JellyPages.com

"kehidupan ini penuh dengan kejutan"

"kehidupan ini penuh dengan kejutan"

Thursday, February 28, 2013

CARA PENGGUNAAN PURE MARINE COLLAGEN

Assalamualaikum

sejak entry tentang PURE MARINE COLLAGEN wirda publish ramai yang inbox tanya macam mana cara penggunaan pure marine collagen ini. selalunya kalau sempat wirda akan selitkan instruction sekali dengan parcel atau wirda akan inbox mereka secara detail tapi untuk bagi uolss semua nampak. jadi wirda update kat blog ok ? :)

satu yang anda kena tahu pure marine collagen gred AAA ini mempunyai bau yang maha hebat berbanding pure marine collagen gred AA. baunya hanyir, sebab itu juga lah sebenarnya gred AAA ini lagi bagus berbanding gred AA.tapi! jangan risau, kita mempunyai beberapa cara untuk menghilangkan bau tersebut.

CARA BASUH DAN PENGGUNAAN

  1. Basuh kolagen mentah, ramas-ramas seperti basuh beras sebanyak 5-6 kali (termasuk untuk hilangkan pasir pantai yang masih ada pada kolagen)
  2. rendam kolagen mentah yang telah dibasuh SEMALAMAN
  3. keesokkannya, buang air rendaman tadi dan basuh sekali lagi 5-6 kali
  4. campurkan sekitar 100gm kolagen mentah dalam 2 liter air kosong untuk direbus
  5. rebus dengan api yang perlahan dalam 3-.45 minit. kacau sehingga HANCUR
  6. boleh juga dicampurkan dengan gula atau madu
  7. untuk hilangkan bau hanyir ketika merebus, boleh masukkan sedikit daun pandan. 

*NOTE : JANGAN CAMPURKAN DENGAN LEMON ATAU ASAM KEPING SEBAB NANTI PURE MARINE COLLAGEN TAK MENJADI

CARA MAKAN
  • cara makan pula sangat ringkas. amik 2-3 sudu sehari iaitu, selepas bangun tidur di mana perut masih kosong atau setengah jam sebelum tidur.
  • jangan amik pure marine collagen secara berlebihan dalam satu hari sebab ia akan mengakibatkan sakit kepala
  • boleh dimakan begitu sahaja atau campurkan dalam minuman seperti ribena, orange, manggo (kecuali minuman bergas)
  • elakkan pemgambilan minuman berkafien seperti kopi dan teh dan juga minuman bergas dalam tempoh 3 jam pengambilan pure marine collagen kerana ia akan menyerap vitamin C, kolagen dan glutathione dalam badan kita
  • perbanyakkan minum air kosong untuk melancarkan pembuangan toksin dalam badan.

CARA MEMBUAT MASKER

seperti sedia maklum, pure marine collagen ini bukan sahaja boleh dimakan ia juga boleh digunakan untuk bahagian luar. seperti masker.

  • cuci wajah dengan bersih dan bilas
  • amik sedikit gel kolagen yang telah dibekukan dan ratakan di seluruh muka
  • biarkan selama 20-30 minit
  • boleh di bawa tidur atau bilas
  • amalkan setiap hari, dan akan lihat kesannya dalam masa yang singkat 
NOTE: UNTUK KREATIF ANDA JUGA BOLEH CAMPURKAN GEL KOLAGEN TADI BERSAMA TOMATO ATAU PUN MADU


ORDER : WHATSAPP/SMS - 012-9356395 / INBOX FB / EMAIL AT WIRDAWAHID@GMAIL.COM

1 PAKET RM20
2 PAKET RM25

PRICE INCLUDE POSTAGE

NOTE : ANYONE YANG NAK BELI BORONG UNTUK TAMBAH SIDE INCOME ALSO BOLEH BORONG DARI SAYA. TQ

Wednesday, February 27, 2013

PENDAM

Assalamualaikum

dulu kalau sedih, selalu aku menangis depan blog. sampaikan blog aku ramai yang bagitahu sedih and nangis bila baca. tak tahu pula aku bawa kesedihan tu meresap dalam jiwa mereka. lepas tu, aku jadi segan, sebab macam aku membuka kelemahan aku sendiri. aku nekad tak nak cerita secara detail tentang kesedihan aku yang lalu.

