JellyPages.com

"kehidupan ini penuh dengan kejutan"

"kehidupan ini penuh dengan kejutan"

Wednesday, March 27, 2013

ORANG KETIGA AKAN DIPENJARA?

Assalamualaikum

masih lagi dalam exam mode. maka jangan nak suka sangat la. haha
tapi nak mengular sekejap, sebab tajuk hari ini sangat sangat sangat la tertarik menarik kau memang dabooommm!

sapa baca paper hari ini angkat tangan! *xangkat tangan*
maaflah, saya memang la tak sempat nak baca paper disebabkan banyak sangat input entreprenuership yang perlu saya baca untuk menjawab exam petang tadi. Alhamdulillah, selesai dah satu paper. next paper hari ahad pulak. weeeee ;)

eh berbalik pada cerita and tajuk asal. hari ini dengar cerita dalam paper ada cakap majlis agama kuatkuasa undang-undang kepada orang ketiga yang punca keruntuhan rumah tangga boleh dipenjara 3 tahun! maka AWAS!

so sempat baca online sahaja

aku percaya ada certain people mesti tak setuju dengan undang-undang baru ni. well, aku juga percaya, apa yang mereka buat ini berdasarkan rekod penceraian yang semakin meningkat terutama dalam kalangan pasangan muda. maka, ada baiknya juga. kadang hidup ni, kalau takde undang-undang memang lagi ke laut. tapi orang perempuan juga perlu ingat, lelaki layak berkahwin 4 jika memenuhi syarat. maka pandai-pandai la jaga diri dan keluarga.

 ok chawwwwww!

Saturday, March 23, 2013

LEPAKING AT CHATIME WITH GIRLFRIENDS ;)

Assalamualaikum

masih tak tidur lagi even jam dah menunjukkan tepat 1.50 minit pagi. baru baca subject ENT separuh then pergi meroyan dengan coursemate kat twitter after semua dah senyap and suram, kembali ke facebook and lastly blog! so, bila sambung baca? haha. besok hari saja la. mood dah ke laut. omaigod wirda, dont be like this ok. U MUST "DRIVE YOURSELF" okay! hahaha

agak mengong sekejap kat twitter dengan kengkawan. 

well, disebabkan tanak tidur, tak ngantuk lagi, i would like to shre with u guys ccerita yang tak seberapa ni. ala lepak chatime pun nak masuk blog ke? kepoh la minah ni! tutup je la blog kau tu. menyampah aku tengok. LISTEN! eh boleh ke dengar, if ada antara u guys yang cakap macam ni, feel free ti click button X at the top right side tu ok. hahaha

petang tadi, after tak tahu nak buat apa. tetibe mulut aku ni terbukak nak lepak kat chatime and secara tak sengaja si wawa which is my roommate pun kata ok. maka kami pun bersiap la ke sana. kami pergi bertiga. emy. haa dia ni memang jarang lepak ngan kitaorang. sebab dia ni group DIVA sahaja. mana la layak nak lepak ngan kitaorang, once dia offer nak join sekali, kami suka hati la kan :)
so here, a few picture for uoolllssss untuk di dini hari. wkwkwkwkwkwk

hello! im the owner of this blog. jangan mengata blog kita! kita hempuk guna hanger!
me and wawa. my roomate, classmate, coursemate nasib tak coffee mate :'(


here three of us. from right side is EMY! from diva's group! omaii emy with us laaaa! omaiii. HAHAHA

buruk? nevermind. we lookk so nice. kahkahkah

kami mencuba untuk menjadi comel. berjayakah?

since nak habis belajar ni, bila lagi la boleh lepak dengan depa ni. depan ni orang utara kedah sana nuh. sat g bila dah balik sana susah nak jumpa. tapi emy kata dia nak keje kl. yeay! ada kawan untuk ajak lepak bila bosan mendatang. kam emy kan? wawa, of course la kena jaga bakal laki dia. next year dah kawin dah minah ni. untunggg laa. hehehe

i love you so much my girlfriends even kita jarang kan nak lepak sama. tapi once dah dapat lepakk ahh besttnya! oh btw tadi kami pergi makan dekat texas chicken dekat sri gombak. lebih kurang kfc jugak. 

okay till here, jumpe lagi readers! love you all jugak. ahaks! *tutup muka*

Thursday, March 21, 2013

BAHASA KELANTAN!

Assalamualaikum

dari aku zaman sekolah lagi sampai la lani. selalu orang mempertikaikan sleng aku ni. sleng apa? slengerrrrrr.haha. takdelah, ceritanya bermula begini.

sejak umur aku 2 tahun lagi aku dah berpindah ke kuala lumpur sebab ayah aku dulu tentera dapat posting ke kuala lumpur. aku dibesarkan dekat dalam kem tentera desa tun hussein onn. sapa tahu? haa nama pendek dia DTHO. aku duduk dalam kem tu dari umur 2 tahun sampai la umur aku 16 tahun. haa kira la berapa lama aku menetap kat sana. boleh jadi kampung aku dah kem tu. kemudian, lepas umur 16 tahun aku pindah ke ampang sampai la lani yang mana aku dah pun berusia 21 tahun.

tapi aku nak ceritakan kat sini. bila orang tanya aku asal dari mana? for sure la aku akan cakap asal dari kelantan, sebab aku lahir sana. cuma yang membezakan aku adalah. aku dibesarkan kat kl. so that, sleng kelantan aku bila bercakap dengan orang lain tu rasa macam memang takdelah. selalu yang tegur orang-orang yang baru kenal aku la. bila aku cakap aku orang kelantan, dorang cam terkejut sebab takde sleng kelantan. biasanya kan kalau sleng-sleng pekat macam kelantan, terengganu, kedah, nogori. poi man-mano pun lokat kan? hehe.

TAPI!
tak la bermakna aku tak boleh kecek kelate. aku boleh kecek, and aku faham bila saudara mara aku yang duduk sana kecek kelate. tapi aku juga akui, ada juga perkataan yang aku tak faham. yang mana aku tak pernah dengar. so mak aku la sebagai bahan rujukan. haha.

tapi cara aku kecek kelate lain sikit la kot. sebab bahasa KL aku kelantan kan.HAHA. ok itu dulu, sekarang bila aku selalu baca kawan-kawan kelantan yang update status ikut bahasa kelantan, and aku menghayati saudara mara aku kecek kelate. aku dah tak buat lagi kot. contoh perkataan senang  sekali la yang aku kelantan kan. kalau ikut kelantan tak nak tu "toksey". tapi aku cakap "tak nok". huhu
pernah juga kena gelak dengan sepupu sebab cakap macam tu. but never mind, sekarang aku dah pandai. kekadang rasa seronok pula kecek kelate.hoho!

biasalah, even kau orang kelantan pun, kalau besar kat kedah. kedah juga la lidah tu kan. same goes to me. tapi takdelah sampai lupa diri okay. even dengan family pun, aku dah mula kecek kelate. dulu rasanya memang kl la. tapi yang PALING SUSAH nak cakap kelantan adalah abg aku. haha. 
adik aku yang widya tu mmg ckp kelantan la kat rumah sebab husband dia pun org kelantan.

sekarang ni aku tengah belajar nak menaip ikut ejaan kelantan. contohnya pulak aku eja pulok. tapi ramai orang kelantan eja pulop. pun jadi pom. haaa mcm tu la. tengah belajar mengeja okayyy! hahaha.

tapi aku suka cakap utara!

good night my lovely readers :")

 jom grab this latest collection from Adore Ava Scraf ! 
this material very soft, comfort and labuh :)

p/s: pah guano kalau aku update blog ikut bahaso kelate. ado hok pehe dok? dok pehe payoh la lagu ni. hehe

