JellyPages.com

"kehidupan ini penuh dengan kejutan"

"kehidupan ini penuh dengan kejutan"

Wednesday, April 10, 2013

SAYONARA FRIENDS....

Assalamualaikum

hari tu kecoh la aku nak exam, tengah exam pun boleh mengular update  blog kan. lepas second paper terakhir, terus tak leh nak main-main. langsung laptop tak disentuh. pandang pun tak, sebab tak sempat. sekarang ni hari ni tadi aku dah habis payyyperrrrr! yeayyy Alhamdulillah habis jugak exam yang menyeksa jiwa raga selama ni. rasa free gila. rasa macam nak nak buat semua benda tak yang takde pekdah yang sempat nak buat masa exam. haha. nampak tak betapa gembiranya saya bila exam dah habis. exam kali ni habis dia lain sikit. happy gila gila campur dengan sedih banyak-banyak

since ni exam yang terakhir (INSHAA'ALLAH) mohon unikop tak panggil aku lagi, harap result nanti baik-baik sahaja. kita dah usaha, doa dan tawakal je la kan. tapi doa jangan stop ok! doa mampu mengubah segalanya! hihi. jadi aku akan dan bakal berpisah dengan kawan-kawan. melihat sorang-sorang kawan seperjuangan balik ke rumah masing-masing. rasa sayu dan sedih.dapat lagi ke jumpa dengan dorang? even ada kawan yang tak rapat sangat pun, still lagi rasa kehilangan, sebab kami semua FAMILY OF ACCOUNTING CLUB BATCH 6! like seriously will missing u guys semua. nanti mana tahu, ada masa kita wat reunion ok. tak pun lets gather on kak afrah's wedding ok! kawin uoolsss jangan la lupa jemput saya. begitu juga saya.hikhikhik *senyum gatal*

selama hampir 3 tahun, bersama, bermasam muka, bergumbira, bergelak ketawa, bercakap be;akang! (HAHA), bergeram bersama. tiba masa pertemuan itu melalui fasa perpisahan, tapi diharapkan perpisahan ini, bukan perpisahan selamanya. ada rezeki kita juma okay. kalau tak panjang unmur, takpelah, jumpa disana disana disana ;)

terima kasih kawan-kawan. TERIMA KASIH. terima kasih atas segala ilmu yang telah pun dikongsi bersama. makan minum. pakai je tak. eh pakai ye juga, syra puye jubah aku tak pulangkan.haha. terima kasih atas segala kenangan yang kita dah cipta bersama. rasa macam baru je kita induksi, baru je masuk kelas nak belajar math dengan miss hamidah, nak kenal FAR 100 dengan sir marwan. tapi hakikatnya, kita baru je lepas habis SEM 6! YEAY! 
betul la, bila tiba masa nak meninggalkan apa yang kita ada selama ni, mula la rasa nak sedih, mula la rasa tak puas nak menikmati. papepun, kita perlu juga untuk meneruskan kehidupan, ada yang nak sambung belajar lagi, ada yang nak kerja terus, ada yang nak kawin. macam-macam perancangan. semoga uoolsss semua sukses dalam kehidupan ok! jangan lupa wirda :)

kepada lecturer tersayang, sama ada yang dah berhenti ke tidak, ilmu lect-lect semua tak mampu nak balas. bila cakap terima kasih rasa macam tak cukup je setakat tu. InShaa'Allah akan guna ilmu yang diberikan dengan sebaiknya. hanya Allah yang mampu membalas segala ilmu yang dah dicurahkan. kesabaran mengajar kami, melayani karenah kam. maaf juga kalau ada yang terasa hati dengan wirda. kot la kan, kita tak tahu. hehe. TERIMA KASIH SEMUANYA :)

kepada abg ayam, mak cik ayam, kepada kedai india,soon hin, 7eleven, kedai hijau, kedai janggut, kedai aladdin, restoran mama ita, pistachious, stationary, kedap pak cik, cc hijau, cc putih, cc purple , farmasi, moi sup. terima kasih mengisi perut dan keperluan saya selama menjadi pelajar disini. hihihi

kepada junior ku di UNIT 5-1. kakak senior mu yang  suka terperap dalam bilik nak cakap akak sayang uollss. nanti akak datang sana bila free ok! study rerajin tau. good luck untuk last paper korang semua ok. doakan akak tak patah balik kat unikop. dah buat ucapan mcm ni, klu patah balik malu la. hahahaha. InShaa'Allah tak.huhu

terima kasih dan mohon maaf atas segalanya. 
 

No comments: