JellyPages.com

"kehidupan ini penuh dengan kejutan"

"kehidupan ini penuh dengan kejutan"

Tuesday, July 30, 2013

SARJANA MUDA UITM - CHECKLIST SALINAN DOKUMEN PELAJAR BARU

Assalamualaikum

ini khas untuk gang-gang saya yang nak pergi daftar  kemasukan pelajar baru sarjana muda Uitm pada 1 September 2013 ni okay. dokumen harus ada.

kawan saya cik anis yang baik hati, share dekat facebook, so saya nak baik hati jugak, nak share kat blog. hehe.

  1. BORANG PENDAFTARAN PELAJAR BARU 
  2. BORANG MAKLUMAT PELAJAR BARU
  3. LAPORAN PEMERIKSAAN KESIHATAN
  4. SALINAN SURAT TAWARAN
  5. SALINAN SIJIL KELAHIRAN PELAJAR, IBU BAPA
  6. SALINAN SIJIL DIPLOMA/MATRIKULASI/STPM
  7. SALINAN KEPUTUSAN PEPERIKSAAN "MUET"
  8. SPM/SPMV/SMU
  9. SIJIL-SIJIL AKTIVITI (JIKA ADA)


SILA BAWA SIJIL ASAL SESAMA HARI PENDAFTARAN AKADEMIK SEBAGAI PELAJAR BARU.

dalam banyak-banyak. medical check up la yang paling aku malas. hoho!

selamat membusykan diri dengan persediaan nak masuk belajar nih! semangattttt!

~Uitm dihatiku~

Sunday, July 28, 2013

HEART=HURT

Assalamualaikum

since dapat offer degree kat uitm segamat lagi, aku kerap nangis. aku kerap termenung, aku kerap  berfikir. aku tak nak duduk berjauhan dengan family dan dia. aku dah lama tak berjauhan. aku tahu mula-mula memang tak biasa, tapi ntah la. hati aku sebenarnya still berat nak pergi sana. kadang aku rasa, aku sedang memaksa diri aku ke sana. padahal, hati meronta-ronta minta jangan pergi.

kadang timbul rasa menyesal sebab pergi apply degree, sedangkan aku tau planning aku nak kerja. sekarang, aku takut kalau aku tolak, aku dah tak dapat peluang ni lagi. 

dari semalam menangis. mata sampai bengkak, nak keluar dengan kawan tadi pun segan. so cancel je la. malas nak panjang hal and nampak macam orang tak terurus and lemah. 

aku tahu ini semua dah ditentukan, tapi buat masa ni, air mata je jadi peneman aku. aku paksa kan diri, penat aku cuba positive, tapi benda sama yang ada dalam minda aku. 
"kalau aku pergi sana dengan terpaksa dan sedih, aku takut aku akan membazir masa dan duit"

apalah yang Allah nak bagi dekat aku tu disebalik kesedihan dan keterpaksaan ini kan. mesti best. aku cuma harap, aku dapat kekuatan nak habiskan dua tahun setengah dengan baik. aku tak nak ada apa-apa masalah lagi-lagi masalah cinta.

ya Allah, give me a strength to complete my responsible.

Friday, July 26, 2013

MIA MEMBER REQUIREMENT

Assalamualaikum


first of all tahniah kepada yang telah pun berjaya kemasukan Uitm baru-baru ini. antaranya ialah saya la kan. dapat Uitm segamat, dan keputusan muktamad. akan pergi sambung belajar untuk 2 tahun setengah. kepada yang tidak berjaya, diharap tidak putus asa dalam bidang yang anda semua minati. kita ada cara lain. nanti iols share ok! :)

Alhamdulillah, bekerja di audit firm, walaupun penat, stress, rushing kejar dateline tapi at the same time aku bersyukur, 3 bulan aku kat audit firm aku banyak jugak la belajar even tak secara overall. benda yang aku tak suka waktu belajar, tapi kena hadap kan. its okay, tak la seteruk yang difikirkan. cuma bila tax computation and balance sheet tak balance je aku rasa macam nak balik rumah tido tak bangun-bangun. haha. tapi dengan adanya 2 jejaka baik hati , semua benda boleh selesai kurang dari 30 minit! hebat okay! thanks kepada Lim and Pira sebab banyak ajar i buat kerja-kerja kat office. walaupun uols selalu merungut, tapi i tahu, uols memang sengaja nak bagi i sakit hati. ok fine. haha

tadi kat office sembang dengan dorang pasal apply MIA Member. my aim habiskan degree ni, adalah untuk apply MIA Member. InShaa'Allah, banyak benefitnya. 