Wednesday, March 20, 2013

BAIK DI BALAS BAIK

Assalamualaikum

tittle ni macam nak bajet-bajet baik je ann. huhu. tak. aku straight forward je k. malas la nak merapu bagai. buang masa readers i je nak baca merapu tu kan?haha. tambah dengan mata aku yang kuyu niaa. aku baru pas update satu entry ni. entry ni akan aku kepam. nanti bila dah 'busuk' aku publish ok? deal?

hari ahad lepas. aku ada test shoot dengan aizul marcello untuk satu brand hijab ni. brand apa? ok nanti dapat gambar aku share kat korang okay :)
so dari gombak, aku kena la pergi shah alam. memang aku tak pernah pergi shah alam sorang-sorang. tapi aku paksakan diri la sebab orang yang boleh hantar aku sepatutnya tak dapat hantar. sob sob.
so decide untuk naik ktm. aku naik dari ktm batu caves. so far aku terkejut nak ke shah alam naik ktm rm3.40 je kot tak silap aku eh murah gila ok! murah gila! kalau naik kereta minyak kereta lagi, tol lagi. haha. budak account sedang cut cost :P


yang best masa tengah shoot, aku dapat jumpa lynda roslan. hehe. cantik gila dia depan-depan. tinggi pulak tu weh. aku bergambar dengan dia, dia pakai selipar je ok. ingatkan pakai heels. gambar ada kat abg aizul lagi. nnti dah kasi i berlagak kat korang hokey? haha

okay ceritanya la kan, aku dah sampai balik ke ktm batu caves untuk balik ke kolej aku after habis test shoot tu. oh btw aku test shoot bersama ex senior aku. kak riana :)

memang takut la sampai ktm batu caves. sebab tak ramai orang. kalau pape jadi memang susah la nak mintak tolong. lelagi jenis aku takut berjalan sorang tempat-tempat macam tu. tapi aku kuatkan semangat. dalam pada masa yang sama aku berhati-berhati la. aku sebenarnya tunggu teksi kat depan ktm batu caves tu. aku nak balik asrama. tapi kalau orang pun dah tak ramai apa tah lagi teksi kan? yang ada time tu sepasang suami isteri yang dah berumur. dah tua la bawa barang banyak sangat. aku and 2 orang lagi budak perempuan. yang penting nak tunggu teksi tu aku sampai dulu la kan.

lama gila la tunggu teksi. Alhamdulillah, teksi sampai. tapi aku tak naik la sebab niat aku kalau ada teksi ni aku bagi mak cik n pak cik tu naik sebab aku percaya, mesti Allah akan bantu aku juga nanti. 
aku tahan teksi tu and kasi mak cik n pak cick tu naik. lepas tu aku berdoalah semoga dapat teksi. sebab kat situ tinggal aku sorang. dua orang budak perempuan dah berjalan ke depan tunggu teksi kat depan mungkin. tak lama, dalam 5 minit macam tu Alhamdulillah. teksi sampai untuk aku! yeay! :)

rasa macam bersyukur sangat. 
apa yang aku nak share kat sini adalah pengalaman aku sahaja. takde istilah show off or else yang membawa maksud tinggi diri. kekadang, benda macam ni kita terlepas pandang. satu kata yang aku boleh cakap adalah percaya yang Allah akan turunkan pertolongan kepada kita apabila kita dalam kesusahan. thats all.

peace yawwwww 
^__^


Monday, March 18, 2013

KENAPA DENGAN AKU?

Assalamualaikum

minggu depan start final exam. final exam ok. final exam. tak paham? FINAL EXAM OKAY!
eh, kenapa cepat sangat masa berjalan ni. makin nak final, makin mengular pulak aku ni. bukanla mengular apa, kalau dulu "biasanya" la aku akan kurangkan aktiviti sosial aku. tapi sekarang ni aku cam endah tak endah je. mungkin faktor final sem. jenis tak sabar nak habis exam.

sebenarnya aku pelik dengan diri aku. memang lately ni aku TERSANGATLAH BUSY nak mati ok. tapi tak mati lagi la. nak je baru. huhu. so aku merasa perubahan  yang aneh dalam diri aku. 
maksud aku kat sini, orang sampaikan A dekat aku, aku faham B? padahal benda tu remeh sangat. contoh situasinya ialah

wawa: wirda font guna ARIAL tau.
wirda : okay

masa dah siap print semua, aku tengok tulisan lain. baru aku teringat dia kata ARIAL bukan  NEW TIMES ROMAN. benda tu aku nak kata careless boleh juga. takpelah, still boleh accept lagi

ada beberapa situasi pulak dimana otak aku set nak buat benda A tapi aku buat B. contohnya ialah

- aku nak guna jubah hitam. aku LANGSUNG TAK INGAT aku banyak baju hitam even bukan jubah pun ia tetap loose macam jubah. tapi aku pergi gigih jumpa kawan aku konon nak pinjam jubah dia. dalam perjalanan balik tu. baru aku teringat, eh aku ada jubah la at last aku pakai jubah sendiri.  haih

- aku nak basuh sudu lepas makan. dah letak dalam sinki, tapi aku pergi amik balik and nak buang dalam tong sampah pulak. nasib baik aku perasaan benda tu sudu. kenapa ni? isk :'/

- aku nak gantikan plastik sampah kat dalam bilik aku kat kolej. selalunya plastik tu aku gantung dekat tombol pintu je. tapi DALAM TAK SEDAR aku pergi gantung plastik sampah tu kat tempat sangkut kain baju. waktu tengah makan tu aku baru perasan tengok plastik sampah takde. aku cuba ingat balik sebab setahu aku, aku ah ganti dengan yang baru. cari sekeliling bilik rupanya salah sangkut. wuwuwuwuwu

adakah disebabkan terlalu banyak keje nak kena settle kan. atau aku dah nyanyok? omaiii, muda lagi kot nak nyanyok.

hmmm, harap study week and masa tengah jawab exam aku tak macam ni. please wirda please! :"(

p/s: minggu ni dah start study week. kengkawan. lets struggle for final sem!

Saturday, March 16, 2013

VIVA PRESENTATION :)

Assalamualaikum

Alhamdulillah. presentation yang wirda takut-takut kan itu sudah pun berakhir. berjalan dengan lancar dan tak seburuk yang disangka. sama ada melalui imaginasi mahupun bagi mereka yang telah melepasi dan menceritakan pengalaman teruk mereka. so wirda percaya. nak tahu susah ke senang, kita sendiri kena lalui sesuatu tu. hehe.

MY GROUP MEMBER. WIRDA,ZANA, MIRUL AND WAWA. 


my group suppose start at 12.15pm. tapi tak tahu kenapa, jadi boleh terlambat. start dalam pukul 1 macam tu juga la. so as usual la. jumpa kawan macam tak pernah jumpe. supo beruk! haha. asal jumpe jerit nama, angkat-angkat tangan.waakaka. kata kau nak tunjuk kau comel hari ni wirda. lalalalala. okay sila menyampah. then sementara nak tunggu. nak hilangkan nebes yang menebal tu kan. apa lagi, kita short snap la dulu picture, hehe. bila berkumpul ramai-ramai tadi. ditengah kegelakan terselit rasa sedih pulak. sebab sedar tak sedar, almost 3 years we have been together. belajar bersama, bekerjasama bersama. tuptuptup awal bulan 4 ni, semua dah habis belajar. maka tamatlah DIPLOMA! oyeahhhh! papepun, jangan la lost contact okay. will missing u guys. 
OPERATION MANAGER
WITH GENERAL MANAGER FROM OTHER COMPANY.KAHKAH. BOY :)
FINANCE MANAGER FOR MY GROUP

WITH MARKETING MANAGER FROM OTHER GROUP
ME YANG SEDANG MEMBAJET COMEL. OH MANNNN :P
bila dah sampai turn group aku. memang nebes gila. menggigil. boleh pulak feeling nak terkucil kat dalam bilik tu.haha. dapat pulak dengar citer lecturer yang agak fussy. so cam lagi tambah la gelabah kan. tapi apa yang menyebabkan aku FRUST AND SEDIH adalah. penat je aku practise hafal itu ini untuk present bahagian aku. tapi dia xsuruh present pun. evaluaters terus direct ask question kat aku. haha. agak frust la. kalau evaluaters give me a space or chance to explain mungkin aku boleh improve my performance during presentation.papepun, takpe. cukup bersyukur kerana Allah mempermudahkan segala kerja dan urusan kami. dan evaluaters pun takdelah setakut yang kami dengar dari cerita orang. hehe. sangat enjoy la masa present tadi. tapi bila ada part yang tersangkut tu normal la kan. everyone akan hadap benda tu. 


AFTER DONE PRESENTATION
ME
HAHA. BURUKNYA IOLLSSSS. REWARD DIRI SENDIRI DI FESTIVAL CITY

esok submit report. then need to fokus on next report where the report should be submit on monday. weekend? apa tu weekend? apa tu? *nangis*



P/S: tepek gambar je banyak sebab tak larat nak story. penat gilaaaaa. HAPPY SUNDAY READERS!

Friday, March 15, 2013

ENTREPRENUERSHIP! BE PREPARE GUYS ;)

Assalamualaikum

holaaaaaaa readerss! sapa kat sini yang amik ETR? sapa esok yang akan involve dalam presentation VIVA esok? saya yang kat sini takut, nebes risau? angakt tangan! *tengah menaip sambil tangan sebelah angkat tangan*

yeeee finally, esok adalah hari yang dinanti-nantikan. xdelah menanti sangat. tapi sebab selagi tak berlalu selagi tu la tak free kan. so jadilah hari yang dinantikan untuk semua student yang amik ETR. esok la hari untuk kita convince yang product kita bagus. tapi masalah aku sekarang adalah. mcmne nak yakinkan dorang? aku risau sebab penyampaian aku melalui perkataan adalah sangat low okay. so that, aku kena cari alternatif untuk improvekan diri dari segi penyampaian. sebab tu aku tak bercita-cita untuk menjadi pembaca berita atau penyampai radio mahupun pengacara tv. haha!

sini aku letak kan sedikit TIPS! untuk SAMA-SAMA APPLY. bukan bermakna aku kasi tips ni aku bagus. tak. sebab hakikatnya aku sendiri yang cari tips ni untuk aku apply kat diri aku. sapa classmate aku, dorang tahu la macam mana gugupnya aku bila buat presenatation. yes i am! huh 

ini tips officially aku google okay. haha

1) sebelum presentation. kita kena fokus. tahu apa yang hendak kita sampaikan. faham dengan betul. jangan syok sendiri.

2) kenali bakal audience anda. sapa mereka. apa status mereka dan tujuan apa untuk mereka dengan. so that, after presentation we can reach our main objective apa yang hendak kita sampaikan kepada mereka. kira macam, lepas aku habis presentation. aku harap apa yang aku nak sampaikan pada dorang, boleh sampai and faham dengan baik.

3) membaca atau mengedit kembali paparan slide yang korang dah buat. well, as you know. if you are not familiar with your own slide. itu akan menganggu proses penyampaian. so that, study your slide jugak. make sure slide tu takdelah terlalu crowded and senang nak faham and of course la menarik!

4) lakukan latihan sebelum membuat presentation yang sebenar. biasa kita apply kat depan cermin, so now apa kata kita cuba buat depan kawan kita. and suruh dorang tanya kita any question yang menjadi kemungkinan di tanya. so that, kita time tu dah ada skill untuk handle the question and cara nak jawab. InShaa'Allah.

5) kalau boleh pergi tempat yang anda bakal present . and buat latihan dekat situ. so environment dia pun kita dah boleh konker kan. 


okay itu sahaja. kepada kawan-kawan ku. good luck for your presentation! DO YOUR BEST!
my product is.................................YOGURT RICE KURMA FROM RICE URBAN ;)


my group. ada sorang lagi lelaki. oh fire extinguisher. penyibuk! 

nantikan entry selepas presentation okay! ;)

Wednesday, March 13, 2013

HILANGKAN STRESS DENGAN............

