JellyPages.com

"kehidupan ini penuh dengan kejutan"

"kehidupan ini penuh dengan kejutan"

Monday, July 23, 2012

RINDU........

Aku bukan lemah tanpa cinta
hanya tidak mampu sendiri tanpanya
biarkan aku menangis,kerna derita
dia hadir mengubatkan rindu
mengajarkan aku erti cinta
namun semua tidak seindah kusangka
dialah yang aku inginkan
dia cinta yang ku dambakan
namun semua, hanya tinggal mimpi
terpisahnya cinta
aku harus melupakannya
aku harus memadam rasa
namun hati tidak pernah mampu
melepas kau pergi


Monday, July 16, 2012

16 JULY 2012, HAPPY BIRTHDAY!

Assalamualaikum

HAPPY BIRTHDAY "awak:" :)
semoga awak dimurahkan rezeki, dipanjangkan umur, dipermudahkan segala urusan, dan bahagia selalu bersama keluarga dan yang tersayang. huhu
sedih...............selama 6 tahun lebih, ini adalah kali pertama sambut birthday awak sebagai "kawan" atau sebagai "ex-girlfriend".
macam mane la saya nak pujuk hati suruh terima satu kenyataan ini? kadang saya kuat awak, saya yakin saya boleh. tapi kadang saya lemah sampai saya tak boleh nak kawal perasaan. sampaikan saya effect orang sekeliling saya.

bak kata awak, "jgn pikir ada jodoh tak kemana, tapi kita kena usaha"
insyaAllah, dengan sapa awak berkawan, dengan sapa saya berkawan. itu bukan masalahnya. kalau ada jodoh, adalah kann. semuanya dah diaturkan :')

last year punya birthday awak, saya curik awak satu hari dengan saya je kan? kita pergi majlis pertunangan kawan saya and balik dekat kul 1 pagi, sampai rumah. awak kol.
cakap kek birthday awak dalam peti ais. serius time tu saya baru sedar, saya pentingkan diri sendiri sampai lupa family awak. serius saya lupa! 
so this year, saya harap awak dapat spend time with family. saya tak kacau :')

HAPPY BIRTHDAY again mohammad sabri bin zulkarnain yang ke-22! 
yeayyyy! abg dah semakin meningkat usiaaaaa! 
umur 25 nak kawin kan? jangan lupa jemput! hukhukhuk. *TAKNAKKKKKKKKk!!!!*

Dengan meningkatnya usia ini, agar meningkatlah tahap kematangan dan ketajaman minda dalam menguruskan hal-hal yang berkaitan dengan hati :P
erk? 


*sorry i "rembat" ur pic from ur fb!, kwn awk kata awk suka sgt pakai baju kuning yg saya bagi!hehe, saya suka dengar klu mcm tuuuu. awk nmpk hensem pki baju kuning itu!*

p/s: ada org "JELES" ke kita wish ni? alahaiiiiii, sorrryyyy yerrr! 

Friday, July 6, 2012

KAU TIGAKAN CINTAKU.

Assalamualaikum

sedang mencuri sedikit masa sebelum bertolak ke pahang untuk merisik "bakal kakak ipar" :)

pernah tak korang alami dimana korang selalu bagi "peluang" lebih dari 3x? mungkin hampir cecah 10x?
pernah x? aku selalu macam tu. aku selalu bagi dia peluang sebab aku sayang dia, aku nak dia. so that, bila aku maafkan dia. everything gonna be okay even hati aku mungkin masih lagi sakit dengan apa yang dia buat 

dalam pada itu, aku terapkan perasaan "takut kehilangan" dia. aku sanggup disakiti. aku sanggup buat apa saja. APA SAHAJA untuk pastikan yang dia baik-baik saja dengan aku. aku tak tahu kenapa perlu sampai macam ni tahap sayang aku pada dia. aku mengaku, TERLALU banyak pengorbanan yang aku dah buat kat dia. BANYAK. tapi bila dia xhargai, aku pujuk hati. buat biar ikhlas.insyaAllah nanti adalah bahagian kita. tapi makin lama, pujukan tu tak memainkan peranan penting dalam kehidupan aku.

