JellyPages.com

"kehidupan ini penuh dengan kejutan"

"kehidupan ini penuh dengan kejutan"

Friday, January 18, 2013

KENAPA MENGANTUK DALAM KELAS?

Assalamualaikum

salam jumaat semua wahai gegadis dan jejaka sekalian...
hari ini hari mengantuk sedonia aku rasa. aku terlampau mengantuk gilaaaa. semalam tido around 2.30 pagi, bangun kul 6.15 then tido balik, then bangun balik kul 8.30. act itu normal kot aku rasa masa tidur aku,, tapi tak tahu kenapa dia mengantuk sangat.even dalam kelas, aku dah tersengguk-sengguk,mata tutup buka, mulut jangan kata. menguap tigaratushenampuloh kali kot. kau mampu?
sampai tahap nak ckp " miss jom la habiskan kelas, saya mengantuk ni...." SELFISH TAK I? hewhew
dah la pagi tadi 9-1 direct kelas. azab menahan mengantuk sangat superb la kan. strong gila aku. well, kita perlu banyak teknik :P

first, kenapa kita mengantuk dalam kelas masa lecturer kat depan tengah mengajar? 
adakah sebab lecturer tu agak membosankan? pengajaran yang mendatar? suasana yang suram? atau, mungkin kau memang student yang bermasalah. haha. ingat! banyak faktor okay kenapa kita mengantuk. 

tidak cukup tidur

well sebagai student yang cemerlang *ahaks* kita perlulah mengurus masa tidur dengan baik. tidur yang cukup akan menghasilkan hari yang lebih bersemangat! eh tak giteww? kenapa kita tak cukup tidur? ini sebab kita kekurangan "disiplin" dalam diri. di mana kita tahu kelas kita esok pagi, tapi malam tu kita masih lagi stay up untuk study  layan setia hujung nyawa dekat malaymoviefull. *terasa lempang muka sendiri*

tidak sarapan pagi

ada sesetengah orang yang tidak boleh amik sarapan pagi. mungkin mereka sudah biasa kot. jadi, kepada yang tak biasa, jangan skip breakfast anda. walaupun hanya sekeping roti. tapi kehidupan saya sebagai seorang pelajar, untuk keluar breakfast adalah sesuatu yang mustahil, melainkan kelas habis awal. haha

tidak bersedia

maksud tidak bersedia yang saya bawa di sini ialah, kita tidak tahu atau tidak cuba untuk baca terlebih dahulu apa yang bakal di ajar oleh lecturer kita. well, this is normal. aku pun selalu sangat mcm tu. secara logik la kita fikir, if kita baca dulu, then masuk kelas lecturer ajar, for sure, ktia lebih paham apa yang sedang lecturer kita cakapkan kat depan. am i right? so, kenapa benda ni susah sangat nak apply dalam diri ini? huhu. maka dengan itu, marilah kita berubah! jangan tunggu disuap baru nak nganga. pi cari makan sendiri tuh! ;p

CARA-CARA MENGATASI MENGANTUK

aku nak tekankan kat sini, ini tips aku. memang aku buat. memang tak baik. memang tak senonoh. tapi selagi boleh cover, why not kan? hewhewhewhew. perlu di ingatkan, mengantuk dalam kelas and kita tak mampu nak overcome this problem. kerugian besar untuk kita sebagai student. mana-mana pelajar cemerlang, dia punya tips mesti fokus dalam kelas. so kalau mengantuk mcmne nak fokus kan? so kalau tak fokus cmne nak jadi pelajar cemerlang kan? hewhewhwew! walaupun saya bukan pelajar cemerlang, tapi saya layak kan update entry mcmni? kan kan kan kan? haha

first, apa yang aku buat. aku buat-buat faham. well, sangat ntah pape. tapi kalau biasa buat. "buat-buat faham" tu kan, bila kita angguk, and ooo and ooo. then mesti ada satu point yang buat kita tertanya and nak tahu, then kita related dengan apa yang kita dah dengar walau tak masuk tadi. kemudian, push otak untuk bergerak, untuk faham balik. tp this method *amboi method la sgt* agak berbahaya ye bg yg xbiasa. sebab akan ketinggalan untuk info yang seterusnya. toingg toingg toinggg....tp AT LEAST u have an effort untuk faham. dah alang-alang mengantuk, so u push otak untuk bejalan. its work ok! hewhew *for me la*

