JellyPages.com

"kehidupan ini penuh dengan kejutan"

"kehidupan ini penuh dengan kejutan"

Thursday, March 21, 2013

BAHASA KELANTAN!

Assalamualaikum

dari aku zaman sekolah lagi sampai la lani. selalu orang mempertikaikan sleng aku ni. sleng apa? slengerrrrrr.haha. takdelah, ceritanya bermula begini.

sejak umur aku 2 tahun lagi aku dah berpindah ke kuala lumpur sebab ayah aku dulu tentera dapat posting ke kuala lumpur. aku dibesarkan dekat dalam kem tentera desa tun hussein onn. sapa tahu? haa nama pendek dia DTHO. aku duduk dalam kem tu dari umur 2 tahun sampai la umur aku 16 tahun. haa kira la berapa lama aku menetap kat sana. boleh jadi kampung aku dah kem tu. kemudian, lepas umur 16 tahun aku pindah ke ampang sampai la lani yang mana aku dah pun berusia 21 tahun.

tapi aku nak ceritakan kat sini. bila orang tanya aku asal dari mana? for sure la aku akan cakap asal dari kelantan, sebab aku lahir sana. cuma yang membezakan aku adalah. aku dibesarkan kat kl. so that, sleng kelantan aku bila bercakap dengan orang lain tu rasa macam memang takdelah. selalu yang tegur orang-orang yang baru kenal aku la. bila aku cakap aku orang kelantan, dorang cam terkejut sebab takde sleng kelantan. biasanya kan kalau sleng-sleng pekat macam kelantan, terengganu, kedah, nogori. poi man-mano pun lokat kan? hehe.

TAPI!
tak la bermakna aku tak boleh kecek kelate. aku boleh kecek, and aku faham bila saudara mara aku yang duduk sana kecek kelate. tapi aku juga akui, ada juga perkataan yang aku tak faham. yang mana aku tak pernah dengar. so mak aku la sebagai bahan rujukan. haha.

tapi cara aku kecek kelate lain sikit la kot. sebab bahasa KL aku kelantan kan.HAHA. ok itu dulu, sekarang bila aku selalu baca kawan-kawan kelantan yang update status ikut bahasa kelantan, and aku menghayati saudara mara aku kecek kelate. aku dah tak buat lagi kot. contoh perkataan senang  sekali la yang aku kelantan kan. kalau ikut kelantan tak nak tu "toksey". tapi aku cakap "tak nok". huhu
pernah juga kena gelak dengan sepupu sebab cakap macam tu. but never mind, sekarang aku dah pandai. kekadang rasa seronok pula kecek kelate.hoho!

biasalah, even kau orang kelantan pun, kalau besar kat kedah. kedah juga la lidah tu kan. same goes to me. tapi takdelah sampai lupa diri okay. even dengan family pun, aku dah mula kecek kelate. dulu rasanya memang kl la. tapi yang PALING SUSAH nak cakap kelantan adalah abg aku. haha. 
adik aku yang widya tu mmg ckp kelantan la kat rumah sebab husband dia pun org kelantan.

sekarang ni aku tengah belajar nak menaip ikut ejaan kelantan. contohnya pulak aku eja pulok. tapi ramai orang kelantan eja pulop. pun jadi pom. haaa mcm tu la. tengah belajar mengeja okayyy! hahaha.

tapi aku suka cakap utara!

good night my lovely readers :")

 jom grab this latest collection from Adore Ava Scraf ! 
this material very soft, comfort and labuh :)

p/s: pah guano kalau aku update blog ikut bahaso kelate. ado hok pehe dok? dok pehe payoh la lagu ni. hehe

2 comments:

Syimir said...

ckp utagha gak best kan! hahaa

Naniey Jemiey said...

Salam saya ada kawan macam sis... asal kelantan tapi dibesarkan di KL, slang dia memang xbunyi Kelantan lah.. bila masuk u br ayah dia pindah stay kat kelantan.. sampai skg slang dia KL je.. kitorg yang pior kelantan neh xkisah pon.. layan kan je.. hiiiii