JellyPages.com

"kehidupan ini penuh dengan kejutan"

"kehidupan ini penuh dengan kejutan"

Friday, December 27, 2013

STUDY WEEK

Assalamualaikum. 

the worse study week ever sepanjang aku study nih. aku memang menempah maut ni.
lagi 3 hari nak paper, i didnt prepare anything. aku dah kata aku tak leh study kat rumah. gilo wei gilooo. ni lagi satu lupa nak habaq, last minute aku terpaksa balik kl sebab takde sapa kat rumah sewa. takde daya aku nak stay sorang-sorang dalam hutan tu. so balik la ke kl.

sekarang ni rasa menggelatar seluruh badan ghisau nak mampuih pasai tak study hape lagi ni. okay la, bukak la jgk buku, tapi skip-skip. lepas tu ada yang baru tajuk 1 baru *sekarang la* tapi sempat pulak hupdate blog. sebabnya aku ngantuk ni. tak tahu kenapa neskafe *elak tulis huruf antara x dengan v* sebab xleh tekan. wahahaha. so malas gila nak bukak skrin keyboard tu. 

okay la, doakan aku and kengkawan boleh tempuh exam ni dengan baik. aku nak study sesungguh nih! semangat sebab baru dapat green light baru. weeehoooo! 

babai engkorang, tido jangan over meleleh ayaq liuq. ingatlah orang yang tengah pulun study, tapi takyah nak bawak aku masuk mimpi sangat la. koser aku jadi pelakon tambahan engkorang. selamat malam dunia. 
mimpi indah. read doa before sleep *dah serupa hape dah*

genait uols!

Saturday, December 21, 2013

STUDY WEEK : SEM 4 #ACC20

Assalamualaikum

baru lepas bergelut dengan kehidupan yang sangat sangat busy. has been busy sejak 2-3 minggu lepas. semalam last kebusyan. Alhamdulillah, everything went well. rasa macam dah lepas final. padahal, baru habis kelas semua. final belum lagi nia. tapi takpe, kuatkan semangat untuk habiskan sem 4 ni dengan buat yang terbaik

sekarang dah start study week. maksudnya, final dah tak lama, nak dekat dah. lagi 9 hari nak final. tanjat tak? tanjat tak? haha. so study week about 1 week. for this time, aku buat pengorbanan untuk tak balik kl sebab nak prepare. kena prepare awal-awal sebab awal-awal aku memain. ha gitew. kawan-kawan aku semua balik rumah amsing-masing. aku tak join sebab aku tahu, rumah bukan tempat aku study, aku kalau sampai rumah tu terus buat diri macam free gila padahal busy gila babeng pun. 

paper start 30 December 2013 dan akan berakhir pada 15 Jan 2014. oyeah! 
"ma and abah, tahun depan baru kak balik okay"
ayat macam lambat gila lagi nak balik rumah. haha. tak sangka, dah nak masuk tahun 2014 dah pun. huu
tapi tak dapat rasanya nak menikmati akhir-akhir tahun ni. sebab kena study fokus betul-betul. first time sambut tahun baru dekat tempat orang, rasa macam sedih gila. first time sambut birthday (pada 3 Jan) nanti TANPA sesiapa-sesiapa yg pernah ada dgn aku dulu dengan family. huhuhuhu :'(

takpe takpe, pengorbanan. i'll make sure, lepas je habis final, aku nak berjimba. mungkin aku nak brcuti kat kedah rumah abang aku. haha. siappp kau wei, aku nak booking satu bilik nanti! 

btw, Alhamdulillah, wife abang aku merangkap kak ipaq aku dah pregnant! yippiiii. seronok nak dapat anak menakan lagi *tetiba cakap utara*

okay la, ini saja aku nak update blog yang terbiar lama. nanti kalau aku rajin *KALAU* aku nak update pasal cerita wedding kawan aku pulak ye. 

kepada semua pelajar UITM. selamat menikmati study week anda! study for your future!

tata
^_____________^
tekun menjawab test MAF 420. sempat si dhiya ni amik gambar. haha

Thursday, November 21, 2013

KONVOKESYEN UITM KE-79

Assalamualaikum

16/11/2013 hari tu aku graduate. erm. tapi baru je nak update. al maklum la, tak sompat dah sekarang nak bukak blog bermadah-madah macam dulu. like seriously, degree is really tough for me. sekarang pun, supposedly aku tengah study sebab besok ada kuiz, tapi sebab 1 topik, aku plan nak study esok lepas subuh. hiks. penat, tadi siapkan banyakkk slide untuk presentation hokey. biasalah degree, kerja kena laju, hantar kena on time. tak boleh main-main macam diploma dulu dah.