tapi hari ni, lepas solat maghrib, aku rasa...aku rindu nak meluahkan kat blog. dah lama aku tak sedih macam ni sekali, aku yakin aku dan semua yang terlibat kuat untuk menghadapi semua dugaan ni. 
di dunia ni, tak de yang sempurna. nasib pun tak semua sama. ada yang bernasib baik, dan ada pula yang sebaliknya. maka apa jua yang telah diberikan, kita kena bersyukur. tapi hati ini, bukan la seperti malaikat. tetap rasa paling teruk dalam dunia ni, walhal aku tak sepatutnya rasa macam tu.

setiap kali aku dengar rintihan, aku menangis. aku tak mampu nak buat apa. kalau aku melakukan sesuatu, mesti ada ayat yang tak sedap di dengar akan sampai kepada aku. tadi, aku dapat tahu sesuatu. sesuatu yang mana akan mengubah segalanya. yaAllah, berikan kami kekuatan serta ketabahan untuk menghadapi semua ini. 

kalaulah masa itu boleh diputarkan kembali. kalau la masa lalu itu dapat kembali. aku pasti, ini bukan perasaan yang sedang aku rasakan. aku yakin, aku langsung tiada masalah tentang itu. tapi hidup ni bukan lah kita yang aturkan. apa yang terjadi Allah dah tentukan. biarkan semua ini berakhir untuk kebaikan ramai pihak dan aku tahu, ia pasti akan melukakan ramai pihak. 

kekuatan itu perlu dicari. menangis saja takkan mampu untuk menjadi kuat. be strong semua!

PURE MARINE COLLAGEN

Assalamualaikum


pure marine collagen tidak asing lagi meniti dibibir bukan saja para wanita, tetapi juga kepada para lelaki. khasiat pure marine collagen memang tidak dapat disangkal lagi. kepada mereka yang menginginkan kulit sihat dan cantik juga dalaman yang sihat, sangat digalakkan untuk mengamalkan pure marine collagen yang asli dari sabah. 100% asli dan tidak dicampur oleh bahan chemical yang berbahaya kepada kulit dan dalaman. pengambilan pure marine collagen ini akan menampakkan wajah lebih cerah, segar lembut dan pori-pori akan makin mengecil. 

ANTARA KELEBIHAN PURE MARINE COLLAGEN
  • nilai nutrisi 10 kali ganda lebih tinggi dari sirip ikan yu
  • nilai pH - 7.6
  • membantu mengatasi masalah sembelit/buasir
  • tinggi antioksida, kalsium, magnesium, vitamin B6, B12, C, A dan omega 3


pure marine collagen ini sangat sesuai untuk mereka yang menpunyai masalah kulit, luka akibat kemalangan atau pembedahan, juga kepada mereka yang menpunyai penyakit kronik, memberikan tenaga, menguatkan tulang dan sendi, memejalkan payudara, otot dan punggung, mencegah kanser/tumor, menurunkan tekanan darah tinggi, merawat anemia, memberi rasa kekenyangan bagi proses diet, sesuai untuk mereka yang mempunyai kencing manis, melicin serta menegangkan kulit. pure marine collagen ini boleh di makan serta dibuat masker setiap hari. hasilnya cukup memuaskan hati!

terdapat banyak lagi khasiat yang terkandung dalam pure marine collagen ini. anda boleh la membuat kajian secara terperinci jika merasa was-was akan pure marine collagen. bagi yang berminat untuk mengamalkan pure marine collagen gred AAA. boleh la order dengan wirda.

100gm = RM20 (include postage)
200gm = RM 25 (include postage)

bagi yang berminat untuk menambah pendapatan dengan modal yang murah, boleh la membeli secara borong pure marine collagen ini dengan wirda.

1kg = RM60 (belum siap di pack 100gm setiap satu)
 1kg = RM70 (telah siap di pack 100gm setiap satu)

setiap 2kg ke atas akan mendapat discount! 


boleh direct pm wirda  di facebook atau terus hantar email kepada wirda

wirdawahid@gmail.com






Monday, February 25, 2013

THIS IS TOOO MUCH!!

Assalamualaikum

well, title nak emo emo pulak kau kan wirda? hahaha
korang mesti familiar dengan rancangan bang bang boom right? bang bang boom memang activity dorang tak lain tak bukan "mengenakan" kan orang. especially artis-artis kita la kan. 

nak bagitahu sini, aku bukan la penonton setia bang bang boom. tapi aku pernah la tengok bila mana tak sengaja ada rancangan tu kat tv. so aku pilih untuk tengok. tapi sekarang ni, aku sendiri tak tahu sama ada, rancangan tu masih ada lagi ke x. hoho.

apa yang aku nak heboh sangat macam mami jarum niaa. sebab aku tertengok video yang di suggest kan oleh kawan aku untuk tengok. dia kata kesian artis kita kena buat macam tu. sebab ia melibatkan MARUAH!

aku pun, dengan pantas, lepas kelas terus la tengok kan. so memang aku boleh komen. korang ni tak kena kat adik kakak sendiri boleh la gelak kan? ini melibatkan maruah artis tersebut. sapa artis tu? raidah ibrahim. rancangan kali ni, zuan tu la kononya datang rumah fida secara mengejut untuk masuk minang. memang macam nak minang betul la, siap dengan hantaran bagai.. 

bila fida terima...dorang boleh cakap
BANG BANG BOOM
apa kejadah woi? ingat ni benda main-main ke? fida tu siap dah terima, muka dia aku paling kesian lepas dia tahu tu semua permainan. and dengar citer fida terus putus lepas kena main macam tu. masa tu fida and zuan tu bercinta. tak tahu la aku kan. aku bukan mamarazi mereka. tapi aku geram satu hal ni la. ada benda kita boleh gurau, ada benda tka boleh.

idea kali ni macam memalukan pihak perempuan la jugak. yang aku tak leh terima, parents fida pulak dikatakan bersekongkol. hmm, kalau mak ayah dia rasa, itu hanya satu permainan. okay la kan. apa boleh buat. benda ni tahun 2011 punya. memang aku suka naikkan balik citer dah basi. hahaha
sebab aku baru tahu je ahh ni. baca komen komen orang yang kat youtube pun tengok dorang marah-marah. kalau ikut hukum, dorang tu dah memang bertunang. si zuan tu boleh tanpa serba salah memainkan fida mcm tu. haihhh....
bila aku tengok balik video ni kan, kononya fida nak kenakan zuan tu, aku rasa sebab nak cover malu dia balik. mungkin idea produksi. sebab muka dia memang berubah gila, takkan dengan mudah nak anggap benda tu memain..

yang belum tengok, boleh la korang tengok video tu kat link yang aku kasi ni. ada dua video sambungan dari video yang pertama.

BIKIN PANASSS~~~!






pengajaran yang kita boleh amik, nak bergurau ada batasnya. jangan sampai melibatkan hukum hakam agama. perasaan orang sekeliling kena amik tahu, kita seronok tak bermakna orang yang kena tu pun seronok. bila kena batang hidung sendiri baru nak emosi lebih ke? pegi balik rumah duduk dalam bilik nangis baling-baling bantal je k? lalalala


Saturday, February 23, 2013

MASALAH ITU UJIAN

Assalamualaikum

masalah tu dah jadi satu kewajipan setiap insan melaluinya. sama ada terlalu sukar, sederhana atau langsung tak memberi effect kepada seseorang, ia tetap di kenali sebagai masalah. namun, bagi mereka yang berfikiran sentiasa positive, kita perlu ingat masalah itu bukan beban, tapi ujian dari Allah untuk menguji sejauh mana iman kita, takwa kita, kesabaran serta kekuatan kita. semua muslim tahu, Allah tidak akan menguji para hambaNya luar dari kemampuan hamba-hambaNya, itu kita tak perlu risau, kerana Dia Maha Mengetahui. 

