JellyPages.com

"kehidupan ini penuh dengan kejutan"

"kehidupan ini penuh dengan kejutan"

Sunday, June 10, 2012

CINTA ATAU KEPERIBADIAN YANG LEMAH?

Assalamualaikum

tadi saya and adik pergi jalan2x kat jaya jusco. beli barang-barang apa yang patut untuk prepare start sem baru nextweek. which is TOMORROW (monday class will be start at 9 AM)

then mata tertumpu kat satu bahagian "RUJUKAN AGAMA" like seriously itulah tempat paling aku suka selepas "NOVEL" kat mph tadi. then try la usha-usha buku apa yang best. walaweyy banyakk sangat buku yang menarik tajuk2x dia, tapi boleh beli satu je dulu, kena saving sikit sbb lepas nih nak start sem dah,bulan depan ingat nak beli buku satu lagi tuh,pun best jugak tuh! bagus untuk kehidupan yang penuh dengan dugaan. orite, kat sini, wirda nak share beberapa tajuk yang seronok yang mana boleh anda semua fikirkan balik :)
entry wirda kali ini wirda just share dari buku yang wirda baca :)

seorang gadis sering bingung bila fikiran dan hatinya mencari jalan yang akan membawanya kepada perkahwinan yang bahagia dan berlandaskan kepada cinta sejati.bahkan kadang2x terjebak dalam pengembaraan mencari cinta demi merealisasikan mimpi yang amat berharga. kemudian,setelah semuanya terlambat,baru dia sedar bahawa selama ini dia hanya mengejar FATARMORGANA. dia juga mendapat KESAKITAN,PENDERITAAN.bukan kebahagian dan keindahan perkahwinan.

untuk sub topik ini, ia menerangkan beberapa kes di mana seorang wanita yang telah lama memendam perasaan 'CINTA' kepada seseorang sehingga bertahun lamanya sejak berusia 16 tahun (maksudnya bila meningkat remaja). namun begitu, wanita tersebut tidak mempunyai kekuatan untuk meluahkan perasaannya kepada lelaki tersebut.jadi dia terfikir adakah kerana LEMAHNYA KEPERIBADIANNYA?

jadi jawapan untuk masalah seperti ini adalah, wanita tersebut tidak menunjukkan lemahnya keperibadian yang dia miliki. sebenarnya dia sedang mengalami PERALIHAN MASA REMAJA yang mana, pada masa-masa seperti itu sebahagian perhatian hanya tertumpu untuk memikirkan lawan jenis. yang dia rasakan sebenarnya bukanlah cinta melainkan secebis perasaan tertarik. BAGAIMANA IA BERLAKU?

hal ini kerana, kemungkinan kerana banyak maklumat tentang cinta yang masuk dan cerita-cerita teman mengenai pengalaman cinta mereka membuatkan gadis tadi menjadi kurang sabar yang mana hal itu membuatkan mereka merasa yang mereka telah meningkat dewasa dan ketika itulah perasaan tersebut telah menguasai seorang gadis hingga membuang masa memikirkan cintanya yang tidak kesampaian sehingga pada suatu saat dia nekad untuk meluahkan perasaannya dan ketika itulah lelaki meremehkan,memanfaatkan dan menyakitinya.

untuk menghindari itu, katakan kepada diri anda  "MASIH BANYAK WAKTU UNTUK MEMUASKAN PERASAAN DAN SEMUA ITU PASTI TERLAKSANA SETELAH PENGALAMAN HIDUP TELAH BERTAMBAH DAN ANDA BOLEH MEMILIH PASANGAN IDAMAN ANDA tanpa harus menuruti fantasi,tanpa menderita kerugian dan tanpa menghina diri sendiri.

kesimpulannya, jangan terpedaya dan keliru dengan perasaan sendiri. cinta tak perlu di cari. ia akan datang sendiri.jangan ternoda dan tertipu atas nama cinta.


kalau nak lagi seronok baca sendiri, boleh la cari buku ini di MPH rm19.90 sahaja :)

3 comments:

Rara Nasiha said...

ye, cinta tak perlu dicari. cinta Allah tu lagi hakiki :)

DArus SuParman said...

Hye Im NEw Here..


you Looking so Beautiful in All Ur Picture..

Can I bE Ur FriEnd With U???

My NAme:U cAn fInd In ur Whatapp Contact..:0

Anonymous said...

Hye Miss Wirda..

U Looking Georgeous and Beautiful at All U Pictures..

Can I Be ur Friend??

(^_^)