JellyPages.com

"kehidupan ini penuh dengan kejutan"

"kehidupan ini penuh dengan kejutan"

Tuesday, September 25, 2012

TIPS PEPERIKSAAN AKHIR

Assalamualaikum

yuhuuuu, musim exam untuk semua student UITM telah pun kembali! yeeehaaaa
*paksa untuk buat seronok*

so that, aku yang merasakan sangat "prihatin" *sambil goyang kaki atas dashboard* nak share beberapa tips la sangatt kannn untuk menghadapi final exam! tips ni senanya aku amik daripada twitter UITM NS
so benda baik ni, apasalahnya kita share kannn, yg bukan uitm pun boleh apply kat muka. eh silap, boleh ambil pakai. huehuehue

bismillah................


1 ) jangan jatuh cinta atau start bercinta dan jangan juga putus cinta time2x nak dekat exam. haaa cool x? benda ni selalu jugaklah aku jaga, hahaha. bukan yang part "jatuh" or "start" tapi part yang "putus" tu, tak pun "gaduh". so cuba jaga yang mana sedang berhubungan tu kan, jaga leklok, masing-masing kena faham keadaan masing-masing,kalau dia tak faham kita, kita kena faham diri kita, maksudnya jangan nak memburukkan lagi keadaan.hihihi. kalau yang single mingle alololo tu haaa seruuu la kan! relax and fokus. xde masalah pasal cinta.tapi jangan pulak nak ajak crush bercinta,papehal lepas final k? hikss ;p

2 ) memaafkan seseorang sebelum tidur. insyaAllah, tenang dan tenteram hati ketika study dan melangkah ke dewan exam. benda ni tak exam pun kena selalu amal kan kan? maafkan orang sebelum tidur. tapi kot la baru semalam kawan kita kata kita ni bajet-bajet je kan, so apa kata tak yah nak heboh sangat pikir pasal apa yang dia cakap. saiko je semua tuh! hiks. maafkan je dia and lupakan. hati pun xde gangguan nak study. kansss?kalau boleh jagalah hubungan dengan sesiapa pun masa tengah exam, supaya tak menganggu fokus kita.cewahh!

3 ) study jangan ikut mood. haa betul! kalau ikut mood, mood semuanya "BERJIMBA" je kan? so sebenarnya kita kena "PUSH" diri kita untuk study walaupun kaki sebelah ni dah keluaq pintu nak pi tengok wayang *cakap kat diri sendiri nampak :p*. semoga tidak ada godaaan and tidak jadi penggoda semasa final exam.hiks. paham kan? 

4 ) study depan tv? dengar radio? elakkan.  fokus supaya lebih ikhlas, bukan untuk puaskan hati orang yang memandang. maksudnya, kot la study week kat rumah atau bilik hang pa ada tv ke apa ke kan, korang study sambil tgk tv or dengar radio. kira cam nak bagi orang sekeliling lega la tengok korang, bukak tv or radio pun still study. gitu, tapi kalau nak lebih fokus terserlah keikhlasannya xpayah la semua tu. sebab mcm tak ikhlas pun ada kan buat 2 kerja dalam 1 masa. TAPI PERCAYALAH, ada orang yang tak boleh study kalau takde tv or radio. macam akak senior aku *hi kak fatty!* hiks. so kalau dah terbiasa atau style uoolss mmg mcm tu teruskanlah.masing-masing ada cara study masing-masing. ye dak? hiks ;p

5 ) tidur awal. macam biasalah ni kan, kalau paper takde besok normally student memang akan stay up sampai lewat malam kan. tapi kalau esok ada paper mintak tidur awal la, moga-moga kepala tak ting tong esok nak jawab exam. *pengalaman sendiri*

6 ) sila buat past year question! haaa ni uitm kata suruh buat past year question, ada certain subject soalan dia berulang-ulang. so sapa yang tak buat tu rugilah. tapi ada certain subject soalan dia takkan pernah sama, kalau sama pun dua tiga kali je. buat je sebagai latihan. mana tahu rezeki kita dapat soalan sama kan? huntong huntong.

7 ) teori menghafal mesti dilakukan 2 hari sebelum exam. BETUL! aku mmg tak leh hafal awai-awai kang lupa. baik awal-awal tu kita baca bagi faham, dah faham baru kita hapal! baru lekat dalam minda. ye kan ?
hiks.

8 ) kerap doa dan lakukan solat hajat selepas berusaha. selepas berusaha ye bukan tanpa buat pape. memang orang akan berkata "eleh nak dekat exam baru nak buat semua tu" memang betul kata dia, jangan waktu kita susah atau nakkan sesuatu baru ingat Allah, tapi bagi yang tak biasa buat jangan rasa segan nak buat, buat je, mana tahu boleh jadi amalan yg terbiasa. InsyaAllah dipermudahkan segala urusan. lagi satu, baca Al-quran selalu, haa cukup mujarab lagi-lagi kalau nak menghafalkan, insyaAllah mudah :')

9 ) elakkan berkata-kata yang bukan-bukan dan tidak senonoh. elakkanlah ckp benda bukan2x (tak berfaedah) tak pun yang tak senonoh tu, supaya otak kita ni "bersih" sikit dari semua tuh. amalkan zikir-zikir Allah yang lebih enak didengar. konon la bergurau dengan kawan selalu dok sebut "babiesnya kau" haa apa kata gantikan "astaghfirullahalhazim" *muka innocent* 

10 ) being single ketika exam berlangsung.couple dengan buku-buku anda. haa ini macam punya tips pun adoooo! biarlah buku-buku tu tak SESWEEET pakwe/makwe kita. sabar je, buat-buat atau feeling-feeling je "ehhh suwitttnyaa kauu niiiiii buku LAW -.-" cakap kat pasangan korang, i nak study nih, i kena single jap. kalau dia tak nak lepaskan uolsss pegi jumpa dia lempas sedas! *EH?* hehe, tapi ada certain people ni buat orang tersayang sebagai inspirasi gituh, apa kata letak gambar mak ayah atau kol diorang selalu, mesti lagi syahdu and semangat lebih untuk study sebab mengingatkan tulang empat kerat yang telah banyak membesarkan kita.sob sob *amik tisu lap air mata*

11 ) mintak restu parents and lecturer. mintak halal segala ilmu yang mereka dah bagi kat kita :)
yang suka dok mengata lecturer anda digalakkan mintak maaf. mungkin ada masa kita tak sependapat dengan lecturer ke apa ke kan. sorry la bab ni tak leh cakap banyak, lecturer aku banyak dalam facebook, kot dia terbaca ke kannn. miss,madam, sir saya mintak halal segala ilmu. maafkanlah kalau ada TERmengumpat ke kan. itu bukan saya tu. *tetibe* haha :P *bajet lecturer kau masuk blog JIWANG KAU!* pangg~

12 ) bangun sejam before subuh,buukan bangun sejam before zohor. haaa tudiaa mentang-mentang la exam kul 2.15 hang bangun sebelum zohor. bangun awal sikit, leh la baca ap yang patut kan, tiba masa, ready untuk solat,pas solay subuh, wat la solat hajat,baca al-quran sikit. ada masa lagi study lagi. insyaAllah dipermudahkan. bak kata orang penuhi setiap masa yang kita ada tu. jangan relax atas katil je *cakap kat diri sendiri* 

13 )* fuhh banyaknya tips* datang ke dewan peperiksaan setengah jam awal, bukan 5 minit dah start baru nak datang. kemain kau kannn! disiplin sikit time-time macam ni. dah datang tu jangan lupa kad matrik, slip exam tu jangan lupa bawak. pastikan tak melanggar semua etika ketika memasuki dewan. kalau boleh tak payah buat hal sampai kena halau tukar baju ke, tukar kasut ke apa ke kann. sediakan awal2x dekat atas meja. 

14 ) pergi exam pakai baju warna cerah-cerah macam rainbow bukan macam orang nak berkabung. ini aku tak faham sangat. tapi warna kan mempengaruhi mood kita semua. so mungkinlah, pakailah warna0warna ceria ye! *takkisahpasalkalerbaju* haha

15 ) jangan gatal-gatal nak check jawapan lepas habis satu-satu exam. bersedia untuk paper yang seterusnya.ini betul. ghamai betul bebudak pas exam bukak buku "haa betul!!" *bangga*
"alaaaaa salahhhh laaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.......* menjejeh jadinya. mula la rasa down, malas nak study (hilang semangat). so jgn cek jawapan!

16 ) dalam banyak-banyak ni paling penting!!! check jadual exam betul-betul. jangan exam pagi diingatnya petang, tak pasal-pasal extend -.- so korang, sama-sama hati2x and sensitive sikit tentang jadual exam. kalau boleh salin tampal besar-besar kat tempat yang senang korang tengok. lepas dah tu make sure balik dengan kengkawan. bbm dorang ke double confirm kan balik. *cewah bbm aja kau wirda! *haha

17 ) jangan study last minute! tapi tak tahu la, style aku, memang study last minute. sebab study awal-awal nanti lupa -.- bagi yang tak biasa elakkan. nanti korang kelam kabut and takut ada sub topik yang terlepas pandang. studylah secara sistematik.hiks ;)

18) ) k la ni terakhir ni, *tak larat dah* JANGAN MENIRU! haaa susah sangat ke??? kalau korang belajar, insyaAllah boleh jawab. berdiri di atas kaki sendiri. kalau meniru kena tangkap? sia-sia je dek non. ni cerita betul k, pernah jadi dalam exam hall aku. boleh plak notes yang dia selit kan poket seluar belakang TERNAMPAK oleh lect (dia baru keluar dari toilet). haa kan dah timbul satu masalah. 

fuhh fuhhh penattttt! baca kat twitter rasa macam sikit, sekali aku senaraikan makkk aii nak dekat 20 tips, tu pun ada aku skip.penat tak korang? senanya tips tu sikit je, yang tukang bebel tu banyak.hiks. 

papepun SELAMAT MENJALANI PEPERIKSAAN AKHIR kepada semua student uitm!
bagi yang last sem, buat yang terbaik! study kaw kaw! kepada kawan-kawan kelas saya, insyaAllah kita boleh buat yang terbaik walaupun subject sem ni agak tough! percaya dengan diri sendiri,sesamalah tolong kengkawan yang lain! :)
doakan saya dan rakan-rakan ye! *hugs* - bajet artis.


p/s: semoga pointer aku naik sem ni. aminn. *baru rasa nervous* eh malam ni berjimba kejap! nak tengok salam cinta atau untuk 3 hari.hiks.GOOD LUCK kawan-kawan. ADA HINT KONGSI! haha :P

4 comments:

fasha said...

hahaha..tenks wirda..tips yg sangat bgoss...cam tau2 je..act tengah trpk gak tdi cmne la nak manage supaye tak study last minit ni..then bukak blog..eh wirda lak share pasal ni..hewhew..da bertaon2 blaja pon still lom manage time ngan bagos..haha

zulhilmi tempoyak said...

awk... sy nk mintak maaf klu ada melukai hati awk..

yela..

persediaan nk exam ni.. heee

Shazwan Azizan - wanblur said...

banyaknyer tipssssss

Anonymous said...

wirdaa.. :)

ada hint utk law346 x? share2 ok.. :D