JellyPages.com

"kehidupan ini penuh dengan kejutan"

"kehidupan ini penuh dengan kejutan"

Saturday, February 23, 2013

MASALAH ITU UJIAN

Assalamualaikum

masalah tu dah jadi satu kewajipan setiap insan melaluinya. sama ada terlalu sukar, sederhana atau langsung tak memberi effect kepada seseorang, ia tetap di kenali sebagai masalah. namun, bagi mereka yang berfikiran sentiasa positive, kita perlu ingat masalah itu bukan beban, tapi ujian dari Allah untuk menguji sejauh mana iman kita, takwa kita, kesabaran serta kekuatan kita. semua muslim tahu, Allah tidak akan menguji para hambaNya luar dari kemampuan hamba-hambaNya, itu kita tak perlu risau, kerana Dia Maha Mengetahui. 

tapi sebagai manusia yang iman senipis kulit bawang, malah lagi nipis dari itu. aku sering juga tersasar, lalai, lupa, melenting, merungut bila punya masalah. kenapalah setiap kali masalah mengundang, susah betul kita nak ucap Alhamdulillah. bersyukur, kerana ujian itu menandakan Allah sayangkan kita. Allah menguji kita. reward daripada ujian itu di dunia dan akhirat Allah akan beri. InShaa'Allah

ada juga satu tahap, di mana masalah orang lain, tapi memberi impak yang cukup besar dalam hidup kita. walaupun bukan atas perbuatan kita sendiri, tapi bila ia memberi impak. kita juga sebenarnya perlu belajar redha dan terima sesuatu yang bernama takdir. kita tak mampu nak ubah takdir yang telah Allah tetapkan, tapi kita mampu ubah pernerimaan kita terhadap takdir tersebut. but yes, berkata, menaip sangat la mudah. untuk melakukan, sungguh, sampai sekarang sebenarnya aku juga masih gagal untuk menerima sesuatu dalam hidup aku untuk 100%. bagaimana ni? 

bukan aku tak cuba untuk melakukan hal tersebut, tapi kadang kala perasaan memberontak dan berfikir, "ini tidak seharusnya berlaku" melekat di fikiran aku. sampai aku hilang kawalan dalam perbicaraan serta pemikiran. ada benda, kita boleh kongsi secara detail dan ada benda kita tak boleh nak kongsi. kalau kita sendiri tak mampu nak simpan rahsia kita sendiri, macam mana kita nak percaya orang lain untuk simpan rahsia kita? maka dengan itu, mengambil jalan mudah untuk simpan sendiri. luahkan dan bermohon kepada Allah agar segalanya berakhir dengan kebaikan. semua yang berlaku atas kehendakNya.

semoga diri ini dan pembaca boleh ubah masalah itu bukan beban. tapi ujian. sama ada kecil atau besar. ia ujian dari Allah. 

yang pasti, untuk bahagia, perlu rasa kepahitan . barulah kita lebih menghargai rasa bahagia yang diperolehi. kalaulah kita ni senang-senang je dapat bahagia, mesti kita susah nak hargai, malah mungkin juga kita buat bahagia itu satu perkara yang remeh and sesuka hati.

No comments: