JellyPages.com

"kehidupan ini penuh dengan kejutan"

"kehidupan ini penuh dengan kejutan"

Wednesday, December 5, 2012

ASSALAMUALAIKUM

Assalamualaikum

apa khabar kengkawan? sihat ka? lama betul tak update and merapu kat blog. haha
ritu last update pun pasal tips peperiksaan. now dah habis cuti sem. kelas pun dah bermula. sem ni sem akhir saya sebagai student akaun.makanya, doakan saya dan rakan-rakan grad on time. seriously, sem ni haruslah lebih serius dan kerja lebih keras sikit. 

terasa kekok pulak nak menaip.weeee, xde ayat yang sesuai untuk digunakan kot.hakhak.
Alhamdulillah, sementara cuti semester tempoh hari, macam-macam dah berlaku kat diri ini. hmmm, kita amik positive la apa yang telah berlaku. Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-hambaNya. namun untuk jadi positive pun kita perlukan kekuatan. tak henti berdoa agar semua kuat. InShaa'Allah kita semua akan perolehi kebahagian yang sebenar. yang penting yakin dengan semua kerja Allah. sebab Allah tak kan buat sesuatu yang sia-sia. pasti ada hikmah disebaliknya :)
hari tu, sebulan jugaklah deactive fb, ada sebab-sebab yang tertentu. yang penting, terasa macam dah xde hati nak berfb, tapi xpelah. kita jadikan fb tu satu platform untuk kita kongsi perkara baik. sekarang ni, saya banyak lepak kat twitter. kalau sudi, follow la. tapi jangan suruh saya follow balik. saya memilih sikit. hikhik. (@wirdaazurainie )

kesempatan ni, saya mohon maaflah kalau saya ada buat salah dah silap dengan blogger,kawan-kawan fb,kawan-kawan sekolah, kawan kolej, lecturer, kekasih hati (eh?) , orang yang pernah sy marah2x, yang pernah kenal wirda azurainie la senang kira. dalam sengaja atau pun tidak. harap kosong2x. kalau saya ada berhutang dengan uollss ke, sila la tuntut. boleh je inbox fb, atau email dekat wirdawahid@gmail.com

takut, kita tak tahu ajal kita bila. takut la kembali "di sana" bawak dosa dengan manusia. dosa diri sendiri pun tak tertanggung. huhu. salinglah memaafi. saya pun memaafkan sesiapa saja yang pernah menyakitkan diri ini. tak perlu berdendam, semua berlaku atas kehendakNya, kita xboleh nak mempersoal atau pun nak merungut. amik semua positive sebab tak semua sempurnakan. 
lagipun semua tahu, buat salah dengan Allah boleh mintak ampun dengan DIA, tapi kalau buat salah dengan manusia, kita kena mintak maaf dengan mereka dulu. tapi kalau kita dah mintak maaf, tapi depa takmau maafkan nak buat mcmne, benda ni,kena ikhlas. kekadang kena pujuk diri sendiri supaya maafkan dia. saya pun lalui benda sama juga. tiada paksaan, asal hati ikhlas ;)

heboh juga la pasal boikot barang2x israel tempoh hari. bagi saya, itu adalah satu usaha kita membantu saudara kita disana. saya pun tengah cuba untuk boikot. contoh mcd,coke,starbuck(mmg xpnh minum pun sini.haha), nestle (product ni bnyk,cuba slow2x), maybeline,and etc.......
selalunya yang paling susah rasanya mcd la kot. sebab semua dah terbiasa, tp kalau saya, saya amalkan cemnih. bila terasa nak makan, teringat apa dorg buat kat saudara kita. banyak budak kecil kehilangan ibu bapa, meninggal, mak ayah hilang anak. hidup dalam ketakutan. mmg ada cerita, katanya mcd malaysia, income dia hanya utk malaysia. tapi setahu sayalah, ilmu yang saya belajar, even dia bukak franchise kat sini, israel tetap dapat "royalty". terpulanglah kat individu masing2x. yang dah mencuba ni at least ada jawapan bila kena tanya kelak. InShaa'Allah. 
SAVE GAZA! TERUSKAN BERDOA ;)

InShaa'Allah tiada lagi entry luahan perasan yang "keterlaluan" ;p

have a nice day people. tingkatkan kualiti harian hidup anda. setiap hari baru adalah hadiah untuk kita dari ALLAH S.W.T. maka bersyukurlah, masih ada peluang dan diberi kesempatan untuk memohon keampunan. 


p/s : jaga diri, jaga hati, jaga iman :")

No comments: