JellyPages.com

"kehidupan ini penuh dengan kejutan"

"kehidupan ini penuh dengan kejutan"

Monday, February 25, 2013

THIS IS TOOO MUCH!!

Assalamualaikum

well, title nak emo emo pulak kau kan wirda? hahaha
korang mesti familiar dengan rancangan bang bang boom right? bang bang boom memang activity dorang tak lain tak bukan "mengenakan" kan orang. especially artis-artis kita la kan. 

nak bagitahu sini, aku bukan la penonton setia bang bang boom. tapi aku pernah la tengok bila mana tak sengaja ada rancangan tu kat tv. so aku pilih untuk tengok. tapi sekarang ni, aku sendiri tak tahu sama ada, rancangan tu masih ada lagi ke x. hoho.

apa yang aku nak heboh sangat macam mami jarum niaa. sebab aku tertengok video yang di suggest kan oleh kawan aku untuk tengok. dia kata kesian artis kita kena buat macam tu. sebab ia melibatkan MARUAH!

aku pun, dengan pantas, lepas kelas terus la tengok kan. so memang aku boleh komen. korang ni tak kena kat adik kakak sendiri boleh la gelak kan? ini melibatkan maruah artis tersebut. sapa artis tu? raidah ibrahim. rancangan kali ni, zuan tu la kononya datang rumah fida secara mengejut untuk masuk minang. memang macam nak minang betul la, siap dengan hantaran bagai.. 

bila fida terima...dorang boleh cakap
BANG BANG BOOM
apa kejadah woi? ingat ni benda main-main ke? fida tu siap dah terima, muka dia aku paling kesian lepas dia tahu tu semua permainan. and dengar citer fida terus putus lepas kena main macam tu. masa tu fida and zuan tu bercinta. tak tahu la aku kan. aku bukan mamarazi mereka. tapi aku geram satu hal ni la. ada benda kita boleh gurau, ada benda tka boleh.

idea kali ni macam memalukan pihak perempuan la jugak. yang aku tak leh terima, parents fida pulak dikatakan bersekongkol. hmm, kalau mak ayah dia rasa, itu hanya satu permainan. okay la kan. apa boleh buat. benda ni tahun 2011 punya. memang aku suka naikkan balik citer dah basi. hahaha
sebab aku baru tahu je ahh ni. baca komen komen orang yang kat youtube pun tengok dorang marah-marah. kalau ikut hukum, dorang tu dah memang bertunang. si zuan tu boleh tanpa serba salah memainkan fida mcm tu. haihhh....
bila aku tengok balik video ni kan, kononya fida nak kenakan zuan tu, aku rasa sebab nak cover malu dia balik. mungkin idea produksi. sebab muka dia memang berubah gila, takkan dengan mudah nak anggap benda tu memain..

yang belum tengok, boleh la korang tengok video tu kat link yang aku kasi ni. ada dua video sambungan dari video yang pertama.

BIKIN PANASSS~~~!






pengajaran yang kita boleh amik, nak bergurau ada batasnya. jangan sampai melibatkan hukum hakam agama. perasaan orang sekeliling kena amik tahu, kita seronok tak bermakna orang yang kena tu pun seronok. bila kena batang hidung sendiri baru nak emosi lebih ke? pegi balik rumah duduk dalam bilik nangis baling-baling bantal je k? lalalala


1 comment:

zeera lily said...

bw sini wirda...
jemput ke tmpt sy
http://belogzeera.blogspot.com/