JellyPages.com

"kehidupan ini penuh dengan kejutan"

"kehidupan ini penuh dengan kejutan"

Tuesday, September 25, 2012

TIPS PEPERIKSAAN AKHIR

Assalamualaikum

yuhuuuu, musim exam untuk semua student UITM telah pun kembali! yeeehaaaa
*paksa untuk buat seronok*

so that, aku yang merasakan sangat "prihatin" *sambil goyang kaki atas dashboard* nak share beberapa tips la sangatt kannn untuk menghadapi final exam! tips ni senanya aku amik daripada twitter UITM NS
so benda baik ni, apasalahnya kita share kannn, yg bukan uitm pun boleh apply kat muka. eh silap, boleh ambil pakai. huehuehue

bismillah................


1 ) jangan jatuh cinta atau start bercinta dan jangan juga putus cinta time2x nak dekat exam. haaa cool x? benda ni selalu jugaklah aku jaga, hahaha. bukan yang part "jatuh" or "start" tapi part yang "putus" tu, tak pun "gaduh". so cuba jaga yang mana sedang berhubungan tu kan, jaga leklok, masing-masing kena faham keadaan masing-masing,kalau dia tak faham kita, kita kena faham diri kita, maksudnya jangan nak memburukkan lagi keadaan.hihihi. kalau yang single mingle alololo tu haaa seruuu la kan! relax and fokus. xde masalah pasal cinta.tapi jangan pulak nak ajak crush bercinta,papehal lepas final k? hikss ;p

2 ) memaafkan seseorang sebelum tidur. insyaAllah, tenang dan tenteram hati ketika study dan melangkah ke dewan exam. benda ni tak exam pun kena selalu amal kan kan? maafkan orang sebelum tidur. tapi kot la baru semalam kawan kita kata kita ni bajet-bajet je kan, so apa kata tak yah nak heboh sangat pikir pasal apa yang dia cakap. saiko je semua tuh! hiks. maafkan je dia and lupakan. hati pun xde gangguan nak study. kansss?kalau boleh jagalah hubungan dengan sesiapa pun masa tengah exam, supaya tak menganggu fokus kita.cewahh!

3 ) study jangan ikut mood. haa betul! kalau ikut mood, mood semuanya "BERJIMBA" je kan? so sebenarnya kita kena "PUSH" diri kita untuk study walaupun kaki sebelah ni dah keluaq pintu nak pi tengok wayang *cakap kat diri sendiri nampak :p*. semoga tidak ada godaaan and tidak jadi penggoda semasa final exam.hiks. paham kan? 

4 ) study depan tv? dengar radio? elakkan.  fokus supaya lebih ikhlas, bukan untuk puaskan hati orang yang memandang. maksudnya, kot la study week kat rumah atau bilik hang pa ada tv ke apa ke kan, korang study sambil tgk tv or dengar radio. kira cam nak bagi orang sekeliling lega la tengok korang, bukak tv or radio pun still study. gitu, tapi kalau nak lebih fokus terserlah keikhlasannya xpayah la semua tu. sebab mcm tak ikhlas pun ada kan buat 2 kerja dalam 1 masa. TAPI PERCAYALAH, ada orang yang tak boleh study kalau takde tv or radio. macam akak senior aku *hi kak fatty!* hiks. so kalau dah terbiasa atau style uoolss mmg mcm tu teruskanlah.masing-masing ada cara study masing-masing. ye dak? hiks ;p

5 ) tidur awal. macam biasalah ni kan, kalau paper takde besok normally student memang akan stay up sampai lewat malam kan. tapi kalau esok ada paper mintak tidur awal la, moga-moga kepala tak ting tong esok nak jawab exam. *pengalaman sendiri*

6 ) sila buat past year question! haaa ni uitm kata suruh buat past year question, ada certain subject soalan dia berulang-ulang. so sapa yang tak buat tu rugilah. tapi ada certain subject soalan dia takkan pernah sama, kalau sama pun dua tiga kali je. buat je sebagai latihan. mana tahu rezeki kita dapat soalan sama kan? huntong huntong.

7 ) teori menghafal mesti dilakukan 2 hari sebelum exam. BETUL! aku mmg tak leh hafal awai-awai kang lupa. baik awal-awal tu kita baca bagi faham, dah faham baru kita hapal! baru lekat dalam minda. ye kan ?
hiks.

8 ) kerap doa dan lakukan solat hajat selepas berusaha. selepas berusaha ye bukan tanpa buat pape. memang orang akan berkata "eleh nak dekat exam baru nak buat semua tu" memang betul kata dia, jangan waktu kita susah atau nakkan sesuatu baru ingat Allah, tapi bagi yang tak biasa buat jangan rasa segan nak buat, buat je, mana tahu boleh jadi amalan yg terbiasa. InsyaAllah dipermudahkan segala urusan. lagi satu, baca Al-quran selalu, haa cukup mujarab lagi-lagi kalau nak menghafalkan, insyaAllah mudah :')

9 ) elakkan berkata-kata yang bukan-bukan dan tidak senonoh. elakkanlah ckp benda bukan2x (tak berfaedah) tak pun yang tak senonoh tu, supaya otak kita ni "bersih" sikit dari semua tuh. amalkan zikir-zikir Allah yang lebih enak didengar. konon la bergurau dengan kawan selalu dok sebut "babiesnya kau" haa apa kata gantikan "astaghfirullahalhazim" *muka innocent* 

10 ) being single ketika exam berlangsung.couple dengan buku-buku anda. haa ini macam punya tips pun adoooo! biarlah buku-buku tu tak SESWEEET pakwe/makwe kita. sabar je, buat-buat atau feeling-feeling je "ehhh suwitttnyaa kauu niiiiii buku LAW -.-" cakap kat pasangan korang, i nak study nih, i kena single jap. kalau dia tak nak lepaskan uolsss pegi jumpa dia lempas sedas! *EH?* hehe, tapi ada certain people ni buat orang tersayang sebagai inspirasi gituh, apa kata letak gambar mak ayah atau kol diorang selalu, mesti lagi syahdu and semangat lebih untuk study sebab mengingatkan tulang empat kerat yang telah banyak membesarkan kita.sob sob *amik tisu lap air mata*

11 ) mintak restu parents and lecturer. mintak halal segala ilmu yang mereka dah bagi kat kita :)
yang suka dok mengata lecturer anda digalakkan mintak maaf. mungkin ada masa kita tak sependapat dengan lecturer ke apa ke kan. sorry la bab ni tak leh cakap banyak, lecturer aku banyak dalam facebook, kot dia terbaca ke kannn. miss,madam, sir saya mintak halal segala ilmu. maafkanlah kalau ada TERmengumpat ke kan. itu bukan saya tu. *tetibe* haha :P *bajet lecturer kau masuk blog JIWANG KAU!* pangg~

12 ) bangun sejam before subuh,buukan bangun sejam before zohor. haaa tudiaa mentang-mentang la exam kul 2.15 hang bangun sebelum zohor. bangun awal sikit, leh la baca ap yang patut kan, tiba masa, ready untuk solat,pas solay subuh, wat la solat hajat,baca al-quran sikit. ada masa lagi study lagi. insyaAllah dipermudahkan. bak kata orang penuhi setiap masa yang kita ada tu. jangan relax atas katil je *cakap kat diri sendiri* 

13 )* fuhh banyaknya tips* datang ke dewan peperiksaan setengah jam awal, bukan 5 minit dah start baru nak datang. kemain kau kannn! disiplin sikit time-time macam ni. dah datang tu jangan lupa kad matrik, slip exam tu jangan lupa bawak. pastikan tak melanggar semua etika ketika memasuki dewan. kalau boleh tak payah buat hal sampai kena halau tukar baju ke, tukar kasut ke apa ke kann. sediakan awal2x dekat atas meja. 

14 ) pergi exam pakai baju warna cerah-cerah macam rainbow bukan macam orang nak berkabung. ini aku tak faham sangat. tapi warna kan mempengaruhi mood kita semua. so mungkinlah, pakailah warna0warna ceria ye! *takkisahpasalkalerbaju* haha

15 ) jangan gatal-gatal nak check jawapan lepas habis satu-satu exam. bersedia untuk paper yang seterusnya.ini betul. ghamai betul bebudak pas exam bukak buku "haa betul!!" *bangga*
"alaaaaa salahhhh laaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.......* menjejeh jadinya. mula la rasa down, malas nak study (hilang semangat). so jgn cek jawapan!

16 ) dalam banyak-banyak ni paling penting!!! check jadual exam betul-betul. jangan exam pagi diingatnya petang, tak pasal-pasal extend -.- so korang, sama-sama hati2x and sensitive sikit tentang jadual exam. kalau boleh salin tampal besar-besar kat tempat yang senang korang tengok. lepas dah tu make sure balik dengan kengkawan. bbm dorang ke double confirm kan balik. *cewah bbm aja kau wirda! *haha

17 ) jangan study last minute! tapi tak tahu la, style aku, memang study last minute. sebab study awal-awal nanti lupa -.- bagi yang tak biasa elakkan. nanti korang kelam kabut and takut ada sub topik yang terlepas pandang. studylah secara sistematik.hiks ;)

18) ) k la ni terakhir ni, *tak larat dah* JANGAN MENIRU! haaa susah sangat ke??? kalau korang belajar, insyaAllah boleh jawab. berdiri di atas kaki sendiri. kalau meniru kena tangkap? sia-sia je dek non. ni cerita betul k, pernah jadi dalam exam hall aku. boleh plak notes yang dia selit kan poket seluar belakang TERNAMPAK oleh lect (dia baru keluar dari toilet). haa kan dah timbul satu masalah. 

fuhh fuhhh penattttt! baca kat twitter rasa macam sikit, sekali aku senaraikan makkk aii nak dekat 20 tips, tu pun ada aku skip.penat tak korang? senanya tips tu sikit je, yang tukang bebel tu banyak.hiks. 

papepun SELAMAT MENJALANI PEPERIKSAAN AKHIR kepada semua student uitm!
bagi yang last sem, buat yang terbaik! study kaw kaw! kepada kawan-kawan kelas saya, insyaAllah kita boleh buat yang terbaik walaupun subject sem ni agak tough! percaya dengan diri sendiri,sesamalah tolong kengkawan yang lain! :)
doakan saya dan rakan-rakan ye! *hugs* - bajet artis.


p/s: semoga pointer aku naik sem ni. aminn. *baru rasa nervous* eh malam ni berjimba kejap! nak tengok salam cinta atau untuk 3 hari.hiks.GOOD LUCK kawan-kawan. ADA HINT KONGSI! haha :P

Wednesday, September 19, 2012

RANDOM PICTURE (dinner AGAIN !)

Assalamualaikum

omaiii lagi lagi gambar dinner, 3 hari 3 malam berturut update pasal dinner or attach gambar dinner. asal tengok aku je kuning asal tengok aku je kuning. kan? nampak tak tu je gambar latest aku? haha

tak tak sebenarnya, ini nak update gambar with a little description. promise!
sebab niat awal update pasal ddinner ritu nak upload gambar dari photographer dinner tu, tapi al-kisahnya TOTALLY TERLUPA. mungkin sebab agak over excited nak update blog. mungkin .ya mungkin 
*sambil kening naik atas,mata pandang atas berfikir*

so that, jom la cuci mata gambar-gambar saya semasa di dinner hari itu! kuikuikui 


view dari belakang dalam ballroom. seriously nice. baru rasa hebat and grand kan?haha


budak-budak meja aku. 


okay real position. sebab gambar atas 2 member aku ke toilet kot, so kena moved agar tk rongak ;D


semasa amik anugerah pelajar  cemerlang. nampak je cool padahal kaki tak dah menggelatar. rasa nak tercabut lutut tu.haha


aku posing sebab aku ikut dean posing. gedik x? bahahaha. nasib baik tak kena tegur sebab time ni dorang tengah terangkan cara macamne game tu dimainkan.hewhew


volunteer bajet diri sporting.haha. sila lihat sapa yang over disitu?hahaha


masing-masing tengok tugasan yang perlu dilaksankan.omaii, kena cari tetamu yang pakai benda-benda yang dorang mintak tu.
1) kot putih
2) bow kaler putih
3) belt putih+kerongsang
4) vest pink


tarik adik ni sebab pakai belt kaler putih! hewhew
*naseb ko la dek :P*


okay cukup 4 orang mangsa aku!


kena bagitahu/baca balik 4 benda yang perlu dicari kepada orang ramai. time ni aku menggigil sampai kena tegur.haha. last2x, adah tu amik kertas biar aku baca je, so xla nampak sangat ggigil aku tu ye dak?
problem problem!


^__^


ini pesaing jiran sebelah. syra my classmate ;)


at last dapat no 4. kira sagu hati la tu kan.haha. lect tanya aku "kenapa awak menggigil?" aku pun jawab la
"haa saya memang mcm ni" hewhew
sorry u guys xdapek nak share hadiah tu sesama. org lain dapat hamper kita dapat tu je,tapi takpelah, yang penting kita enjoy! ye dakk? :)


ok tengah layan peminat nak bersembang! BAHAHAHA.


ok then, nak siap ke kelasss. copet copet! tata uoolsss ;)


Tuesday, September 18, 2012

FINAL EXAM SEMESTER 5


Assalamualaikum

pejam celik pejam celik dah hampir dua tahun lebih aku study diploma in accountancy.
selama tu jugaklah aku mengenali dunia serba sedikit, cara menangani manusia-manusia yang datang dari pelbagai tempat, memahami cara pergaulan mereka dan cara mereka memahami sesuatu perkara.
hampir dua tahun jugak aku menghadapi pelbagai dugaan sepanjang bergelar pelajar, xkiralah sama ada ia datang tanpa di duga atau atas perbuatan aku sendiri. aku pernah kehilangan dan aku pernah kesunyian. 
sejujurnya, aku jenis yang bukan berkawan. aku lebih suka dan memilih untuk buat hal sendiri berbanding enjoy dengan kawan-kawan. tapi aku tahu, aku tak boleh nak teruskan dengan perangai macam tu. so i try to get along with people. sampailah aku jumpa kawan baik aku di kolej ni. 
wawa and ros :')

sedar tak sedar, tinggal lagi HANYA BEBERAPA bulan sahaja kita akan bersama. kejap lagi cuti 2 bulan, masing-masing balik rumah, so tinggal bape bulan je? lebih kurang 5 bulan je kan :')
rasa macam masa berlalu dengan pantas, belum puas lagi nak bermanja and "bergaduh" dengan uols. 
masing-masing ada sikap masin-masing. and thanks sebab terima banyak sangat kekurangan aku dalam persahabatan ini. aku sendiri rasa bersyukur, sebab uols jugak mengajar aku untuk terima pendapat orang lain, sikap dan jugak cara. sebab dalam pemerhatian aku sendiri-sendiri kita tak boleh nak mintak orang ikut apa yang kita nak. sometimes kita kena ikut cakap orang atau tak pun, dengar.

wawa,wiwi,ross

diam tak diam, kita dah "HAMPIR" ke garisan penamat kawan :')
tinggal lagi satu sem untuk kita teruskan perjuangan. sebelum melangkah sem yang terakhir, kita kena hadap final exam dulu! wakakaka. *ok serius*
apa yang aku mohon, kita sama-sama serius dalam belajar untuk dua sem ni. korang, rasanya tak terkata sayang aku kat korang. mungkin ada sesetengah situasi aku rasa :annoying" gila ngan korang!haha. korang pun rasa yang samakan? hewhew. tapi percayalah, aku sayang korang sangat-sangat. rasa tak nak berpisah.aku rindu waktu aku menangis, korang kat sisi aku, korang kuatkan aku, korang take care pasal aku. sebenarnya dalam diam korang yang mengajar aku jadi manja. sebab korang manjakan aku! hahahah *gelak jahat*

wa, hang kalau dok jauh pun, insyaAllah kita tetap kawan. hang mai la sini kalu hang free. bawak laki hang sekali. yela, hang kan nak kawin dah tahun depan, aku nia? takdok sapa nak lagi. tunggu bulan jatuh keriba la. orang kata,kalau dah kawin tu org tu lagi busy. ingat-ingat la kami kat sini.

ros, kau tu bajet je tak nak kawin, tapi tadi kata nak kawin plak umur 25. kau pun nak tinggal aku ke? kemain depa ni rancang masa depan. fine fine fine. 24 aku nak kawin. :P


wirda plak, meh aku ceramah sikit. hang hingat hang make up tebai nak mampuih tu hang dah jelitawan ke? dok posing ala-ala manja macam tu hang cukup baguih ka? 
oiiiii, sila sedar diri, hang nak periksa nih. mai aku habaq hang. dari hang struggle untuk sem-sem lepas, awat hang dah rasa malaih nak struggle sem ni? plish la jgn memainnnn. kita nak graduate ON TIME! kita xnak lalui segala kemungkinan. 

aku dah buat jadual study, tapi hamprak! satu pun tak ikut, duk susun jadual lain lagi adalah. kemain kau tak sedar diri. jangan kau nanges kemudian hari. tu je, kalau kau rasa susah sangat subject tu, study slow-slow, tanya kawan yang lebih mahir, kalau susah sangat pergi je consult dengan lect, kalau dah susah, lepas tu malas amik port memang lingkup la. wuwuwuwuwuw
*terasa kena penampar sedas*

Ya-Allah,semoga aku dikurniakan kerajinan, dipermudahkan untuk memahami setiap apa yang aku pelajar. dilapangkan dada untuk menerima segala jenis ilmu. semoga daya ingatan aku juga kuat untuk menghafal.dikurniakan kesihatan yang baik, ketenangan dalam menjalani musim final exam.

rasa sem ni berat sangat nak lalui. semoga rasa yang aku bawa selama hampir 5bulan ini akan memberi kepuasan dalam diri aku. 

oiiii, bawak ilmu pun beban ke wirda? masyaAllah. kena minum air tawar kau nih. g berubat sekali. tiup banyak kali kat atas dahi tu kasi sedar sikit.hihihi.

okbai nak layan movie jap!<------------------------------- >,<

DINNER FOAC AT DE PALMA HOTEL.

Assalamualaikum....

pada sabtu lepas, aku ada dinner dengan bebudak course aku. diploma in accountancy.
this sem punya event so far much much better than last sem ler kan.hiks.
mana taknya, semua nak diadakan makan malam kat hotel...weeee

so that, my batch aku sem ni adalah yang paling senior untuk sem ni, so para AJK telah merealisasikan impian semua orang.haha. beruntung adik-adik sem 1 la ni, masuk2x je teruih boleh makan hotel. kami dulu mencanak tunggu senior-senior buat event. haa now, kitaorang buat sendiri , nope kitaorg la, tapi AJK sebab aku xbuat pape pun.ha ha ha :')


majlis makan malam dan penyampaian anugerah pelajar cemerlang 2012.
Alhamdulillah, tanpa aku sangka, nama aku terlist dalam penyampaian anugerah cemerlang nih.hiks. 
sebenarnya tak tahu pun, then wawa ckp "wi malam ni kita ada rehearsal amik anugerah" aku cam. "anugerah???" seriously tak pernah terfikir akan layak ok! haha. Alhamdulillah. aku bawak balik 2 sijil untuk anugerah pelajar cemerlang, tak dekan pun xpelah.hiks. merasa jugak amik anugerah. kat hotel pulak tu. tak cukup grandkah??haha


here, my classmate.
me, wawa, ross, and syra

time ni semua kena berkumpul untuk naik bas menuju ke de palma hotel. btw hotel tu dekat gilasss dengan rumah aku, but then dari rumah terpaksa patah balik ke kolej sebab presiden kasi tahu tak boleh pergi dari rumah sebab dorang dah tempah transport. fine fine fine. nasib baik sempat sampai!
oh ya, sehari before dinner wawa tidur rumah aku! hiks. sebab mintak tolong my adik make up kan dia. she's look very stunning! yeay ,e love it :D


semua feeling masing-masing gorgeous!haha. bila lagi kan? :P kuikui


dalam bas terus pakai lipstick merah menyala.haha. nak pakai awal-awal malu laa i uolss ;p
ehsan camera 360. jangan confident sangat saya nampak mcm ni! hahaha. ok tipah tertipu :P

*muka bangga* huahua
aku punya heels tinggi gila! -,-
ada lebih kurang 5 inci. heels untuk catwalk tu. dari rumah lagi aku risau nak amik anugerah tu cmne, mintak-mintak supaya tak jatuh tangga atau what so ever yang boleh memalukan diri sendiri. serius berdebar. then, bila nama dipanggil berjalan dengan penuh  gaya  hati-hati. sampai atas stage lecturer tegur. "wah lain terus muka awak" aku senyum je, sebab tengah nervous gila. yelaaaa xkan g kelas nak make up cam ni kan.nanti orang kata aku ni syok sendiri pulak :P


gambar bersama sebahagian sem 5. oh ya malam tu kitaorg semua ada tema, beauty and nerd man.macam aku, aku ikut tema suka hati.tema hari raya, alasan sebab tak nak beli baju lain dah.haha. untuk lelaki aku paling suka tengok.alala comel comel depa nih tau x! cuteeee. eh over :P

bestfriend forever!


bersama retis kolej unikop. dean! dia ni gila suka publisiti sikit! wakaka.


okay ini klaka. aku pinjam dean punya spek.hahaha. *saje bagi kecik gambar nih* :P


ini pulak wan, dia ajk untuk event ni, so thats y nampak dia lain sikit. dialah kawan pertama aku time kelas pertama bermula. haha. eh dulu wan ni BAIK GILA. suka belanja makan lepas habis induksi.haha. sekrang? hamek kau~! rm0.50 pun berkira. eh? :P
hewhewhew


ha ini meja aku and kawan2x. makanan dia sedap! ya sedap! tapi xcukup.hahaha. aku pandang tempat lain,aku kalih kat lauk. LICIN! budak budak ni kebas dulu.haha.terpaksa la aku makan udang even senanya aku tak leh makan udang.sob sob.


fera and syaza!


candid :P ha ha ha

ada satu game, dia mintak sesapa yang sporting naik atas stage.wawa n aku kemain pergi, haha. aku senanya xsedar pun bila aku bangun and pergi ke stage, sampai2x je mcm tak percaya.gamenya aku kena cari "benda" yang dipakai oleh tetamu lain and bawak dorang naik pentas. yeah dapat no 4. ok la.hahaha.
aku spatutnya no 3 *protes!* hehehe

okai nak tido. besok adalah hari yang panjang untuk saya. phew!
final tinggal berapa minggu, before final nak update lagi. stay tuned :D
good night peeps 
^__^