JellyPages.com

"kehidupan ini penuh dengan kejutan"

"kehidupan ini penuh dengan kejutan"

Tuesday, September 18, 2012

FINAL EXAM SEMESTER 5


Assalamualaikum

pejam celik pejam celik dah hampir dua tahun lebih aku study diploma in accountancy.
selama tu jugaklah aku mengenali dunia serba sedikit, cara menangani manusia-manusia yang datang dari pelbagai tempat, memahami cara pergaulan mereka dan cara mereka memahami sesuatu perkara.
hampir dua tahun jugak aku menghadapi pelbagai dugaan sepanjang bergelar pelajar, xkiralah sama ada ia datang tanpa di duga atau atas perbuatan aku sendiri. aku pernah kehilangan dan aku pernah kesunyian. 
sejujurnya, aku jenis yang bukan berkawan. aku lebih suka dan memilih untuk buat hal sendiri berbanding enjoy dengan kawan-kawan. tapi aku tahu, aku tak boleh nak teruskan dengan perangai macam tu. so i try to get along with people. sampailah aku jumpa kawan baik aku di kolej ni. 
wawa and ros :')

sedar tak sedar, tinggal lagi HANYA BEBERAPA bulan sahaja kita akan bersama. kejap lagi cuti 2 bulan, masing-masing balik rumah, so tinggal bape bulan je? lebih kurang 5 bulan je kan :')
rasa macam masa berlalu dengan pantas, belum puas lagi nak bermanja and "bergaduh" dengan uols. 
masing-masing ada sikap masin-masing. and thanks sebab terima banyak sangat kekurangan aku dalam persahabatan ini. aku sendiri rasa bersyukur, sebab uols jugak mengajar aku untuk terima pendapat orang lain, sikap dan jugak cara. sebab dalam pemerhatian aku sendiri-sendiri kita tak boleh nak mintak orang ikut apa yang kita nak. sometimes kita kena ikut cakap orang atau tak pun, dengar.

wawa,wiwi,ross

diam tak diam, kita dah "HAMPIR" ke garisan penamat kawan :')
tinggal lagi satu sem untuk kita teruskan perjuangan. sebelum melangkah sem yang terakhir, kita kena hadap final exam dulu! wakakaka. *ok serius*
apa yang aku mohon, kita sama-sama serius dalam belajar untuk dua sem ni. korang, rasanya tak terkata sayang aku kat korang. mungkin ada sesetengah situasi aku rasa :annoying" gila ngan korang!haha. korang pun rasa yang samakan? hewhew. tapi percayalah, aku sayang korang sangat-sangat. rasa tak nak berpisah.aku rindu waktu aku menangis, korang kat sisi aku, korang kuatkan aku, korang take care pasal aku. sebenarnya dalam diam korang yang mengajar aku jadi manja. sebab korang manjakan aku! hahahah *gelak jahat*

wa, hang kalau dok jauh pun, insyaAllah kita tetap kawan. hang mai la sini kalu hang free. bawak laki hang sekali. yela, hang kan nak kawin dah tahun depan, aku nia? takdok sapa nak lagi. tunggu bulan jatuh keriba la. orang kata,kalau dah kawin tu org tu lagi busy. ingat-ingat la kami kat sini.

ros, kau tu bajet je tak nak kawin, tapi tadi kata nak kawin plak umur 25. kau pun nak tinggal aku ke? kemain depa ni rancang masa depan. fine fine fine. 24 aku nak kawin. :P


wirda plak, meh aku ceramah sikit. hang hingat hang make up tebai nak mampuih tu hang dah jelitawan ke? dok posing ala-ala manja macam tu hang cukup baguih ka? 
oiiiii, sila sedar diri, hang nak periksa nih. mai aku habaq hang. dari hang struggle untuk sem-sem lepas, awat hang dah rasa malaih nak struggle sem ni? plish la jgn memainnnn. kita nak graduate ON TIME! kita xnak lalui segala kemungkinan. 

aku dah buat jadual study, tapi hamprak! satu pun tak ikut, duk susun jadual lain lagi adalah. kemain kau tak sedar diri. jangan kau nanges kemudian hari. tu je, kalau kau rasa susah sangat subject tu, study slow-slow, tanya kawan yang lebih mahir, kalau susah sangat pergi je consult dengan lect, kalau dah susah, lepas tu malas amik port memang lingkup la. wuwuwuwuwuw
*terasa kena penampar sedas*

Ya-Allah,semoga aku dikurniakan kerajinan, dipermudahkan untuk memahami setiap apa yang aku pelajar. dilapangkan dada untuk menerima segala jenis ilmu. semoga daya ingatan aku juga kuat untuk menghafal.dikurniakan kesihatan yang baik, ketenangan dalam menjalani musim final exam.

rasa sem ni berat sangat nak lalui. semoga rasa yang aku bawa selama hampir 5bulan ini akan memberi kepuasan dalam diri aku. 

oiiii, bawak ilmu pun beban ke wirda? masyaAllah. kena minum air tawar kau nih. g berubat sekali. tiup banyak kali kat atas dahi tu kasi sedar sikit.hihihi.

okbai nak layan movie jap!<------------------------------- >,<

5 comments:

fatihah najwa said...

Rasa sayu dan terharu tatkala mbaca entri ini..tiba2 bgai ada mutiara yg jtuh berguguran..igt jgk kau dkt aku wi....insyaallah..kita akn sama2 serius mneruskn perjuangan ni..snoga kita berjaya!!pasal kawin tu ngkin kau yg kwin dlu..hihi..xpe..jodoh rahsia Allah..yg penting kwn2 bahagia..kita bahagia...with love..wawa

wirda azurainie said...

kemain kau mutiara gugur kannn.hahaha. wei, tak penah lupa kau la. mintak maaf diatas segala kelalaian aku wei. janji lepas ni semua sesama k :(
aku rindu hang wei walau pun kita tiap ari jumpe.hahaha.
insyaAllah sama-sama kita perjuangkan!

with hugs, wiwi ;D

Shazwan Azizan - wanblur said...

amoi lipstik merah :


buat elok2 exam semester nie. dah last kan. kalau buat elok2, nanti sennag nak masuk degree.baru best sikit. okeyh??

all the best

aq chinta kamo said...

gudluck wirda syunk...aq doakn yg terbaik tuk kwan2 aq...btw aq syg n rndu kan ko jugak..teringat zaman2 sekolah dlu kite bersama2..ngn shyla...aq rndu uols..

zharif zin said...

Assalamualaikum.. hi wak. Nk berkenalan blh