so, hari bersejarah, hari kebanggan akan kejayaan diri sendiri haruslah diabadikan dalam blog kesayangan yang takdelah lama sangat terbiarkan. so marilah kita baca. come come come bebeh!

 tapi hari ini gambar masa amik jubah. 14/11/2013. first time pakai jubah untuk konvo, selalu pakai jubah yang pergi kelas tu je. lol. aku tak tahu la, tapi aku rasa comel bila pakai jubah. *gelak tutup mulut*

 walaupun belum official date untuk pakai jubah, aura kebanggaan atas kejayaan diri sendiri dan melihat rakan lain turut tersenyum gembira menampakkan gigi masing-masing membuat aku berada dalam dunia yang cukup indah. sungguh! hilang penat selama 3 tahun aku dan kawan-kawan bertungkus lumus, bila masa untuk diiktiraf secara sah pemegang diploma perakaunan.

 kami membantu antara satu sama lain. Alhamdulillah, persahabatan kami kekal baik hingga kini dan InShaa'Allah selamanya. aku sayang dorang semua ini, even, ada yang tak berapa rapat, tapi kami masih dalam hubungan yang harmoni. gitew. *ayat common sgt kah?* haha. berbulan tak jumpa mereka semua, menjadikan keadaan itu lebih meriah! 

 tak lupa juga gambar dengan wawa(belah kanan sekali) . lama sangat tak jumpa minah ni. my bestfriend masa diploma dulu. Alhamdulillah, bulan 1 ni dia dah nak tawen! yippi! kita happy kalau dengar orang nak kawin. kita excitedddd angattttt! *turn aku bila ni?* lol

 gambar paling over aku pernah ada. 

 lepas amik jubah, lepak makan dengan mereka semua. riuh sekampungggggg restaurant tu jadinya. hahaha. bila lagilah boleh berkumpul macam ni lagi kan? :)
wedding kak afrah maybe? ;)

 dhiya, wirda, wawa, ieda dan syaza

haruslah bergambar dengan camera 360 untuk nampak lebih anggun dan jelita. kau jeles?

sampailah hari yang dinanti-nantikan

16 November 2013


 OFFICIALLY GRADUATE!
DIPLOMA IN ACCOUNTANCY

 happy! tapi segan nak bergambar time ni, ramai orang sangat :P

 happy tapi segan pulak nak melompat sorang-sorang. kita gegurl punya pose je la ye? haha

thanks bratha, dari kedah balik kuala lumpur untuk hadiri majlis konvokesyen adikmu ini. terharu sangat, rindu pun terlepas. btw, kitaorang sekarang tengah fight sama-sama dalam degree. abg wirda sambung degree dekat UUM. ada hati nak ajak aku fight hingga ke master? hmm. let me finish my degree first, then i will think about it ok ;) haha

 bergambar bersama kakak ipar dan anak buah ku (anak widya)

 im stuck masa tengah pegang scroll. dalam otak fikir *apa aku nak buat ni*. haha. then cecepat ingat kena tunduk and jalan. hihi. 

mom and dad, do you proud to see me on the stage? hehe
parents mana yang tak rasa bangga dengan anak dia kan. aku suka la perasaan konvo ni. suka sangat. masa mula-mula masuk, majlis bermula pun aku rasa sebak sebenarnya. aku rasa macam tak percaya aku kat tempat tu sekarang. even orang kata "ala diploma je pun" tapi itu satu kejayaan bagi aku. lagi-lagi course akaun bagi aku, agak tough.
 bergambar dengan winie (adik no 4), ipan (anak widya) and kak myra (isteri abg aku) 
haha. motif sangat kannnnn~

kalau korang perasan, mana-mana gambar mesti ada dak ipan ini. dia kan, asal aku nak bergambar dia menyelit. aku ingat dia saja nak duduk situ, just ignore la. rupanya mak aku cakap dia nak bergambar sekali. haha. cian dia. nanti besar, ipan tengok balik gambar ipan okay. mama tak sempat nak peluk ipan, mama excited sangat dapat anugerah dengan bunga tu. huahua. oh lupa, sekali dengan widya. adik bongsu aku, wirna, takmau bergambar langsung. sob sob.

one happy family at home~
gambar dah siap, ayah aku pergi amik semalam.tak sabar nak balik tengok. aku tanya ayah aku
"abah gambar cantik tak?"
"gambar cantik, tuan gambar yang tak cantik"
"k fine~"

ini je kawan yang sempat aku bergambar before masuk dewan. btw ada jumpa jat (budak bilik sewa kat segamat and ain kawan masa sekolah menengah) tapi gambar tu ada dalam ipad. so malas nak transfer bagai. so nanti aku transfer, i will share kat korang okay. 

dalam ipad ada gambar aku baling topi. not perfect, but AT LEAST adalah jugak, malu-malu pun nak baling topi sorang-sorang. haha. nanti-nanti lah aku upload. biasalah, bila konvo banyak gila gambar, tapi yang upload bape kerat je. hehe

majlis berjalan lancar, aku jalan atas stage pun lancar. nasib baik tak terpeleot ke, apa ke kan. haha. malu noks. thanks for everyone. family, lecturers, friends yang support, beri tunjuk ajar selama 3 tahun. berkat ilmu uols semua, saya graduate. tanpa anda siapalah saya sekarang. 

sekarang, im struggle for degree. bachelor in accountancy. YaAllah, Kau permudahkanlah jalan untuk kami menerima segala ilmu yang diajar dan dipelajari. lapangkan dada kami serta kuatkanlah daya ingatan kami serta permudahkanlah kami untuk memahami setiap yang kami pelajari. Ameen.

:')

Friday, November 1, 2013

HELLO NOVEMBER!



Assalamualaikum

wadap wadapppp uols. lama kot tak berblogging. tak berkesempatan dengan kesibukan kehidupan seorang pelajar nia. makin dikejar masa, makin lari. sedar tak sedar, sekarang ni dah masuk november, dimana lagi sebulan sahaja lagi nak berakhir 2013! di mana lagi sebulan je lagi nak FINAL EXAM untuk pertama kali dalam life degree ni. cuak? sangat weiii, sebab subject tough-tough. kena pulak macam belajar sendiri kan. paling risau of course FAR 400. fuhhhhh >.<

untuk permulaan november ni. aku kuatkan diri untuk tak balik Ampang. dhiya, fera, and anis balik. tinggal aku and jat je yang tak balik KL. Sebab nextweek hari rabu dah common test, so tak berani nak pertaruhkan masa demi balik kl. ala rumah tak lari pun, minggu depan baru aku lari balik. hekhek. paling best, cuti seminggu terus! yay! seee seee, berkorban la sikit kan utk pelajaran. harapan aku untuk common test, aku boleh buat yang terbaik, aku tak nak main-main since aku tahu subject agak tough + aku kat kelas selalu memain. so nak catch up semua tu of course amik masa. 

kenapa cuti seminggu? UITM kasi cuti ke? sebab common test? haha, idookkkk la. dapat pengecualian kelas, sebab semua nak KONVO untuk DIPLOMA ni! yippiiiii!! first time nak pakai jubah, topi, nak dapat bunga. nak amik gambar baling topi tuuuu. hahaha. excited gilosss ok. paling baik lecturer maf aku, bila kita bincang pasal replacement kelas, dia cakap

"kenapa uols nak kena fikir sekarang? enjoy dulu awak semua punya konvokesyen!" hehehehe
lepas dah enjoy baru kita fikirkan. hehehe. TQ Madam :)

okaylah, iols nak sambung siapkan assignment CTU iols la. kalau tak siap, tak boleh la nak start study. good bye belog ku. nanti lepas konvo iols update ye. 


semalam tengok highland tower. hmm, not bad la. takut la jgk bagi aku sampai aku nak pergi toilet pun takut cuma aku curious, cerita tu based on cerita betul-betul terjadi or hanya lakonan atau tambahan dari cerita benar then dia tambah untuk lebih menarik. haa sesapa tahu cer citer. sebab mind set aku, fikir tu benda betul-betul jadi, itu sebab tahap penakut aku meningkat. haha

oh sebelum untuk, nak promote ni. adik wirda menerima terima tempahan jahit manik tau. korang nak tempah untuk tunang ke, nikah ke. dia boleh buat. kalau beminat boleh je whatsapp wirda dekat 012-9356395
nanti wirda kasi number dia dekat uols k. 
selain daripada amik tempahan, adik wirda jugak jual bawal lace RM 25 sahaja sehelai. boleh pilih colour tudung and lace yang berkenan pada korang ok. cepat-cepat la kalau berminat, sebab customer berduyun-duyun, nanti kena tunggu turn lambat pulaks. hehe :)

hasil tangan adik wirda, widya. tempahan dari customer :)
 tambahan, wirda pula ada menjual black mask shiseido untuk 30pcs hanya RM25 sahaja. price tu dah termasuk dengan kos penghantaran tau. murah kan? so, sapa nak boleh la whatsapp wirda kat number atas tu :) mask ni bagus untuk keluarkan black head even white head korang, bila pakai korang akan nampak sendiri benda tu keluar dan melekat dekat mask korang. of course, muka tambah bersih dan lebih cerah :)

THANK YOU
^___^

Friday, October 18, 2013

Kehidupan...

Assalamualaikum...

kita tahu bila kita happy, kita akan ketawa. bila kita sedih kita akan muram dan menangis. tapi kita takkan tahu apa yang akan berlaku pada hari esok. sampailah hari esok itu tiba. semalam kita gelak sakan dengan keluarga, kawan-kawan dan orang tersayang. tapi kita tak tahu, adakah gelak tawa kita itu akan berterusan untuk hari esok. kita tak kan tahu. malah, kita juga kadang kala akan rasa sangat takut dan penuh misteri untuk hari esok. dengan doa dan harapan, agar tawa itu berterusan. tapi kita hanya mampu berdoa, memohon dan berharap. yang menentukan setiap apa yang terjadi dalam hari-hari kita ada la DIA. 

diturunkan kita ujian. bila sebut ujian, ujian bukan saja untuk bersedih. kejayaan, kekayaan, kemenangan. itu juga ujian, apatah lagi bila gagal, miskin, serta kalah. untuk mengingatkan kita, menyentakkan kita dari kelalaian, untuk mengukur tahap keimanan kita. untuk kita terus bergantung kepadaNya.

kadang, ada orang, menyembunyikan kesedihan dari apa yang berlaku dengan gelak ketawa. berapa ramai yang mampu buat begitu? sampai bila dia boleh "pretend" begitu? hati manusia, lama-lama akan penat. 
hiduplah dengan redha, positive serta berusaha untuk mempertahankan apa yang Allah telah kurniakan. pertahankan sumber kekuatan dalam kehidupan. pertahankan apa yang selama ni anda ada.



sapa paling bermasalah? hahaha. 
rindu ketawa dengan diorang ni :)

Saturday, October 12, 2013

RAIKAN CINTA KAMI - RUZAMYRA (AKAD NIKAH)

Assalamualaikum

Alhamdulillah, event RAIKAN CINTA KAMI - RUZAMYRA berjalan dengan lancar pada 4 & 5 October 2013 baru-baru ni. terima kasih yang sudi datang dari jauh untuk memeriahkan majlis raikan cinta kami. tapi sebenarnya event sapa ni wirda? haha, buat pengetahuan semua, majlis raikan cinta kami adalah majlis perkahwinan abang wirda dan kak myra.

ni nak bagi ucapan ni, kepada abgku dan kak iparku...hewhew. tahniah kerana selamat dikawinkan. hehe. dengan sekali lafaz, mereka sah menjadi suami isteri. hmmm, hebat jugak tu abg aku. sebenarnya, masa tengah nak lafaz akad nikah, aku tengah amik video. aku pulak yang menggigil and nervous sebab takut. haha. terus pandang kak myra lepas habis lafaz, tersenyum dia. gosh, the best moment in her life aku rasa.

semoga uols bahagian hingga jannah, dikurniakan cahaya mata yang comel-comel

*kejap nak keluar teman sabri breakfast. will be back*

okay dah. kita pun kenyang. haha. sambung ucapan..selamat menjalani kehidupan berumah tangga, sentiasa sabar dan bertolak ansur serta semai kasih sayang tu hari-hari ye . hikhikhik

akad nikah pada 4 October 2013. malam lepas isyak. yang pergi dulu aku n abg aku serta kawan dia. hanya satu majlis je  buat belah perempuan. jadi kami semua sampai ke jengka rumah pengantin perempuan, dapatkan kunci homestay kemudian rehat. takdelah rehat sangat pun senanya, since aku je ikut abg aku which is pengantin lelaki, maka aku kena uruskan pakaian dia semua. kebetulan pulak masa tengah fitting baju sanding besok kan tu tak muat. *gelak jaat*. jadi aku menggunakan kepakaran aku yang ada untuk membantu. bahaha. aku tak pernah belajar menjahit, tapi since kerja butik org nak fitting baju nak alter semua aku uruskan. so itu aku tau la. aku pun just bukak je jahitan tu supaya besar, ngam-ngam sebenarnya baju tu, tak payah jahit untuk nampak fit pun senanya. so masalah settle. 

lepas settle baju sanding besok, aku prepare kan baju akad nikah dia pulak, kemain i tolong kilatkan kasut dia lagi tau. haha. orang kata, pengantin tu raja sehari, so memang kena la dilayan macam "raja". bahaha. 

 melayan karenah abang aku sebelum akad nikah tu, aku nampak dia terlalu nerves. haha. kekadang rasa nak gelak pun ada. tapi apa kan daya, nanti aku kena marah. sekarang dah boleh gelakkan? hahahhaha. yang baju biru tu ayah saya ye.

*maaf gambar tak official*

sah menjadi suami isteri setelah 8 tahun bercinta. :')

akad nikah di masjid sultan ahmad shah, jengka.

kami dapat kak ipar. haha. 
finally. ececece

 layan gambar nikah dari photographer Luqman Hakin Muhd Fadzir
bukan norman hakim tau. haha

 suka gambar ni. looking each other.

 husband and wife

 photographer and videographer. videographer tak dapat link, once dah dapat i will update later. siap dengan video. InShaa'Allah :)

 family from both side
 


last but not least. sumbangan aku yang tak seberapa dalam persiapan perkahwinan mereka ialah....

 deco by ME! ehehe. my first time buat hantaran ni. 

just simple, but sweet-sweet maaaaa. tak gitew? :p
dari sekolah, tunang, kawin.

untuk sanding hari esok tu, nanti aku update bila dah dapat gambar. 
kalau aku tak sabar jugak nak update, aku update la. nanti next update just letak je gambar akad nikah + sanding untuk cuci mata. sebabnya, aku tengah cuti. tak janji la tak update.nanti bosan, banyak pulak idea dia. haha.

Tuesday, September 24, 2013

HARI-HARI

Assalamualaikum! hello readers sekaliannnnnnnn

sebenarnya, ikutkan hati setiap moment nak letak simpan kat blog, tapi memandangkan kekangan masa, maka ia tidak mengizinkan saya untuk update blog setiap hari. sekarang, tengah free sikit. sebab hari ni kelas sampai pukul 12 tadi je, lepas tu terus takde kelas. cuma keja[ lagi nak kena siapkan untuk presentation besok la. 

bad news kot, this friday got common quiz. pelik sebab dulu tak pernah pulak ada common quiz. selalu common test je. and another bad news ialah. subjectnya ialah FAR400. another bad news lagi. i dont understand at all about FAR 400. malam ni kalau sempat lepas siapkan presentation, baru nak study balik. huhu

sekarang nak share gambar gembira saya dengan kawan-kawan saya. yay or nay? :p

 perkenalkan , officially this is my classmate JACC20 4D

ini class paling happening hokeyyy. ahaha
baru 2 minggu start kelas terus ada tangkap gambar kelas. haha. 

 dalam rumah before pergi kelas

 depan admin. sapa dulu uitm segamat. rindu tak? rindu tak? haha

depan rumah lepas habis kelas. kita nak lunch yooo!

 dalam kelas. kami asal sempat je. snap picture ok. nanti dah habis belajar, gambar ni jugak yang ditenung kan :')

 dengan jat. dari kedah ni. hihi

dengan pwincess dhiya durani. 

 dengan anishhhhhh omey-omeyy uteeeee muteeee!

"ohhhhhh iteww stressnyaaaa banyak kejeeee nihh!"
propa wirda azurainie :P

last weekend ada Kemahiran Insaniah (KI)
muka budak bosan kena hadap citer politik! lol

 sengaja letak gambar tak ready. asyik gambar okay je kan. ni kali letak gambar buruk.haha. tengok citer paranoia ni best sangat-sangat. ada moral value, hero hensem. ahhhh best la!
5 start aku kasi kat citer ni. epgi tengok cepat. dari tengok citer Lagenda Budak Hostel. baik tengok citer ni! hewhewhew

 lepas tu pergi makan dengan bandar segamat. tak ingat la apa nama kedai ni. tapi makanan dia sedap-sedap weh! tak tipuuuu. sapa ada suggestion area segamat kedai makan? kami suka niiii mencuba sesuatu yang baru. haha

 time ni anis takde, dia balik KL. how dare u! huh :'/
mencomelkan diri selagi boleh. berjaya tak?

okay la. sampai sini saja. next time, will update more picture. huahuahuahua *gelak jaat*

thanks for scrolling my belog! mucassss graciasss xiexie :p