JellyPages.com

"kehidupan ini penuh dengan kejutan"

"kehidupan ini penuh dengan kejutan"

Tuesday, March 5, 2013

MANA ETIKA ANDA SEBAGAI PEKERJA?

Assalamualaikum

bila seorang pekerja, yang terlibat deal dengan customer , bagi aku dia kena ada satu etika yang dia kena pegang bila melayan customer. ramah dan mesra. since customer always right, tak bermakna customer pun boleh buat sesuka hati. tapi pekerja pun kena la ada etika yang baik sebab awak tu membawa imej company.

petang tadi aku and wawa which is my roommate free. so kitaorang decide nak keluar pergi beli seluar slack untuk presentation VIVA next week. tempat yang paling dekat dengan kolej aku adalah GIANT BATU CAVES. so, kitaorang pun pergi la cari seluar tu kat sana.

masa tengah cari tu, agak berserabut jugak la dia punya susunan. memang nak cari, boleh bersepah juga la, dan kitaorang ni fikir, kesian pulak pekerja kena kemaskan balik. so we decide untuk tanya saja promoter yang jaga bahagian situ. 

wiwi and wawa + giant

wawa : kak, size ni ada lagi x?
*pandang sebelah sisi*
giant : xde, semuanya kat situ (tanpa SENYUMAN, MUKA NAK TAK NAK JE JAWAB!)

kitaorang pun pergilah dari situ and terus mencari misi mencari size yang ideal. memandangkan layanan dia ntah pape kan. so aku pun decide untuk cari sendiri, bila cari sendiri makanya HARUSLAH bersepah sebab susunan dia pun pening-pening. so aku tak rasa kesian la pulak. 

lama jugak la kitaorang cari, masuk fitting room, cari masuk fitting room cari. 
pastu mungkin dia usha dari jauh kot kan yang kitaorang dua je kat situ and dah bersepah. 
dia pun datang (time tu aku dalam fitting room)

giant: cari apa ni dik? (kalau aku ada nak je aku sumbat spender dalam mulut dia!!!!)
wawa : cari seluarlah...

lepas tu aku keluar, aku and wawa faham la kenapa dia datang situ, aku senyum buat muka berlagak je la. pekerja tu kemas balik sambil muka kerut + lipat seluar dengan ala-ala nak hempas2x seluar tu tapi takut kot.haha

pastu, ada sorang kakak ni datang, dia cari seluar jugak. tetibe giant tu cakap
"seluar kat sini semuanya size kecik-kecik. besar-besar takde"
mmg nak tuju kat kitaorang la tu, sedangkan akak tu tak tanya pape pun kat dia. kakak tu pun bukannya besar sangat. pesen macam aku la. cuma tinggi. kannssss. aku pun tanya la 

wiwi : kak,seluar size L ada x? 
giant : xde (tak pandang langsung tu) 
wawa : size XL?
giant : pun xde (sambil terus melipat) 
kurang ajar tak kurang ajar la kan.
pastu wawa pergi sendiri cari kat tempat yang dia baru lipat tu. tetibe JUMPA SIZE XL
aku pun cakap " eh ada pulak??" saja je nak memerli. dia diam je. kemudian kitaorang BLA dari situ.

aku berhenti kat tempat ramai2x pekerja giant bahagian situ juga, tengah duduk2x
"*carut* pekerja giant ni! tanya leklok jawab macam hape. aku nak pergi buat report nih! *carut lagi*"

aku memang bengang la. kau nak kerja, kerja la betul-betul. kau ingat kitaorang ni apa? customer kau ok! layan la elok2x. jawab la leklok! susah sangat ke? ada masalah dengan laki ke, boyfriend ke jangan bawah masuk GIANT! SIMPAN DALAM STORE DULU!!!

pastu, terus pekerja giant tu pergi dari situ. tak tahu la depa pergi mana. haha. tapi seriously aku memang nak buat report dah time tu.

masa nak minta kerja MANIS kan muka? dalam hati moga-moga dapat kerja. kan? so bila dah dapat kau kerja macam mana?

aku pun bengang sangat kot, sampai berani tinggi kan suara dalam giant. haha. memang kuatlah aku bercakap sound budak tu. pedulik hapa aku. kau dah kata kat situ je ada, tapi susunan berselerak, maka kami ni YANG BUKANNYA KERJA KAT SITU mana la tahu susunan dia macam mana. memang la bersepah. lepas tu nak marah-marah. sebab tu, selalunya promoter akan tolong carikan supaya memudahkan kerja dorang. ini terus cakap takde, tapi bila kitaorang cari sendiri ada pulak. sebab bukan kau punya business, yang kau tahu cukup bulan dapat gaji, so tak kisahlah orang beli ke tak product giant tu kan? kan? kan? jenis selfish!

pengajarannya, mesra lah dengan customer. apa jenis service pun. sebab kau bawa imej company.bukan company bapak kau, memang la kau boleh wat muka toya kau tu. sabar je la aku niaa. 





2 comments:

aq noor said...

org pun dah kena bnyak kali..tp lepas tu komfim kami makin sepah2kan.. itu je makn dia.. hahhha

misz sheyla said...

kahkahkah..pemalas lagi nak cari..dah kena wt keje lebih...