tapi sebagai manusia yang iman senipis kulit bawang, malah lagi nipis dari itu. aku sering juga tersasar, lalai, lupa, melenting, merungut bila punya masalah. kenapalah setiap kali masalah mengundang, susah betul kita nak ucap Alhamdulillah. bersyukur, kerana ujian itu menandakan Allah sayangkan kita. Allah menguji kita. reward daripada ujian itu di dunia dan akhirat Allah akan beri. InShaa'Allah

ada juga satu tahap, di mana masalah orang lain, tapi memberi impak yang cukup besar dalam hidup kita. walaupun bukan atas perbuatan kita sendiri, tapi bila ia memberi impak. kita juga sebenarnya perlu belajar redha dan terima sesuatu yang bernama takdir. kita tak mampu nak ubah takdir yang telah Allah tetapkan, tapi kita mampu ubah pernerimaan kita terhadap takdir tersebut. but yes, berkata, menaip sangat la mudah. untuk melakukan, sungguh, sampai sekarang sebenarnya aku juga masih gagal untuk menerima sesuatu dalam hidup aku untuk 100%. bagaimana ni? 

bukan aku tak cuba untuk melakukan hal tersebut, tapi kadang kala perasaan memberontak dan berfikir, "ini tidak seharusnya berlaku" melekat di fikiran aku. sampai aku hilang kawalan dalam perbicaraan serta pemikiran. ada benda, kita boleh kongsi secara detail dan ada benda kita tak boleh nak kongsi. kalau kita sendiri tak mampu nak simpan rahsia kita sendiri, macam mana kita nak percaya orang lain untuk simpan rahsia kita? maka dengan itu, mengambil jalan mudah untuk simpan sendiri. luahkan dan bermohon kepada Allah agar segalanya berakhir dengan kebaikan. semua yang berlaku atas kehendakNya.

semoga diri ini dan pembaca boleh ubah masalah itu bukan beban. tapi ujian. sama ada kecil atau besar. ia ujian dari Allah. 

yang pasti, untuk bahagia, perlu rasa kepahitan . barulah kita lebih menghargai rasa bahagia yang diperolehi. kalaulah kita ni senang-senang je dapat bahagia, mesti kita susah nak hargai, malah mungkin juga kita buat bahagia itu satu perkara yang remeh and sesuka hati.

Friday, February 22, 2013

BLACK SEED (HABAUTUS SAUDA)

Assalamualaikum

minggu lepas wirda ada teman kawan wirda si ros tu pergi NSK selayang untuk survey harga raw material untuk assignment entrepreneurship. (ENT). tapi sekarang ni bukan nak citer pasal harga raw material. usah kau bimbang sayang~~~

masa nak balik tu, singgah la kejap kat satu kiosk.? kiosk ke? ha boleh la kan. singgah situ sebab dia ada jual jus kismis la, madu bagai untuk kesihatan dalaman dan minda. kat situ dia ada sediakan minuman jus kismis untuk rasa. amik la satu rasa. muka memang tak malu pun. sodap haih. 3x aku mintak tambah. kahkah. ok tipu.biasanya nak rasa je, sebab member aku si wawa ni dah ada da pun jus kismis so xdecide pun nak beli.hukhuk.ala org dah bagi rasa,apa salahnya kan. rezeki dia kita tak tahu. betul x? kot la pergi sana xterniat nak beli, tiba-tiba terbeli :)

pastu tanya macam-macam la kat dia pasal setiap product yang dia jual. dia pun sungguh ni explain. wirda dah terasa macam tak beli ni memang serba salah pulak. lepas tu ada satu botol kecik tu. teringin sangat nak tahu hape benda. then ia bagitahu. itu "HABAUTUS SAUDA". ohhh hape benda la dalam hati ni. dia biji kecik-kecik. kecik sangat-sangat macam pasir kasar tu. haa bukan pasir pantai. haa mcm tu la. oh ya, orang yang jual tu lelaki. hensem. SO? :p

then, dia terangkan la function habautus sauda. antara benefit yang kita dapat dari mengamalkan habautus sauda ni dia melancarkan serta menguatkan immune system badan kita, tingkatkan memory, concentration and alertness, dia akan balance kan hormone dalam badan kita serta buang toksin dalam badan kita. 

