JellyPages.com

"kehidupan ini penuh dengan kejutan"

"kehidupan ini penuh dengan kejutan"

Thursday, August 9, 2012

LEPASKANLAH DIA DENGAN IKHLAS WIRDA...

Assalamualaikum....

bukan senang untuk lepaskan orang yang kita sayang. dengan orang yang kita anggap "bakal suami" kita. bukan senang untuk lepaskan dia untuk perempuan lain. bukan senang untuk terima semua ni dalam masa yang singkat. tanpa salam, tanpa pembuka bicara, aku PERLU lalui benda ni tanpa aku duga. aku diberi pelbagai ujian,kali ini aku gagal,aku give up aku berserah dan redha dengan apa yang dah terjadi.

kadang-kadang perasaan rindu itu datang disaat kita boleh hidup tanpa dia. mulut kata boleh, hati meronta-meronta menangis, terseksa. tapi apa pun hidup perlu diteruskan, kita PERLU jugak untuk teruskan hidup walau semuanya dah berubah. bila rindu tu datang, kita mula ingat kenangan lalu, tengok gambar dia, nyanyi lagu feveret dia, ceritkan kat kawan karib kenangan kelakar dengan dia. :')
sakit tau tak. sakit sangat. seolah2x cuba mengembirakan diri sendiri dengan cara macam tu. seolah-olah nak rasa dia masih hidup dalam kehidupan kita. hakikatnya?

dia dah tak sayang kita, hati dia dah berubah. dia dah ada penganti. dia bahagia tanpa kita. dia dah tak peduli dengan hati kita yang terseksa kerana dia. dia dah TAK PEDULI. 

kenapa susah sangat nak pujuk hati ni? kenapa hati ni degil dan keras sangat untuk terus sayangkan dia? yaAllah hati, jangan buang masa, kau masih muda untuk buat mogokan hati seperti itu. masih banyak yang akan kau lalui untuk masa hadapan.

hati ni dah penat, penat untuk berlawan untuk mendapatkan apa yang kita nak. penat untuk mempertahankan apa yang kita inginkan. tapi walau penat, TAK PERNAH sedikit pun rasa benci, dan buang dia dalam hidup aku. cuma aku beri sedikit ruang untuk aku buka minda aku, buka fikiran aku tentang kehidupan ini bukan hanya semata-mata kerana cinta untuk lelaki. banyak lagi perkara yang boleh aku buat yang boleh mengembirakan hati ini. biar semua itu jadi satu pengalaman terbesar dalam hidup aku.

girlfriend dia suruh aku lepaskan dia untuknya.suruh aku terima kenyataan bahawa aku bukan lagi dengan sabri.sabri yang mintak aku bersabar, sabri yang mintak untuk kembali pada aku. sabri yang bagi aku harapan, tapi aku jugak silap, tidak tegas n takde pendirian dalam melakukan keputusan.hati aku lemah ketika dia ucapkan balik kata sayang. sekarang? aku sendiri yang sakit. 

aku lepaskan dia untuk kau. mungkin hari ini, ketika ini aku dalam keadaan terpaksa melepaskan orang yang aku sayang, tapi mungkin satu hari nanti,aku tersenyum melihat korang berdua bersama. mungkin aku akan ikhlas melihat korang bahagia. sejujurnya, bukan senang untuk itu semua. semuanya perlukan masa. MASA yang akan MENENTUKANNYA. aku takkan pernah putus berdoa untuk tenang dan damaikan hati ini, semoga aku diberi kekuatan untuk melepaskan dia seikhlas hati.

abg, apa yang wirda nak. abg jgn buang wirda bulat2x dalam hidup abg, wirda nak walau secebis nama wirda masih ada dalam hati abg. wirda nak kehadiran wirda dalam 6tahun lebih ada memberikan kesan yang positive untuk abg.kita dah lalui mcm2x. MACAM-MACAM ! jadi wirda percaya, semua ni pun bukan mudah untuk abg. wirda tahu, tapi mungkin kita dah xde jodoh untuk terus bersama. masing2x dah pilih jalan yang terbaik untuk kita. semoga jalan ini memberi lebih kebahagian untuk abg n wirda. jaga apa yang abg ada sekarang, jangan ulang kesalahan yang sama.wirda tetap mcm dulu, akan sayang abg mcm dulu, sampai saat wirda akan diijab kabulkan, wirda PERLU padamkan abg dalam hati wirda. PERLU! buat masa ni, biarkan wirda menikmati sayang yang masih bersisa :')

kak ju, wirda tahu wirda xpatut marah akak sebab amik sabri dari wirda, akak xsalah. kehadiran akak menguatkan lagi keputusan wirda sebenarnya. wirda mungkin masih muda, belum pandai kawal emosi, belum kenal dunia sebenar,wirda hanya tahu apa yang hati wirda nak sampai satu masa,bila wirda xdapat hati wirda nak, wirda seakan marah dan benci akak. tapi jangan risau, wirda masih jaga hubungan kita sesama wanita. jangan kerana lelaki, kita bermusuhan,tak dapat papepun. tapi, wirda terkilan...andai akak tahu and paham perasaan wirda, kenapa dari awal jugak akak masuk dalam hubungan kami? :( kenapa akak tak cuba duduk kat tempat wirda? kenapa akak keraskan hati untuk mulakan sesuatu yang akan mengorbankan satu hati? :(
sedih, tapi semuanya dah tertulis, semua berlaku atas kehendakNya, mungkin ini ujian untuk wirda lebih kuat and tabah dalam menghadapi kehidupan, agar wirda sedar, tidak ada yang lebih bernilai melainkan cinta kepadaNya. wirda lepaskan sabri untuk akak, agar akak jaga dia baik2x. mcmne pun, dia atau wirda PERNAH bersama selama 6 tahun lebih. akak tak boleh desak wirda atau dia untuk lupakan semua tu secara drastik. tapi wirda akan cuba. satu je wirda nak ckp, jangan pentingkan diri sendiri. wirda dah berundur, bermakna wirda bagi ruang untuk akak, tapi akak xboleh jadikan pelajaran atau study wirda sebagai alasan utnuk wirda lupakan sabri sebab wirda masih muda. wirda mohon sangat. wirda lebih kenal sabri mcmne, wirda kenal hati dia kak. tu je, thanks dengan semua ni kak. terima kasih banyak2x. 