second, of course la, tangan perlu pegang pen. tulissss tulisss tuliss and tuliss
kau tulis apa? "LAPAR?" " MENGANTUK?" haaa gitewwww. pastu lukis gambar katun, love love bagai. kan? ckup buku kau, buku kawan kau conteng kan? kan kan kan? *aku letewwww*
sepatutnya, tulis jela apa yang kau dengar and keluar dari mulut lecturer. sangat berguna sebenarnya.biasanya org mengantuk akan fikir "takpelah,aku belajar/baca sendiri la kat bilik". tapi sebenarnya, quality pembelajaran tu tak sebagus mana yang kita fokus and amik semua input dari lecturer. at least, if kita terlepas pun, kita boleh baca balik semua yg lecturer cakap kan? tapi kalau sampai tulisan kau dah jadi cakar ayam, tak macam tulisan, tulisan doktor pun tak semengah kau. u should do something. berdiri secara tiba-tiba dan tanya satu kelas "kenapa? kenapa? kenapa?" dengan muka gelabah? huahuahua

handphone? haa, agak tak sopan sangat sangat la. tp as long as boleh cover, jangan sampai kantoi. aku rasa okay la. and AS LONG AS kau pun tolong la diri tu untuk faham. bukan main handphone semata-semata untuk twitter, fb bagai sampai hilang terus fokus. ini maksud aku, tolong diri untuk tak mengantuk, at the same time cuba untuk faham apa yang disampaikan. kekadang kita tengok phone, mcm aku la kan. tgk phone, mata aku boleh jadi segar sikit. kot la terscroll twitter, ada benda lawak ke kan. haaa. ok jgk. tp duk belakang senang la, duk depan. kau makan kasut la kan. huahua

minum air masak? hmm, aku tak tahu, tapi untuk aku. ia tak berjalan kot. huhu. sebab tu aku tak praktik kan. kecuali aku mengunyah makanan or gula-gula. tapi akan terasa mengantuk balik lepas makanan/gula2x tu habis. dasat kan tahap mengantuk tu? hahaha

aku tak tahu nak kasi tips apa, sebab aku bagi semua aku buat kang, kang merosakkan orang. jadi baik aku stop kot. pepandai la nak jaga diri memasing. *laa pulak doh?* :p 
sebab aku bukan pakar motivasi atau whatsoever kan. saja je nak berkongis. kot la korg ada lagi cara lebih berkesan. student kan banyak la dia punya alternatif tu.

tadi aku tersangat mengantuk, aku dah mendagu dah kepala. guna tangan belah kiri, so that senang la nak nampak lect mengajar even mata dah memang layu gila. satu hape tak masuk kan. pastu aku give up sangat, aku mendagu belah kanan pulak. pen aku pegang belah kiri. dan dan tu la nak cakap aku kidal. mihmihmihmih :p
tutup mata, tido kejap. hikhik

conclusion, mengantuk dalam kelas perlu di cegah! sebab kita akan rugi besar. nak suruh kawan ajar pun, xmcm lect ajar kan? nak pergi consult? kau rajin ke? aku malas. lalalalala


engkorang yang mana satu? ;p 
tak nak kalah yang belakang sekali tu siap terbaring. melampau sungguh. haha

Thursday, January 17, 2013

APA NAK BUAT LEPAS BELAJAR?

Assalamualaikum semuaaaaaaaaaaa.........
*mood nak cecomel ok*

alright, since aku hanya tinggal 2bulan lebih sahaja untuk habiskan diploma ni. so that, aku rasa aku dah TERLAMPAU layak untuk bertanya dan berfikir, apakah yang perlu aku lakukan selepas tamatnya diploma nanti. well, i know..supposed aku dah kena fikir lama kanssss...

