JellyPages.com

"kehidupan ini penuh dengan kejutan"

"kehidupan ini penuh dengan kejutan"

Saturday, July 20, 2013

SARJANA MUDA PERAKAUNAN (KEPUJIAN)

Assalamualaikum

selamat pagi semua rakyat Malaysia. hihi

post kali ni nak share satu berita gembira. masa diploma dulu, nekad dia bukan main, tak nak sambung degree dah. nak kerja dulu. nak terus cari pengalaman, sebab aku tahu, pengalaman tu yang orang zaman sekarang cari. qualification ada pun, tapi takde pengalaman. susah. tapi bila aku dah masuk alam pekerjaan. aku jadi bosan. aku rasa nak lari dari dunia tu. aku jadi tawar hati. mula terbit bibit-bibit (kemain!) nak sambung degree. hmm, nasib baik dalam tak nak-tak nak sambung belajar tu aku ada isi penerapan Uitm. tapi seriously, isi tanpa ada apa-apa harapan. cuma hati kecil aku cakap harap tak dapat. tapi kalau dapat kot la berubah fikiran ke kan. 

so semalam, semua warga diploma Uitm dan kolej bersekutu dah boleh check result kemasukan. tepat jam 12.40 tengah hari aku check kat office. aku dah cakap "memang takk kan dapat pun" sambil tersenyum. and yes, memang tak dapat. haha. perkataan "TIDAK BERJAYA" tu aku masih terbayang-bayang. actually melekat jugak la di hati nia. sebab kat twitter, kawan-kawan dapat. johor, kelantan, kk. rasa macam, eh memang aku tak layak ke macam mane ni? ke aku salah isi borang?

dalam tak nak sambung belajar tu, sedih gila okay. nak mengalir air mata, opismate cakap, jangan la sedih, banyak lagi universiti kat malaysia ni. dalam hati aku, eh dah tak dapat memang tak la aku nak apply memana universiti buat masa sekarang, aku nak kerja. semangat belajar pun jadi menurun bila tahu tak dapat. sungguh mengada :/

lepas berbuka tu, dengan rasa tak puas hati kan, try la check sekali lagi. ya Allah, aku melompat menjerit-jerit macam orang yang dah lama menunggu nak masuk universiti. eh sapa tak nak masuk universiti kan. seronok tau zaman belajar, tak tipu puye :)



ALHAMDULILLAH

dalam tak nak belajar, Allah detikkan hati aku untuk apply jugak ijazah. dalam ada planning yang lebih besar, yang mana mungkin ke arah menjadi bakal isteri seseorang, Allah beri rezeki untuk aku sambung belajar, mencari ilmu terlebih dahulu. sejujurnya, memang aku dalam di lema. kena tinggalkan family, kena tinggalkan hencik sabri tuuuu. tapi kalau aku tolak, aku antara manusia yang paling tak bersyukur. ramai lagi orang di luar sana yang ingin kan tawaran ni, tambah pula, aku dapat tawaran yang sama course masa diploma. aku pernah cakap, kalau aku dapat finance ke, ekonomi ke memang tak fikir pape, memang tak nak pergi, tapi akaun aku akan konsider lagi.

buat masa ni jawapannya ialah aku akan pergi ke Uitm kampus segamat untuk menyambung pelajaran ke peringkat ijazah. kerja? memandangkan, aku nampak gaji ciput je untuk si pemegang diploma (yang dapat rezeki company besar takpelah) so aku mengambil keputusan untuk sambung. 

TAPI
isnin ni aku ada interview kat Petaling Jaya sebagai account assistant, tengok dulu gaji berapa dia offer. tak tahu la, lepas tahu offer tu aku berubah fikiran pulakkan. tapi jangan risau, kalau aku tak terima pun, aku takkan buat pengesahan. aku akan bagi peluang dekat sesapa yang memang inginkan tawaran ni untuk sambung belajar. bila aku dah buat pengesahan, maknanya, aku akan pergi.

dengar citer Uitm segamat best. terbit rasa tak sabar nak sampai ke sana ;)
benda-benda lain boleh capai jugak, cuma mungkin bukan sekarang wirda. okay? 

awak, dua tahun setengah je. harap tetap sabar dan setia menunggu :)


9 comments:

Fienazzuki said...

wah...tahniah...
Mesti result dulu gempaq kan???
Tahniah tahniah!!!

wirda azurainie said...

EHH xxxx, result biasa-biasa je pun. hihi. terimaaa kasihh banyakkk awk :)

Anonymous said...

congrate awak :) nak tanya, 2yers n half ke or 3yers ?? dlu dip kat mana ?

wirda azurainie said...

thank you anonymous. 2 years and half sebab masa diploma saya amik course akaun jugak :)

kolej unikop, gombak :) kolej under Uitm

Anonymous said...

salam. saya nak tanya, ada exemption paper tak kalau smbg ACCA after degree? and one more thing, job interview yang awak dpt tu dkt accounting firm ke? may I know where is it. because i plan to do my internship during sem break. Thank you :)

keretasewauia said...

salam sis, apa ye syarat2 u isi form penerapan ke uitm tu? mcm cgpa kene dapat berapa ye u penerapan tu? coz adik saya berbelah bagi nak masuk accounting unikop tu. tapi offer dah dapat dah..:)

keretasewauia said...

salam sis, apa ye syarat2 u isi form penerapan ke uitm tu? mcm cgpa kene dapat berapa ye u penerapan tu? coz adik saya berbelah bagi nak masuk accounting unikop tu. tapi offer dah dapat dah..:)

Anonymous said...

gpa u berapa ye :) pls i nak tau i pnye dpt or tak. mu gpa 3.37?

nurul abdul ghani said...

assalam sis...
leh x bgetau tau mengenai subjek dgrre akaun...
sbb yer sye dgr citer dr kawan2 y dgree akaun nie byk subjek membaca...
hrp sis sudi jwb soalan sye..