JellyPages.com

"kehidupan ini penuh dengan kejutan"

"kehidupan ini penuh dengan kejutan"

Monday, April 22, 2013

REALITY TV GADIS M2....PART 2

Assalamualaikum

sambung dari entry lepas. sebenarnya takde seprais apa pun sambungan ni. haa haa haa nak pegi mana cursor tu? nak tutup terus ke? ala dah alang-alang bukak ni, baca je la sampai habis dulu. sampai hati uollsss baca bila best je. huhu.

okay pada 13 april 2013 tu, aku ada interview dekat kelana jaya pasal gadis M2 pukul 9.30 pagi. sebenarnya jujur lagi aku memang dalam dilemma. dalam-dalam dilemma pun aku pilih gak baju mana yang nak pakai, penat juga perah otak nak pakai baju mana, sebab dia xnak yang bercorak+hitam putih pun xnak kan. so memang malam tu aku mix and match baju la citernya.

bila dah settle baju, tengah dok relax-relax layan fb, aku terfikir pulak tujuan asal aku. kenapa aku nak pergi sana? apply pun bukan atas kehendak aku. i mean aku apply sesaja and tahu xkan dapat, and aku pernah cakap kalau dapat pun aku tak nak pergi.  tp malam tu aku memang decide nak pergi dah la since baju semua nak sediakan kannnnn....

tapi tapi tapi..........last minute aku decide aku tak pergi :)

yeeee, aku tak pergi pun interview and photoshoot ituuu. sebabb? sebab aku rasa, aku tak ada alasan kukuh nak bagi kenapa aku pergi sana? takut terpesong niat sebab nak popular je -_-
maka dengan itu aku bertindak untuk memudahkan proses pemilihan diorang dengan tidak menghadirkan diri. mihmih. bagi peluang kepada mereka yang betul-betul minat. aku tak kata aku tak minat, aku minat, tapi aku xserius. lagipun, aku sedar aku tak layak lah nak bertanding dengan mereka yang jauh lebih berpotensi, cantik dan bijak. hehe

tercalon tu pun aku dah cukup bangga dan seronok. cukup la. lebih-lebih nanti lupa diri pulak. mihmih. lagipun, ramai yang pesan, dunia ni sementara je. nak kejar nak kemana kan? betul tu. even ayah sendiri pesan agar tidak bertentangan dengan agama. lebih baik mencegah dari merawatkan. kita tak tahu dunia tu macam mana. ayah pernah masuk dunia tu, mungkin dia lebih mengerti :)

sorry ke pada yang suggest untuk apply and berharap sangat aku pergi, tapi decide tak pergi last minute. sebenarnya aku was-was xnak pergi ni, sebab kat email tu dia tulis 'WAJIB' so mlm tu aku kol la salah sorang dari mereka, dia memang galakkan aku datang, kata cuba cuba cuba. tapi bila dia kata xdatang pun takpe, aku dah lega. at least xdelah merosakkan urusan dorang nanti kan.

thanks juga kepada FAMILY, KAWAN-KAWAN yang bagi support. ma, widya, winie, wawa , ros yang selalu dengar keluhan aku. sama ada nak pergi ke tak. and setiap kali tu jugak la dorang bagi support untuk pergi and cuba.tapi macam ne hebat punya support pun, bila kita tahu kemampuan diri kita, kita tahu nak decide apa kan. hehe

so berakhirlah cerita realiti tv gadis m2 aku. mihmihmih.
thank you semuaa!
^___________^

sorry lambat publish sebab connection baru ada. mihmihmih :)

2 comments:

Shyma Hashim said...

wirda macam mana nak apply m2 tu. boleh ajarkan. apa2 boleh contact saya dkt twitter saya @shymahashim.

Anonymous said...

wirda macam mana nak masuk m2 ni.
boleh ajarkan tak.
wirda ada twitter.
mohon wirda mention saya disana.
@shymahashim