nak buat apa kenang boyfriend org lagi wirda? :(
*tak pernah terfikir ayat ni akan terjadi untuk aku? ;(*

semoga abg bahagia, wirda pun akan bahagia. cinta tidak semestinya memilik,tapi melihat orang yang kita cinta itu jugak satu bukti cinta kita kepadanya. kerana cinta perlukan perngorbanan :)



19 comments:

sab said...

be strong girl! sedih bace kisah kamu :')

wirda azurainie said...

tq kak sab, jgn rasa sedih. sekejap je ni.insyaAllah :)

Anonymous said...

Sabar wirda..akak pnah rase smua keadaan mcm ni. Sakit sngt.

hazanis said...

banyak2 kan bersabar eh awak..kita faham perasaan awak sebab kita pun hmpir2 melalui saat2 itu..hum

fad ali said...

wirda kuat kan?kami sume ade dengan kamu..come on!!...banyakkan berdoa kepadaNYA okey?

pelangi chenta said...

insya allah awak akan dapat yang lagi baik.sy dah pernah laluinya sebelum nie dah alhamdulilah skrg saya sudah dapat pengganti yang lagi baik.ada hikmah semua yang terjadi

:: Riri-Fatieha ::~ said...

sdih baca kisah u yunk.. hampir sama dgn kisah me, tp bkn krna org ke-3. krna org tu tak tau nak mnghargai kita. berdoa kpd Allah, supaya Dia kuatkan hati...

wirda azurainie said...

Anonymous: thank you kak :) wirda kuat :)

wirda azurainie said...

hazanis: terima kasih awak, jaga hbgan yg sedia ada. hal remeh jgn amik remeh :)

wirda azurainie said...

fad ali: ala terharu :')
thank you! insyaAllah :) yeee wirda sgt kuat!

wirda azurainie said...

pelangi chenta: alhamdulillah, awk boleh lalui dgn baik, sy pun hrp dpt lalui dgn baik. insyaAllah, semua dah tertulis :)

wirda azurainie said...

riri: klu xmenghargai pun hbgn xleh nak go on kan :( ok, thank you! :)

hazirah kasimon said...

..sedih T.T dugaan. rse nk tampo je pmpuan tu. bkn sng tau nk lupe 6 tahun punye kngn.. kne kat die balek kang aa.. wuuu sabar ye. dugaan ni

wirda azurainie said...

hazirah, wuwuwu sedih :(
mmg la geram ka pmpuan tu,tanpa rsa bersalah ckp mcm tu.tp mungkin ada hikmah, semua dah tertulis. tq:)
insyaAllah, kesabaran masih lagi ada :)

Shazwan Azizan - wanblur said...

to frenx,

Kadang-kadang sesuatu benda tue, walausebaik mana pun dirancang, macam-macam rancangan dan perubahan yang dirancang. Kadang-kala matlamat tidak kesampaian.

Dalam soal hati nie, kadang-kadang kita terlupa. Bukan wanita yang menderita, lelaki tidak. Perempuan akan terasa sangat-sangat dengan perpisahanyang mendadak. Frust menonggeng macam kuih samprik terlebih telur. Memang frust.

Tapi. lelaki jugak akan rasa macam tue. Mungkin sekrang dia akan tinggalkan wirda dan dia tak rasa pape. Percaya lah, after a period of time, kenangan-kenangan dan perasaan itu akan kembali ada. Mesti ada melainkan dia dapat alzhemeir ker.. dementia ker.

Be strong.
aku follow blog kau dari awal, hinggalah sekrang. I know you willbe better dan adapt it as soon as possible. The main thing yang wirda perlu ada, "Kepercayaan kepada diri sendiri"

Trust your own decision. Face the reality. Create the future.

sincerely
frenx

wirda azurainie said...

thanks wan, seriously terharu dengan komen kau.aku tahu ada perancang yg lebih baik dr kita. aku sedar,aku yakin and aku percaya ada hikmah semau ni.mungkin aku xnampak sekarang, tp aku percaya one day aku akan bersyukur dengan kesakitan ini. thanks sesangat2x :')
insyaAllah, everything will be fine :)

Siti Suhaila said...

Wirda.. jika dia memang ditakdirkan untuk kita.. dia akan kembali pada kita.. insyaAllah.. terus bersabar yer.. ='D kami semua ada untuk wirda..

wirda azurainie said...

wirda akan terus bersabar selagi mampu. memang dia dah dtg balik kat wirda, tp ada halangan lain pulak :( insyaAllah ada jodoh tak kemana ;)

Adya Yasmin said...

Allah takkan mengambil sesuatu dari kita selain menggantikannya dgn lebih baik...be strong kak wirda :')