terfikir jugak, macam mana nak makan, sebab dia tersangat halus. and berapa lama boleh tahan kan? then dia kasi ktiaorg cuba juga. memula aku tak nak amik sebab tak tahu apa rasa, takut tak leh telan. dah tengok depa ni pi amik kan. amik la try. cara dia kan. memula dia kata bukak penutup botol kemudian telan semua sekali. sumpah la aku terkejut time tu. biar betul kau???? kemudian dia gelak. memain je, dia kata. EH! COMEL pulak kau ni. lempang lelaju kang baru tahu. haha

dia kata nak makan amik 7 biji sahaja dan kunyah, lepas kunyah terus minum air. kalau terlebih biji pun takpe, tapi afdal 7 la. aku terpikir, camne la nak kira 7 biji tu kan. dah la kekecik.haha. rasa dia aku boleh telan, rasa cam lada hitam gitu. aku mmg dah biasa makan lada hitam macam tu, sebab dulu masa mengaji, kalau salah baca, ustaz suruh kunyah lada hitam.haha. niceee :p





habautus sauda ni botol je kecik, tapi tahan 3-4 bulan. harga dia pun tak mahal. hanya RM15 sahaja. aku nak beli, habis ros n wawa pun beli. so total botol yang kitaorg beli 3 botol la.
yang penting 100% natural la kan. sapa yang amal kan ni? sejak amalkan ni, badan tak rasa letih.pegi kelas pun Alhamdulillah boleh fokus lagi la melainkan aku memang sengaja tidur lambat untuk kelas pembacaan. makan habautus sauda ni setiap pagi jangan skip. lepas bangun, sebelum gosok gigi, makan dulu kunyah and minum air. kemudian baru pergi mandi. minima makan benda ni 3-4 kali sehari. jangan lebih sebab nanti badan jadi panas. haaaa, aku share je benda ni. kot la korg nak amalkan ke kan. tapi aku tak jual la. aku jual benda lain.hahaha

niaaa, sapa nak beli pure marine collagen gred AAA secara borong wirda ada jual. 


1kg (belum siap pack 100gm setiap satu) = RM60
1kg (siap pack 100gm setiap satu) = RM70

2kg ke atas ada discount okay! :)
thank you ♥

inbox je wirda kat fb okay. nak email pun boleh. 
wirdawahid@gmail.com

okay itu sahaja untuk malam ni. dadatatadudu
^__^

Tuesday, February 19, 2013

FIDA AISHAH?

Assalamualaikum

malam ni entry sedikit entry gossip. almaklum la orang ketinggalan macam aku ni baru nak amik tahu tentang blogger yang tinggal kenangan tu. 

aku memang dah lama ada blog, tapi aku tak la aktif sebab tu sampai sekarang tak jadi blogger yang berjaya. okay takpe. *muka kisah ke?* 

tapi sejak semalam kot, aku terbaca la status seseorg ni  pasal "fida aishah". memula tak amik pot sangat, tapi lepas baca komen and semua komen respon dorg semua mcm kenal sangat, tahu sangat kisah tersebut. so aku sebagai blogger picisan ni nak jugak la menyelit walau kes tu sebenarnya dah lebih dua tahun berlalu. eh wirda dah dua tahun ok. nak amik port lagi ke? haha kesah plak. biar ahhhhh!

then, aku xwatpape la, aku just "ooooo" 

kemudian, aku nengok org lain pulak update status pasal fida aishah. then ada orang komen kat status dia siap link nak bagitahu sapa fida aishah. aku maleh la nak tunjuk-tunjuk link tu sebab senanya korang boleh je google sendiri kan? * sambil angkat kening*

aku pun tekan link tu and secara tak sengaja dekat sejam lebih nak dekat dua jam jugak la aku search pasal fida aishah ni. membuang masa betul.haha, padahal sebelum tu lecturer aku ada pesan suruh fokus kat tajuk dia nak ngajar keesokan harinya sekurangnya dua jam. tapi hampeh, baca pun idok. tapi gagah pulak nak mencari si fida aishah ni. 

