JellyPages.com

"kehidupan ini penuh dengan kejutan"

"kehidupan ini penuh dengan kejutan"

Monday, June 24, 2013

FACEBOOK DI HACK!

Assalamualaikum

hari ni sehari suntuk aku sedang berusaha mendapatkan kembali facebook aku. aku tak berapa tahu sesuai ke tak term HACK tu. sebab sebenarnya, pagi tadi aku nak bukak fb dekat bb, tapi tak boleh. balik kerja, try bukak kat laptop. pun xboleh. dia cakap pukul 2.48 pagi semalam aku dah tukar password. GILA! mana ada aku tukar. aku xtau sapa punya kerja, aku try tanya sabri, kot la dia tukar, tapi aku tahu takde maknanya dia nak tukar. sebab tanya dia, sebab dia sorang je tahu fb aku. hmmm

lepas pada tu, aku try reset balik password. tapi aku lupa email yahoo aku punya password. memang gasak la. then aku try another way. hmm, sekarang cara tu kena tunggu dalam masa 24 hours. lepas pada tu aku boleh bukak balik

tapi tu email baru la, bukan yahoo dah. aku tukar gmail. guna current email yang aku guna sekarang. senang, cuma aku takut sekarang, takut bila dapat bukak, bukan fb lama, tapi fb yang cam baru sign up. okay serius tak nak. aku akan try jugak dapatkan fb lama

and serius tak tahu sapa punya kerja. yang penting, kau memang takde kerja. geram aku dengan orang yang buat fb aku mcm tu, nak fb, sign up la sendiri. kenapa perlu tukar password aku? sapa yang tengah seronok dajjal aku ni? pffftttt!

sedih bila buka fb sabri, tgk kat message. message yang aku hantar semua tak boleh bukak, sebab katanya report as abusive or marked as spam. tak konghajo? haha. sakit hati gilos. 

esok baru tahu fb lama atau tak yang aku bakal dapat., tapi aku rasa fb lama, cuma email je tukar. tak secure betul la. pandai bebenor dorang ni menghack. 

Tuesday, June 18, 2013

KEJUTAN DARI AWAK :")

Assalamualaikum

*sambil senyum sengih-sengih sesorang*

entry ini hanya sekadar coretan biasa-biasa sahaja.

saya cuma nak cakap terima kasih awak. soalan yang tak pernah di jangka akan ditanyakan dalam tahun ni. hihihi

seronok? gila tak seronok. cuma depan awak saya cover-cover sikit sebab saya malu. muahaha

InShaa'Allah, niat kita berdua dan ke dua belah family dipermudahkan. hiihi

and

saya harap saya adalah yang terakhir untuk awak hingga ke jannah :)

saya rasa bahagia sangat, dan bersyukur. air mata yang keluar dulu terubat awak. kalau ada jodoh semuanya tak ke mana kan. semuanya masih awal, perancangan awal tahun dah pun berubah, ganti dengan yang lebih bermakna.

awak, saya nak jadi yang terbaik untuk awak. saya akan cuba sehabis mungkin.
awakkkkk saya eksaiteddd niii *bisik dalam hati sambil mata pandang dia* hehehe
 

mungkin saya update tak jelas, mungkin korang boleh agak. saya pun tak tahu. cuma saya minta doa kalian semua, doakan semua urusan (apa jua jenis urusan) saya dan keluarga dipermudahkan.huhu



Thursday, June 6, 2013

PROMOTION PURE MARINE COLLAGEN GRED AAA.

Assalamualaikum...

malam ni ringkas dan padat sahaja. wirda dan sekeluarga adalah pengguna setia PMC gred AAA yang colour purple tu. wirda start guna lebih kurang bulan 2 yang lepas. dan sampai sekarang wirda masih setia. Alhamudulillah kulit wirda semakin baik dari hari ke hari. kalau dulu banyak masalah jerawat sekarang ni Alhamdulillah dah kurang sangat-sangat, kesan pun dah semakin hari semakin tak nampak. sebab tu sekarang wirda berani je pergi memana dengan hanya memakai compact powder sahaja tanpa pakai foundation. hanya pakai toner and pelembab saja.

 kencing manis mak wirda pun dah semakin baik. kalau ada appointment doctor, mak wirda pastikan mak wirda takkan skip makan pmc tu, sebab bila doktor check, resultnya bagus. barulah doktor tak bising. tapi bukan sebab tak nak doktor bising aim dia sebenarnya, tapi sebab kita juga memang tak nak kan ada apa-apa penyakit, kalau ada kita ikhtiar untuk merawat. 

tambahan pula PMC ini juga adalah 100% bebas dari bahan chemical. so bila nak apply kat kulit atau makan, kita takde masalah dan tanpa ragu-ragu. lagi banyak khasiat yang kita dapat lagi adalah.

ingat ye, PMC ni bukan sahaja untuk kecantikan, tapi untuk kesihatan dalaman. 

okaylah wirda nak pergi tepek mask pmc ni kat muka. baru muka rasa lembab-lembab and tegang dan memabntu dalam mencerahkan kulit.

sapa berminat wirda ada buat promotion sempena bulan june ni, korang boleh try dulu and tengok hasilnya. 


siap pack kan 1 paket = 100gm 

3 PAKET RM25 !!

NORMAL PRICE : 2 PAKET RM25

untuk percubaan korang boleh try beli 1 paket dulu dengan harga 
RM 10 untuk 1 paket..

berminat boleh email  di : wirdawahid@gmail.com
            

 

Wednesday, June 5, 2013

TIPS HADAPI PATAH HATI

Assalamualaikum

cakkkk! update lagi! hari-hari update okay sekarang ni. gara-gara P1 Wimax yang terlalu laju. maka aku rasa bersalah kalau tak guna dengan sebaiknya. haha. title malam ni agak nak berfeeling-feeling sat! 

semalam chatting dengan shyla, pada mulanya kitaorg sembang pasal penjagaan muka, entah kenapa melalut sampai anak-anak. aku citer la aku nak anak-anak aku panggil aku ummi, and ehem-ehem panggil papa. ummi papa. comel kan? then aku taye shyla, kita ni dah kelaut dah bersembang, jauh nau menyimpang. haha. shyla cakap "takpe, kita dah cukup umur dah nak cakap pasal ni". dalam erti kata lain, kita dah boleh kawin! eh memang pun, tapi masalahnya takde orang masuk minang lagi ni >.<

so, apa kaitan semabang-sembang aku semalam dengan tajuk besar aku? hmmm, hmmm, apa ek yang boleh aku kaitkan? jeng jeng jeng. sebelum tu aku nak tekankan kat sini, apa jua jenis idea, nasihat ataupun cadangan adalah datang dari aku serta pengalaman aku. makanya, kalau tak kena dengan uolss sebelum, harap maaf la. sebab kekadang apa yang kita lalui tak sama kan?

okay aku nak kaitkan macam ni tau, bila seseorang yang tengah "bahagia" bercinta. semuanya indah. contohnya siti dan amin sedang hangat bercinta. siti mengimpikan agar dapat berkahwin dan mempunyai anak yang ramaiii dengan amin. haaa cenggitu la lebih kurang. maksudnya, tengah bahagia tu, macam-macam yang kita nak "bina". kadang-kadang harapan kita ni jadi melampau-lampau. faham tak melampau-lampau tu macam mana? contohnya, kau AKAN pastikan apa yang kau nak, kau akan dapat. tak kira APA JUA JALAN. yang kau tahu, apa yang feeling kau nak. fine. tak melampau ke tu? ada lagi yang lebih melampau? :P

bila kita letak harapan yang terlalu tinggi menggunung dengan pasangan kita ni, PERNAH tak korang terfikir yang kekecewaan tu akan singgah? macam mana apa yang korang impikan untuk bina bersama tiba-tiba MUSNAH? sedangkan hati korang terlalu inginkan untuk capai semua tu bersama dia. korang dah sayang gila, sampai tak nak orang lain dah. haaa, camne? sesungguhnya aku bagitahu. susah. susah untuk korang"move on" atau pun terima hakikat yang semuanya dah musnah. ini aku kata bila tiba-tiba pasangan yang bahagia tu tiba-tiba dah tak bahagia. yang tengah bahagia tu syabas dan jaga baik-baik na :)

nahhhh tipsss!

  • NIAT. apa pun yang kita buat dalam hidup ni. niat tu penting. niat tu bukan untuk perempuan je, niat nak bersama si dia. lelaki pun kena ada niat. niat nak memperisterikan si dia ke ,yang penting niat. dan semestinyalah niat tu kena baik. kalau korang rasa, korang nak bercinta "saja-saja" atau sekadar "mencuba" baik lupakan saja. sebab dalam diam, anda sebenarnya punca mereka yang patah hati.so bila niat kita baik, apa pun yang berlaku, kita tahu ni semua Allah punya kerja. Dia tahu yang mana baik untuk kita sebagai hambaNya.

  • SENYUM. haih orang dah patahkan hati kita, buat kita kecewa. boleh pulak main senyum-senyum. tau tak, senyum tu kekuatan dalam tangisan? walau hati menangis, meronta-ronta, tapi dengan senyuman. kita boleh jadi kuat. sambil senyum tarik nafas panjang-panjang and relaxkan diri. cakap "okay, mungkin bukan sekarang. kalau jodoh tak kemana" atau "mungkin dia bukan tercipta untuk aku" atau "dunia ni takkan berakhir even dia tinggalkan aku". apa saja jenis kata-kata yang menaikkan semangat untuk diri kita. 

  • DIAM. diam seketika. ingat Allah. nak menangis-nangis la. tipulah kalau aku suruh korang stop nangis, aku dulu punnn kemain susah nak berhenti menangis. diam maksud aku. dalam diam kita berfikir. nak fikir apa? fikir apa yang korang masih ada. Allah, family, kawan. sangat ramai nak dibandingkan seorang yang pergi dalam hidup korang. set dalam mind. "aku kena move on, kalau dia boleh tinggalkan aku, kenapa aku tak bole?"

  • SOLAT. yaAllah, tempat paling tenang adalah atas sejadah, sambil menadah tangan minta kekuatan dariNya. baca Al-Quran, tenangkan jiwa. biar rasa satu aura positive menyelinap di segenap tubuh kita. pujuk hati kata "ini semua dah ditentukan, pasti ada hikmah yang tersembunyi". mungkin hikmah tu kita tak nampak sekarang, InShaa'Allah, satu hari nanti pasti. Allah takkan tentukan sesuatu dengan sia-sia. pasti ada hikmah. ingat macam tu.

  • TIDUR. kalau korang rasa penat sangat dengan apa yang tengah berlaku. cuba lelapkan mata sekejap. benda ni selalunya dapat buat bila kita dah terlalu penat. so tidur pun boleh tenangkan korang juga evens sekejap. at least otak kita dapat berehat seketika. bangun balik, and fikir untuk diri kita sendiri pula ye. barang yang lama usah dikenang. gitew.

  • IBU BAPA. biasa ni orang perempuan la. lelaki jarang la kot. luahkan kat mereka. nasihat mereka, amik dan guna. takde seorang pun ibu bapa yang sanggup tengok anak mereka kecewa, sedih dan sakit alami semua ni. maka, share dengan mereka. mereka pasti sama-sama bantu kita.

  • MOVE ON. move on maksudnya, lupakan semua yang berlaku semalam. lupakan maksud aku, jangan berkurung dalam bilik, menangis, dengar lagu sedih, ingat kenangan, tengok gambar.bila kata move on, jujur aku cakap, agak susah. even aku sendiri pun pernah gagal untuk move on. tapi kalau minda kita positive, mesti kita boleh buat kan? yang penting korang kena kuat. jangan kata tak kuat,nafikan korang lemah, sebab masa tu, hati yang tengah luluh dan sedih yang berkata-kata korang lemah. ikut hati pun kekadang binasa. move on juga maksudnya korang buat harian korang macam biasa. buat apa yg korang selalu buat, tak yah skip. 

  • TAKE YOUR TIME. bila dah harungi susah senang dengan dia. untuk kembali ke kehidupan tanpa dia, kita perlukan masa. masa yang akan menentukan dan dalam pada masa yang sama usaha untuk ke arah yang lebih positive. tak mudah untuk kita suruh diri kita lupakan apa yang pernah berlaku, tapi juga, tak mustahil untuk kita pujuk diri kita untuk kembali ke realiti. hidup tak selalunya indah. cabaran pasti datang dan dengan cabaran ni la yang mampu buat kita untuk jadi lebih matang dan kuat/tabah.

p/s: jangan letak sepenuh kebahagian kita pada seseorang yang belum tentu untuk kita. sebab kalaulah satu hari nanti dia pergi tinggalkan kita, takut dia bawa semua kebahagian tu dari kita. maka apa yang tinggal untuk kita? kesedihan? sayangi diri kita.semua orang nak bahagia. tapi  kalau kita terlalu leka, lalai dan seronok. sampai lupa apa yang mungkin bakal berlaku, kita mungkin akan kecewe teruk which is kita tak ready dengan semua tu. apa pun hidup ini wajib bregantung harap pada Allah. kita minta pada Allah. Allah akan beri perkara yang kita perlukan. Allah Maha Mengetahui.



Tuesday, June 4, 2013

EMERALD GREEN dan MANIK?

Assalamualaikum


kalau dulu popular dengan colour "dusty pink" atau nama kampung pink belacan giteewww. sekarang 2013, agak femes dengan colour "emerald green". haaa colour apa tu? kalau kita-kita ni dalam kalangan perempuan mungkin ramai yang tahu emerald green tu macam mana. tapi pernah tak engkorang terfikir bila korang panggil nama ni depan mak ayah, atau nenek atok korang? i mean mereka yang bukan bergenerasi Y macam kita-kita ni. walaupun ada juga golongan usia mereka yang up to date dengan colour-colour yang terkini, tapi aku percaya, ramai juga golongan mereka yang tak berapa nak paham and masuk dengan jiwa anak muda sekarang. 

dari awal-awal tahun lagi, depa dok habaq colour 2013 lebih kurang special punya la. sebab 99.9% orang akan suka dengan colour macam tu. contoh apa colour 2013? meh i kasi uolss gambar rajah gitew..


haaaa, kat atas ni la warna-warna yang sekarang ni kalau pergi memana, online shop ke, offline shop ke, ramai yang provide these colours. yang belah kiri sekali tu la emerald green, tapi macam pudar sangat la pulak colour yang di tunjukkan ni, tiffany green pun cantik kan. lebih kurang more to ocean colour la kalau nak diikutkan, kalau wedding pun aku perhatikan ramai yang pilih colour-colour macam ni. tetapi dusty pink tu tetap tak pupus lagi okay, ramai je yang pakai even aku pun letak sebagai list colour untuk...............ehem2x :p


haaaa, aku rasa ni lagi tepat untuk emerald green. cantikkan? start ramai orang suka colour ni mungkin start scha alyahya kawen kot, sebab bila cakap emerald green je, mesti orang cakap "ohh kaler yang masa scha kawin tu ke?" see? kalau ikut kampung mungkin kita panggil hijau tua je kan. senang. tak yah nak emerald-emerald sangat la kan. haha

kalau dulu kaler yang paling aku tak suka yang berada di tangga pertama adalah colour hijau tua. dulu masa sekolah, hijau tua adalah my last choice kalau nak mewarna. even daun pun, aku pilih hijau muda. haha. tapi sekarang, nampaknya dah jatuh hati sangat dah ni. cantik gila colour ni. kalau buat dress then letak lace colour brown or gold. gosh! cantik ok!

98% keluarga aku akan pakai colour ni untuk majlis kawin abang aku, so agak excited nak beli kain and buat baju design ikut suka aku. mula fikir nak buat peplum, tapi alaaa peplum? sana peplum, sini peplum. buat dress la, tapi ala-ala princess muslimah giteewww. bole? hehehe. tak sabarnya.

masa tengah discuss pasal colour dengan family, aku sibuk la suruh heboh dekat saudara mara suruh pakai emerald green. tema la kononnya. lepas tu abg aku menyampuk. 
"kau cakap emerald green tu kau rasa dorang tahu ke kaler tu macam mana?" gosh

betul juga apa yang dia cakap kan. maka, nampak tak mind aku dah set yang semua orang dah tahu jenis colour ni even bukan generasi Y tu? haiya. 


 eh tetibe tunjuk kepala pulak. hehe. just sharing, ni gambar lebih kurang dua minggu lepas la. saje nak tunjuk tudung bawal tu saya dah upgrade letak manik-manik atas kepala. act so basic je kan, tapi nak bagi tahu satu kepuasan bila dapat buat sendiri even simple. save budget sungguh saya ni. hehe.

 bila letak manik, nampak lebih menarik. tiba-tiba bawal kosong biasa yang beli rm7 ni nampak tak macam rm7. kan? haha. cepat la angguk :P
ditambah dengan brooch tu rasa macam menaikkan serinya. simple dan sweet. 
*ini kes puji diri sendiri ke macam mana?*
tak tak, aku just cakap brooch bunga tu, even simple, tapo combination colour  nampak sweet.
point yang mungkin korang boleh amik kat sini ialah, mix and match kaler2x pastel macam ni. auummm!


