JellyPages.com

"kehidupan ini penuh dengan kejutan"

"kehidupan ini penuh dengan kejutan"

Wednesday, February 27, 2013

PENDAM

Assalamualaikum

dulu kalau sedih, selalu aku menangis depan blog. sampaikan blog aku ramai yang bagitahu sedih and nangis bila baca. tak tahu pula aku bawa kesedihan tu meresap dalam jiwa mereka. lepas tu, aku jadi segan, sebab macam aku membuka kelemahan aku sendiri. aku nekad tak nak cerita secara detail tentang kesedihan aku yang lalu.

tapi hari ni, lepas solat maghrib, aku rasa...aku rindu nak meluahkan kat blog. dah lama aku tak sedih macam ni sekali, aku yakin aku dan semua yang terlibat kuat untuk menghadapi semua dugaan ni. 
di dunia ni, tak de yang sempurna. nasib pun tak semua sama. ada yang bernasib baik, dan ada pula yang sebaliknya. maka apa jua yang telah diberikan, kita kena bersyukur. tapi hati ini, bukan la seperti malaikat. tetap rasa paling teruk dalam dunia ni, walhal aku tak sepatutnya rasa macam tu.

setiap kali aku dengar rintihan, aku menangis. aku tak mampu nak buat apa. kalau aku melakukan sesuatu, mesti ada ayat yang tak sedap di dengar akan sampai kepada aku. tadi, aku dapat tahu sesuatu. sesuatu yang mana akan mengubah segalanya. yaAllah, berikan kami kekuatan serta ketabahan untuk menghadapi semua ini. 

kalaulah masa itu boleh diputarkan kembali. kalau la masa lalu itu dapat kembali. aku pasti, ini bukan perasaan yang sedang aku rasakan. aku yakin, aku langsung tiada masalah tentang itu. tapi hidup ni bukan lah kita yang aturkan. apa yang terjadi Allah dah tentukan. biarkan semua ini berakhir untuk kebaikan ramai pihak dan aku tahu, ia pasti akan melukakan ramai pihak. 

kekuatan itu perlu dicari. menangis saja takkan mampu untuk menjadi kuat. be strong semua!