semua beraksi concern sorang jadi nurse which is fera, sebab kat bilik dia sorg je yang ada macam -macam ubat, tetiba keluar cerita beranak nak bagitahu konon hebatnya masa kini boleh bersalin melalui telefon saja. melampau tak? hahaha

masing-masing ada karakter yang memain peranan penting dalam harian. ada tukang gelak, tukang bahan, tukang bertukang. aku tak tahu mana dorang dapat nama, sampai dorang panggil aku mak buah. kongajo betul. tak komersial langsung nama tu. haih la anak buah >.<

dalam kelas mandarin. amboiii, propa je lebih noks :p

dalam kelas yang cancel. sebab lect kami sakit. doakan lect kami cepat sembuh dan diberi kudrat mengajat kami. ameen!

dalam Library Tun Dr Ismail

propa kali kedua >.<


lepas kelas terus pergi one segamat, untuk beli tiket balik kl. and now tengah ada kat kl la. besok petang balik segamat balik. 

bulan depan baru balik kl, masa abg aku kawin. sebulan 2x je balik. kalau tiap-tiap minggu balik pokai la kan. hidup berdikari macam gini la, kena la tahan rindu semua tu. konon-konon wa dah biasa gitew >.<

tata semuaaaaa :)

Thursday, September 5, 2013

DULU TAK SUKA, SEKARANG JATUH CINTA :)

Assalamualaikum

pagi tadi lebatkan hujan? rasa nak tarik selimut selubung satu badan takmau bangkit bila mak kejut. *ambooiii so utagha okayy* . tadi pagi kena bangun pagi jugakkk, sebab nak kena pergi klinik kat pekan ampang untuk buat medical check up. soo, dengan berat hati sayang nak tinggal katil. terpaksa la bangun, bangun takpe lagi, tapi kena bangun mandi. eh mestilah kena mandi sebab nak pergi klinik. haha. tapi permasalahannya ialah, water heater rosak okayyyyy. so sejuk dia pureeeeee punye sejuk!

dah sampai kat klinik, tengok ramai yang berpayung kat pagar klinik. eh why ek? so ayah keluar tengok,, rupanya klinik ada buat renovation, so kena pergi kat kampung pandan tu la. bila nak pergi, jammed! yela, dah hujan lebat, orang ramai keluar guna kereta la kan. ayah pulak nak cepat sebab ada customer booking. so al-kisahnya, balik rumah balik. ish, tau aku tidur je tadiiiii :p

sejuk masih la terasa kat rumah. sekarang ni pun tengah berselimut. rasa nak pakai stokin je. haha, overrr tau. tapi betul la tau. rumah kita takde air-cond ke apa ke, so tak tipu ni sejuk cuaca. rasa kat genting pulak. hoho!

adoiii, mesit korang rasa bila nak sambpai tajuk asal ni, asyik bercerita je, sapa je nak dengar sejuk kauuu tuuuhhh! okayyyy fineeeeeee >.<

orang dulu-dulu selalu kata, jangan benci seseorang tu sangat, nanti lama-lama jatuh cinta. tak pun, jangan gaduh-gaduh, nanti lelama kawin. haha. sebenarnya nak diikutkan ada certain case, teori diorang ni boleh pakai jugakkan. benda ni jadi kat aku masa aku tingkatan 2 lagi :p 

TAPI sekarang ni, bukan nak cerita pasal cinta sesama manusia. tapi dengan alam sekitar! yaAllah, sooo pencinta alam tau aku nie. hehe. i love green! *tetibe* :p

sebenarnyaaaaa, aku nak share pengalaman aku dari belum tahu APA ITU SEGAMAT sampailah jadi AKU SUKA SEGAMAT! dulu bila orang cakap segamat tu apa je ada, hutan jeeeee. aku yang tak pernah pergi, rasa tak suka, risau. aku rasa tak nak pergi langsung segamat tuu.

tapi bila aku dah sampai sendiri kat segamat, mula-mula TIPU la kalau aku kata aku terus suka. aku terkejut. malam tu aku dapat tidur pun sebab aku tak cukup tidur, tidur 3 jam je. tu terus lena, bangun pagi pulak sejuk tak leh nak ungkap dengan kata-kata. rasa macam EEEEEEEE TAK SUKA. betul.

tapi bila keesokannya, duduk luar rumah, nikmati betul2x, timbul rasa sangat suka kat sini. tenang je, masalah kitaorang semua transport je la nak pergi kelas, sebab jalan kaki kami takut. ladang getah kan. tak berani lagi, tapi takpe, takde masalah tak boleh settle. perasaan suka ni tak macam suka duduk kat Unikop. haha. bukan kata Unikop tak best, Unikop la tempat aku cari ilmu sampai dapat Diploma. mana mungkin aku tak suka, cuma perasaan tu melebihi duduk kat Unikop. dalam hati aku, this is the right place untuk aku study. lari dari kesibukan. takde benda kami nak buat kat kawasan macam tu, selain fokus dengan study. 

kalau bandar, nak pergi boleh la weekeend ke kan. untuk beli barang dapur, barang keperluan, nak tengok wayang pun boleh. sekali sekala. kiranya, kita ada semua tu. tapi bukan selalu kita enjoykan diri kita. ada beberapa halangan yang buat diri kita mencari sesuatu yang lebih berfaedah untuk dibuat. iaitu study. macam tak percaya, sekarang aku tengah rindu segamat. bahahaha. rasa tak nak mengaku. tapi itulah kenyataannya. aku dah jatuh hati dengan segamat. kihkihkih. 

InShaa'Allah, bila niat kita baik, susah mana pun Allah akan tunjukkan jalan untuk kita. yang penting, kita jangan mengeluh and jangan cepat putus asa. kejayaan kan takkan datang bergolek, biarlah rasa penat untuk 2 tahun setengah ni, sebab tak lama pun sebenarnya, dari nak give up awal-awal. lagi lama. apa yang penting POSITIVE, USAHA, DOA, TAWAKAL

Tak sabar nak start kuliah. part 4 kena belajar bahasa Arab. bahasa Arab tu last belajar masa darjah bape ntah kat sekolah agama. harap-harap dipermudahkan. hihi

tak kenal, maka tak cinta <3 br="">

Tuesday, September 3, 2013

MINGGU PEMANTAPAN SISWA UITM SEGAMAT

Assalamualaikum

hellooo semuaa! finally im backkkk! balik manaaa, tudiaa. balik KL laa. 2 hari duduk dekat segamat, and serius banyakkkk sangat nak share cerita. hehe. 

*jap nak makan*

okay kenyang. Alhamdulillah. makan laksa penang + ayam uncle bob yg pedas berlada nak mampuih tapi sedap nak mati tu. kejap lagi sambung makan nasi pulak lauk gulai daging buatan air tangan mak. sedap gilos.*telan air liur*

okay, aku rasa macam raksasa bila aku makan banyak-banyak macam ni sampai lupa diri. mungkin effect duduk dalam hutan selama dua hari. makan apa yang ada dan belajar bersyukur. gitewwww kau! sooo matang ok! haha. sebelum pape nak ucap THANK YOU SO MUCH! kepada mak n ayah jat yang banyak membantu kami yang lain, dari segi makan minum dan transport. maka lepas ni, kena survive sendiri! kau fikir la macam mana nak jalan tepi ladang getah ke kelas malam! kau fikir la. fikir la sendirir! * nangis belakang pintu*

1 September 2013 Hari tu secara rasmi wirda and the gang dah official jadi student Uitm Segamat, Bachelor of Accountancy! haa gitew. sapa the gang tu? okay meh nak tunjuk gambar. sebut nama saja hangpa bukan kenai pun! 

mirul, fera, wirda, dhia and anis
ini gang D.I.A (Diploma in Accountancy) dekat Kolej Unikop! yay! nasib dorang ni dapat Uitm Segamat jugak. so sebab dorang ni classmate aku dulu, so memang takde masalah. sebab masing-masing dah kenal kan.

kat sana jumpa kawan baru! nama dia jat kita panggil. kenal kat facebook sebab dia tegur nak cari rumah sewa. nasibb budak akaun jgk. hehe

haa, sebelah aku tu kita panggil jat. kitaorang semua satu rumah. maaf aku kecikkan gambar ni, sebab muka aku besar sangat. aku takut effect tak leh tidur malam korang semua nanti. hiks. masa ni taklimat pengecualian kredit. al maklum la budak penerapan kan. so masuk-masuk Uitm dah jadi part 4. kalau tak pergi taklimat ni, memang kena amik balik la apa yang pernah amik subject masa Diploma. KAU NAK? AKU TAK NAK:)

okay settle pasal perkenalan kawan lama dan juga kawan baru. maka marilah kita ke cerita santai dulu ye. 

nak ringkaskan cerita. aku antara kawan yang paling lambat sampai ke Uitm untuk daftar. sebab keluar rumah lambat. masa daftar tu, dua tiga kerat student je yang daftar, dah petang sangat kan. yang penting kali ni kad matrik aku, aku suka. gambar ok! haha. 

 gambar happy lepas daftar. Uitm kasi kita tudungggg *jakun* haha.

lepas tu terus shoot ke rumah sewa. yaAllah, nak menangis tengok rumah sewa. lawa sangatttttt and environment takuttt sangatttttt. haaaa. sebab situ kawasan kampung kan. so malam-malam bunyilah cengkerik. sunyi je. seram. malam memang tak akan keluar. melainkan ada kelas. terpaksa la redah dalam gelap gelita tak nampak pape tuuu :'(

supaya korang tak culture shock. maka aku tunjuk gambar dalam rumah dulu ye. rumah ni baru siap. baru bulan 5 lepas. so memang cantik, bersih dan sangat-sangat selesa. ni bahagian pintu masuk.
ini ruang tamu. tv, mesin basuh, peti ais, keperluan memasak semua tuan rumah sediakan. baik sangat. semoga Allah murahkan rezeki tuan rumah saya ni :)

 dari arah dapur. ada 4 bilik semuanya. sepatutnya 1 bilik 3 orang, tapi aku duduk 2 org je dengan fera. untuk lebih selesa.

almari dalamsetiap bilik. hehe. tak cikai punya. kan aku cakap, selesa sangat. 

dapur yang penuhhhhhh dengan keperluan untuk memasak. lepas ni masing-masing akan bagitahu kehebatan masing-masing dan akan bergabung! yay! abg wirda belajar masak ni. ready untuk 2 tahun lagi kan? muaahaha :p

okay sekarang, kawasan luar rumah pulak! tarik napas panjang-panjang. tutup mata lepas tu bukak sikit-sikit supaya tahap kejutan tidak melepasi had dan tiada yang masuk hospital sebab kawasan rumah sewa saya. muahaha
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

*site visit*

haaa, korang ingat aku duk kat padang pasir keee? haha. ini pemandangan dr tepi rumah. dr depan biasa pokok getahhhh je penuh. malas nak amik gambar. risau ada yang tertambah pulak dalam gambar tu. untuk sedapkan hati, aku cakap kat kengkawan, ni swimming pool untuk kita-kita. masih dalam perbikinan. haa gitew. kau ado?

ini pulak belakang rumah. yay! soo kampunggg. ada rumah ayam. eh silap. reban ayamm. hahaha. ini org puye. bukan kitaorang punya pun. tapiii, pukul 1 pun berkokok ayam ni. tak tentu. tapi seronok dengar. betul-betul kampung. and betul-betul hutan. haha.

ini belakang rumah belah kanan. haaaa apa je ada? mak kata kitaorang boleh menanam. serai ke, cili ke kann. haha. sapa ntah ada masa nak menanam. takde maknanyaaa. :P

tetibe nak citer pasal malam semalam, kitaorang tengok tv dekat depan. tiba-tiba ada binatang singgah kat tempat kitaorang tengah landing. semua bangun larii. aku tak tahu natang apa tu, lepas tu dhia bagitahu tu cengkerik. ah dah la anaii-anai aku pejamkan mata guna plastik pegi buang. cengkerik pun aku jgk? memang tak nak la kan. so jalan pintas, dorang sembur je dengan ridsect. haa. habis cerita. lawak sebab terasa, kitaorang kan tak pernah suasana macam tu. lepas tu duduk tempat macam tu. macam mana la nak survive. dengar citer, situ banyak babi hutan. huhu. kena berjaga-jaga la. 
tapi sebenarnya, ada banyak rumahh. cuma tak nampak je. sebelah rumah aku rumah mak mertua tuan rumah. rumah mak cik dia. kira semua ni kawasan saudara mara dia je. ada pape senang je kan. cuma aku menderita waktu pagi. air bapakkk la sejuk gila. menggigil2x mandi. sampai biru tangan wei :'/ takkan nak rebus air dulu lepas tu campur dengan air paip. ala itu zaman aku tadika and darjah 1. haha. rasanya settle la pasal hal rumah and kawan-kawan kan.


lepas tu pergi segamat mall, kema kawan masa diploma duduk segamat. so dia tolong bawak pergi bandar, sebab nak beli tiket balik kl. thank you kema bawak kitaorang, kesian dia. hihi. nasib la ada kawan leh tolong, sebab tak tahu transport tu mcmne. tambah-tambah rumah kitaorang nak keluar dr jalan besar tu, kena lalu pokok getah yang super duper seram tu. ni aku tak tahu la mcmne nak pergi kelas malam ni. antara aku atau dhia yang bawak kereta.
yang bestnya, kitaorang semua sama kelas! yayyyyy!! nasib baik kelas boleh pilih kawan. kalau tak, rasanya, ada yang terpisah kot. kelas pun okay la. hari jumaat sampai pukul 12 je, lepas tu takde kelas. boleh la terus balik kl weekend :)
aku happy sangat-sangat sebab ada dorang. kita bersepakat susah senang sama-sama. InShaa'Allah, rasanya tak lama duduk Segamat sebab transit ke Puncak Alam. nanti kalau dah pindah, mesti sedih sebab Segamat adalah tempat paling best and terbaik untuk study!trust me. environment dia, bila stress pun rasanya damai. keluar amik angin kat luar rumah, rasanya stress pun boleh berkurang. 

