JellyPages.com

"kehidupan ini penuh dengan kejutan"

"kehidupan ini penuh dengan kejutan"

Wednesday, March 20, 2013

BAIK DI BALAS BAIK

Assalamualaikum

tittle ni macam nak bajet-bajet baik je ann. huhu. tak. aku straight forward je k. malas la nak merapu bagai. buang masa readers i je nak baca merapu tu kan?haha. tambah dengan mata aku yang kuyu niaa. aku baru pas update satu entry ni. entry ni akan aku kepam. nanti bila dah 'busuk' aku publish ok? deal?

hari ahad lepas. aku ada test shoot dengan aizul marcello untuk satu brand hijab ni. brand apa? ok nanti dapat gambar aku share kat korang okay :)
so dari gombak, aku kena la pergi shah alam. memang aku tak pernah pergi shah alam sorang-sorang. tapi aku paksakan diri la sebab orang yang boleh hantar aku sepatutnya tak dapat hantar. sob sob.
so decide untuk naik ktm. aku naik dari ktm batu caves. so far aku terkejut nak ke shah alam naik ktm rm3.40 je kot tak silap aku eh murah gila ok! murah gila! kalau naik kereta minyak kereta lagi, tol lagi. haha. budak account sedang cut cost :P


yang best masa tengah shoot, aku dapat jumpa lynda roslan. hehe. cantik gila dia depan-depan. tinggi pulak tu weh. aku bergambar dengan dia, dia pakai selipar je ok. ingatkan pakai heels. gambar ada kat abg aizul lagi. nnti dah kasi i berlagak kat korang hokey? haha

okay ceritanya la kan, aku dah sampai balik ke ktm batu caves untuk balik ke kolej aku after habis test shoot tu. oh btw aku test shoot bersama ex senior aku. kak riana :)

memang takut la sampai ktm batu caves. sebab tak ramai orang. kalau pape jadi memang susah la nak mintak tolong. lelagi jenis aku takut berjalan sorang tempat-tempat macam tu. tapi aku kuatkan semangat. dalam pada masa yang sama aku berhati-berhati la. aku sebenarnya tunggu teksi kat depan ktm batu caves tu. aku nak balik asrama. tapi kalau orang pun dah tak ramai apa tah lagi teksi kan? yang ada time tu sepasang suami isteri yang dah berumur. dah tua la bawa barang banyak sangat. aku and 2 orang lagi budak perempuan. yang penting nak tunggu teksi tu aku sampai dulu la kan.

lama gila la tunggu teksi. Alhamdulillah, teksi sampai. tapi aku tak naik la sebab niat aku kalau ada teksi ni aku bagi mak cik n pak cik tu naik sebab aku percaya, mesti Allah akan bantu aku juga nanti. 
aku tahan teksi tu and kasi mak cik n pak cick tu naik. lepas tu aku berdoalah semoga dapat teksi. sebab kat situ tinggal aku sorang. dua orang budak perempuan dah berjalan ke depan tunggu teksi kat depan mungkin. tak lama, dalam 5 minit macam tu Alhamdulillah. teksi sampai untuk aku! yeay! :)

rasa macam bersyukur sangat. 
apa yang aku nak share kat sini adalah pengalaman aku sahaja. takde istilah show off or else yang membawa maksud tinggi diri. kekadang, benda macam ni kita terlepas pandang. satu kata yang aku boleh cakap adalah percaya yang Allah akan turunkan pertolongan kepada kita apabila kita dalam kesusahan. thats all.

peace yawwwww 
^__^


1 comment:

Syimir said...

yup! kekadang,kita tak sedar semua tu.kat dunia gak Allah da balas :)