JellyPages.com

"kehidupan ini penuh dengan kejutan"

"kehidupan ini penuh dengan kejutan"

Friday, July 26, 2013

MIA MEMBER REQUIREMENT

Assalamualaikum


first of all tahniah kepada yang telah pun berjaya kemasukan Uitm baru-baru ini. antaranya ialah saya la kan. dapat Uitm segamat, dan keputusan muktamad. akan pergi sambung belajar untuk 2 tahun setengah. kepada yang tidak berjaya, diharap tidak putus asa dalam bidang yang anda semua minati. kita ada cara lain. nanti iols share ok! :)

Alhamdulillah, bekerja di audit firm, walaupun penat, stress, rushing kejar dateline tapi at the same time aku bersyukur, 3 bulan aku kat audit firm aku banyak jugak la belajar even tak secara overall. benda yang aku tak suka waktu belajar, tapi kena hadap kan. its okay, tak la seteruk yang difikirkan. cuma bila tax computation and balance sheet tak balance je aku rasa macam nak balik rumah tido tak bangun-bangun. haha. tapi dengan adanya 2 jejaka baik hati , semua benda boleh selesai kurang dari 30 minit! hebat okay! thanks kepada Lim and Pira sebab banyak ajar i buat kerja-kerja kat office. walaupun uols selalu merungut, tapi i tahu, uols memang sengaja nak bagi i sakit hati. ok fine. haha

tadi kat office sembang dengan dorang pasal apply MIA Member. my aim habiskan degree ni, adalah untuk apply MIA Member. InShaa'Allah, banyak benefitnya. 

tak semua yang ada degree boleh apply MIA Member  TANPA "ACCA" sebab kalau korang study degree akaun dekat universiti yang tak recognised memang kena amik ACCA la. as you all know ACCA sangat-sangat tough la kan. bukan nak menjatuhkan semangat korang, cuma bagi yang belum study mana-mana, yang baru plan nak study, yang tak dapat kemasukan Uitm and rasa nak selamat in case tak dapat course yang korang dapat bila buat rayuan. korang mungkin boleh apply kat tempat lain jugak. ok? dont be sad! banyak lagi tempat study ok! :)

first nak bagitahu. nak jadi MIA Member untuk apa? sorry la, aku tak banyak knowledge pun pasal ni, tapi boleh la maybe untuk di share bagi yang mungkin tak tau lagi kan. MIA member ni atau chartered accountant status ni kita ada license kita sendiri untuk buat business ke. bukan business yang biasa tu. profesional business la. macam buka audit firm, accounting firm. korang bukak business untuk service kepada company lain la. yang bestnya if korang teringin nak ada audit firm korang sendiri, sangat bagus. audit firm tak kan pernah rugi tau! hehe. kalau tak nak buka business, koorang boleh jadi director account dengan company-company tapi tak semudah tu la. for at least 6 years above experience la dan juga of course approve auditor. mungkin banyak lagi kelebihan. sesapa tahu, boleh la share dekat komen ye! :)

mostly accounting student akan seeking for become MIA member la. macam aku. semua orang tahu untuk jadi MIA member, kena amik ACCA. seriously tak perlu KALAU korang antara pelajar yang ada dalam local unviersiti. tapi tak semua local la. yang recognised sahaja. nak tahu yang mana, boleh tengok  SINI

ALHAMDULILLAH, Uitm tersenarai. yay! yippi! :)

boleh baca sini jugak untuk secara ringkas BACA

semua orang tahu and kena tahu la kan, lepas ada degree dari recognised unversiti kena kerja la dekat memana audit firm, bank, insurance company atau dengan government department. banyak lagi la. boleh baca, rasanya ada dia senaraikan. selalunya audit firm dengan bank la kan yang famous. tapi make sure korang kena pastikan company tu memang MIA member/chartered accountant la tau. trading, sdn bhd tak boleh tau :)

beruntung sapa Diploma perakaunan dekat UM. dengan diploma sahaja boleh apply MIA member, takyah amik degree pun. hehe.

oh terlupa, sapa yang mungkin takde rezeki dengan Uitm and rasa tak yakin dapat course yang korang nak untuk rayuan. boleh cuba dekat UPM. masuk website and apply. kemasukan NOVEMBER tau. try la. wirda cuma share apa yang wirda tahu. so tujuan wirda nak share belajar lah kat universiti yang recognised untuk apply MIA member. so takyah amik ACCA yang susah tuuu! huhuhu

kalau ada tersalah info minta maaf. ini semua ehsan baik dari kawan office share dengan wirda :)


2 comments:

Mysara Ab Rahman said...

dpt uitm segamat? tahniah! akak baru hbs dr uitm segamat tp amik islamic banking

wirda azurainie said...

haah kak. segamat! hehe. best x sanaaaa? btw congrats dah habis! hehe :)