aku mula berfikir untuk melangkah lebih ke hadapan. berani amik risiko. mencuba untuk menikmati erti kehidupan yang sebenar. aku terfikir, sampai bila aku SEORANG yang perlu menjaga hubungan ini? walhal, kalau kitaorang kawin kita kena saling menjaga dan of course dia perlu lebih banyak tanggungjawab terhadap aku. bila aku fikir hari demi hari, baik buruk dan suka duka aku. aku membuat keputusan......

aku lepaskan dia dengan seikhlas hati aku. aku redha dengan jalan cerita aku dan dia yang sudah cecah 6 tahun 5 bulan berakhir dengan satu perpisahan yang mana PALING aku takut.

sekarang dah sebulan aku menjalani hidup aku tanpa dia, sebulan juga aku didampingi orang-orang yang baik. insyaAllah, sebulan juga aku cuba lawan perasaan, sebulan juga aku cuba tahan untuk menangis kerana dia. dan dalam masa sebulan jugaklah aku merasakan, pilihan yang aku buat ini adalah benar. insyaAllah.

hati. hati aku tenang. walau sakit. perasaan tenang itu lebih menguasai diri aku. aku tak tahu keajaiban apakah ini sehingga aku betul-betul kuat untuk lepaskan dia pergi bersama wanita itu. aku sakit tapi aku tahu, sudah tiba masanya aku akhirkan kisah aku dan dia dan mencari kehidupan yang lebih baik. segala yang bakal terjadi itu adalah urusan Allah. doakanlah agar aku bertemu dengan seorang yang benar-benar untuk aku.

aku cuba untuk mengambil dari sudut positif tentang dia dan perempuan itu. mungkin aku belum cukup baik untuk dia. perempuan itu tak bersalah dalam hal ini. dia pun xbersalah. xde sapa-sapa yang bersalah. ini telah ditetapkan, kita xlayak nak menuding jari atau mempersoalkannya. jalani hidup seperti biasa. kehilangan itu pasti terasa, tapi kita mampu penuhi kehilangan itu dengan keimanan :)

mungkin ada yang tak setuju dengan keputusan kami, atau  mungkin ada yang terlebih setuju. apa-apa pun doakanlah yang terbaik untuk aku n dia. aku xberdendam. aku anggap semua yang dah aku n dia lalui itu satu kenangan paling bermakna dalam hidup aku. mungkin dia bukan untuk aku, tapi kehilangan dia memberi aku satu makna di mana aku tahu aku boleh hidup tanpa dia. segala mind set aku yang dulu aku dah hapuskan. SEGALANYA. keinginan untuk bersama dengan dia juga tipis dan xterasa. pelikkan?

macam mana orang yang sangat-sangat kita sayang, tp bila sampai satu tahap kita tak mampu nak teruskan, kita lepaskan dia untuk dia cari kebahagian dia sendiri. di mana perasaan yang selama ini idamkan bersama dia juga aku HILANG. 

mungkin betul kata orang, sesabar  mana pun kita, sabar kita ada limit. satu hari kita PASTI akan beralah.  mcm ayat ni
"bila saya text awak, awak xbalas saya faham, bila saya .........(xingat) dan bila saya dah tak lagi dengan awak, saya harap. awak pula yang faham "

something like that la kan? aku gerenti korang semua penah dengar. so bila tgh orang ada untuk kita, hargailah. jangan sampai orang tu berundur setapak kebelakang, itu bermakna kita dah buat dia give up.
bagi aku satu dan aku dah buat. 
PERTAHANKAN SELAGI MANA MAMPU KAU PERTAHANKAN HUBUNGAN KORANG. SELAGI KAU RASA KAU MAMPU UNTUK TANGGUNG SAKIT TU, KAU BOLEH STAY, TAPI BILA KAU DAH TAK MAMPU KAU JANGAN PAKSA. MUNGKIN ADA YANG LEBIH BAIK UNTUK KITA. 

mungkin kelihatan bodoh, tapi sekurangnya kita telah buat sesuatu untuk perkara yang kita nak.kita dah usaha, tapi berjaya atau tidak itu semua Allah dah tentukan. tak salah kan? sebab ada dua kemungkinan, ujian untuk kau capai bahagia atau petunjuk untuk kau cari seseorang yang lebih baik.

itu pendapat aku melalui pengalaman aku je :)