tak semua yang ada degree boleh apply MIA Member  TANPA "ACCA" sebab kalau korang study degree akaun dekat universiti yang tak recognised memang kena amik ACCA la. as you all know ACCA sangat-sangat tough la kan. bukan nak menjatuhkan semangat korang, cuma bagi yang belum study mana-mana, yang baru plan nak study, yang tak dapat kemasukan Uitm and rasa nak selamat in case tak dapat course yang korang dapat bila buat rayuan. korang mungkin boleh apply kat tempat lain jugak. ok? dont be sad! banyak lagi tempat study ok! :)

first nak bagitahu. nak jadi MIA Member untuk apa? sorry la, aku tak banyak knowledge pun pasal ni, tapi boleh la maybe untuk di share bagi yang mungkin tak tau lagi kan. MIA member ni atau chartered accountant status ni kita ada license kita sendiri untuk buat business ke. bukan business yang biasa tu. profesional business la. macam buka audit firm, accounting firm. korang bukak business untuk service kepada company lain la. yang bestnya if korang teringin nak ada audit firm korang sendiri, sangat bagus. audit firm tak kan pernah rugi tau! hehe. kalau tak nak buka business, koorang boleh jadi director account dengan company-company tapi tak semudah tu la. for at least 6 years above experience la dan juga of course approve auditor. mungkin banyak lagi kelebihan. sesapa tahu, boleh la share dekat komen ye! :)

mostly accounting student akan seeking for become MIA member la. macam aku. semua orang tahu untuk jadi MIA member, kena amik ACCA. seriously tak perlu KALAU korang antara pelajar yang ada dalam local unviersiti. tapi tak semua local la. yang recognised sahaja. nak tahu yang mana, boleh tengok  SINI

ALHAMDULILLAH, Uitm tersenarai. yay! yippi! :)

boleh baca sini jugak untuk secara ringkas BACA

semua orang tahu and kena tahu la kan, lepas ada degree dari recognised unversiti kena kerja la dekat memana audit firm, bank, insurance company atau dengan government department. banyak lagi la. boleh baca, rasanya ada dia senaraikan. selalunya audit firm dengan bank la kan yang famous. tapi make sure korang kena pastikan company tu memang MIA member/chartered accountant la tau. trading, sdn bhd tak boleh tau :)

beruntung sapa Diploma perakaunan dekat UM. dengan diploma sahaja boleh apply MIA member, takyah amik degree pun. hehe.

oh terlupa, sapa yang mungkin takde rezeki dengan Uitm and rasa tak yakin dapat course yang korang nak untuk rayuan. boleh cuba dekat UPM. masuk website and apply. kemasukan NOVEMBER tau. try la. wirda cuma share apa yang wirda tahu. so tujuan wirda nak share belajar lah kat universiti yang recognised untuk apply MIA member. so takyah amik ACCA yang susah tuuu! huhuhu

kalau ada tersalah info minta maaf. ini semua ehsan baik dari kawan office share dengan wirda :)


Monday, July 22, 2013

TELEKUNG SITI KHADIJAH BY ADORE AVA SCARF

Assalamualaikum

sekarang ni, kalau kita tengok dekat facebook atau kat luar, dah banyak kan telekung-telekung yang menarik hati kita untuk kita beli. sekarang style yang ada lace dekat bawah tu kan, memang cantik. lagi-lagi dengan combination warna yang sangat menarik. sesuai sangat untuk buat hantaran, nak pakai untuk harian pun boleh jugak.

kali ni wirda nak bagi suggestion kepada pembaca semua kat mana nak beli telekung yang cantik berlace dengan harga yang berpatutan setanding dengan kualiti kain dan lace.


addalah telekung dari ADORE AVA SCRAF . kalau sebelum ni wirda banyak update pasal tudung, jadi sempena bulan puasa dan raya yang bakal menjelma, online shop ni telah mengeluarkan product baru iaitu telekung untuk anda semua.




material dari satin valentro dengan pelbagai warna untuk menjadi pilihan ini sangat selesa, sejuk dan tidak panas. lembut je kain dia. wirda jamin kalau siapa beli untuk pakai di pagi raya atau buat hantaran, pasti puas hati. sebab wirda sendiri tengok dan dah cuba telekung ni. hehe.

ORDER BOLEH DIBUAT DI  SINI


selamat membeli belah! :)

Sunday, July 21, 2013

IJAB KABUL

Assalamualaikum

tujuan update blog just nak bagitahu, bila korang masuk blog wirda, kalau rasa hambar, dengar la lagu kat atas tu, just tekan play. harap lagu tu pun tak hambar la. buat masa ni, wirda suka lagu tu. tapi terbalikkan, perempuan bagi kat lelaki. haha. 

jom mengarut jap.

hi selamat hari ahad semua. pergi mana je hari ni? pagi tadi wirda keluar dengan shyla pergi sogo. jalan-jalan. ramai jugak la orang, tapi malam lagi ramai kan. confirm tak bergerak langsung nanti. yela, sekarangkan semua orang tengah sibuk nak cari baju raya, kasut raya semua yang berkaitan dengan raya la. belum lagi pergi sehari sebelum raya. rasanya, boleh pengsan. sebab time tu la orang kasi discount kaw-kaw punye

tapi dari susah-susah. baik tayah kot. choice pun maybe dah berkurang, kalau ada yang berkenan mungkin size pulak takde kan. so baik start beli sekarang, harga pun takdelah beza sangat kot. 

wirda dah beli baju raya tadi kat sogo. beli peplum. bila tengok balik, macam orang nak tunang je baju tu. bahaha. alaaa, sensitif la pasal tunang/kawin ni. sedih. haha
btw, wirda dah decide wirda nak sambung belajar. tak lama pun kan 2 tahun setengah tu. nanti dah habis, kerja dengan gaji pun InShaa'Allah okay la nak compare dengan diploma ni. 

sebabnya ramai sangat cakap dekat wirda, diploma takde pape, tak boleh pergi jauh. ada limit. even ada pengalaman banyak pun, and boleh buat kerja yang orang degree buat, tetap tak boleh  naik. betul jugak. so apa salahnya, umur muda lagi. nanti senang kemudian. InShaa'Allah. 

so sekarang ni, wirda tengah ubah mind set untuk fokus study. bukan duit dan kawin. hahaha. harap orang tu sanggup la tunggu kita. jangan kawin dulu!! haha. 

duit untuk shopping, beli itu ini, semuanya dah kena stop. kena fikir untuk study. maklum la, kita bukan dari keluarga yang berada. biasa-biasa saja. maka kena la berjimat sikit. tambah-tambah degree kan banyak nak pakai duit. 

btw, sapa tahu biasiswa apa yang wirda boleh apply untuk degree? wirda masa diploma dulu dah apply MARA. so kalau nak apply sekali lagi agak-agak boleh tak?

kalau boleh selain PTPTN la tau. thank you!

 
terakhir sekali. gunalah product camera 360. pasti tidak mengecewa. takpayah tunggu 3 hari. on the spot dah cantik. ekekeke.

Saturday, July 20, 2013

SARJANA MUDA PERAKAUNAN (KEPUJIAN)

Assalamualaikum

selamat pagi semua rakyat Malaysia. hihi

post kali ni nak share satu berita gembira. masa diploma dulu, nekad dia bukan main, tak nak sambung degree dah. nak kerja dulu. nak terus cari pengalaman, sebab aku tahu, pengalaman tu yang orang zaman sekarang cari. qualification ada pun, tapi takde pengalaman. susah. tapi bila aku dah masuk alam pekerjaan. aku jadi bosan. aku rasa nak lari dari dunia tu. aku jadi tawar hati. mula terbit bibit-bibit (kemain!) nak sambung degree. hmm, nasib baik dalam tak nak-tak nak sambung belajar tu aku ada isi penerapan Uitm. tapi seriously, isi tanpa ada apa-apa harapan. cuma hati kecil aku cakap harap tak dapat. tapi kalau dapat kot la berubah fikiran ke kan. 

so semalam, semua warga diploma Uitm dan kolej bersekutu dah boleh check result kemasukan. tepat jam 12.40 tengah hari aku check kat office. aku dah cakap "memang takk kan dapat pun" sambil tersenyum. and yes, memang tak dapat. haha. perkataan "TIDAK BERJAYA" tu aku masih terbayang-bayang. actually melekat jugak la di hati nia. sebab kat twitter, kawan-kawan dapat. johor, kelantan, kk. rasa macam, eh memang aku tak layak ke macam mane ni? ke aku salah isi borang?

dalam tak nak sambung belajar tu, sedih gila okay. nak mengalir air mata, opismate cakap, jangan la sedih, banyak lagi universiti kat malaysia ni. dalam hati aku, eh dah tak dapat memang tak la aku nak apply memana universiti buat masa sekarang, aku nak kerja. semangat belajar pun jadi menurun bila tahu tak dapat. sungguh mengada :/

lepas berbuka tu, dengan rasa tak puas hati kan, try la check sekali lagi. ya Allah, aku melompat menjerit-jerit macam orang yang dah lama menunggu nak masuk universiti. eh sapa tak nak masuk universiti kan. seronok tau zaman belajar, tak tipu puye :)



ALHAMDULILLAH

dalam tak nak belajar, Allah detikkan hati aku untuk apply jugak ijazah. dalam ada planning yang lebih besar, yang mana mungkin ke arah menjadi bakal isteri seseorang, Allah beri rezeki untuk aku sambung belajar, mencari ilmu terlebih dahulu. sejujurnya, memang aku dalam di lema. kena tinggalkan family, kena tinggalkan hencik sabri tuuuu. tapi kalau aku tolak, aku antara manusia yang paling tak bersyukur. ramai lagi orang di luar sana yang ingin kan tawaran ni, tambah pula, aku dapat tawaran yang sama course masa diploma. aku pernah cakap, kalau aku dapat finance ke, ekonomi ke memang tak fikir pape, memang tak nak pergi, tapi akaun aku akan konsider lagi.

buat masa ni jawapannya ialah aku akan pergi ke Uitm kampus segamat untuk menyambung pelajaran ke peringkat ijazah. kerja? memandangkan, aku nampak gaji ciput je untuk si pemegang diploma (yang dapat rezeki company besar takpelah) so aku mengambil keputusan untuk sambung. 

TAPI
isnin ni aku ada interview kat Petaling Jaya sebagai account assistant, tengok dulu gaji berapa dia offer. tak tahu la, lepas tahu offer tu aku berubah fikiran pulakkan. tapi jangan risau, kalau aku tak terima pun, aku takkan buat pengesahan. aku akan bagi peluang dekat sesapa yang memang inginkan tawaran ni untuk sambung belajar. bila aku dah buat pengesahan, maknanya, aku akan pergi.

dengar citer Uitm segamat best. terbit rasa tak sabar nak sampai ke sana ;)
benda-benda lain boleh capai jugak, cuma mungkin bukan sekarang wirda. okay? 

awak, dua tahun setengah je. harap tetap sabar dan setia menunggu :)


Tuesday, July 16, 2013

HAPPY BIRTHDAY HENCIK SABRI :')

 Assalamualaikum

16 JULAI 2013
HAPPY BIRTHDAY ABG YANG KE 23 TAHUN :)
semoga panjang umur, murah rezeki, sihat selalu dan bahagia dengan keluarga dan tersayang (saya!) dan paling penting, sentiasa ada depan mata wirda. (lega kalau tengok abg depan wirda) haha :p

semalam gigih buatkan card. kali ni card  deco sendiri. dah macam nak kasi kat perempuan. hmm, xpelah. comel apa. hakhak
kad dah siap
 yay! tapi dalam taleh tengok :P
 teddy yang abg kasi ucap happy birthday jugak! ehek :p

pergi beli kotak tadi nak letka hadiah untuk dia. gigih tau.
kat office time ni.
kita letak macam ni je, sempo. huhuhu

tapi hadiah kita balut. sebab segan dia bukak depan kita. nak suruh dia bukak kat rumah. hehe

to sabri's family. mintak maaf sebab bawak sabri pergi buka puasa and sambut birthday kat luar. huhu
takdelah bawak sangat kan. ecece.

thanks kepada kawan-kawan sabri yang menjayakan surprise yang takde la surprise sangat. tapi kira okay la, sebab ni first time buat surprise untuk manusia bernama lelaki. hehehe

kepada abg, sorry la mungkin agak kelam kabut. and tambah dengan pasal family kan. serba salah pulak wirda. tapi papepun, thanks melayan wirda hari ni, dari pagi sampai la malam tadi. pagi-pagi lagi dah gaduh kan? kahkahkah. lepas tu taye dia "hari ni juga nak gaduh, hari lain tak nak gaduh plak". so dengan rasa rendah diri, aku mintak maaf. sebab memang salah aku pun. huhu.

gambar masa sambut birthday tak banyak sangat, sebab aku pakai handphone murahnya je kan. so tunggu gambar dari dorang and handphone sabri.  next update aku nak citer camne kononnya surprise tu. haha :p

harap abg suka apa yang telah wirda and yang lain usahakan untuk abg. hikhik. 

syg abg!


TAZABARNYA TAZABARNYA.

Assalamualaikum
  
bukak blog lagu sama, maaf la, takdak masa nak tukar lagu. busy hoii. *busy la sangat*
ni aku nak citer pasal sorang hamba Allah yang mana, aku kena dia pun kat FB je, tak penah pun jumpa, yang penting dia lagi tua dari aku la. tapi aku relax aku kau dengan dia. apahal nak ber"abang-abang". lol. haha. dia ni memang suka cari pasal. aku pun banyak juga belajar dari dia. 

nahhhhhh conversaton gila dari kami. asalnya sebab dia typo. so aku ejek dia. dia pun post kat wall aku macam ni. lalalala. tapi perangai dia buruk tak buruk. dia padam yang typo tu then dia update yang sama tapi takde typo. aku menegakkan kebenaran. jadi nih aku buat kat dia.



kemudian dia post kat wall aku. hikkkhoookkkkkkkk :p





akhirnya. aku menyerah kalah. sebab  gaduh ngan orang tua, sampai ke tua la aku. hahahaha





Sunday, July 14, 2013

BEHIND THE SCENE

Assalamualaikum

hollaaaaaa keeekerssss! ehh silap channel.

ehem2x, hollaaaa readersssss. gitewwww. membajet sekejap 

kalau perasan, tahap pemalas aku menghapdate blog, jarang aku tepek muka cute aku ni. so hari ni aku nak tepek. WALAUPUN aku tahu korang menyampahkan, takpela. i suka apa. lalala

ni semua gambar-gambar di belakang tabir shoot untuk online shop Adore Ava Scarf

zasss!
tengah di transform menjadi diva. hasil tangan kak yan! yay kasi tepukan sikit.


taraaaaaa~  bajet-bajet arab sikit. *eh arab ke? 




behind the scene. *kemain 


behind the scene lagi *kemain lagi

taraaaaaa! pic-pic behind the scene ni shyla yang amikkan. kalau takde shyla, takdelah gambar-gambar macam gini. ekekeke. tq shylaaa! lebiuuuu lebihhh :*

 niaaaa shyla. berzaman tak bergambar bersama dengan dia. bila ada peluang tu apa lagi kann, tapi xbanyak jugak, sebab tak berapa nak sempat. aku pun tiem tu tengah kejar masa nak habis kan tudung-tudung shoot tu kan.

 

boleh dapatkan tudung ni dekat Adore Ava Scarf jangan lupa support and like okay! kalau nak order, boleh buat di SINI







okay itu je, babai ;')

Monday, July 8, 2013

BERJAUHAN.

Assalamualaikum

kadang-kadang aku lupa, adik aku si widya tu dah kawin. dah ada dua orang anak dah pun. since dia duduk dengan family lagi, aku tak rasa dia dah kawin, tapi bila hari ni dia terpaksa ikut suami dia balik ke perlis. di mana perlis tu sebenarnya tempat tinggal dia yang sepatutnya. aku rasa macam kehilangan sangat. 

hari ni dia dah balik perlis bawak isya dan irfan. katanya 2 minggu sebelum raya dia balik. tapi tapi. lamanya. abang sulung aku tinggal kat kedah, pendang. dekat je la dorang kalau nak jumpa-jumpa. aku yang kat KL ni jeles. rindu widya,isya dan irfan.

selalu balik kerja, nampak isya dalam walker. bangun pagi tengok isya tengah main sorang-sorang. hari ni, esok dan seterusnya. kosong. rindu. tinggal winie and wirna je kat rumah. hmmm. sebab aku rapat sangat dengan widya, bila dia pergi perlis ni. aku terasa sangat kosong.