okay la, panjang sangat nak cerita pun. yang lain simpan la. yang aku share ni terima kasih la sebab sudi baca.

okay nak makan nasi! tata ;)

Tengah tunggu train nak balik ampang. sempat dhia dari tempat tunggu KTM amik gambar aku. haha.

Sunday, September 1, 2013

SEBELUM BERTOLAK KE UITM SEGAMAT

Assalamulaikum..

sekarang jam menunjukkan tepat 1.43 minit pagi. rasanya, aku perlu tidur. mata dan mengantuk, tapi hati dan fikiran masih lagi segar. takde kerjasama langsung malam ini ye. 1 September 2013. untuk pertama kalinya nanti aku akan jejakkan kaki ke Uitm Segamat. InShaa'Allah. 

semua persiapan rasanya dah habis packing dah kot. aku minimize kan bag hanya 3 bag sahaja aku bawak + rak buku. dah cuba kurangkan beg tak nak nampak macam bawak banyak sangat barang, nanti tambah sedih. macam nak menetap terus kat sana. hoho :p

sebenarnya, aku tak dapat dan tak sempat untuk buat medical check yp. ingatkan buat malam boleh, rupanya doktor untuk x-ray takde malam. urine test pulak katanya kena tunggu 3 hari sebab kena hantar lab. hmm, payahnya, aku buat dulu tak payah pun sampai 3 hari. tetiba kawan bagitahu dia baca kat surat tawaran, kalau takde masa hari pendaftaran takpe, sebab dia bagi masa 3 minggu dari hari pendaftaran. aku pun baca la kat surat tawaran tu *nampak sangat tak baca habis* and memang betul pun. legaaaa hati. so, boleh buat kat kerajaan je, sebab kat swasta tempat aku mahal. RM100. ah tak sanggup aku. hewhewhew

Dokumen lain , InShaa'Allah dah lengkap. harap hari pendaftaran takde banyak masalah. satu-satu aku check takut tertinggal. barang tak kisah lagi kalau tertinggal. dokumen ni payah, kang masalah, tak pasal-pasal aku kena marah dengan ayah aku kannnn. haaaa, xsukaaa. kang aku bad mood. haha.

kawan-kawan merangkap housemate aku semua dah ada kat segamat tu, dorg tidur hotel kat sana. tapi aku tak pun, aku esok pagi dalam pukul 9 baru gerak, daftar dari 8.30 pagi hingga 4.30. so sempat la, lepas makan tengah hari ke pergi daftar. lambat-lambat la best, takde orang. hihi

perasaan bercampur la. ada excited sebab nak pergi tempat orang, tapi ada sedih nak tinggalkan family, hencik hati kita. oh ya, malam tadi dia datang rumah kejap. bagi barang, ingat barang apa. rupanya dari mak dia.hihi. kasi kita purse. awww. thank you mak cik. sukaaa sesangattt. terkejut jugak kann. lepas tuuuu, masa dia nak balik, rasa macam tak nak bagi dia balikkk je. masuk bilik nangis! hahaha. wirdaaaa pulakk dengan air mata. mana boleh berpisah. cembeng!

esok pagi dia kata nak jumpe sekejap sebelum pergi. hihi. tak tahu la jadi ke tak, takut dia terbongkang atas katil pulak. tak kisah pun, jumpe lagi bagus, tak jumpe pun tak apa. aku tetap rasa dekat je, sedih pun takdelah rasa sangat kot atas kereta nanti. hahaha.

 sebenarnya ni gambar kemas masa mula-mula kemas. semalam kot baru start kemas. haha. malas betul nak packing-packing baju ni sebenarnya, tapi kuatkan diri jugakk. haha

 ini pulak, gambar hari raya pertama, takde gambar dah nak publish. pun bole la kan? nampak la sikit sedih gambar tu nak tinggalkan orang kat kl ni kannnn? haha

1 September 2013
Official Student Uitm Segamat Ijazah Sarjana Muda Perakaunan

^__________________________^