JellyPages.com

"kehidupan ini penuh dengan kejutan"

"kehidupan ini penuh dengan kejutan"

Tuesday, February 19, 2013

FIDA AISHAH?

Assalamualaikum

malam ni entry sedikit entry gossip. almaklum la orang ketinggalan macam aku ni baru nak amik tahu tentang blogger yang tinggal kenangan tu. 

aku memang dah lama ada blog, tapi aku tak la aktif sebab tu sampai sekarang tak jadi blogger yang berjaya. okay takpe. *muka kisah ke?* 

tapi sejak semalam kot, aku terbaca la status seseorg ni  pasal "fida aishah". memula tak amik pot sangat, tapi lepas baca komen and semua komen respon dorg semua mcm kenal sangat, tahu sangat kisah tersebut. so aku sebagai blogger picisan ni nak jugak la menyelit walau kes tu sebenarnya dah lebih dua tahun berlalu. eh wirda dah dua tahun ok. nak amik port lagi ke? haha kesah plak. biar ahhhhh!

then, aku xwatpape la, aku just "ooooo" 

kemudian, aku nengok org lain pulak update status pasal fida aishah. then ada orang komen kat status dia siap link nak bagitahu sapa fida aishah. aku maleh la nak tunjuk-tunjuk link tu sebab senanya korang boleh je google sendiri kan? * sambil angkat kening*

aku pun tekan link tu and secara tak sengaja dekat sejam lebih nak dekat dua jam jugak la aku search pasal fida aishah ni. membuang masa betul.haha, padahal sebelum tu lecturer aku ada pesan suruh fokus kat tajuk dia nak ngajar keesokan harinya sekurangnya dua jam. tapi hampeh, baca pun idok. tapi gagah pulak nak mencari si fida aishah ni. 

aku baca berdasarkan kisah-kisah mereka yang update pasal fida aishah la since dia dah delete blog dia kan. sebab mungkin dia nak fokus kepada anak-anak dia. EH!

selain tu, aku pun usha setiap komen yang dorg komen. memang aku kata, fida aishah ni memang femes la dulu, sampai ada orang marah-marah bila timbul isu fida aishah ni fake and identity dia sebenarnya bukan seperti yang dikatakan dalam blog dia. apa yang menarik pasal blog fida aishah ni mereka kata pasal ayat puitisnya. sapa yang masuk dalam blog dia, mesti melekat. sebab katanya puitis tu dekat dengan diri pembaca. haa gitewww la. lagi satu fida aishah ni cantik. mix dengan hape benda ntah, tp org kata tu gambar google. aku tak tahu. org kata. hoho :P

pastu ada la yang update sebagai bukti yang selama ni peminat fida aishah memang kena tipu. sebenarnya, fida aishah tu dah berumur 43 tahun (pada masa itu) dan mempunyai 4 orang anak. (klu xsilap). apa-apa pun aku dapat tahu kali terakhir fida aishah ni dah mohon maaf kepada semua. tapi ramai yang rindukan penulisan dia :)

haa, senanya tu je kes dia. kes dah lama. aku naikkan balik ni jangan marah. sesaja la sebagai blogger yang tak pernah amik port ni. ni kira sejarah-sejarah dunia blogger la ni. xsalah kot kalau amik tahu. 

peace
^__^

3 comments:

Bukan Bvlgarigirl said...

haa meh sini nak bagitahu. fida aishah ni ade protege skang. guna nama Arianna Melissa aka bvlgarigirl ye. tp dah terbongkar juga identity beliau.

http://bvlgarigirl-sebenar.blogspot.com/

Hud Aikara said...

pelik juga kenapa nak tipu2 dlm internet? lagipun dlm berblog ni org masuk sbb penulisan bukan bergantung sangat pada rupa atau umur.mungkin si Fida ni mahu menjadi seseorang yg tak akan pernah dia boleh jadi. Jadi fantasi itu terluah didunia maya.anggap sajalah dia menulis satu fiksyen...

Anonymous said...

aah mmg rindu nk buka n bace blog die. x pnh bosan bile bce...really miss her blog...