SAMBUNG BELAJAR?
hmm, mostly kawan-kawan aku of course la dorang sambung belajar. lagi senang kot aku rasa, tak yah nak pikir panjang-panjang. haha, TAPI bukan aku. dulu memang la aku mcm nak sambung terus degree, tapi aku rasa bila dah lama-lama ni, terasa agak penat la sikit belajar ni, even baru diploma kan. so aku fikir nak rest la keja *rest la sangat* dari belajar ni. sebab apa aku tak nak sambung belajar?aku kalau sambung first aku nak degree in accounting sahaja. please? aku nak teruskan dengan course aku yang dari diploma. sebab aku fikir, aku nak dapatkan CA. so after degree, aku kena kerja any firm auditing la selama 3 tahun untuk dptkan CA. itu pilihan aku la untuk dptkan CA. tapi masalahnya, aku rasa masalah lebih kepada kewangan juga. aku taknak la mintak pinjaman PTPTN disebabkan aku tengok ramai kawan-kawan PTPTN yang agak merana, dan merana  dan merana. waktu belajar kena catu makanan, sebab nak jimat, habis belajar kena bayar yang berpuluh ribu tu. sekarang ni aku pinjaman MARA. so memang aku terasa bersyukurlah. so klu aku tak nak PTPTN, aku nak dpt pinjaman apa? yes, mmg ada.tapi tu kena lalu satu ujian kan kalau nak lulus? yang itu aku tak berapa jelas. yang seterusnya, sebab nak kawin! EH? *bercandah aja kok :P*

KERJA?
hmm lagi, ini pilihan utama aku la sekarang ni. kerja. tapi kerja apa? aku pun sendiri tak sure. mungkin ada any firm auditing yang sudi amik aku bekerja? tak pun kerja bank? yeyeyeye TAHU. diploma ciput je gaji dia. takpelah, pengalaman tu penting. tu aku tak sure. tapi aku rasa aku perlu rajin menghantar resume ke syarikat-syarikat untuk terima aku seadanya. haha! *pity me*
then, lepas dah ada modal betul-betul, aku nak sambung buat business mcm dulu. itu hanya rancangan long term la. klu ada modal. macam mana kalau takde kerja? of course, makan anggur. tunggu si dia masuk minang.kahkah *eh wirda, TAK LAWAK OK?* *tunduk muka*


KAHWIN?
ooopsss, ini tak tahu. tak nak komen bebanyak. tapi bersangkut paut jugak sebenarnya.
IF aku kawin, then dpt sambung belajar dekat-dekat. and time tu aku kerja. aku rasa aku berhenti and sambung belajar. tapi kalau jauh aku terus berkerja. tapi bila nak realisasi kan cita-cita aku? LOL! 



nampak tak, aku mcm xde arah tuju. kesiannyaaaa. ahhhhhhhhhhhhh! -.-

Thursday, January 10, 2013

MOOD MENGIMBAU ZAMAN SEKOLAH.


Assalamualaikum

ini entry meng ngeri kan. sila sediakan baldi untuk kemungkinan yang bakal berlaku. *WARNING* 

 ini  gambar masa form 3. *tengah bajet comel* time dedulu aku suka pakai tudung bawal muncung-muncung. kasi nampak anak scarf aku yang berbelang-belang. corak-corak. MOTIP? haha
info tambahan *gmbr ni hampir 5 tahun dalam dompet sabri. eh kesah pulak aku? haha

 ini budak-budak aku. haa gengster tak? gengster tak? haha. ni time form 3 jugak, dekat UM. ada kem motivasi untuk PMR. biasalah nak exam kan. actually ni group BEWARZ aku. 
bewarz tu apa? eh kau! jaga mulot tu sikit. bukan biawak okenggg! *dush*
bewarz tu bella,e-rawr,wirda,ain,rowzy,zaf. tahu? *sambil tunjuk jari hantu*


 e-rawr, wirda, bella,zaf


 haa, ni time aku dah form 4 kot. menziarah bewarz selepas aku pindah sekolah melaka.


wirda dan e-rawr. dulu suka pergi rumah dia. main make up-make up la. e-rawr ni baik sangat tau orgnya.hehehe. 
juara kawat pulakkkkk. hebat tak? hebat x? huahua

ni ain yang peluk aku ni *bestnya kena peluk cenggini. lama tak rasa* sobs.
dia ni mmg selalu susah nak join hang out! kawen tak ajak siap la kau!

masa tengah spm. get ready nak jawab paper islam. weeee

eh ni bukan zaman sekolah dah. zaman mula2x masuk kolej. waktu ni induksi. dua-dua kawan aku ni semua takde dah kat unikop. dorang dah pindah. sobs.

with rowzy. lesung pipit dia mak haiiiii, dalam weh! mata bolat! haha. 3 amanah. kelas sangat amanah *tangan di dada mata ke atas*

ni masa form 5, sekolah melaka. pose paling bahaya aku rasa. sila tutup mata. haha
*nanti ada la org ckp, yg kau upload apesal? * eh kesah ke aku? ;p


selekehnya lahaiiiii weiiiiii. 

senanyakan. banyak gila gambar doludolu.haha, cakap dalam hati " EH NI KE AKU DULU??? WEIII COMOTNYAA. CAMNE SABRI LEH SYOK GILA KAT AKU NI?" eh terover pulak.haha. tapi betul la. selekeh sangat uolss. eleyeley jgn nak iyakan, korang pun opkos belambak gambar sekolah kan yg comot-comot.hekhek. motip guna ayat comot-comot? sebab nampak elok sikit dari BURUK. kang aku kata BURUK takut org kata aku tak bersyukur pulak.hiks. ini kan zaman mengimbau,. haruslah terasa banyak perbezaannya. huahua

nak tengok gambar aku sekarang? betul nak tengok? okay. jap...
.
.
.
.
.
.
.
..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

tudiaaa dia letak gambar fake pulak. hahaha. 
gambar feeling gorgeous. kau tahu? haha


kbai! ^___________^

Wednesday, January 9, 2013

PINTU TAUBAT

Assalamualaikum...


TERSADAR KU DARI KHILAFKU
BERSUJUD MEMOHON KEAMPUNAN
ATAS SEGALA DOSA-DOSAKU 
YANG TELAH GELAPKAN HATIKU

KEBESARAN-MU YA ALLAH
KASIH SAYANG DAN RAHMAT-MU
DALAM SADAR KU TERLUPA
MENGUCAP SYUKUR

DALAM SUJUDKU BERDOA
DALAM TANGIS KU MENYESAL
ASTAGHFIRULLAH  BUKALAH
PINTU TAUBAT-MU

ENTAH KAPAN AJAL MENJEMPUTKU
MUNGKIN ESOK HANYA KAU YANG TAHU
MUNGKIN USIAKU TAK CUKUP LAGI
UNTUK HAPUSKAN SEGALA DOSAKU

AKU HINA DAN TAK PANTAS 
MEMOHON KEAMPUNAN
TAPI HANYA ENGKAU TEMPATKU MEMINTA


Sunday, January 6, 2013

PERNAH RASA TAK?

Assalamualaikum

semua dok buat apa? sibuk tengok AJL ketewwww? kita pun tengok jugak. kejap-kejap je. tu tengah heboh la abg aaron saya dukung adira. ala tak jeles pun la. dukung je baru. blurp!

niaa,skip kejap tengok AJL nak update blog. korang pernah rasa tak apa yang aku dah rasa ni? eh tak bagitahu cmne nak tahu kan? meh aku citer. tapi janji jangan gelak and kutuk tau? aku pun tak tahu kenapa aku berperangai macam ni.

tadi lepas aku balik dari festival city dengan wawa tengok minyak dagu. oh ya, citer tu. okay la jugak nak dibandingkan dengan orang minyak vs pontianak. memang jauh beza la. ada la jugak pengajaran. at first aku tak tahu pulak citer minyak dagu tu citer hantu. nak masuk wayang baru tahu.haha. hantu la sangat, sambil tengok sambil gelak ok. okay focus!

lepas balik tu, aku teringin teringin teringin la sesangat nak makan durian crepe. TAK TAHU KENAPA NAK SANGAT. aku pun tweet la sapa tahu kat mana nak cari durian crepe. tapi jawapan menghampakan. aku serius, dok buat main. aku pun bb, sesiapa yang tahu, ada yang kata hari selasa je ada. last-last aku mesej classmate aku. dia kata ada. tapi kat shah alam. aku dah sedih, pastu dia kata kat sg wang and mid valley ada. haaa aku terus suka gila-gila. aku dah tak sabar nak makan ni. aku pun kol la sabri, sebelum aku kol dia aku ada mesej dia mintak dia carikan, tapi dia sendiri pun tak tahu. on the phone:

wirda : abg tolong la wirda niii....*dengan tak bagi salam*
sabri: ni kenapa ni? dah mcm org mengidam
wirda: tolong lah wirda nak makan sangattttt
*nangis*
sabri: nak cari kat mana? abg tak tahu..
wirda: dekat sg wang ada...
sabri: haa? sampai situ??? 
wirda: *nangis teresak-esak* hmm x...pe...lahhh. k la bye.
sabri: ni kenapa? cm org mengidam. psl makanan pun nak menangis ke?
wirda: *merengek*
sabri: esok ek? 
wirda: k bye.


tu dia weyh! wawa pun sampai terkejut tengok aku boleh menangis sebab nak makan benda alah tu je. aku pun dah nangis-nangis. pegi basuh muka,solat.lega sikit. tapi memang dok terbayang la gigit durian crepe tue.
aku sabar,pujuk hati. pastu msg sabri lepas kerja belikan utk wirda.hahahaha. KENAPA KAU WIRDA? 

haa, jap. pernah rasa tak mcm ni? normally ni untuk org mengandung yela. masalahnya memang tak la aku 
-_______-

dia punya nak makan and nak dapatkan tu sampai nak menangis (dah menangis dah pun) and berdebar-debar sambil terbayang duk gigit durian crepe tu. yaAllah! teruknya. first time aku rasa mcm ni wei. 
wuwuwuw. normal ke x ni? malu weyh nangis kat dia pasal makanan.haha


muka budak perangai paling pelik hari ni. aku sendiri malu dekat wawa.


sesapa penah rasa tak mcm ni? orang pregnant terkecuali untuk menjawab.haha

Saturday, January 5, 2013

SELAMAT BERTUNANG!

Assalamualaikum

al-kisah diberi cerita ni sudah agak lama berlalu.

tanggal 2 september 2012, abang aku hencek ruzafiq selamat ditunangkan bersama pasangannya cik amirah najwa. apa yang aku eksaited sangat ni, sebab jalan cerita cinta dorang lebih kurang jalan cerita aku.ahaks ;p
dorang kenal since sekolah lagi, hampir 7 tahun jugak bercinta. sama x? sama x dengan kisah aku?haha!
tahniah korang dua. doakan aku plak wei! erk? :P


zaman sekolah dan sekarang :)


senyum mak aku nak dapat menantu. yela kak mira la satu2xnya menantu perempuan dia.sebab abg aku sorg je lelaki dalam family ;p





ma sarungkan cincin 


senanya abg aku xnk dtg pun masa majlis tunang. ntah apa yang merasuk dia kan, tapi aku pujuk suruh dtg. tapi tunang dia tak tahu pun dia datang, pas majlis org tgh tangkap2x gambar abg aku sampai dari kedah :)
supriseeeeeee ;p


suka pic nie, memaluu gituuu ;p


yang purple berbaris belah kiri tu ,semua keluarga belah lelaki.


motip sangat. yang belah kiri sekali tu kak nana. dia yang uruskan pelamin and photographer untuk majlis tuanng ni :)


cantik ok! :)


haha, depan sekali tu paksu aku. haaa tu aku n adik aku. eksaited muka :P
haah kecik tak nampak.hahaha -.-


hidung kami sama x? wakakaka :p


family






oh ye sebelum wirda habiskan entry kali ni. wirda nak bagitahu, sesiapa yang  memerlukan khidmat pelamin sahaja untuk tunang/nikah. boleh contact wirda kat fb. wirda ada kawan yang buat pelamin untuk itu. pelamin dalam gambar ni pun, dia la yang uruskan.hehe. nak kenal sapa? tengok balik gmbr second last yang belah kiri.haa.dia la. harga sangat sangat murah! range harga dalam rm250-450 sahaja. 

korang boleh cari pelamin idaman korang, dan bagi gambar. dia akan buat mcm yang korang inginkan.
so, sesiapa yang berminat inbox je wirda ok! wirda akan direct bagi personal contact kakak nana tu :)



Friday, January 4, 2013

ADORE AVA SCARF 'S PRODUCT HAVE BEEN LAUNCHED!

Assalamualaikum semuaaa...
salam jumaat juga :")



ingat lagi tak entry yang before this, wirda ada promote untuk 'LIKE' page ADORE AVA SCARF ?
kepada yang dah like,terima kasih. kepada ayng belum. sila la like.hanya klik pada link adore ava scarf. 


hari ini 4 JANUARI 2013 , ADORE AVA SCARF secara rasmi telah melancarkan product mereka. that means, korang dah boleh start shopping!!

dekat sana nanti korang boleh cuci mata tengok yang mana berkenan. seriously, material setiap hijab yang dikeluarkan sangat SELESA,SENANG! dengan mempunyai pelbagai jenis warna menarik,sesuai untuk masa kini, yang lebih trending dan berstyle. memandangkan pada masa kini, combination of colour sangat la popular, maka dengan itu, ADORE AVA SCARF also memenuhi semua "demand" pasaran :)

kindly visit their blogshop at  BLOG ADORE AVA SCARF untuk order dan melihat semua product mereka.semua detail termasuk price telah dinyatakan. anda hanya perlu mengisi borang tempahan as usual :)
diterang dan dijelaskan disini, order hanya di BLOG sahaja! :)


selamat membeli belah! ^__^


p/s: yang belum "LIKE" page ADORE AVA SCARF, anda boleh la like.teruskan support kami! :)
  

Thursday, January 3, 2013

HAPPY BIRTHDAY TO ME~

Assalamualaikum

Alhamdulillah, 3 januari maka genaplah umur saya kali ini 21 tahun. maka boleh la saya kawin! eh. haha
semua nak yang terbaik and jadi terbaik kan. so aku fikir, tayah la aku nak ucap panjang-panjang. *sebab masa tinggal 15minit lagi nak habis 3 jan senanya*

seriously, ini birthday yang PALING SERONOK dalam hidup. ada banyak perkara gembira on my birthday. Alhamdulillah. lepas subuh aku terus tak leh tidur. then ...........ha yang itu kemudian.

malam birthday aku, my BFF  si ros and wawa buat surprise. wuuuwuwu terharu ok. mula wawa kasi ice cream magnum. dia kata nah aku kasi hadiah. tetibe kul 12 malam 3 jan lepas aku solat isyak. si ros pulak dtg bawak kek secret recipe my feveret! haha 
and nak share something, aku baru tahu. tiup lilin hukum dia haram ye. jadi tayah la tiup2x kan? :)


tudiaa siap dengan telekung. haha. terharu weyh korang ni. sayang korang sangat2x! :)


terima kasih kepada kawan-kawan kelas yang setiap kelas menyanyi lagu happy birthday -,-
terutama kepada ketua nyanyian kak afrah.haha
hari ni lepas kelas pergi  lunch dekat ayam penyet with wawa and zana. ros xboleh nak ikut. dont why -.-


yeahh pepagi birthday pergi kelas!

thanks kepada family yang wish.! :)

thanks kepada yang wish through fb, twitter, msg. InShaa'Allah akan cuba reply k. hehe
terasa sangat dah besar kot. yang tak leh belah ayat sabri "dah besar dah syg abg: anomnomnom, tetibe nak feeling baby2x kejap ngan dia.hewhewhew

petang tu, sabri kata nak dtg nak dinner sesama KATANYAAAA. rupanya dia bawak balik rumah. hehe
thanks awak punye family. thanks acik kasi hadiah. abg? claim tu jgn lupa.haha
sempat tengok anak buah sabri. bersalin semalam 2 jan.hehehe

ok la. rasa mcm xsempat nak update semua!



p/s: nak tukar status  la tahun ni. weeeeeeeeeeeee :") 
doakan semua urusan berjalan dengan baik. Alhamdulillah.
 im happy person today!
thanks abggggg. loveeee!

Wednesday, January 2, 2013

'ADORE AVA SCARF'- COMING SOON

Assalamualaikum

apa habaq semua? first of all selamat tahun baru untuk semua warga manusiaaaaaa! hehe
azam baru ka, umur baru ka, awek baru ka, boyfriend baru ka, rumah baru ka, anak baru ka, kereta baru ka, casing phone baru ka, semua yang baru la. tahniah. hewhewhew

semoga tahun baru ni bawa kita menjadi insan yang lebih prihatin, perbaiki diri ke arah lebih baik, mencapai segala impian. btw, tahniah kepada yang akan menamatkan zaman bujan untuk tahun ini. sungguh saya jeles
*nangis belakang pintu*

okay, kali ni wirda nak memperkenalkan satu online shop yang baru saja tertubuh. 



dekat online shop ni, ada MACAM-MACAM jenis tudung masa kini yang tengah hot di pasaran. jadi, kepada anda yang penggemar fashion, boleh la LIKE page di atas! ;)



salah satu jenis shawl yang ada dalam online shop ini :)


hoodie pun ada! sesuai untuk pakai ke majlis-majlis, dating pun boleh apa! hehe :)
actually terlalu banyak jenis tudung. tapi belum di update.
 InShaa'Allah dalam minggu ni product
akan di release kan. so LIKE untuk dapat info lebih awal. 
material kain pun sangat selesa dipakai dan SENANG terbentuk!

stay tuned~


we need your support! thank you :")


digalakkan untuk dihebahkan tentang page ini. hehe
^___________^