Assalamualaikum

stress adalah perkara biasa yang dilalui oleh semua manusia. kalau tak stress tu tipu la. i dont know what to say la uollsss ni jenis macam mana. pentipu pentipu pentipu! hikhokkkk. bila mana stress menguasai diri, maka dengan itu semua kerja pun xjalan. semua perbuatan pun tak kena, semua percakapan pun jadi salah,semua orang pun nak dipersalahkan. tak begitu murid-murid? haa memalam ni nak jadi cikgu tak bertauliah sekejap.

memandangkan aku berada di tahun ketiga diploma (ayat kauuuuu!) maka dengan itu, sangat la sangat stress sebenarnya. ada sampai satu tahap rasa nak stop. nak lari. nak menangis. tapi Alhamdulillah, semangat aku kuat kot.aku hadapi and pujuk diri sendiri dengan perlahan cakap "wirda, semua tu kau je nampak susah,tapi bila kau dah berada dan dah lepas apa yang kau perlu buat, kau akan rasa tak la sesusah yang kau fikirkan sampai stress giteww" haa itu ayat aku selalu pakai la. tak kisah la, kuiz ke, test ke, final ke, presentation ke. sebab kalau kita perasankan, bila adik-adik nak UPSR,PMR,SPM mesti kita kata "ala senang je tu. sambil berdengkur pun boleh jawab" ekekeke. kan? so aku rasa, aku guna cara itu. ia berhasil 

maksudnya bila kita set mind kita tak sesusah yang kita rasa. maka kita ada semangat untuk buat. dari yang tak tahu nak mula dari mana pun kita usaha cari jalan perlahan-perlahan dan jadilah KOKO KRUNCH! eh silap dan berhasillah kerja hasil usaha lap peluh tangan lenguh kita tu :")

tapi-tapi aku saja je nak share dengn uooolsss apa yang aku selalu buat bila TENGAH STUDY and bila rasa dah TAKBOLEH NAK MASUK. otak dah nak tepu WALAUPUN sebenarnya baru guna tak sampai 10% space otak tu. kan? haiyoooo! of course lam. im not genius ok.huhu

selalunya waktu tengah study, aku ada target. katakan pukul 11 malam aku kena habiskan 4-5 tutorial. so i will make sure yang aku boleh buat 4-5 tutorial tu. then lepas tu, aku akan stop. beri ruang untuk diri sendiri. contoh pergi sembang dengan junior. masuk bilik baring 15 minit jap. amik phone may game POU ke, layan fb sekejap ke (ini takleh percaya sangat ni fb ni.haha). then sambung balik study. bagi aku, kualiti itu lebih penting dari kuantiti. kau belajar lama mana pun, tapi satu haprak tak masuk pun tak guna juga. biarlah orang tengok kita sambil lewa as long as kita tahu kat mana kita sekarang berada. tidak terlalu tertinggal ke belakang dengan kawan-kawan yang lain. kalau tertinggal ke hadapan lagi bagus. eh faham x apa aku maksudkan ni? translator please -.-

kemudieennnnn, aku kekadang suka layan lagu kat youtube. karoke sorang-sorang. and lagu tu haruslah lagu yang aku tak pernah nyanyi and dengar. kahkahkah! of course la sumbang mambang bunyik dia. ala, macam korang jugak la. buat-buat tahu lirik, tapi mulu aaaa,laaa ,annnaaaa (%$#@$%&&)

bagi aku, cara-cara macam tu boleh mengendurkan sedikit stress yang dialami. AT LEAST kita boleh ketawa and gelak-gelak. kalau kita stress and kita sendiri buat tambah stress dengan cara kita handle. kau akan rasa diri kau lebih teruk. itu pendapat aku. aku tak kata aku jenis yang free from stress. but im trying to look like free from stress.

for you information. kisah ke kan? haha.
aku minggu ni padat gila!
RABU - TEST FINANCIAL MANAGEMENT
KHAMIS - PRESENTATION STUDY CASE 3
JUMAAT - TEST AUDIT
SABTU - PRESENTATION VIVA (ETR)

huwaaaa, satu persatu nak kena siapkan and study. 


Friday, March 8, 2013

MANA NAK CARI TUDUNG CANTIK-CANTIK?

Assalamualaikum

fenomena membeli secara online bukan lagi asing dalam kalangan kita. mereka memberi peluang kepada kita untuk memudahkan aktiviti harian walaupun berada di hadapan laptop/pc untuk menjadi up to date dengan fashion - fashion terkini

terlalu banyak online shop yang menjual pelbagai jenis product. antara suggestion wirda untuk wanita di luar sana, dan juga para lelaki yang ingin menghadiahkan tudung-tudung menarik dan terkini kepada adik,kakak,isteri ataupun ibu anda ialah


sila jangan segan untuk KLIK link di atas dan boleh la start untuk shopping and place your order jika berminat dengan design, colour and type of material! harga? jangan risau, sangat affordable untuk semua orang ;)

di bawah adalah antara keluaran terbaru dari Adore Ava Scarf 


anda boleh mempelbagaikan gaya tudung dengan AVA ALAMANDA!
sesuai dipakai dan digayakan kemana sahaja
warna yang menarik
material satin yang sangat selesa, tidak panas dan mudah dibentuk
material : high quality

jangan terlepas untuk GRAB AVA ALAMANDA! 


order hanya di blog Adore Ava Scarf 

HAPPY SHOPPING!

THANK YOU!


Tuesday, March 5, 2013

MANA ETIKA ANDA SEBAGAI PEKERJA?

Assalamualaikum

bila seorang pekerja, yang terlibat deal dengan customer , bagi aku dia kena ada satu etika yang dia kena pegang bila melayan customer. ramah dan mesra. since customer always right, tak bermakna customer pun boleh buat sesuka hati. tapi pekerja pun kena la ada etika yang baik sebab awak tu membawa imej company.

petang tadi aku and wawa which is my roommate free. so kitaorang decide nak keluar pergi beli seluar slack untuk presentation VIVA next week. tempat yang paling dekat dengan kolej aku adalah GIANT BATU CAVES. so, kitaorang pun pergi la cari seluar tu kat sana.

masa tengah cari tu, agak berserabut jugak la dia punya susunan. memang nak cari, boleh bersepah juga la, dan kitaorang ni fikir, kesian pulak pekerja kena kemaskan balik. so we decide untuk tanya saja promoter yang jaga bahagian situ. 

wiwi and wawa + giant

wawa : kak, size ni ada lagi x?
*pandang sebelah sisi*
giant : xde, semuanya kat situ (tanpa SENYUMAN, MUKA NAK TAK NAK JE JAWAB!)

kitaorang pun pergilah dari situ and terus mencari misi mencari size yang ideal. memandangkan layanan dia ntah pape kan. so aku pun decide untuk cari sendiri, bila cari sendiri makanya HARUSLAH bersepah sebab susunan dia pun pening-pening. so aku tak rasa kesian la pulak. 

lama jugak la kitaorang cari, masuk fitting room, cari masuk fitting room cari. 
pastu mungkin dia usha dari jauh kot kan yang kitaorang dua je kat situ and dah bersepah. 
dia pun datang (time tu aku dalam fitting room)

giant: cari apa ni dik? (kalau aku ada nak je aku sumbat spender dalam mulut dia!!!!)
wawa : cari seluarlah...

lepas tu aku keluar, aku and wawa faham la kenapa dia datang situ, aku senyum buat muka berlagak je la. pekerja tu kemas balik sambil muka kerut + lipat seluar dengan ala-ala nak hempas2x seluar tu tapi takut kot.haha

pastu, ada sorang kakak ni datang, dia cari seluar jugak. tetibe giant tu cakap
"seluar kat sini semuanya size kecik-kecik. besar-besar takde"
mmg nak tuju kat kitaorang la tu, sedangkan akak tu tak tanya pape pun kat dia. kakak tu pun bukannya besar sangat. pesen macam aku la. cuma tinggi. kannssss. aku pun tanya la 

wiwi : kak,seluar size L ada x? 
giant : xde (tak pandang langsung tu) 
wawa : size XL?
giant : pun xde (sambil terus melipat) 
kurang ajar tak kurang ajar la kan.
pastu wawa pergi sendiri cari kat tempat yang dia baru lipat tu. tetibe JUMPA SIZE XL
aku pun cakap " eh ada pulak??" saja je nak memerli. dia diam je. kemudian kitaorang BLA dari situ.

aku berhenti kat tempat ramai2x pekerja giant bahagian situ juga, tengah duduk2x
"*carut* pekerja giant ni! tanya leklok jawab macam hape. aku nak pergi buat report nih! *carut lagi*"

aku memang bengang la. kau nak kerja, kerja la betul-betul. kau ingat kitaorang ni apa? customer kau ok! layan la elok2x. jawab la leklok! susah sangat ke? ada masalah dengan laki ke, boyfriend ke jangan bawah masuk GIANT! SIMPAN DALAM STORE DULU!!!

pastu, terus pekerja giant tu pergi dari situ. tak tahu la depa pergi mana. haha. tapi seriously aku memang nak buat report dah time tu.

masa nak minta kerja MANIS kan muka? dalam hati moga-moga dapat kerja. kan? so bila dah dapat kau kerja macam mana?

aku pun bengang sangat kot, sampai berani tinggi kan suara dalam giant. haha. memang kuatlah aku bercakap sound budak tu. pedulik hapa aku. kau dah kata kat situ je ada, tapi susunan berselerak, maka kami ni YANG BUKANNYA KERJA KAT SITU mana la tahu susunan dia macam mana. memang la bersepah. lepas tu nak marah-marah. sebab tu, selalunya promoter akan tolong carikan supaya memudahkan kerja dorang. ini terus cakap takde, tapi bila kitaorang cari sendiri ada pulak. sebab bukan kau punya business, yang kau tahu cukup bulan dapat gaji, so tak kisahlah orang beli ke tak product giant tu kan? kan? kan? jenis selfish!

pengajarannya, mesra lah dengan customer. apa jenis service pun. sebab kau bawa imej company.bukan company bapak kau, memang la kau boleh wat muka toya kau tu. sabar je la aku niaa. 





Sunday, March 3, 2013

TESTIMONI PURE MARINE COLLAGEN

Assalamualaikum

Alhamdulillah, pure marine collagen wirda restock xsampai seminggu dah habis. ramai yang beli 2-3 paket terus sekali beli. so bila dah ada yang consume, wirda teringin la juga nak tahu apa yang mereka alami selepas mengamalkan pure marine collagen ni. sama ke macam wirda rasa? setiap orang kan, jenis kulit dan masalah dalaman berlainan.so wirda minta mereka kongsi ;)
  wirda jual pure marine collagen ni, bukan wirda jual saja. wirda akan follow up customer-customer wirda.buat masa ni wirda dah dapat dua testimoni dari dua orang customer wirda.








 testimoni atas ni wirda follow up customer wirda yang baru seminggu pakai.



pure marine collagen memang sangat sesuai untuk kulit luka. contohnya macam luka accident. just apply je kat bahagian tu, InShaa'Allah, result dia sangat cepat untuk kita lihat :)
macam kulit yang berjerawat, jerawat yang naik memang akan cepat kering dan hilang.

siapa yang berminat nak cuba makan dan amalkan pure marine collagen gred AAA boleh la inbox di fb wirda, atau hantar email : wirdawahid@gmail.com

susah sangat, whatsapp je : 012-9356395

1 paket RM20
2 paket RM25

STOCK LIMITED SUDAAAH! sebab wirda nak final exam dah, so wirda dah tak kan restock untuk masa sebulan ni. so so so sooooo, sapa nak cepat-cepat la order ye, tinggal lagi beberapa paket sahaja ;)



to my customer: feel free to share your testimony with others :)