JellyPages.com

"kehidupan ini penuh dengan kejutan"

"kehidupan ini penuh dengan kejutan"

Saturday, April 13, 2013

REALITY TV GADIS M2....

Assalamualaikum

baru je update status kat facebook yang mengatakan ada satu entry akan aku kepam. sampai masa aku publish. hikhikhik. so tarikh update entry ini ialah 19 march 2013. publishnya? aku sendiri tak tahu. hoho

sebenarnya aku tak tahu tajuk apa yang sesuai untuk entry kali ini. nak kasi gempak pun ado. nak kasi biasa-biasa pun ada. nantilah aku fikir. apa yang aku nak update and share dengan readers ialah..............

jeng jeng jengg.....
dalam sebulan yang lepas, someone asked me untuk try apply untuk masuk rancangan televisyen gadis m2 kat astro ria tu. aku memula memang la excited bila ada orang suruh aku masuk. tapi excited aku tu sebenarnya bercampur dengan perasaan rendah diri. rasa tak layak and confident la nak masuk rancangan tu. nak kena berhadapan dengan ramai orang, and ramai lagi gegadis cantik kan. katakan la. aku kata KATAKANLAH kan..aku tercalon. hoho. segan la aku sebab rasa memang tak de competent langsung untuk masuk rancangan gadis-gadis mcm tu. aku ni dah la rock-rock sikit. *tetibe wat tangan rock tu sambil muka mengenyehhhh*

tapi papepun, sebab dia suruh kan, so why not la aku cuba. lebih kepada mencuba nasib je la. aku LANGSUNG tak harap pun dapat masuk rancangan tu. okay memang tak dapat pun. HAHA
aku pun lepas apply anta profile aku, dalam beberapa minggu la kan. aku dapat email kata aku tak tercalon. dia kata profile aku akan simpan untuk masa akan datang punya rancangan. lol. tak sedih pun. aku baca macam tu email then aku tutup cam tu. lepas tu xdelah istilah frust ok. aku menjalani kehidupan aku seperti biasa.
TAPI

satu petang tu, tengah aku syok tidur, tetibe ada nombor tak dikenali telefon aku. rupanya yang telefon tu adalah orang yang incharge dalam percalonan ni la. nama dia ****. nama terpaksa dirahsiakan

****: assalamualaikum
wirda: waalaikummusalam
****: ni cik wirda azurainie ke? (dia sebut nama belakang salah tapi dah wirda aku iyekan je la)
wirda: haa ye saya (cover suara bangun tidur)
****: saya nak bagitahu, cik wirda telah terpilih masuk dalam rancangan gadis melayu musim ke 2
*aku terdiam kot. bukan dah settle ke?*
wirda: haaa? *sambil gelak* iye ke?
****: iye..3 april ni akan diadakan photoshoot untuk calon. nanti gambar tu akan masuk dalam metro untuk di vote.
wirda: ohh yeke..okay-okay thank you ye.

lepas habis perbualan tu. aku gembira la. tipuu ahh tak gembira kan. tak pernah tercapai dek akal ok! tapi aku terus check calendar. boleh ke aku pergi? sebab aku exam time tu. and.....................

bersambung.......................aku tak tahu nak pergi ke tak sekarang ni. aku tak tahu nak terima ke tak offer ni. kekangan masa menjadikan aku serba salah ditambah dengan rasa tak layak. terasa kalau terima akan memalukan diri sendiri. haha. teruk kan? ok la kita tunggu la cmne keputusan sebenar-benarnya. 

tadaaaaa! bersambung wehhh..

lepas daripada tu, aku dapat kol lagi untuk confirm kan kehadiran aku, sejujurnya niat aku memang nak cancel takmau pergi dah. alasan aku sebab ada exam. then boleh pulak dia suruh pilih 3 tarikh dari yg dia sediakan. aku tak tahu pulak boleh pilih tarikh, last-last aku pilih la tarikh 13 april 2013. maksudnya HARI ni la kan? muahahaha


nak tahu aku pegi ke tak? tunggu next update la ek! bahaha.
^-------------^

No comments: