JellyPages.com

"kehidupan ini penuh dengan kejutan"

"kehidupan ini penuh dengan kejutan"

Tuesday, June 4, 2013

KEPENTINGAN AIR KOSONG

Assalamualaikum

pernah tak korang TERLUPA untuk minum air kosong? hal ini selalunya berlaku kepada yang agak kurang gemar mengamalkan air kosong. kalau dahaga pun mungkin kita akan cari fresh orange, mango, sirap limau, teh o ais, milo ais dan banyak lagi air yang lebih sedap untuk memnuhi keperluan "tekak". TAPI, kita seakan terlupa yang bahawasanya "tubuh" kita juga sebenarnya dahaga! 

kalau kita mempunyai air feveret, tubuh kita juga mempunyai air feveret. kalau kit boleh melakukan setiap pekerjaan dengan menggunakan tubuh ini, kenapa tidak boleh kita berasa berterima kasih kepada tubuh ini dengan memenuhi kehendak dan keperluan tubuh kita. cewah. saiko tak aku?

tengah-tengah malam, aku membebel pasal air kosong. sebenarnya ini aku dah lama gila la menghadapi masalah bibir kering. aku dah try pakai vaseline and yes its work. tapi bila aku dah okay, aku stop pakai, bibir kering balik. then try pakai lip balm. lip balm lambat sikit nak okay. aku membuat andaian bahawa mungkin bibir aku sensitif dengan lipstick. tapi, aku ni mana pakai lipstick.  memang jarang sekali nak pakai. hmmm, apa puncanya ye?

kemudian, ada yang mengatakan kemungkinan disebabkan aku "kurang" minum air kosong. hmmm. tup! aku terasa betul. sebab nak ikutkan, memang pun. botol mineral yang kecik tu, aku letak kat meja office, dua hari baru habis. tu yg kecik. yg besar, ntah-ntah seminggu. MUNGKIN.

so tak yah citer banyak. aku google and dapat beberapa info pasal air kosong untuk tubuh badan kita. jom kita baca!

KENAPA AIR KOSONG PENTING UNTUK TUBUH KITA?

 

  •  kata FAKTAm sehari kita kehilangan 1.7 liter air melalui pernafasan, perpeluhan serta proses penghapusan
  •  60% badan manusia ialah air.
  •  air memastikan supaya organ-organ seperti mulut, mata dan hidung sentiasa dalam keadaan lembap dan berfungsi dengan baik
  •  air kosong juga membantu dalam proses diet atau erti kata lain, "nak kurus"! sebab air kosong ni takde kalori, lemak atau pun gula.
  •  melancarkan sistem pencernaan. ia dapat menghindar dari sembelit.  
  • mengurangkan risiko sakit jantung, kanser, meningkatkan kesuburan serta ubat untuk penyakit strok.
  •  melembabkan serta melembutkan kulit secara semula jadi. air kosong dapat membantu bagi mereka yang mengalami kulit kering! yay!
  •  mencegah keletihan serta pening kepala.
  •  mengawal tubuh pada tahap suhu yang normal 
  •  minda yang ceria serta emosi yang stabil

so, bila dah tahu beberapa kepentingan air kosong ni untuk badan kita. agak-agak apa korang tengah fikir? banyak mana nak minum? takkan dua 3 botol besar? 8 gelas sehari? alaaa, terlalu biasa kita dengarkan. sebenarnya, apa yang aku tahu la kan, air kosong dalam badan kita ni bergantung pada individu. tak semestinya kita perlu minum 8 gelas sehari. ia mengikut keperluan badan. faham? ececece

so macam mana nak tahu? meh ioolsss ajar. setiap 25kg memerlukan 1 liter air kosong. so aku bagi contoh berat aku nia. haaa takde rahsia-rahsia la berat ioolss ni.

49kg berat badan saya
25kg = 1 liter
49kg / 25kg = 1.96 liter

haa maknanya, satu hari, badan aku memerlukan 1.96 liter air. kira 2 liter la ni. ohhh okayy *baru tahu*

so macam mana nak manage diri ini untuk pastikan kita minum air kosong dengan cukup? hmm, kalau terleka memang terlupa kan. so apa kata kita set setiap pukul berapa kita kena minum air kosong supaya satu hari cukup liter yang diperlukan. kita juga boleh set alarm clock supaya dia ingatkan kita untuk minum air! tak susah pun kan? hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. 

jom motivate diri supaya air kosong jadi teman rapat kita. barulah nampak gaya hidup sihat. cewah! 



 


No comments: