JellyPages.com

"kehidupan ini penuh dengan kejutan"

"kehidupan ini penuh dengan kejutan"

Wednesday, June 5, 2013

TIPS HADAPI PATAH HATI

Assalamualaikum

cakkkk! update lagi! hari-hari update okay sekarang ni. gara-gara P1 Wimax yang terlalu laju. maka aku rasa bersalah kalau tak guna dengan sebaiknya. haha. title malam ni agak nak berfeeling-feeling sat! 

semalam chatting dengan shyla, pada mulanya kitaorg sembang pasal penjagaan muka, entah kenapa melalut sampai anak-anak. aku citer la aku nak anak-anak aku panggil aku ummi, and ehem-ehem panggil papa. ummi papa. comel kan? then aku taye shyla, kita ni dah kelaut dah bersembang, jauh nau menyimpang. haha. shyla cakap "takpe, kita dah cukup umur dah nak cakap pasal ni". dalam erti kata lain, kita dah boleh kawin! eh memang pun, tapi masalahnya takde orang masuk minang lagi ni >.<

so, apa kaitan semabang-sembang aku semalam dengan tajuk besar aku? hmmm, hmmm, apa ek yang boleh aku kaitkan? jeng jeng jeng. sebelum tu aku nak tekankan kat sini, apa jua jenis idea, nasihat ataupun cadangan adalah datang dari aku serta pengalaman aku. makanya, kalau tak kena dengan uolss sebelum, harap maaf la. sebab kekadang apa yang kita lalui tak sama kan?

okay aku nak kaitkan macam ni tau, bila seseorang yang tengah "bahagia" bercinta. semuanya indah. contohnya siti dan amin sedang hangat bercinta. siti mengimpikan agar dapat berkahwin dan mempunyai anak yang ramaiii dengan amin. haaa cenggitu la lebih kurang. maksudnya, tengah bahagia tu, macam-macam yang kita nak "bina". kadang-kadang harapan kita ni jadi melampau-lampau. faham tak melampau-lampau tu macam mana? contohnya, kau AKAN pastikan apa yang kau nak, kau akan dapat. tak kira APA JUA JALAN. yang kau tahu, apa yang feeling kau nak. fine. tak melampau ke tu? ada lagi yang lebih melampau? :P

bila kita letak harapan yang terlalu tinggi menggunung dengan pasangan kita ni, PERNAH tak korang terfikir yang kekecewaan tu akan singgah? macam mana apa yang korang impikan untuk bina bersama tiba-tiba MUSNAH? sedangkan hati korang terlalu inginkan untuk capai semua tu bersama dia. korang dah sayang gila, sampai tak nak orang lain dah. haaa, camne? sesungguhnya aku bagitahu. susah. susah untuk korang"move on" atau pun terima hakikat yang semuanya dah musnah. ini aku kata bila tiba-tiba pasangan yang bahagia tu tiba-tiba dah tak bahagia. yang tengah bahagia tu syabas dan jaga baik-baik na :)

nahhhh tipsss!

  • NIAT. apa pun yang kita buat dalam hidup ni. niat tu penting. niat tu bukan untuk perempuan je, niat nak bersama si dia. lelaki pun kena ada niat. niat nak memperisterikan si dia ke ,yang penting niat. dan semestinyalah niat tu kena baik. kalau korang rasa, korang nak bercinta "saja-saja" atau sekadar "mencuba" baik lupakan saja. sebab dalam diam, anda sebenarnya punca mereka yang patah hati.so bila niat kita baik, apa pun yang berlaku, kita tahu ni semua Allah punya kerja. Dia tahu yang mana baik untuk kita sebagai hambaNya.

  • SENYUM. haih orang dah patahkan hati kita, buat kita kecewa. boleh pulak main senyum-senyum. tau tak, senyum tu kekuatan dalam tangisan? walau hati menangis, meronta-ronta, tapi dengan senyuman. kita boleh jadi kuat. sambil senyum tarik nafas panjang-panjang and relaxkan diri. cakap "okay, mungkin bukan sekarang. kalau jodoh tak kemana" atau "mungkin dia bukan tercipta untuk aku" atau "dunia ni takkan berakhir even dia tinggalkan aku". apa saja jenis kata-kata yang menaikkan semangat untuk diri kita. 

  • DIAM. diam seketika. ingat Allah. nak menangis-nangis la. tipulah kalau aku suruh korang stop nangis, aku dulu punnn kemain susah nak berhenti menangis. diam maksud aku. dalam diam kita berfikir. nak fikir apa? fikir apa yang korang masih ada. Allah, family, kawan. sangat ramai nak dibandingkan seorang yang pergi dalam hidup korang. set dalam mind. "aku kena move on, kalau dia boleh tinggalkan aku, kenapa aku tak bole?"

  • SOLAT. yaAllah, tempat paling tenang adalah atas sejadah, sambil menadah tangan minta kekuatan dariNya. baca Al-Quran, tenangkan jiwa. biar rasa satu aura positive menyelinap di segenap tubuh kita. pujuk hati kata "ini semua dah ditentukan, pasti ada hikmah yang tersembunyi". mungkin hikmah tu kita tak nampak sekarang, InShaa'Allah, satu hari nanti pasti. Allah takkan tentukan sesuatu dengan sia-sia. pasti ada hikmah. ingat macam tu.

  • TIDUR. kalau korang rasa penat sangat dengan apa yang tengah berlaku. cuba lelapkan mata sekejap. benda ni selalunya dapat buat bila kita dah terlalu penat. so tidur pun boleh tenangkan korang juga evens sekejap. at least otak kita dapat berehat seketika. bangun balik, and fikir untuk diri kita sendiri pula ye. barang yang lama usah dikenang. gitew.

  • IBU BAPA. biasa ni orang perempuan la. lelaki jarang la kot. luahkan kat mereka. nasihat mereka, amik dan guna. takde seorang pun ibu bapa yang sanggup tengok anak mereka kecewa, sedih dan sakit alami semua ni. maka, share dengan mereka. mereka pasti sama-sama bantu kita.

  • MOVE ON. move on maksudnya, lupakan semua yang berlaku semalam. lupakan maksud aku, jangan berkurung dalam bilik, menangis, dengar lagu sedih, ingat kenangan, tengok gambar.bila kata move on, jujur aku cakap, agak susah. even aku sendiri pun pernah gagal untuk move on. tapi kalau minda kita positive, mesti kita boleh buat kan? yang penting korang kena kuat. jangan kata tak kuat,nafikan korang lemah, sebab masa tu, hati yang tengah luluh dan sedih yang berkata-kata korang lemah. ikut hati pun kekadang binasa. move on juga maksudnya korang buat harian korang macam biasa. buat apa yg korang selalu buat, tak yah skip. 

  • TAKE YOUR TIME. bila dah harungi susah senang dengan dia. untuk kembali ke kehidupan tanpa dia, kita perlukan masa. masa yang akan menentukan dan dalam pada masa yang sama usaha untuk ke arah yang lebih positive. tak mudah untuk kita suruh diri kita lupakan apa yang pernah berlaku, tapi juga, tak mustahil untuk kita pujuk diri kita untuk kembali ke realiti. hidup tak selalunya indah. cabaran pasti datang dan dengan cabaran ni la yang mampu buat kita untuk jadi lebih matang dan kuat/tabah.

p/s: jangan letak sepenuh kebahagian kita pada seseorang yang belum tentu untuk kita. sebab kalaulah satu hari nanti dia pergi tinggalkan kita, takut dia bawa semua kebahagian tu dari kita. maka apa yang tinggal untuk kita? kesedihan? sayangi diri kita.semua orang nak bahagia. tapi  kalau kita terlalu leka, lalai dan seronok. sampai lupa apa yang mungkin bakal berlaku, kita mungkin akan kecewe teruk which is kita tak ready dengan semua tu. apa pun hidup ini wajib bregantung harap pada Allah. kita minta pada Allah. Allah akan beri perkara yang kita perlukan. Allah Maha Mengetahui.



No comments: