JellyPages.com

"kehidupan ini penuh dengan kejutan"

"kehidupan ini penuh dengan kejutan"

Sunday, June 2, 2013

WHATSUP?!

Assalamualaikum

terasa lama betul menyepi sekejap dari update apa-apa kat blog ni. bukannya tak rindu, tapi mungkin keadaan yang tak berapa mengizinkan. tapi rasanya, lepas ni akan selalu update la. jangan bosan sudah.

sekarang ni, perkembangan terbaru tentang diri wirda ialah, Alhamdulillah, lepas habis belajar. wirda memang terus cari kerja. sana-sani interview. ada beberapa yang lekat sebagai account assistant . Allah mempermudahkan. wirda pilih yang dekat dengan rumah je. jalan kaki je pun pergi keje. haha. pukul 9 pagi masuk, pukul 8.50 pagi baru keluar rumah. heaven gilos. tak tahu la lepas ni macam mana kalau dapat keje jauh sikit, takut tak boleh nak biasakan keluar sejam or dua jam awal. haha

so far, alam pekerjaan ni dulu memang la excited. tetapi lama-lama kan, bila fikir balik. study lagi best kot. study memang la busy, tapi tengok masa je kan, then kita ada lagi masa nak mengular dengan kawan-kawan. i mean tak terlalu serius hidup ni. sebab wirda rasa, sejak wirda kerja ni, wirda terasa yang diri ini tak sempat nak buat apa-apa. mungkin sebab busy since wirda keje dengan audit firm so that, bulan 6 and 7 kena siapkan semua kerja kan. rasa macam, hari ni isnin esok dah jumaat. haaaa, bila sabtu ahad pulak rasa panjangnya. ke aku terlebih cuti.hikhik. 

lagi satu, wirda terasa yang, kemalasan tu terpaksa di buang.kahkah. al maklumlah, zaman belajar dulu, klu terasa malas sangat, amik keputusan skip kelas je.hukhuk, tapi bila dah kerja ni, malas ke, sakit pinggang ke, sejuk sangat nak mandi or whatsoever pun, kena juga sampai tempat kerja.

tapi Alhamdulillah, manager and boss semua baik-baik. since wirda ni fresh graduate and no experience tapi staff-staff kat sana, tak jemu ajar wirda itu ini. bestlah. sebenarnya jawatan je account assistant, tapi semua kerja buat. i mean buat akaun, audit, and settlekan personal income tax semua tu. mula memang pening juga, tapi slow-slow belajar kan. sekurang-kurangnya apa yang wirda belajar dulu wirda dah nampak la sikit. so takdelah terbiar macam tu je ilmu tu. hihi.

tapi ada la bad news minggu lepas wirda dapat. so macam mungkin tak boleh lama dengan company tu, kerja sampai hujung tahun ni je, then akan resign sebab company tu nak pindah kepong. wirda pulak memang susah nak pergi sana, nak drive memang tak berani lagi la.hehe. takpe, selagi ada masa, memang nak kaut habis-habis ilmu tu secara praktikal. 

mula agak sedih la sebab tak leh stay lama dengan company tu. tapi wirda kena positive and ingat, mungkin Allah nak gantikan sesuatu yang lebih baik? :)
InShaa'Allah.

tentang sambung belajar, masih lagi difikirkan. niat tu dah ada, tapi ada beberapa halangan. jadi wirda kena pikir betul-betul supaya apa yang dirancangan, InShaa'Allah berjalan dengan baik. sebab wirda tahu, kat mana kemampuan wirda. semangat kena tinggi kalau nak bekerja sambil belajar. boss pun aa bagi suggestion suruh sambung study secara part time. akan fikirkan!

sampai sini saja dulu ok entry wirda yang hambar ini. jumpa lagi nant.
happy sunday!
 
jom usha tudung yang cantik-cantik dekat SINI

 

No comments: