JellyPages.com

"kehidupan ini penuh dengan kejutan"

"kehidupan ini penuh dengan kejutan"

Friday, August 3, 2012

PERTAMA DAN TERAKHIR TENTANG TEST JPJ

Assalamualaikum

1 August 2012 , which is last two days aku ada jpj test. penangan jpj test since awal 2 minggu dari tarikh booking lagi aku xsenang duduk, kaki tangan sejuk, sampai terbawak dalam mimpi, macam-macam pikir lepas tu geleng-geleng kepala sengsorang. al-kisahnya, aku ini adalah calon "ULANGAN" ulang suara. "ULANGAN" maka dengan itu aku takut la kan, kalau buatnya aku "TERULANG LAGI" disebabkan aku FAILED bahagian bukit, jadi parking and 3 penjuru aku CONFIRM la xboleh nak buat. time tu, aku satu badan mengeletar, sambil tahan dari menangis, malu la kalau orang tengok. then kol ayah, terus nanges T_T 
time tu dah xpeduli dah org lain, pastu kol ehem ehem *ketika itu* , lagi laju je nanges, sebab al kisahnya aku nak buktikan dia aku boleh ada lesen -,-

tiba untuk jalan raya, aku rasa macam boleh lulus la, sebab semuanya okay, even ada la mati2x tu sekali dua je pun, tapi bila on the way nak masuk ke pintu sekolah memandu, masuk gear 1 kereta aku mati lagi. terus JPJ tu FAILED kan aku!!! geramm ohh, xsampai 100 meter pun, dah nak sampai tp dia failed kan aku, timbang rasa la sikit :(

eh jap, kemain aku citer first test jpj aku yang hampir 7 bulan berlalu.hehe, then, 1 August 2012 aku booking lagi tarikh, lama tu gap nak amik test balik! masak la aku kan, tapi aku amik kelas tambahan 2 jam sehari sebelum test, lepas tak lepas terpulanglah, dah usaha dan doa. 

malam tu, aku sibuk hapal step2x untuk parking, sebab aku tak nak terlalu fokus kat bukit sampai yang lain aku abaikan, 3 penjuru yang senang tu pun aku hafal! -,- 
pagi esok tu aku bangun pepagi, pakai cantik-cantik *ERK? :p* lepas tu dah siap tunggu cikgu dtg amik, btw, i siap buat solat hajat lagi lepas subuh tu untuk test jpj nih. serius aku takut sangat-sangat, aku tak penah senebes ini. TAK PERNAH *kot*
sambil tunggu cikgu datang aku tak putus-putus berdoa, kejap tarik nafas,kejap pejam mata, kejap buat xdepape, kejap pk yang bukan-bukan, banyak kejap la. sampai aku tak sedar hampir sejam aku tunggu cikgu aku, tiba dapat mesej, dia ckp "sorry saya baru bangun" haiyakkkk, wirda mana la suka menunggu orang, orang tunggu wirda takpe ;p tapi xpe, aku anggap berkat punya pasal, pasal dia cikgu kan :)
lepas tuh, cikgu sampai, aku tanya la apa yang aku keliru and xnampak lagi. cikgu pun cakap "jangan risau, hari ni saya jaga jalan raya, say bagi jpj yang ok sikit kat awak ok"
aku pun senyum, aku xharap walau hati harap. aku ckp terima kasih je. sampai sekolah memandu aku adalah dikenali sebagai calon baru sebab failed dua2x bahagian, sesi ke 3 no 9! mak aii, xde awal lagi no? ok la, sbb aku pun DAH TAK SANGGUP nak teruskan dengan perasaan yang segala2xnya adalah! sambil tunggu giliran aku buat jgk perkara mcm aku tunggu cikgu kat bus stop, sampai aku pun pikir nak relax,aku main game racing kete tu. ceh! feeling lah kononnnnn! dr kul 9-12 aku menunggu baru sampai giliran aku wei!

lepas bagi taklimat, aku ke bahagian 2(bukit,parking n 3 penjuru)
aku senyap je, aku tahu aku kena relax. sebab aku banyak google tips untuk hadapi test jpj @_@
*cam teruk sangat je aku ni*
lepas aku dah masuk dalam kete, aku tadah tangan doa banyak2x tarik nafas,aku kena yakin. aku ckp kat cikgu lelaki yang jaga tu
 aku: cikgu kaki saya menggigil
cikgu: dah kenapa kaki awak menggigil?
aku: ntah la cikgu saya pun tak tahu.
cikgu: jangan takut, buat biasa, tenang. belajar okay kan? pucat dah muka tu
pastu cikgu tu jerit kat cikgu lelaki sorg lagi ckp kaki aku menggigil.malu la aku, dah la ramai calon lain dok perhatikan @_@
pastu cikgu datang usik2x, aku cam ok, at least dorg bagi aku relax. yang tak leh blah, cikgu tu siap goyangkan kereta kata
"teruk sangat gigil awak ni sampai bergoyang kereta" aku gelak je r, sebab xnak la hilang focus.
bila sampai turn aku, aku naik je bukit, aku tak sampai angkat handbreak ,kalau handbreak xangkat, tangan pun apatah lagikan? tapi dia dah suruh aku jalan. subhanaAllah, ini membuatkan aku tambah panik!! sebab macam, kelam kabut. then aku amik masa sikit, aku hilangkan gigil kat kaki, aku buat perlahan2x YESSSS! I DID VERY WELL kat bukit ok! satu ucapan yang first keluar ALHAMDULILLAH. sampai lupa nak stopkan kereta amik borang.hehe. hamek kau, kemain menggigil2x aku time sign borang tu. 

sampai parking pulak! aku ikut je step, bila dah masukkan, jpj tu tengok je aku. aku tak tahu nak angkat tangan ke x,sbb kat bukit aku tak angkat tangan, sampai aku terlupa yang masa berjalan, nak2x lak jam tangan aku putus @_@ eeee, tambah i panik, aku campak je kat seat sebelah. aku takut senanya nak angkat tangan,takut aku tgk dah masuk tp senanya tak.haa acaneh? 2-3 kali gak aku tgk kete masuk ke x, last2x aku angkat tangan then dia suruh jalan. 3penjuru xde masalah, 
AKHIRNYA AKU LULUS DENGAN JAYANYA!
xhabis2x aku ucap syukur, alhamdulillah. rasa nak sujud syukur time tu jugaklah! tapi aku xleh seronok sangat sebab aku belum lepas jalanraya. tapi senanya jalan raya aku tak takut sangatlah, cuma part gear 1 la kereta aku selalu mati. memandangkkan cikgu dah adjust aku dengan jpj special puyeeee! aku diketepikan dr org lain, no 9 jadi no yang keberapa belas ntah. 

"boleh saya mulakan sekarang encik? " suara penuh lembut, cover gementar! 
"dah sedia mula" mata pandang borang. aku cam, cam kerek je. errr?
sebelum start aku baca doa, siap tadah tangan supaya dipermudahkan urusan dan jalanku. lantak la dia nak kata apa, agak2x dpt markah x tu? haha
tgh betul2x kan cermin kereta dia tegur. 
jpj: kenapa muka pucat?
aku : ha yeke? xdelah saya memang macam ni. 
lepas tu dia senyum je, sepanjang perjalanan, dia kira OKAY SANGAT! sembang2x dengan aku, aku pun wat2x la sembang dengan dia padahal aku ni, xtahu nak sembang apa. soalan paling bangang aku rasa aku tanya dia " bestlah keje macam encik duduk dalam kereta je" HAHAHA
gelak dalam hati kot, tp dia pun layan la...kuikui
TIBA-TIBA

tengah nak masuk ke jalan raya sebab buat pusingan dalam kawasan kedai makan. ENJIN GUA MATI! kan gua kata wa failed kat gear 1 -,-
start mati, start mati,start mati LEBIH 5X  mati kat tempat yang sama. aku rasa macam nak kata je kat dia, xpelah saya give up. eh tapi memang tak la aku nk ckp mcm tu, dia pun pandang je aku,aku lagi nebes. aku pun cakap lah "encik saya mintak maaf" sambil muka paling kesian penah aku wat. aku tension nak nanges, aku relax jap, aku tenangkan diri, aku try lagi PUN TAK BOLEH. sebab ada lopak, so aku kena tekan minyak senanya. aku pun "YA-ALLAH,kenapa ni?" aku cam hentak stereng sikit tau sbb betul2x tak tahu nak buat apa, aku tunggu je dia bukak seat belt.aku ckp kat dia "encik jangan pandang saya macam tuh,saya takut" dia pun pandang tempat lain, last2x YESSSS! berjalan walaupun bagai nak terbang kete tu aku buat.lantak janji jalan! dalam perjalanan aku mintak maaf kat dia, aku tanya dia cmne encik? dia kata kita tengok kat depan. pastu satu soalan yang menyentap perasaan aku "kalau gagal ni ayah marah x?" hohoho,aku xjawab.aku tanya dia balik "kenapa mesti gagal?" wakaka, aku xpikir dia jpj kot.lancang je mulut aku, dia pun senyum. dia tanyala guna duit sapa amik test kereta, bape banyak dah habiskan. mcm2xlah yg berkenaan dgn gagal lulus je senanya.

dah nak sampai, aku berhenti nak masuk ke dalam sekolah, tempat aku penah failed dulu. aku doa jgn mati depan tu,aku dah xsanggup. rupanya MATI LAGI. aku rasa dah xde harapan ni. aku buat muka kesian, aku start enjin, aku ckp "encik janganlah gagalkan saya" dia pun senyum. 
"kenapa? sebab awak orang terakhir ke?" tapi time tu aku terpikir? terakhir? aku ada dlm dua, xpaham maksud dia. org terakhir tu mksdnya aku nak dia luluskan aku sorang ke atau aku orang terakhir yang dia uji, tapi aku xjawab aku rasa dia dia tanya mcm nak aku org terakhir dia luluskan, eh kesian la plak kat org lain nanti.so aku terus focus kat kereta, seb baik dia cakap, tekan minyak lagi sebab tmpt aku belajar tu kawasan berbukit. SKEM DRIVING. sapa tahu?

sesampai je, aku tanya mcmne, dia kata sekejap. then dia suruh aku sign, dia siap tutup lagi keputusan aku and tanya aku nak nanges sekarang ke nak nanges balik kang? aku speechless kot. aku senyum je, last2x dia bukak dan AKHIRNYA AKU LULUS TEST JPJ!!! aku dah nak loncat2x dalam kete, banyak kali ckp terima kasih kat dia, ada dalam 4,5 kali terima kasih sampai dia pun ikut sama terima kasih.hahahaha

pertama dan terakhir saat genting amik lesen kereta. sumpah xnak amik pape lesen dah. menyeksakan jiwaaa!! sekarang nih, aku dah lepas! isnin ni nak g buat lesen :)
TERIMA KASIH ENCIK JPJ. SEMOGA AWAK DIMURAHKAN REZEKI PADA BULAN YANG MULIA NI.TERIMA KASIH BANYAK2X.TERIMA KASIH JUGAK KAT CIKGU SEBAB ADJUSTKAN JPJ YANG BAIK SESANGAT! 

phewww! lega :)


14 comments:

nur amalina athman said...

saya kali pertama lulus jalanraya tapi failed dkt 3penjuru.Nasiblah dkt jalanraya dapat JPJ yang baik, banyak ckp pulak tuu.
Kali kedua barulah lulus.

Athirah Medan said...

Bestnya Wirdaaa dah lepas JPJ! Tahniah wey ;D Aku entah bila. Haha

ucupiza said...

Sama lah kita,
first jpj gagal kat lampu isyarat,
second baru lulus..

:: Riri-Fatieha ::~ said...

samalah, 1st time test kat bukit lagi dah failed! geram jer. time kat jalan raya boleh pulak enjin kete mati tibe2... sib baik tak failed sbb kete tu sbnrnye yg rosak. tp still kena ulang la yg bukit, parking dgn 3 penjuru tu..

SeputihSalju said...

bila baca cerita awak teringat kisah saya masa mula2 ambik lesen dulu.... huhu

Aliff said...

aper lah ko wirda..cmne nak bawak area kl ni?amek kt skem ea?

wirda azurainie said...

amalina, sygkan klu failed kat 3 penjuru. normal kot perempuan amik 2x kot.hehehe

wirda azurainie said...

tira, hape lagi cecepat la! hehehe

wirda azurainie said...

ucupiza, untung la, kita lampu isyarat pun xde kat jln raya. jln dua hala je.mcm jln kmpg.hehe

wirda azurainie said...

riri, haah la. kita pun kat bukit. kaki menggigil itu yg prob tuh. xpe ,yg pnting dah lepaskan :) hehe

wirda azurainie said...

seputih salju, hehe, recall balik ;p

wirda azurainie said...

haah aku amik skem. skem dah la jln kmpung.aku pun tgh fikir mcmne nak bwk kete area k.l kena bljr jgak laa nmpknya.

Anonymous said...

Assalamualaikum. Sekadar mahu berkongsi jika saudari tk tahu. Lepas subuh tk boleh buat solat hajat. Haram hukumnya. Entry ni pun dh lama tp saya share juga lah ye :) lusa pn saya ada test jpj.. doakan saya ye :D

Just.wanie said...

hai .. esok saya ulangan bahagian 2 .. tadi gugel2 sampai la dkt blog ni ..
neves gila dah ni!! :)