mungkin boleh jadi lebih kreatif untuk design tudung sendiri. hihi

okaylah, tak tau apa motif aku mengarut tadi. tapi apa yg pasti emerald green dan manik buatan sendiri pada tudung bawal boleh memberi satu tips, atau idea untuk uolss. mungkin?
^______^

KEPENTINGAN AIR KOSONG

Assalamualaikum

pernah tak korang TERLUPA untuk minum air kosong? hal ini selalunya berlaku kepada yang agak kurang gemar mengamalkan air kosong. kalau dahaga pun mungkin kita akan cari fresh orange, mango, sirap limau, teh o ais, milo ais dan banyak lagi air yang lebih sedap untuk memnuhi keperluan "tekak". TAPI, kita seakan terlupa yang bahawasanya "tubuh" kita juga sebenarnya dahaga! 

kalau kita mempunyai air feveret, tubuh kita juga mempunyai air feveret. kalau kit boleh melakukan setiap pekerjaan dengan menggunakan tubuh ini, kenapa tidak boleh kita berasa berterima kasih kepada tubuh ini dengan memenuhi kehendak dan keperluan tubuh kita. cewah. saiko tak aku?

tengah-tengah malam, aku membebel pasal air kosong. sebenarnya ini aku dah lama gila la menghadapi masalah bibir kering. aku dah try pakai vaseline and yes its work. tapi bila aku dah okay, aku stop pakai, bibir kering balik. then try pakai lip balm. lip balm lambat sikit nak okay. aku membuat andaian bahawa mungkin bibir aku sensitif dengan lipstick. tapi, aku ni mana pakai lipstick.  memang jarang sekali nak pakai. hmmm, apa puncanya ye?

kemudian, ada yang mengatakan kemungkinan disebabkan aku "kurang" minum air kosong. hmmm. tup! aku terasa betul. sebab nak ikutkan, memang pun. botol mineral yang kecik tu, aku letak kat meja office, dua hari baru habis. tu yg kecik. yg besar, ntah-ntah seminggu. MUNGKIN.

so tak yah citer banyak. aku google and dapat beberapa info pasal air kosong untuk tubuh badan kita. jom kita baca!

KENAPA AIR KOSONG PENTING UNTUK TUBUH KITA?

 

  •  kata FAKTAm sehari kita kehilangan 1.7 liter air melalui pernafasan, perpeluhan serta proses penghapusan
  •  60% badan manusia ialah air.
  •  air memastikan supaya organ-organ seperti mulut, mata dan hidung sentiasa dalam keadaan lembap dan berfungsi dengan baik
  •  air kosong juga membantu dalam proses diet atau erti kata lain, "nak kurus"! sebab air kosong ni takde kalori, lemak atau pun gula.
  •  melancarkan sistem pencernaan. ia dapat menghindar dari sembelit.  
  • mengurangkan risiko sakit jantung, kanser, meningkatkan kesuburan serta ubat untuk penyakit strok.
  •  melembabkan serta melembutkan kulit secara semula jadi. air kosong dapat membantu bagi mereka yang mengalami kulit kering! yay!
  •  mencegah keletihan serta pening kepala.
  •  mengawal tubuh pada tahap suhu yang normal 
  •  minda yang ceria serta emosi yang stabil

so, bila dah tahu beberapa kepentingan air kosong ni untuk badan kita. agak-agak apa korang tengah fikir? banyak mana nak minum? takkan dua 3 botol besar? 8 gelas sehari? alaaa, terlalu biasa kita dengarkan. sebenarnya, apa yang aku tahu la kan, air kosong dalam badan kita ni bergantung pada individu. tak semestinya kita perlu minum 8 gelas sehari. ia mengikut keperluan badan. faham? ececece

so macam mana nak tahu? meh ioolsss ajar. setiap 25kg memerlukan 1 liter air kosong. so aku bagi contoh berat aku nia. haaa takde rahsia-rahsia la berat ioolss ni.

49kg berat badan saya
25kg = 1 liter
49kg / 25kg = 1.96 liter

haa maknanya, satu hari, badan aku memerlukan 1.96 liter air. kira 2 liter la ni. ohhh okayy *baru tahu*

so macam mana nak manage diri ini untuk pastikan kita minum air kosong dengan cukup? hmm, kalau terleka memang terlupa kan. so apa kata kita set setiap pukul berapa kita kena minum air kosong supaya satu hari cukup liter yang diperlukan. kita juga boleh set alarm clock supaya dia ingatkan kita untuk minum air! tak susah pun kan? hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. 

jom motivate diri supaya air kosong jadi teman rapat kita. barulah nampak gaya hidup sihat. cewah! 



