JellyPages.com

"kehidupan ini penuh dengan kejutan"

"kehidupan ini penuh dengan kejutan"

Tuesday, June 4, 2013

EMERALD GREEN dan MANIK?

Assalamualaikum


kalau dulu popular dengan colour "dusty pink" atau nama kampung pink belacan giteewww. sekarang 2013, agak femes dengan colour "emerald green". haaa colour apa tu? kalau kita-kita ni dalam kalangan perempuan mungkin ramai yang tahu emerald green tu macam mana. tapi pernah tak engkorang terfikir bila korang panggil nama ni depan mak ayah, atau nenek atok korang? i mean mereka yang bukan bergenerasi Y macam kita-kita ni. walaupun ada juga golongan usia mereka yang up to date dengan colour-colour yang terkini, tapi aku percaya, ramai juga golongan mereka yang tak berapa nak paham and masuk dengan jiwa anak muda sekarang. 

dari awal-awal tahun lagi, depa dok habaq colour 2013 lebih kurang special punya la. sebab 99.9% orang akan suka dengan colour macam tu. contoh apa colour 2013? meh i kasi uolss gambar rajah gitew..


haaaa, kat atas ni la warna-warna yang sekarang ni kalau pergi memana, online shop ke, offline shop ke, ramai yang provide these colours. yang belah kiri sekali tu la emerald green, tapi macam pudar sangat la pulak colour yang di tunjukkan ni, tiffany green pun cantik kan. lebih kurang more to ocean colour la kalau nak diikutkan, kalau wedding pun aku perhatikan ramai yang pilih colour-colour macam ni. tetapi dusty pink tu tetap tak pupus lagi okay, ramai je yang pakai even aku pun letak sebagai list colour untuk...............ehem2x :p


haaaa, aku rasa ni lagi tepat untuk emerald green. cantikkan? start ramai orang suka colour ni mungkin start scha alyahya kawen kot, sebab bila cakap emerald green je, mesti orang cakap "ohh kaler yang masa scha kawin tu ke?" see? kalau ikut kampung mungkin kita panggil hijau tua je kan. senang. tak yah nak emerald-emerald sangat la kan. haha

kalau dulu kaler yang paling aku tak suka yang berada di tangga pertama adalah colour hijau tua. dulu masa sekolah, hijau tua adalah my last choice kalau nak mewarna. even daun pun, aku pilih hijau muda. haha. tapi sekarang, nampaknya dah jatuh hati sangat dah ni. cantik gila colour ni. kalau buat dress then letak lace colour brown or gold. gosh! cantik ok!

98% keluarga aku akan pakai colour ni untuk majlis kawin abang aku, so agak excited nak beli kain and buat baju design ikut suka aku. mula fikir nak buat peplum, tapi alaaa peplum? sana peplum, sini peplum. buat dress la, tapi ala-ala princess muslimah giteewww. bole? hehehe. tak sabarnya.

masa tengah discuss pasal colour dengan family, aku sibuk la suruh heboh dekat saudara mara suruh pakai emerald green. tema la kononnya. lepas tu abg aku menyampuk. 
"kau cakap emerald green tu kau rasa dorang tahu ke kaler tu macam mana?" gosh

betul juga apa yang dia cakap kan. maka, nampak tak mind aku dah set yang semua orang dah tahu jenis colour ni even bukan generasi Y tu? haiya. 


 eh tetibe tunjuk kepala pulak. hehe. just sharing, ni gambar lebih kurang dua minggu lepas la. saje nak tunjuk tudung bawal tu saya dah upgrade letak manik-manik atas kepala. act so basic je kan, tapi nak bagi tahu satu kepuasan bila dapat buat sendiri even simple. save budget sungguh saya ni. hehe.

 bila letak manik, nampak lebih menarik. tiba-tiba bawal kosong biasa yang beli rm7 ni nampak tak macam rm7. kan? haha. cepat la angguk :P
ditambah dengan brooch tu rasa macam menaikkan serinya. simple dan sweet. 
*ini kes puji diri sendiri ke macam mana?*
tak tak, aku just cakap brooch bunga tu, even simple, tapo combination colour  nampak sweet.
point yang mungkin korang boleh amik kat sini ialah, mix and match kaler2x pastel macam ni. auummm!


mungkin boleh jadi lebih kreatif untuk design tudung sendiri. hihi

okaylah, tak tau apa motif aku mengarut tadi. tapi apa yg pasti emerald green dan manik buatan sendiri pada tudung bawal boleh memberi satu tips, atau idea untuk uolss. mungkin?
^______^

No comments: