JellyPages.com

"kehidupan ini penuh dengan kejutan"

"kehidupan ini penuh dengan kejutan"

Wednesday, August 8, 2012

CINTA BUKAN MILIK KITA

Assalamualaikum


sering kali kita terlupa, apa yang kita miliki sekarang adalah bukan milik kita. sehingga kita "hilang arah" bila kita kehilangan sesuatu yang kita anggap itu milik kita. sedarlah, kita tidak punya apa-apa. kita hanya meminjam, dan sampai masa, pasti kita harus pulangkan kembali.

CINTA....sesuatu yang subjektif untuk didefinisi. setiap orang saya percaya mempunyai pandangan masing-masing tentang erti cinta. tapi cukuplah sekadar kita tahu, cinta itu anugerah Allah. satu perasaan yang diberikan kepada hamba-hambaNya. perasaan cinta datang tanpa diundang,pada seseorang yang mungkin kita tidak pernah terfikir,pada masa dan ketika yang mungkin kita tidak jangka !

pada masa munculnya perasaan cinta, kita seharusnya memohon pergantungan kepada Allah, agar kita tidak tersasar kerana cinta, cinta itu suci, tapi manusia yang salah menggunakan atas nama cinta. kerana itu, bila sebut cinta, sesetengah orang mempunyai pandangan yang negative tentang cinta. kesian, walhal bukan cinta yang bersalah, tapi manusia yang menggunakan atas nama cinta. salah mengaplikasikan erti cinta dan kehidupan dalam bercinta. 

bila bahagia, semuanya indah, hampir terlalai atau SUDAH lalai dengan dunia cinta sehingga mengenepikan hukum-hukum agama. bila cinta yang diagungkan,cinta yang telah dinoda itu pergi, hidup kucar kacir, mogok itu mogok ini. sapa yang bersalah? walhal, Allah memberi cinta itu untuk digunakan mengikut cara yang betul, tapi kita tetap endah akan hal itu. maka Allah mengambil kembali apa yang bukan hak kita. kerana cinta adalah bukan milik kita. kerana itu cinta datang dan pergi tanpa diundang, tanpa memberi salam,tanpa kita sedari. semuanya kuasa Allah. 

hadir atau pergi, kita harus bergantung kepada Allah.pernah dengar "Allah menemukan kita dengan orang yang salah,sebelum menemukan kita dengan orang yang betul untuk kita" ? sebenarnya, bila putus cinta, xde orang yang boleh menolong kita, hanya dengan kekuatan mental kita sendiri. kecewa, sedih, pedih, sakit, rindu segala perasaan yang timbul itu kita harus kuasai agar ia tidak menguasai kita. belajar untuk memotivasi diri,muhasabah diri dan positivekan minda dengan perkara-perkara yang baik. abaikan segala kata hati yang bergerak tanpa dikawal.

lepaskanlah dia pergi, jika dia tercipta untuk anda, sejauh mana berlari dan menyembunyi, dia akan datang kembali untuk anda. percaya dengan kekuasaan Allah, tidak ada yang mustahil.

tapi mencegah itu bukankah lebih baik dari merawat? oleh itu, bagi saya..kepada yang mahu memulakan sesuatu yang boleh memberi effect yang besar untuk masa akan datang, fikir dan kaji betul-betul. adakah anda sememangnya ikhlas untuk dia? bersungguhkah untuk dia? atau sekadar "suka-suka" untuk dia menemani anda dalam waktu kebosanan.ini umum, mahupun wanita atau lelaki. jangan mulakan sesuatu yang kita sendiri tidak jelas tujuannya.



2 comments:

aizadalias said...

cita yang di cari pasti akan pergi =)

Shazwan Azizan - wanblur said...

jangan sedih2.. banyak cabaran, banyak pengorbanan.