yang paling teruk, dalam kereta, sabtu lepas. sempat aku nangis dalam kereta sebab aku tahu ahad dia nak pergi dah. aku cium dia. and nangis. aku nak sangat dia cakap dia tak jadi pergi.

tiba-tiba dia cakap "aku pergi hari isnin". walaupun jadi pergi, tapi at least tertangguh juga. and aku arap tangguh lagi, tapi tak. dia dah kat perlis sekarang. tadi dekat tempat kerja, aku nangis. baca whatsapp group adik beradik. dia nak g jumpa abg aku. hmmm. jeles.

tadi dia call ma, aku dengar dia taye ma aku tengah buat apa, terus aku tutup pintu. takut dia nak cakap dengan aku. aku tak nak cakap dengan dia sebab nanti aku nangis. sebenarnya, masa dengar dia call pun aku terus nangis. hmmm, kenapa cembeng sangat ni wirda. dah cuba tahan ,tapi tak boleh.

ccepat la 2 minggu. dah rasa tak best dia takde kat rumah.
 hari sabtu masa tengah on the way ke jengka, rumah tunang abang. 





 ibu muda. ala rindu isya dengan irfan. nak main nganga dengan sapa lagi?

  
malam semalam dalam kete, irfan genggam tangan and cakap
"ipan kawan mama wirda tau, mama wirda jgn kawan wirna".
hahaha, tapi...irfan tinggal mama :"(
 
tadaaaaa, kawan dengan wirna je la. wirna kita gang tau :)



p/s : Selamat menyambut ramadhan al-mubarak. semoga ramadhan kali ini lebih baik dari sebelum ni. jom kita sesama menikmati bulan yang mulia ini.

MEET MY "BEWARZ" AFTER 6 YEARS..

Assalamualaikum

7/7/2013

masa zaman sekolah dulu, aku ada group. group ni ditubuhkan 2007 di mana aku masih di tingkatan 3. group bewarz ni ada 6 orang sahaja. 6 takkan lebih dan takkan kurang. InShaa'Allah. kawan sampai bila-bila okay :)
selepas habis tingkatan 3, kami terpisah. aku pindah ampang, ada yang stay and ada yang pindah shah alam. so, nak di buat cerita, kami BEWARZ memang lepas pada tu tak pernah jumpe  untuk berkumpul 6 orang bersama. so semalam dapat berkumpul. di KLCC ;)

 BEWARZ tu apa?
bewarz tu sebenarnya BELLA, ERAWR,WIRDA,AIN,ROWZY, ZAFF
amik huruf depan je so gabungkan jadi la bewarz. nak kenal senangnya. start dari kiri. memang dah tersusun bewarz tu :)

 bukannya tak pernah jumpa lepas habis sekolah. pernah 2-3 kali. tapi tak pernah cukup 6 orang. so bila semua free and decide nak jumpa semalam. rasa happy, sampai tak menyabar. seorang ahli bewarz which is zaff memang tak sihat, dia demam. ehehe, deman-demam pun gagahkan diri untuk jumpe. thanks syg! pengorbanan tu :')

 kalau nak diikutkan, bukannya tak pernah ada krisis. tapi tu dulu. masa zaman sekolah. sekarang ni zaman matched dah.haha, xde nak gaduh-gaduh. malas lebih take care dan saling sweet-sweet. kalau bf kami nengok pun, maybe dia naik jeles. kakakaka

 bila dah lama gila tak jumpe, at first agak segan dengan dorang. semua dah cantik-cantik okay. tapi lelama keluar jugak perangai aku.kakaka. sayangnya kat mereka ni :)

 kami sebenarnya dah kehabisan idea. gaya apa lagi nak di posing. haha.
ni jumpe semalam, next time tak tahu pulak bila boleh jumpe. katanya tunggu wedding aku. melampau tau. haha

 aku pelik, comel what gaya ni, tapi erawr tak nak buat. haha.  si bell tu lagi la, teragak-agak nak buat. katanya tengah tengok erawr korek hidung. okay fine. hahahaha










yay! ikut hati nak letak semua gambar, tapi takut uolss tak larat nak scroll je.haha
gambar-gambar ni bermakna sangat. nak pilih the best and nak framekan kat bilik.hmmm, agak-agak yang mana okay? hehe.

love BEWARZ <3 br="">