 


Sunday, June 2, 2013

weekend yang bosan.

Assalamualaikum

happy weekend la uollssss. hari-hari ahad macam ni duduk rumah adalah perkara yang paling membosankan. muahahhaa. since aku ni jenis suka berjalan, so bila takde teman nak bawak keluar. bosan bak hang! 

sejak kerja ni memang jarang la keluar sana-sini nak compare masa belajar dulu. kalau nak keluar pun hmm, tak payah citer la sakit hati sajo. maka duduk la rumah berpura-pura bahagia tak keluar rumah.

mungkin malam karang ada orang ajak keluar? mungkin. haha
okay la. have fun you guys ;)

WHATSUP?!

Assalamualaikum

terasa lama betul menyepi sekejap dari update apa-apa kat blog ni. bukannya tak rindu, tapi mungkin keadaan yang tak berapa mengizinkan. tapi rasanya, lepas ni akan selalu update la. jangan bosan sudah.

sekarang ni, perkembangan terbaru tentang diri wirda ialah, Alhamdulillah, lepas habis belajar. wirda memang terus cari kerja. sana-sani interview. ada beberapa yang lekat sebagai account assistant . Allah mempermudahkan. wirda pilih yang dekat dengan rumah je. jalan kaki je pun pergi keje. haha. pukul 9 pagi masuk, pukul 8.50 pagi baru keluar rumah. heaven gilos. tak tahu la lepas ni macam mana kalau dapat keje jauh sikit, takut tak boleh nak biasakan keluar sejam or dua jam awal. haha

so far, alam pekerjaan ni dulu memang la excited. tetapi lama-lama kan, bila fikir balik. study lagi best kot. study memang la busy, tapi tengok masa je kan, then kita ada lagi masa nak mengular dengan kawan-kawan. i mean tak terlalu serius hidup ni. sebab wirda rasa, sejak wirda kerja ni, wirda terasa yang diri ini tak sempat nak buat apa-apa. mungkin sebab busy since wirda keje dengan audit firm so that, bulan 6 and 7 kena siapkan semua kerja kan. rasa macam, hari ni isnin esok dah jumaat. haaaa, bila sabtu ahad pulak rasa panjangnya. ke aku terlebih cuti.hikhik. 

lagi satu, wirda terasa yang, kemalasan tu terpaksa di buang.kahkah. al maklumlah, zaman belajar dulu, klu terasa malas sangat, amik keputusan skip kelas je.hukhuk, tapi bila dah kerja ni, malas ke, sakit pinggang ke, sejuk sangat nak mandi or whatsoever pun, kena juga sampai tempat kerja.

tapi Alhamdulillah, manager and boss semua baik-baik. since wirda ni fresh graduate and no experience tapi staff-staff kat sana, tak jemu ajar wirda itu ini. bestlah. sebenarnya jawatan je account assistant, tapi semua kerja buat. i mean buat akaun, audit, and settlekan personal income tax semua tu. mula memang pening juga, tapi slow-slow belajar kan. sekurang-kurangnya apa yang wirda belajar dulu wirda dah nampak la sikit. so takdelah terbiar macam tu je ilmu tu. hihi.

tapi ada la bad news minggu lepas wirda dapat. so macam mungkin tak boleh lama dengan company tu, kerja sampai hujung tahun ni je, then akan resign sebab company tu nak pindah kepong. wirda pulak memang susah nak pergi sana, nak drive memang tak berani lagi la.hehe. takpe, selagi ada masa, memang nak kaut habis-habis ilmu tu secara praktikal. 

mula agak sedih la sebab tak leh stay lama dengan company tu. tapi wirda kena positive and ingat, mungkin Allah nak gantikan sesuatu yang lebih baik? :)
InShaa'Allah.

tentang sambung belajar, masih lagi difikirkan. niat tu dah ada, tapi ada beberapa halangan. jadi wirda kena pikir betul-betul supaya apa yang dirancangan, InShaa'Allah berjalan dengan baik. sebab wirda tahu, kat mana kemampuan wirda. semangat kena tinggi kalau nak bekerja sambil belajar. boss pun aa bagi suggestion suruh sambung study secara part time. akan fikirkan!

sampai sini saja dulu ok entry wirda yang hambar ini. jumpa lagi nant.
happy sunday!
 
jom usha tudung yang cantik-cantik dekat SINI