aku baca berdasarkan kisah-kisah mereka yang update pasal fida aishah la since dia dah delete blog dia kan. sebab mungkin dia nak fokus kepada anak-anak dia. EH!

selain tu, aku pun usha setiap komen yang dorg komen. memang aku kata, fida aishah ni memang femes la dulu, sampai ada orang marah-marah bila timbul isu fida aishah ni fake and identity dia sebenarnya bukan seperti yang dikatakan dalam blog dia. apa yang menarik pasal blog fida aishah ni mereka kata pasal ayat puitisnya. sapa yang masuk dalam blog dia, mesti melekat. sebab katanya puitis tu dekat dengan diri pembaca. haa gitewww la. lagi satu fida aishah ni cantik. mix dengan hape benda ntah, tp org kata tu gambar google. aku tak tahu. org kata. hoho :P

pastu ada la yang update sebagai bukti yang selama ni peminat fida aishah memang kena tipu. sebenarnya, fida aishah tu dah berumur 43 tahun (pada masa itu) dan mempunyai 4 orang anak. (klu xsilap). apa-apa pun aku dapat tahu kali terakhir fida aishah ni dah mohon maaf kepada semua. tapi ramai yang rindukan penulisan dia :)

haa, senanya tu je kes dia. kes dah lama. aku naikkan balik ni jangan marah. sesaja la sebagai blogger yang tak pernah amik port ni. ni kira sejarah-sejarah dunia blogger la ni. xsalah kot kalau amik tahu. 

peace
^__^

Friday, February 8, 2013

EH! CUTI LAGI ! :)

Assalamualaikum semua !

yeay! cuti lagi la wehh. banyak betul la cuti untuk semester akhir ni. dalam gembira ada gundah gite tau sebenarnya. sedar tak sedar, dah nak final dah wirda and semua la dak-dak diploma uitm kan.
rasa macam baru semalam register sem 6. gitew? haha

sedikit free sekarang sebab tengah tunggu hencik habang amik nak balik rumah ampang, so layan fb,lagu and blog la dulu :)

selamat tahun baru cina1 gong xi fa cai maaaa...
harap-harap cecuti ni,adalah orang yang datang rumah kasi ang paw. eh giteww! :p

kali ni wirda cuti hampir seminggu lebih jugaklah. 18 hari bulan baru start balik kelas. macam kami pulak yang beraya. bercuti bukan bercuti senang lenang okay. lecturer kesayangan kami dah sediakan pelbagai hidangan yang diperlukan untuk kami rasai. bagus tau lecturer, dia tahu apa yang kita perlukan. sayang lecturer-lecturer ku! lepas ni InsShaa'Allah last final exam wirda, so mestilah dah tak rasa zaman belajar macam ni. dekat uni nanti cara pembelajaran dah lain and need to be more independent gituh! tapi wirda tak nak sambung. wirda nak terus kerja. nak buka business create jenama sendiri. product apa? tunggu meyhhhh~ :)
yang penting, sapa sayang wirda tu, doakanlah usaha ni dipermudahkan. kena buat dengan slow-slow, biar lambat asal berkualiti. eh tak gitew? :)
tak sabar nak lalui zaman bekerja! ye saya tahu, saya bakal merindukan zaman belajar, rindu nak mengira, nak baca buku *sila muntah*, rindu nak bersama dengan kawan-kawan :)

well, itulah kehidupan kan...semua melalui fasa yang sama. masa saja yang berbeza. 

alamak, terlebih falsafah pulak, wirda nak ucapkan selamat bercuti la kepada mereka yang bercuti.

oh ye sebelum terlupa! wirda nak inform yang wirda sebenarnya dah jual 
PURE MARINE COLLAGEN GRED AAA (PURPLE) 
sapa berminat boleh je pm wirda kat fb or email wirda dekat wirdawahid@gmail.com
 harga? jap eh!

1 paket= 100gm (RM20 free postage)
beli 2 paket = 200gm ( RM25 free postage)

kepada yang nak beli borong pun sangat-sangat dialukan ok. just pm wirda! :)


mintak diri dulu
^_^